edisi Plihan

  Sketsa Seorang Pelarian | Synopsis.

Siri Penghujung Episod ‘Sejarah Cinta Pertama’ ↠ Cinta Pelajaran.

… babak berdasarkan insiden berlaku di ketika Zaman Kezaliman.
✋ Macam mana dia ni boleh muncul, aku tak berapa ingat. Tapi nama dia Lan. Lan Pelarian. Junior dari aku.

Waktu tu, cuti sekolah habis tingkatan 4. Mak bapak aku masa tu pegi haji (atau umrah, kurang pasti sebab ingat-ingat lupadetail). So, aku in-charge di rumah sendiri. Tak ada pengawasan sesiapa (sepanjang percutian). Maka, hiduplah aku dengan perangai ‘ntah apa-apa’ (ikut suka, bujang).

… Saban hari, aku melihat Lan dibuli oleh 2 orang penyangak (tingkatan 5, habis sekolah), yg juga merupakan abang saudara dia sendiri (cousin) – (fah)Mi dan Ram. Mi dan Ram melayan Lan sebijik macam kuli. Enjoy sungguh rasa, Mi dan Ram kerana sentiasa ada ‘budak suruhan’ yg akan (terpaksa) ikut dan buat apa saja arahan. Barang peribadi milik Lan seperti walkman, kaset, kasut dan beg – pun boleh dirampas dan guna macam sendiri punya. Kalau protes, penampar penendang le jawapnya (+ maki hamun). Ini kerana diaorang berdua tu memang penyangak. Kaki buli. Dan Lan terpaksa telan segala yg pahit kerana dia masa tu seorang pelarian…

Pelarian dari keluarga yg ramai adik beradik. Tak dipedulikan. Kecik2 lagi dah jadi anak terbiar. Takde sape kesah. Lalu dia merantau, dan bernasib malang sebab satu-satunya yg ndak terima dia, adalah 2 orang abang sedara penyangak tu. Kalau tidak, tak berumah le Lan… (tido tepi jalan.) Lan seorang pelarian dari rumah sendiri yg tidak dipedulikan. Untuk survival, Lan terpaksa. Menumpang. Di samping jadi kuli abdi pada 2 orang abg sedara dia tu (Mi terutamanya), dia juga terpaksa bekerja menolong mak Mi dalam apa saja tugasan diperlukan. Bermakna, kuli ++.

Terlalu panjang kalau nak cerita pasal malang Lan. Cukuplah setakat bagitau; hidup Lan memang terseksa. Dilontar sana sini bagai tiada harga diri. Namun, Lan bukanlah seorang selekeh. Boleh dikatakan Lan seorang budak yg ada rupa juga, elok mata memandang. Kebersihan diri terjaga. Perangai pula baik. Bagus. Pada aku, tak ada apa yg boleh melabel Lan sebagai seorang budak jahat. Bahkan, perangai dia memang terbaik. Tutur kata yg sopan, suara yg lembut (bukan garau macam aku) dan mudah tersenyum. Senang dibuat kawan, serta boleh dipercayai. Hidup susah yg dihadapi telah menjadikan Lan cepat dewasa. Banyak benda diusahakan sendiri. Dan banyak juga barang2 peribadi usaha keras Lan membeli, kini dah jadi hak milik Mi dan Ram… suka hati je diaorang rembat. Tanpa ada sikit pun rasa kasihan pada Lan… yg hanya mampu protes secara ‘tertunduk’. ‘Bagila balik’ sama juga dengan mintak nak kena penerajang.

Mi dan Ram berjalan sana sini, bermaharajalela macam gengster sejati. Di dalam perjumpaan (melepak) kawan2, macam tak rasa apa pun ‘membantai’ Lan depan2. Suka hati dan selamba je Lan dibuat macam keldai (bawak barang diaorang, ke mana saja). Mungkin memang dah jadi ‘law’ masa tu… tak ada sapa nak cari pasal (atau peduli) dengan penyangak dari group berlainan.

Contoh: walaupun ‘Cabello’ (hasrizal, ‘pendek’) ada kala rasa macam nak sound Mi dan Ram sebab menyampah nengok, tapi seringkali tak jadi sebab Cabello sendiri pun jenis rupa itu jugak. Ibarat, kalau Lan dapat kat dia, pun akan dijadikan kuli… (Cabello ialah ketua salah satu group, tapi bkn group Mi dan Ram. Dua Bonzer dia paling aku ingat ialah Buyong dan Lonjong. Memang ntah apa2. Cabello – Pendek. Buyong – Gemuk, besar. Lonjong – Tinggi. Tapi cabello tu walaupun pendek, karakter dia sebijik macam mafia dalam filem tu – pendek tapi ganas ya amat.)

Di waktu yg aku gelarkan dengan nama ‘zaman kezaliman’ itu, Lan merupakan budak paling malang di antara semua yg ada. Tiada yg lebih teraniaya hidup masa tu selain Lan… dan di situ pula Aku… memerhatikan, tanpa menyedari kisah Lan; akan terkait pulak, dengan aku

Notes: Lan nampak tu… tahu… ada sepasang mata, serius je memerhati… Kejam jer rupa…(!)


Additional Info

  • group Cabello konsep-nya Organized. Kaw-tim (style). Banyak ke arah ‘apa aku dapat?’ berbanding perkara lain. Kiranya; untung sendiri comes first. Tak ada tu; (habuan) get lost.
  • sepanjang dalam waktu pelarian, Lan selalu berhubung dengan satu-satunya ahli keluarga yg mengambil berat terhadap nasib menimpa – kakaknya, sulung adik beradik.

Sambungan kisah ada di paparan fb.