Sembang Kopitiam

'9-5 kerja tetap... ape le dia tu. Org mana ada masa utk semua tu.'

Nyembang + gelak ketawa di meja deck card (main terup, saja2 no bet... lps si mangkuk hayun tu dah hilang ke tandas), tentang apa sb utama Achilles ngajak kawin koboi... Kalau takdir benarkan (9-5, jadi pekerja sepenuh masa), tak apa, no hal (setuju aje ikut kehendak).

'Ini kawan tu dok berperang sana sini, logik ke tiba2 nak kena berubah ke smart attire, masuk pejabat: full time?? Mana boleh neglect tanggungjawab lain, andaikata diperlukan...'

Para ahli geleng2 kepala + senyum (sedikit); reaksi respon setuju (sambil permainan terus berlangsung).

'Lu macam mana? Apa crita?' (soalan cepu mas!)

Menghembuskan kepulan asap... intro nak jawab:

'Gua nak jadi Bisnesman. Maleh la ngikut jejak2 ancestor semua tu: jadi Pahlawan termahsyur. Diaorang dah cipta sejarah kukuh dalam Bidang tu (perang / war). Jadi gua pikir; gua ndak le suatu kelainan. Alih2.....'

(Berhenti seketika)...

'... Takdir penentu segalanya. Kalau Tuhan ndak jugak begitu; suruh jadi Pahlawan (& King), apa daya gua nak bantah??'

'Terpaksa le lu Bisnesman @ Pahlawan?'

Termenung... dengan tanpa disedari rokok sudahpun menjadi putung...

Dari raut wajah; jelas kelihatan keterpaksaan. Namun tiada sebarang tanda tidak rela, atau keberatan ikut arahan. Cuma ada sedikit frust...

'Tapi tak apa, setel hal / kes geng taik ni, lu boleh rileks. PM pilihan lu World Title. Dunia bisnes Ori' (terbukti); ramai dah kenal. Bebas rasuah, tak ada skandal, Working Straight; real deal. Skg ni pun di bidang kewangan, ramai dok rujuk dia. Senang cakap; betul2 berkaliber. Dengan lu di belakang sebagai King, dia PM = puffff!!!' (buat signal Cepat Naik. Pantas. Blitzkriq)

'Maju Malaysia ni, mewah jadi. Ini sembang facts, logik. Bukan kosong. Kalau idak, takkan tung and geng jadi kelam kabut macam tu; risau nak mampos?? Jgn lupa Arab pun dok nunggu; special deal.'

... kelihatan reaksi wajah berubah, bertukar kepada senyuman... sedikit.

'Yes... I Like That.' (terukir suatu Kepuasan yg begitu Nyata: Ori'.)