✅ From Taiping, with Love. Version Update ↠ KLIK Sini

Pernah ke kamu dengar tentang kartun ‘From Taiping with Love’ karya Rasyid Asmawi terbitan majalah humor Gila-Gila suatu ketika dahulu? Kalau tak, biar aku terangkan kat sini: Kartun ni dengan rasminya telah menjadikan Taiping sebagai ‘bandar cinta’ di Malaysia. Mengapa bukan Muar, Pasir Puteh, Kuantan, Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur with love? Ini menunjukkan sejarah lebih ter’arah’ kepada Taiping untuk memegang gelaran tersebut. Kalau diteliti, semacam ada suatu kuasa takdir yang memainkan peranan di sini. Penulis kartun Rasyid Asmawi adalah orang Taiping. Dia adalah pelajar kepada seorang pensyarah yang juga adalah orang Taiping iaitu: bapak aku…Rasyid Asmawi – adalah pelajar kesayangan yang telah membuatkan bapak aku merasa bangga. Bak kata; tak sia2 ilmu dicurah. Tapi sedih bukan; murid mati dulu sebelum guru…

Bapak aku mempunyai keistimewaan yang boleh membuatkan orang sayang padanya. Sikap dia diwarisi oleh emak dia (iatu Tok aku – atau nenek. Tapi di Taiping nenek adalah Tok). Tak pernah seumur hidup aku melihat Tok marah diluar kawalan atau garang tak tentu pasal. Semasa hidup, Tok menjaga semua cucu-cucu dia bagaikan anak sendiri. Cucu-cucu yang bermasalah (akibat perceraian misalannya), akan lari kepada Tok untuk dijaga. Cucu-cucu Tok banyak yang buas-buas belaka dan hensem (termasuk aku…). Di kampung, memang rumah Tok amat terkenal. Ini kerana suami Tok (arwah Tok Wan aku), adalah imam masjid Kamunting (kawasan sana).

Menambahkan lagi populariti rumah Tok adalah abang sedara aku yang kami gelar ‘Abang Cai’ (sebutan: ‘abang chaey’. nama sebenar adalah Raja Faisal bin Raja Daniel). Abang Cai adalah seorang Playboy handal yang mempunyai koleksi awek keliling pinggang dan member-member kampung yang ramai. Di usia muda (seawal darjah 6), Abang Cai dah pandai bercinta. Pencapaian Abang Cai yang begitu membuatkan nama dia menjadi sebutan ramai. Ditambah pula dengan personaliti ‘cool’ dan ‘steady’, membuatkan ramai awek tak dapat nak menolak Abang Cai. Aku tak pernah melihat Abang Cai melenting dan apa jua masalah ditangani dengan lemah lembut dan bersopan santun. Abang Cai bagaikan membawa suatu revolusi pembaharuan kepada kampung ketika itu. Kepandaian Abang Cai berbahasa inggeris turut sama menjadi suatu kelebihan. Member2 berbangga dan kembang hidung kalau orang cakap ‘dia tu member Faisal…’. (apatah lagi awek…) Aku akui; Abang Cai menjadi idola kepada aku dan juga sedara-mara pangkat bawah (lebih muda). Abang Cai dewasa di ketika muda. Salah satu faktor dia jadi macam tu: akibat perceraian ibu bapa ketika masih kecil. Semenjak emak dia (makcik aku) kahwin lain, abang Cai tinggal dengan Tok. Walaupun rumah mak dia dekat aje, tapi abang cai pilih untuk berdikari di bawah jagaan Tok. Dan cerita abang cai di kampung tamat apabila dia habis alam persekolahan dan berhijrah ke KL. Dan yes: dia meninggalkan banyak kenangan serta sejarah cinta di Taiping.

Diganti pula dengan zaman aku yang automatically bertukar suasana. Aku pulak dah tinggal dengan Tok semenjak kecik lagi, tapi story sebenar aku di sana bermula di ketika usia 16 tahun. Walaupun aku bersekolah di Anderson (Ipoh), tapi pantang bila cuti aje; aku balik Taiping. (Aku memang lahir sana, cuma mak bapak pindah ke Ipoh semasa aku darjah 1; transfer kerja punya pasal.) Berbezanya zaman aku dengan abang cai kerana abang cai adalah seorang playboy, aku pulak romeo. Maksudnya; abang cai sewenang-wenangnya mempermainkan hati dan perasaan perempuan tanpa merasa apa2. Aku pulak; tak macam tu. Aku lebih kepada menghargai jiwa dan kesenian hati naluri seorang wanita. Seumpama: I’m the man. Masa tu, aku cuma ada 3 orang awek sahaja. Tiga2 adalah jelitawan Taiping di zaman tu dan mereka adalah Mazuin, Zarina (mendapat gelaran ‘Ratu Pasar Malam’) dan Mustazalina (3-‘Z’). Tapi yang menduduki tempat pertama di hati aku adalah Mazuin. Mazuin adalah seorang wanita tegas, berdisplin dan mempunyai kriteria lengkap untuk dicintai setiap lelaki. (Mazuin mempunyai kulit putih cerah kemerah-merahan, macam mat salleh.) Dan: keberanian ketiga-tiga wanita ini, begitu nyata dan tidak pernah dapat ditandingi oleh mana2 wanita (dari tempat) lain. (Berpandukan pengalaman aku, personally.)

Biar aku bercerita tentang wanita Taiping: berpandukan 3 orang wanita istimewa tu, apa yang aku dapati adalah; wanita Taiping tidak mudah melatah dan berprasangka di awal cerita. Maksudnya: kalau hulurkan salam perkenalan; dengan senangnya mereka terima. Sesuai atau tak, biar mereka yang tentukan selepas perhubungan berjalan sekitar sebulan dua. Kalau tak ok, diaorang akan cakap terus-terang dan goodbye. Kalau ok, lets carry on setakat mana yang mampu. Diaorang ni gentle(woman). Sikap diaorang juga kebanyakannya berani. Lebih kepada berdikari dan tak takut dilukai. Mungkin kerana life di Taiping sukar. Ramai yang bukan terdiri dari keluarga senang. Wanita Taiping tak suka berangan2 panjang. Mereka lebih kepada realiti. (sebab dekat Taiping bukannya ada apa pun…) Dan akibat suka sangat berfantasi pada masa tu, aku dengan rasminya ditinggalkan Mazuin…(alahai.) Mazuin tidak sanggup bersama aku yang mempunyai perjalanan cita2 yang jauh – bisnesman. Menutup kisah aku, yes: aku juga turut sama mempunyai sejarah cinta yang kukuh semasa di Taiping.

Kesimpulannya di sini: memang tak dapat nak dinafikan bahawasanya Taiping adalah bandar cinta yang sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Wanita-wanita Taiping tak kedekut menjayakan kisah cinta yang bertandang manakala lelaki-lelaki Taiping pula tak pernah kering idea dalam usaha mendapat serta membahagiakan cinta – hasil dari sikap toleransi, berani dan tak kedekut mencuba dari wanita-wanita Taiping sekalian. Wanita-wanita Taiping menghargai kata-kata puitis di mana wanita-wanita di tempat lain lebih kepada menganggap kata-kata seumpama itu hanya bertujuan mempermainkan…Maaf kalau tersilap tetapi itulah hasil tinjauan yang aku dapat setelah mengembara ke tempat2 lain. Cinta memerlukan wanita untuk menghargai dan menjayakannya. Tanpa penghargaan dari pihak wanita, nescaya takkan layak digelar sesebuah perhubungan itu dengan perkataan ‘cinta’…Segala hadiah, bunga, kata-kata indah dan pemberian istimewa, adalah untuk para wanita. Dan apakah seorang lelaki mahu hasil dari bertukus lumus menyediakan semua itu? Sudah tentu: cinta milik seorang wanita…itu sahaja.

Mungkin Rasyid Asmawi sudah lama meninggal, tetapi kisah cinta dari Taiping akan tetap berkesinambungan. Mana tau; mungkin suatu hari nanti, aku akan menulis sebuah novel bertajuk: ‘From Taiping with Love’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...