Archive for April, 2011

Novel Perjuangan d’ Ersante - Bab 3

Thursday, April 21st, 2011

Perjuangan d’ Ersante - Bab 3

Bab 2? - Klik Sini


tapak komputer bersama

Selepas tamat meninjau struktur pembinaan di bangunan Komputer Bersama, dan juga selepas habis membuat sedikit kertas kerja berkenaan dengan projek tersebut, malam tu aku lepak di Gerai Drebar Lori bersama dengan Rizz1 - Rizz1 yang sudah lama tidak memunculkan diri sejak empat tahun lepas akibat dari sibuk dengan kehidupan peribadi di Bandar Perjuangan. Entah apa mood dia, kali ni balik dia kontek aku. Dia kata dia nak jumpa aku di Gerai Drebar Lori ni jadi; disinilah aku seperti yang dijanjikan.

Rizz1: ‘Aku dah berhenti kerja.’
Aku dah agak dah. Kalau raut wajah yang seumpama tu, memang sah berkaitan dengan kerja dan kewangan kerana sesungguhnya kekerutan sebentar tadi sedikit pun tidak melambangkan bahwasanya yang dia ni sedang mengadapi masalah pompuan.
Rizz1: ‘Tapi Mad,aku dah buat segala perancangan sebelum kaki aku melangkah kembali ke Tanah Air kita ni….’ Katanya pantas.
Aku: ‘Seperti?’
Rizz1: ‘Plan nak mulakan karier dekat sini.’
Aku: ‘Ohh, c’mon! Karier apa hang nak buat?’ kataku seakan-akan kurang bersetuju dengan keputusan dia ni.
Rizz1: ‘Karier di bidang Publishing. Maknanya, aku nak terlibat dalam industri Penerbitan.’
Aku: ‘What???’
Rizz1: ‘Ya!. Aku dah fikirkannya masak-masak dan aku memang nak ceburi bidang tu.’
Aku: ‘Apa yang merasuk hang nak buat kerjaya tu? Berterus-terang aje dengan aku.’
Rizz1: ‘Selama di Perjuangan, aku kerja dekat Kedai Buku, untuk pengetahuan hang! Aku bermula sebagai seorang Penolong Jualan dan selama setahun aku bersabar, pengurus kedai tu kata aku ada potensi nak terus maju. Dan dari situ aku kerja bagai nak rak bila aku berjaya dinaikkan pangkat kepada Supervisor. Setahun lebih aku pegang jawatan tu dengan penuh dedikasi. Dalam pada tu, aku kaji, pasaran untuk penjualan dan penghasilan buku sebenarnya adalah luas dan tak mati…maksud aku ini adalah salah satu di antara perniagaan yang sentiasa bergerak, selagi kita tahu cara nak mengendalikannya serta menghangatkannya.’
Aku: ‘Ok.Ok. Takkan hang nak bukak kedai buku kot?’
Rizz1: ‘Bukan.’
Aku: ‘Habih tu?’
Rizz1: ‘Aku nak bermula sebagai seorang Penulis.’
Rizz1 terdiam sebentar, menghirup kopi yang di pesan tadi sebentar manakala aku masih menjadi seorang pendengar yang prihatin.
Rizz1: ‘Sejak berada kat Bandar Perjuangan tu serta pengalaman di kedai buku yang aku kerja sampaikan korang langsung tak dengar khabar tentang aku, aku dapat macam-macam idea dan kreativiti. Aku kutip semua pengalaman yang perlu. Tentang masalah kehidupan, peribadi, aktiviti sosial, tatacara perniagaan, semua. Aku kumpulkan semua pengalaman dalam membina sebuah keyakinan untuk akhirnya merealisasikan cita-cita aku sebagai seseorang yang berkerjaya sendiri! Aku tak kira berapa lama masa yang akan di ambil tetapi, aku tetap nak realisasikan cita-cita aku jugak.’
Aku banyak terdiam mendengar apa yang diperkatakan Rizz1 sambil sekali-sekala menarik nafas panjang.
Aku: ‘Kalau tak berjaya macam mana? Mintak maaf sebab ini adalah sebuah soalan realiti yang ada kemungkinannya. Hang boleh jawap soalan aku tu?’
Rizz1: ‘Alaa…Apa susah? Mintak aje kerja dengan hang, Ayie ke? Heh..heh..heh…lepas tu kahwin dan lupakan aje semua cita-cita sebaik aje ada kerja tetap.’
Aku dan Rizz1 berpandangan antara satu sama lain seketika sambil kali ni aku pulak yang menghirup kopi manakala dia tengah duduk rileks dengan menghisap rokok. Di wajahnya terukir sengihan yang agak kurang selesa dengan pemberian jawapan sebentar tadi.
Aku: ‘Hang tak nak macam tu.’
Rizz1: ‘Ye, hang betul.’ jawabnya pantas.
Aku: ‘Aku bukannya nak melemahkan semangat hang tapi, ini adalah kehidupan hang. Sekalipun aku atau Ayie berupaya sebagai backup sekiranya sebarang kemungkinan yang aku cakap sebentar tadi berlaku, tentu sekali ianya tak bermakna sama sekali buat hang, sebab masa tu hang dah kehilangan sebuah business yang menjadi tunggak utama dalam kehidupan hang. Hang sanggup nak hadapi semua tu?’

Gerai Drebar LoriRizz1 diam sebentar. Berfikir tentang soalan maut aku tu. Memang benar, melalui sejarah pengalaman silam aku, andaikata seseorang yang bukak bisnes dan akhirnya tak berjaya, ada kemungkinan semangat dia patah terus dan juga kemungkinan semangat tu dah tak hidup dah. Dan bila semangat tu dah tak hidup, orang tersebut mula akan mencari sebuah pekerjaan tetap atau kecil-kecilan sebagai perkara untuk menjalani kehidupan seterusnya. Bermaknanya di situ, individu terbabit dah mula menjalani proses perubahan, perubahan setelah menjalani sebuah kehilangan besar dalam hidup. Ingat apa yang aku catit dalam nota peribadi aku? Alamak! Aku tak nak sahabat aku sorang ni jadi macam tu!
Aku: ‘Rizz1, hang kerja dengan aku ajelah. Lagipun aku tengah buat projek baru ni…’
Rizz1: ‘Ho..ho..ho…kejap, kejap. Ini bukan pasal risau takde kerja. Ini pasal minat yang mendalam Mad. Kalau aku balik sini semata-mata nak kerja, baik tak payah. Kerja aku dekat kedai buku tu pun dah cukup terjamin. Ini pasal cita-cita, pasal impian, harapan. Harapan untuk menjadi seseorang yang memang benar-benar aku ingin ‘jadi’ selama ni. Hang faham tak? Semua ni bukan kerana wang atau bimbang tentang kejaminan masa depan, tapi ianya adalah kerana sebuah kehidupan yang dalam setiap diri manusia, tentu sekali mempunyai perasaan sebegini. Perasaan untuk merealisasikan sebuah cita-cita, impian dan harapan untuk diri sendiri.’

Aku sekali lagi menarik nafas panjang mendengar penjelasan yang dihuraikan secara sah oleh Rizzi sebentar tadi. Aku terpaksa menyalakan sebatang rokok jua akhirnya….
Rizz1: ‘Mad, kenapa dengan hang ni? Hang sedar tak, sebaik saja kaki aku melangkah ke Errsante ni, orang pertama yang aku jumpa adalah hang. Aku belum balik rumah lagi ni. Selalunya hang le pemberi semangat dalam mengejar segala-galanya…Semangat dalam mengejar impian, harapan dan kejayaan. Apa yang tak kena ni Mad? Hang dah lupa ke?’
Aku terdiam seketika.
Aku: ‘Takde apa.’
Rizz1: ‘Kalau hang ada masalah, hang boleh story pada aku. It’s ok. Lagipun kita ni sahabat karib.’
Aku: ‘Aku cuma letih. Sejak akhir-akhir ni, aku banyak pikir pasal kerja. Lepas tu, secara tak sengaja aku terbimbang pasal hang. Aku bimbang tentang keselamatan diri hang.’
Rizz1: ‘Rileks Mad. Aku tahu apa aku buat. Aku yakin dengan perjalanan hidup aku. Lagipun, aku nak mula secara kecil-kecilan dan perlahan-lahan. Tak perlu tergesa-gesa dalam memastikan kejayaan.’
Selepas mendengar rangkap terakhir tu, hati aku jadi lega kejap.
Aku: ‘Bila hang nak start kerjaya hang ni?’
Rizz1: ‘Aku nak berehat dua tiga hari dengan family aku, lepas tu baru aku start. Aku dah kumpulkan segala modal untuk memulakan perniagaan aku. Dan Mad, ada satu pertolongan daripada hang aku nak mintak.’
Aku: ‘Apa?’
Rizz1: ‘Aku nak sedikit bahagian dalam ofis hang. Aku perlukan sebuah suasana kepejabatan untuk memulakan segalanya dengan baik. Aku kalau boleh tak nak libatkan urusan kerja dekat rumah lagipun hang tahu le…kalau semuanya asyik kat rumah, boleh beku otak di buatnya. Jangan risau, aku hanya tumpang sebentar aje. Lepas aku dah stabil sikit, aku cari le tempat lain. Boleh kan?’
Hmmm…Apa lagi aku nak jawab selain boleh?
Rizz1: ‘Terima kasih Mad. Semangat habih ni!’
Mungkin aku banyak fikir yang bukan-bukan. Sepatutnya aku memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada individu yang macam dia.
Rizz1: ‘Mad, Brother kita tu apa khabar sekarang? Apa cerita dia?’
Aku: ‘Ray? Dia biasa la, bekerja keras. Tekun dan dasyat sampai sekarang ni, jawatan dia Station Manager di Syarikat Penerbangan Airwarna cawangan Errsante ni.’
Rizz1: ‘Foooh, hebat tu. Betul la cakap hang, biasa la Brother kita tu.’
Aku: ‘Hah. Dia ada ajak aku cari hang kat Perjuangan. Dah sah dia terkejut habis nanti bila tengok hang tiba-tiba dah bermastautin semula kat sini.’
Lepas tu, kami mula bersembang pasal perkara-perkara seharian, sehinggalah
Rizz1: ‘Mad, hantar aku balik boleh?…’


hantar Rizz1 balik

Sekembalinya ke rumah, aku memikirkan kembali perbualan aku dengan Rizz1 sebentar tadi. Tentang topik ‘semangat’ yang muncul secara tiba-tiba. Terus aje aku switch ‘on’ komputer peribadi dalam bilik dan…

Pembicaraan Tentang Kehidupan

“Sebagai seorang insan mahupun individu - mempunyai semangat dalam diri masing-masing. Semangat tersebut muncul secara semulajadi sejak dilahirkan lagi. Dan apabila insan itu membesar dan terus membesar, maka akan semakin jelas-lah ke manakah semangat itu membawanya. Mana yang lebih? Semangat ke-arah kekeluargaan, pekerjaan, cita-cita, perniagaan atau percintaan? Tidak semua yang berjaya menguasai semua perkara dengan semangat yang ada. Semangat mudah hilang, apabila secara tak langsung, insan itu diserangi oleh pelbagai dugaan dalam perjalanan hidup.”

Lama juga aku merenung skrin komputer tersebut yang juga bertindak sebagai lampu yang menerangi kegelapan bilik aku malam ini. Sejenak dari itu, aku di bawa kepada sebuah kisah…Sebuah kisah yang berlaku tidak beberapa lama dahulu, masa aku ditugaskan ke Bandar Perjuangan bagi mengendalikan sebuah urusan….


*** ——— ***

I Can’t…

Sunday, April 17th, 2011

Pride & Truth


sailing on my own

Today’s topic is somewhat hurting… to me. (And to those who could understand.) It goes like this: I have a best and close friend named Azuan. I’m with him when the early days of my achievement in Computer Business. He somehow helped me with many guide and advice about how to make my presence attract more customers. He sit in a place as a ‘regular guy’ who happens to buy products. The topic involved from the start till the end of buying funnel. He support me in every angle. What needed to be change, he would tell. He even suggest some matters that I think are very helpful to perform success. In short; he’s like sailing with me on a ship and gives all he can to build better navigation. I love him as a friend. Whoever come first among my friends, no doubt he is…

But then; nature has its own way to perform. Day by days, I’m beginning to lose respect towards him. Sad, isn’t it? But that’s the truth. He is good in almost everything but himself…He’s weak. He can’t and don’t want to work. He’s by all mean supported by his family. (Especially his mother.) Occasionally; I have to support him - financially. I’m not a rich guy. And he’s no wife to me to be eligible supported. Even if I can; must I be stupid supporting a male who happens to be lazy? I have friends, many, and most of them have found way to be able to stand on their own - no matter how hard and frustrating life could be. Most of them are not rich either. They don’t have enough money to give to their mother and father but at least; they manage to maintain to their own. But Azuan; fails to see how important it is to hold on to self-survival. He just kept going on an on obtaining money in a suspicious way. Don’t ask where he got it because you are sure not going to like about what you’ll hear.

Where do the friendship stands now between me and him? Am I going to pretend all the time nothing happens about what I felt wrong?…(and hurted.) I’ve done every man could do to be a friend to him. But the longer the situation goes; finally I felt like man towards him. Not friend anymore…You got the picture? Means; people sees me as a man but whenever I’m with Azuan; they’ll start to question the reason. I’m a man with an attitude but Azuan is a child who think he’s a man. As a child, stealing is something that can be forgiven (and ask for forgiveness) when you get old.

Not to me….NOT to me…

But that is NOT the main course I’m hurt today…My dad; has been secretly writing letters to his ex-wife. The lady who caused him to be as miserable as he is today. It is not my intention to get in someone personal problem BUT; as a father, he seldom speaks; “I have choose my destiny and that is to be with your mother until the end of time…” to me, his son. Somehow that speech has become a fraud to me… I won’t mind if the lady have brought goodness in his life BUT it is NOT. The impact have cross the line towards our family, and me. He fails as a man who qualified to say; ‘Mind your own business.’ I’m not a fool. They all knows that but my compassion has made many felt safe to take me as a fool. (Taking advantage.) Many talk as they were awesome (since I’m a listener rather than a debater) but the fact is: they are telling something they can’t do just to hide the facts.

Oh God…Why are there so many fraud on your earth?..

As a son who only speaks things that I can do, I can’t accept my father fully. He’s a nice, beloved father and loved by many. But I’m the only person who carries his secret a LOT and kept everything inside to not make thing worse. No doubt I love him but at the same time to look at him as a person who make me feel headache. Being a MAN is the hardest thing to do - that’s why many choose to be softy, simply agrees to thing that they know doesn’t suit them, or by farthest - turn into Transvestites (pondan).

I’m gonna swallow a handful of panadol tonight, and some tranquilizer - so that I felt weak, and goes to sleep without dream. Hopefully. Oh man…I didn’t feel so good.

Novel Perjuangan d’ Ersante Bab 2

Thursday, April 14th, 2011

Hari tu saya cakap nak publish posting novel ni seminggu sekali (1 bab). Tapi memandangkan baru2 ni adalah birthday somebody, maka saya buat pengecualian - dengan mempercepatkan publish bab 2 novel ni sebagai hadiah harijadi. Para pembaca sekalian, dipersilakan membaca (harap2 terhibur hendaknya…):

Perjuangan d’ Ersante - Bab 2

Bab 1? - Klik Sini


morning

‘Pembicaraan Tentang Kehidupan’. Pagi tu, sedang berada di dalam bilik ofis, aku memasukkan topik tersebut ke dalam komputer peribadi aku.

“Suatu kehilangan di dalam sesebuah kehidupan, akan membuatkan peribadi seseorang itu secara automatik berubah - perlahan-lahan. Kehilangan yang dimaksudkan: kehilangan orang yang di kasihi…Tidak kiralah orang tersebut ada pertalian darah atau sekadar kekasih mahupun kawan, akan tetap dirasai…Perasaan yang mengalami ‘rasa’ tersebut telah mendorong seseorang itu berubah - contoh: andaikata selama ini dia seorang yang ceria, dalam sedar tak sedar; kini dia seorang pendiam pula. Bagi insan yang tidak mengalami ‘rasa’ mendalam, mungkin tiada masalah. Tetapi; bagi insan yang mempunyai perasaan dan hati yang mendalam, yang penuh dengan istilah kasih dan sayang, mahu atau tidak, akan terpaksa akur jua pada ketentuan takdir tersebut. Terpaksa tabah dan berlatih merelakan hati. Tidak mudah menggantikan sesseorang yang kita cintai dan sayangi, dengan orang lain begitu saja. Sesungguhnya kehilangan jiwa itu ada kaitan di antara manusia dengan manusia. Setiap manusia mempunyai hati dan perasaan dan tidak mudah perasaan itu terhapus begitu saja….andaikata perasaan itu wujud secara ikhlas dan rela…”

‘Encik ArdMad. Boss nak jumpa, di Capuccino Coffee House pukul 9 malam ni.’ Sapaan itu datangnya daripada pembantu aku, juga merangkap seorang sekretari di pejabat aku, Azzurine.
Azzurine: ‘Apa yang awak tulis tu? Sejak dari tadi saya tengok tumpuan awak begitu serius.’
Aku: ‘Tak ada apa-apa. Cuma beberapa catitan peribadi. Berguna untuk renungan semasa.’
Azzurine: ‘Boleh saya baca?’
Aku: ‘Boleh.’
Aku membenarkan Azzurine mengambil tempat di kerusi aku untuk membaca.
Aku: ‘Azzurine, saya nak keluar sekarang. Ada apa-apa lagi sebelum saya pergi?’
Azzurine menggeleng kepala dan aku melangkah keluar meninggalkan pejabat.

Boss: ‘Mad, dah lama benor dah aku tak tengok muka hang tu ada terukir wajah happy. C’mon la, apasal ni?’
Aku: ‘Takde apa Boss. Cuma sedikit keletihan setelah banyak mengendalikan urusan kerja.’
Boss: ‘Tu, muka hang tu, berjambang tak pasai-pasai. Jangan nak beritahu aku ni imej terbaru hang. Kita bukan baru kenal.’
Ye lah Boss. Cakap bohong pun tak guna.
Aku: ‘Boss, kita ada masalah besar…’
Boss: ‘Besar mana?’
Aku: ‘Besar jugak. Cukup untuk buatkan kita berdua dapat sakit kepala yang amat sangat.’
Boss: ‘Opss…Kalau macam tu, kita bincang lepas aku balik nanti.’
Aku: ‘Boss, penting ni…’
Boss: ‘Tu pasal lah bila aku balik nanti baru kita sembang. Masa tu baru aku boleh tumpukan konsentrasi sepenuhnya. Okay? Lagipun, hang ArdMadlah! Masalah boleh settle punya. Tolong ye Mad? Kalau aku bawak masalah kerja berjalan, habih lah…nanti spoil pulak mood dengan anak isteri.’
Hmmm…Ikut suka Bosslah. Tadi dia jugak yang beriya-iya nak tahu.
Aku: ‘Boss, Encik Elmand selaku pengurus utama projek ‘Komputer Bersama’ dah inform (beritahu) kepada saya yang segala pembinaan dan hiasan kedai kita tu dah hampir siap. Saya take over (ambik alih) sekaranglah.’
Boss: ‘Suka hati hanglah, tapi…’
Boss berhenti seketika untuk menghirup kopi yang di pesannya.
Boss: ‘Apasal hang tiba-tiba terfikir nak ambil projek tu? Selalunya hang le orang paling pemalas yang pernah aku kenali dekat atas muka bumi ni.’
Boss tersenyum selepas mengeluarkan pernyataan itu.
Aku: ‘Anggap saja ombak ada pasang surutnya. Sekarang ni semangat bekerja saya tengah naik. Boss jangan cuba nak padamkan pulak.’
Boss: ‘Kalau begitu, terpulang pada hanglah. Tapi tujuan utama aku jemput hang ke sini adalah sebab aku perlukan bantuan hang.’
Aku: ‘Namakan bantuan tersebut.’
Boss: ‘Mr. Kenny nak aku beri penerangan tentang projek pengendalian ‘Stesen Minyak Rangkaian Berkembar 4’ yang aku cadangkan tu. Memandangkan dia tiba ke Errsante ni tak tepat pada waktunya, iaitu waktu aku nak habihkan masa istimewa bersama er…’
Hah. Apahal lak ni? Kelihatan Boss menghirup kopi sambil tersengih mengada sedikit.
Boss: ‘Bersama orang tersayang la….kacau betul dia tu. Aku ada suruh dia buat temujanji dengan aku hari lain tapi kau paham la Businessman ni. Kalau tak buat ikut jadual, entah bila le pulak nak buatnya…Sekarang, jadual dia lain, jadual aku lain. Tu yang buat waktu jadi bertentangan.’
Aku: ‘Jadi, kenapa nak bersusah payah kerana Mr.Kenny ni?’
Boss: ‘Eh, kau jangan Mad. Mr.Kenny tu salah seorang daripada orang penting yang nak melabur dalam projek tu. Kerjasama daripada orang macam dia penting untuk promosi sebelum projek di lancarkan nanti.’
Aku: ‘So, this is a business matter la? Tak lebih daripada tu?’
Boss: ‘Ya! Tapi kau tau la Mad, isteri aku tu…Aku dah janji nak habihkan masa bersama-sama, termasuk le anak aku yang masih kecik tu. Lagipun, aku dah lama sibuk. Sebarang pembatalan di saat-saat akhir akan mengakibatkan:

no to smoking‘AWAS! Merokok Membahayakan Kesihatan! Pesanan ini dibawakan khas oleh Senorita!’

Kami sama-sama menyebut ayat tersebut kuat-kuat sambil tersenyum suka di bibir masing-masing. Kelihatan pelanggan lain berpaling melihat ke arah kami kerana memecah kesunyian. Opss…sorry.
Aku: ‘Yer la Boss, banyak masalah, banyak le merokok. Susah betul nak buang tabiat tu. Apasal ha?’
Boss: ‘Aku dah beransur-ansur berjaya kurangkan merokok. Aku harap tabiat ni akan berterusan sampai ke tahap maksimum.’
Aku: ‘Baiklah, pusing ikut mana pun kita tak mahu sebarang masalah. Boss jangan cakap banyak dah. Letakkan aje alamat si Kenny tu atas meja dan anggap aje semua dah settle.’
Boss: ‘Terpaksa berangkat sekarang. Kena berhenti kat Erssante Parade kejap, nak beli CD Senaman Kesihatan Bersama Dr.Helmi.
Dan kami berdua beredar meninggalkan perkarangan tersebut.


banglo en kenny

‘Tolong tunggu sebentar, Encik Kenny akan bersedia dalam beberapa minit lagi,’ kata seorang pelayan yang bekerja di banglo mewah ini. Pada pagi yang di janjikan, aku tiba di kediaman sementara Encik Kenny yang terletak di Bandar Errsante ini. Encik Kenny sedang mandi sekarang, jadi sementara menunggu tu, aku habiskan masa dengan meminum minuman yang di sediakan sambil membaca sebuah ‘magazine’ yang terdapat di meja ruang tamu di sini.

Encik Khalili: ‘Oh, awaklah cikgu muzik yang anak saya sebut-sebutkan tu?’
Masa tu, Encik Khalili sedang menuruni tangga sementara aku sedang duduk membaca magazine di sofa ruang tamu utama.
Aku: ‘Err, ye saya. Saya datang ke sini atas jemputan anak Pakcik.’
Encik Khalili kemudian menyuruh pelayan yang bekerja di sini menyiapkan sedikit biskut dan kopi yang tak begitu manis, tak begitu tawar.
Encik Khalili: ‘Tapi, setahu saya lah, susah nak cari orang yang betul-betul boleh sepadan dengan kehendak naluri muzik hati anak saya. Dia punya minat ada sedikit err…’
Aku: ‘Lain macam?’
Encik Khalili: ‘Begitulah lebih kurang. Kalau dia minat pada sesebuah lagu, dia akan tangkap maksud lagu tu sampaikan lagu tu akan menjadi salah satu bahagian dalam hidup dia. Pelik sikit tau.’
Hmmm…bermakna konsentrasi dia tinggi menghayati sesuatu perkara.
Aku: ‘Maka dengan sebab itulah saya le orang pertama dan terakhir yang pakcik akan dapati, menjejaki rumah pakcik ni sebagai cikgu muzik kepada anak Pakcik.’
Dan suasana di ruang tamu tu di hiasi dengan gelak ketawa sebentar, dan gelak ketawa itu di hentikan dengan:

‘Father, boleh saya keluar dengan ArdMad sebentar? Saya nak buat liputan tentang beberapa perkara.’

Kelihatan anak encik Khalili, sudah bersiap dengan berpakaian kemas iaitu baju kurung ketat, berwarna merah gelap berkilat di sepadankan dengan sepatu dan beg tangan berwarna hitam. Cermin mata aku (bukan spek mata hitam, tetapi cermin mata ada power untuk orang yang tak beberapa jelas penglihatan jarak jauh dia) seakan-akan nak terjatuh melihatkan Junenydah selaku anak Encik Khalili itu dengan rambut basah selepas mandinya dan imej kemas yang pasti membuatkan aku rasa bangga bila berjalan keluar town dengan orang macam ni.
Encik Khalili: ‘Oh silakan. Have a nice time dan pastikan ArdMad cikgu muzik kita ni di beri layanan istimewa….’
Sambil tersengih mengada-ngada Encik Khalili berkata begitu dan mempersilakan aku untuk keluar bersama dengan June, terus ke dalam kereta yang aku parking di luar pintu pagar rumah ni.

‘Sorry la Encik ArdMad. Buat you ni tertunggu-tunggu pula.’
Kedengaran suatu suara menyapa aku dengan tiba-tiba, dimana masa tu Encik Kenny sedang berada di atas anak tangga menurun ke bawah.
Aku: ‘Oh, it’s okay.’ tersentak aku dari lamunan.
Encik Kenny dan aku kemudiannya terus kepada maksud tujuan utama pertemuan, iaitu tentang projek Boss yang dinamakan dengan ‘Rangkaian Stesen Minyak Berkembar 4’.

Aku beritahu kepada Encik Kenny, yang bahawasanya Stesen Minyak Bersama memang salah sebuah stesen minyak yang sedang menempuh nama sekarang ni. Aku beritahu dia pelbagai-bagai kemudahan dan pembaharuan sedang di usahakan di Stesen Minyak Rangkaian ‘Bersama’ jadi tidak perlulah dia ragu-ragu untuk membuat pelaburan di dalam projek besar yang diusulkan ni. Projek ini akan di tempatkan di Lebuhraya Kilometer 3. Lokasi tersebut telah dipilih untuk menjadi salah sebuah tempat perhentian. Masih dalam status pembinaan dan stesen minyak ini termasuk dalam salah satu struktur pembinaan yang akan di tempatkan di situ. Dua stesen minyak di sebelah Timur dan dua lagi di sebelah Barat lebuhraya. Kiranya, kerajaan telah memilih perhentian ini untuk di jadikan perhentian paling maju dan sibuk dalam kawasan lebuhraya dalam rangkaian Errsante. Aku beritahu dia bahawa di setiap cawangan Stesen Minyak Bersama, akan di sediakan sebuah restoran francais yang akan bersambung dengan stesen. Bermakna, ada empat restoran francais berlainan jenama. Aku juga menunjukkan reka bentuk yang di cipta khas bagi memenuhi keinginan kecantikan kawasan dan rekabentuk struktur Stesen Minyak tersebut.

Kelihatan Encik Kenny agak impress (kagum) dengan usul yang di bentangkan dan aku menguatkan lagi usul tersebut dengan mencadangkan supaya ada seorang Guidance (Penunjuk) yang akan membawa Encik Kenny ke tempat-tempat yang berkenaan bagi mengukuhkan lagi keyakinan dia untuk melabur di dalam projek tersebut.

Aku: ‘Sekiranya semua berjalan lancar, keahlian Encik Kenny di setiap kelab-kelab akan menjadi bertambah kukuh dan para pelanggan utama Encik Kenny akan lebih bertambah bangga denga pencapaian Encik Kenny kerana terlibat dengan projek penting dan terkenal ni.’
Kira panjang lebar jugak le aku memberi penerangan. Fuhh…letih.
Encik Kenny: ‘Bernas sekali. I know your Boss. Dia memang salah seorang yang terkenal di Errsante ini. Lagipun, kalau tak kerana jemputan daripada dia, saya tak mungkin dapat bahagian untuk bersama-sama dalam projek ni.’
Aku: ‘Maksud Encik Kenny, Boss yang jemput Encik Kenny?’ kataku kehairanan sedikit.
Encik Kenny: ‘Ya. Terlalu banyak pelabur lain mahu ambil bahagian tapi saya bernasib baik kerana terpilih. Lagipun saya dengan dia kawan di Universiti semasa belajar dulu.’
Sekejap, kalau dah begitu, rupa-rupanya penerangan panjang lebar aku tadi membuang air liur aje le ye tak?
Encik Kenny: ‘Sorry. Saya terlalu seronok dengan projek ni sehingga saya tak kisah berapa banyak kali sekalipun mendengar mengenainya.’

Lantaklah. Lagipun yang salahnya aku. Terlalu bersungguh-sungguh sangat bagi segala macam penerangan sampai letih rasanya. Kiranya kehadiran aku kesini sebenarnya semata-mata untuk memberi penerangan ringkas tentang projek tu aje, iaitu memberitahu tentang perkembangan terkini mengenai kegiatan yang dijalankan. Dia terpaksa tahu mengenainya dari masa ke semasa. Tak payah nak iklan-iklankan lagi dah! Ciss! Malu aku rasanya.
Aku: ‘Anyhow, selamat berjaya dalam urusan seharian. Saya mintak diri dulu.’
Aku kembali memperlihatkan sikap jual mahal seperti biasa dan terus melangkah ke dalam kereta dan beredar dari banglo mewah tersebut.

lokasi projek Komputer BersamaDari situ, aku terus ke lokasi projek Komputer Bersama yang aku sudah mula ambil alih hari ini. Kawasan bangunannya strategik, sebaik saja aku memberhentikan kereta dan melihat kawasan persekitaran di mana lot kedai Komputer Bersama di tempatkan. Lot kedai ini ditempatkan di bahagian paling tepi sekali bangunan (dimana kedainya takde le besar manapun, cuma ianya sudah diubahsuai bagi memenuhi citarasa syarikat dan pelanggan) dan sekitaran adalah kawasan pantai tempat orang-ramai bersantai. Pada penelitian aku, kawasan ni memang penuh dengan segala macam manusia pada waktu siangnya. Di antara waktu paling sibuk adalah tengah hari, semasa para-pekerja di sekitaran mengambil waktu untuk berehat.
Boss memang pandai pilih tempat, memang best. Best la sebab orang banyak duit. Dah le banyak duit, banyak ‘line’ pulak tu. Tiada apa le yang nak di hairankan kalau dapat tempat sebegini best walaupun ia hanyalah sebuah lot kedai biasa. Yang mahalnya bagaimana nak dapatkan lot kedai di kedudukan sebegini!

Melangkah masuk kedalam kedai ni, semuanya sudah lengkap dengan segala peralatan kepejabatan basicnya(permulaan). Pejabat peribadi aku dekat tingkat dua, memandangkan bangunan ni mempunyai dua tingkat. Aku terus ke bilik ofis aku dan duduk di atas kerusi pengurus yang terdapat di sini. Melihat kepada pandangan luarnya, aku dapat lihat keindahan laut dan pantainya.

Sebenarnya, aku nak terlibat dalam projek ni, adalah kerana aku nak sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Aku saja, sebab sejak akhir-akhir ini aku dibuai suatu perasaan yang amat mencengkam jiwa. Aku nak cuba halang perasaan tersebut dengan mengalihkan penghayatan aku kepada perkara lain, sedaya termampu walaupun aku tahu perasaan itu sentiasa mencari masa untuk menyerang aku di setiap ketika. Aku tersandar di kerusi dan kemudiannya lamunan membawa aku kepada sebuah kisah…


imbasan pertemuan dgn June

Masa tu, aku sedang menghadiri sebuah pementasan teater di Bandar Perjuangan yang dijayakan oleh beberapa tokoh artis tempatan. Aku diajak oleh seorang kawan yang bekerja sebagai jurukamera belakang tadbir yang berjaya mendapat bahagian dalam urusan krew pementasan tersebut.
Semasa duduk di kerusi panggung itu, aku terpegun melihat sebuah wajah…wajah yang naik ke pentas setelah tamat pementasan untuk menyampaikan cenderahati kepada para peserta pementasan. Dalam banyak-banyak manusia pada waktu tu, aku dapati dia adalah yang tercantik sekali, mengalahkan semua para hadirin yang lain termasuk juga para pelakon yang terlibat. Dia sungguh jelita, begitu anggun sekali menaiki pentas bersama para pembantu di sekeliling bagi menyampaikan hadiah. Dia adalah Junenydah.

Nampaknya, dia orang penting di sini. Aku terpaku di sebalik cermin mata melihat keanggunannya. Tangan aku diletakkan di bawah dagu menandakan betapa asyiknya aku memerhatikan keindahan miliknya. Tak sangka pulak aku akan berjumpa dengan dia di sini. Setelah begitu lama senyap sunyi tanpa khabar berita, takdir telah mempertemukan aku semula dengannya di majlis indah ini.

Aku: ‘Apa khabar?’ perjumpaan semula dgn June
Sapa aku padanya setelah pementasan berakhir. Semua hadirin masa itu sedang berada di luar dewan menjamu selera makan minum yang dihidangkan.
June: ‘Khabar baik.’
Kelihatan June memperhatikan aku seketika, cuba-cuba meneka adakah dia kenal dengan orang yang menyapanya ini.
Aku: ‘Kita pernah berjumpa tidak lama dulu, di Bandar Arena. Masa tu awak sedang cuti semester bersama dengan bapa awak…Ingat?’
June masih membuat reaksi wajah macam nak tangkap balik memori. Yer la…orang sibuk le katakan. Mana le nak ingat sangat orang macam aku ni.
June: ‘Ohhh, ye…ye…Siapa nama?’
Aku: ‘ArdMad. Saya masih ingat awak lagi.’
June: ‘So, lama tak jumpa dan…LAMA TAK KONTEK?’
Macam geram aje? Adakah ini bermakna dia begitu ingat kepada aku? Adakah ini juga tanda bahawa dia sentiasa ternanti-nantikan panggilan dari aku tanpa jangkaan aku?
Sambil menggaru-garukan kepala di bahagian belakang aku balas,
Aku: ‘Err…ada kontek tapi asyik line busy aje memanjang, camna?’ (heh…heh…heh…)
June: ‘YE KE? Apa nombor yang awak dail tu?’
Dah sah, dia ingat betul la tu.
Aku: ‘June, saya tahu awak busy, tapi adakah awak sudi kalau saya teringin untuk menjemput awak untuk makan malam bersama, memandangkan saya dah ada disini?’
No. telefon dia aku dah hilang!
June: ‘Mmmm…’ Seolah-olah berfikir sejenak.
June: ‘You call me first lah. Macammana?’
Aduss! Dia memang bijak! Aku sepatutnya dah tahu!
Aku: ‘Please June. Saya betul-betul mintak maaf sebab kad yang awak beri saya dulu, saya tertinggal di hometown (kampung halaman). Saya tak sangka perjalanan ke sini untuk memenuhi undangan ini, akan membawa kepada pertemuan kita semula.’
June: ‘Jadi, awak tidak pernah terfikir akan bertemu saya semula? Begitu?’
Aku: ‘Bukan saya tak fikir, tapi apa yang saya fikir adalah, orang cantik seperti awak, kemungkinan menjadikan orang seperti saya ni macam semut…’
June: ‘Okay, okay. Cukup tu.’
Alamak. Dia marah le.
June: ‘Macam nilah, awak beri no. handphone awak pada saya. SAYA yang akan kontek awak.’
Aku: ‘Tapi, betul ke June nak kontek ni? June tak kontek teruk le saya.’
June: ‘Terpulang.’
Memberikan no.handphone aku pada June, dia menyimpannya ke dalam handsetnya.
June: ‘Ok.’ sambil jarinya menekan-nekan handset yang dimilikinya.
June: ‘I got your number. Nampaknya, kena pergi sekarang. Kawan-kawan I dah tunggu dalam kereta tu.’
Aku: ‘June. Please kontek June. Please?!’ kataku kegelisahan sambil June tersenyum jelita melangkah masuk ke dalam kereta kawannya dan terus beredar dari kawasan tersebut.


*** ——— ***

Nota: Di dalam novel ni ada 3 bandar terlibat iaitu: Bandar Ersante, Bandar Perjuangan (bandar utama - terbesar) dan Bandar Arena. Walaupun ada bandar2 lain lagi, tapi hanya 3 ni sahaja yang penting.

Novel Untuk Pembaca - Tanda Penghargaan

Monday, April 11th, 2011

Bermula detik ini, saya ingin memaparkan edisi demi edisi novel yang telah saya karang sendiri. Dulu novel ni sepatutnya Karangkraf ambik, tetapi dibatalkan pada saat akhir sebab Manager Karangkraf membuat keputusan untuk ‘menjatuhkan’ saya. My Editor (yg bertanggungjawab meluluskan karya) dan Pegawai tinggi Karangkraf telah meluluskan novel ni; tetapi Manager ada tak puas hati dgn saya sebab dia rasa saya terlalu cepat naik mengalahkan penulis yg ada. Pada mulanya dia sayang sangat kat saya; tapi ‘Nobody challenge the Boss’ - membuatkan saya terbenam tak dapat nak teruskan karier penulisan di bidang novelist. My Editor menyebelahi saya sampai dia pun tersingkir dari Karangkraf sebagai editor utama, lalu terpaksa teruskan karier di anak syarikat Karangkraf iaitu - Buku Prima; juga milik Karangkraf. Terima kasih kepada my Editor kerana mempercayai saya but what’s the point?..You’ve lost your carrier…Maybe kalau saya naik suatu hari nanti, I will take you as my editor. (Doakan le..)

Well, lupakan saja kisah berlalu tu sebab now it’s the time to lihat samaada sesuatu itu asli atau tak. Saya budget dulu novel ni akan membuatkan saya naik ke tahap yg lebih tinggi (my first one dah dicetak, terjual 30,000 naskah dipasaran dlm masa 2 bulan sahaja! Sukses! Saya cadang nak rahsiakan terlebih dahulu novel mana tu - keluaran Karangkraf. Rileks. Bertenang. Nanti saya dedahkan. Kita tumpukan pada yg ini dulu…Ok?). Here goes:

Perjuangan d’ Ersante - Bab 1



Junenydah: ‘Eh, tak sangka you ni gatal sungguh ye?’ Kelihatan Junenydah terkejut, akibat tak sangka yang ArdMad dari tadi sampai sekarang asyik dengan ayat power, tiba-tiba pantas membuat langkah drastik menggeletek-geletek pinggang June.
ArdMad: ‘Gatal TETAP ada banyak tempat! Khih..khih…khih..khih.’

Dan adegan geletek-menggeletek yang tak terhingga itu menyebabkan kedua-duanya tergelincir dari batu yang dijadikan tempat bersantai, jatuh ke dalam kesejukan air terjun di bawah.
Di situ tidak ramai orang, tetapi hanya ada beberapa pasangan saja memandangkan tempat yang dipilih amat romantik sekali. Susunan batu-batu besar yang sistematik dan sudut ketenangan serta keteduhan yang dihiasi oleh banyak pokok memberikan kenyamanan udara yang segar. Beberapa pasangan lain yang secara tak sengaja perhatikan kebahagiaan tadi, turut sama ingin meniru langkah yang digunakan oleh hero terhadap heroine sebentar tadi. Lalu selepas beberapa minit, kedengaran satu lagi perkara terjatuh ke dalam air, tergelincir sepertimana tadi.

BUSHHHHHHH!!!!!

‘Woi!! Awak ni! Apa tolak-tolak orang masuk dalam air ni??!!! Tak beradab ke? Habih basah lenjun saya ni awak tau tak??!!!’
Kelihatan muka mamat berkulit gelap tersengih-sengih malu setelah di maki oleh barangkali aweknya yang ditolak jatuh kedalam air.

JuneNyDah: ‘ArdMad, apasal awek dia marah dia buat macam tu?’
ArdMad: ‘Maunya tak marah. Orang kalau nak buat macam tu, ayat le dulu, slow-slow lepas tu baru le beraksi. Ini tak. Main tolak aje! Lepas tu biar awek dia jatuh sorang pulak tu. Ada ke patut tak kena maki?’
JuneNyDah: ‘Oh, jadi you ni sengaja lah ye?’ Muka June seakan-akan macam tak berapa puas hati.
ArdMad: ‘Habih tu?Oklah, I tak sengaja!’

ArdMad terus mengusik June dengan menyambung kembali penggeletekkan pinggang June. Dan wajah June yang masam mencuka sebentar tadi terus dengan serta-merta bertukar menjadi berseri-seri dengan sengihan, senyuman dan ketawa riang bersama-sama.

Ray: ‘Mad, sudahlah tu.’
Sapaan daripada Brother Ray membuatkan aku tersedar dari lamunan. Sebenarnya aku sedang berada dalam bilik ofis aku, termenung di atas kerusi pengurus di balik meja. Kelihatan hujan turun membasahi bumi menerusi luar cermin bilik. Suasana tika ni, adalah pada waktu malam. Aku hanya membiarkan lampu meja dan skrin monitor komputer saja yang terpasang menerangi suasana.
Ray: ‘Benda yang sudah tu, sudahlah. Bukannya hang tak berusaha menyelamatkan keadaan.’ Ray menyalakan sebatang rokok.
Ray: ‘Kekadang tu, kita kena terima hakikat tentang apa yang di namakan takdir.’
Aku masih terdiam menarik nafas perlahan sambil memerhatikan skrin komputer yang terpasang. Didalam skrin tu, terpampang hasil kerja aku yang aku mulakan sebentar tadi, tapi terhenti seketika akibat dari berangan. Brother Ray kemudian menyambung baris ayat seterusnya.
Ray: ‘…walaupun kita masih tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, kerana sangka kita, kita boleh merubah dan memperbaiki segalanya, dengan tidak menyerahkan semuanya kepada urusan takdir semata-mata tanpa berusaha.’
Kemudian, melangkah ke meja Snooker yang terdapat disini, Brother Ray menyusun bola dan terus memulakan langkah ‘tuju’ pertama membuatkan bola-bola yang disusun rapi sebentar tadi berkecai-berai diserata meja.
Ray: ‘Apa lagi? Jalan le. Siapa kalah belanja makan dekat Restoran Brader.’
Kelihatan hujan di luar semakin lebat dengan kilat sabung-menyabung tapi kat dalam bilik ni, segalanya senyap sunyi melainkan bunyi bola snooker kena tuju dan bunyi pot pet pot pet pot pet mulut Brother Ray dan aku menyembang. Sejuk sungguh malam ni. Real punya sejuk woo! Menggeletar je aku rasa.
Dan…aku kalah…teruk.
Aku: ‘Mungkin sebab sejuk ni Ray. Tambahan pulak, hujan. Selalunya cuaca macam ni aku lemah sikit, tu yang buat selalu terlupa skill tu.’
Ray: ‘Kalau macam tu, apasal hang tak tutup aje aircond tu?’
Balas Brother Ray dengan muka toya, sambil kiu (kayu snooker) terpegang di tangan.
Aku: ‘Jomlah, hujan kat luar pun dah reda. Aku belanja hang makan.’




Woii!!! Apasal dia ni melantak kuat sangat ha?
Ray: ‘Hbangh Thaou Thak?’
Kut ye pun Ray, jangan biasakan diri cuba jugak ndak bercakap semasa mulut tu tengah penuh dengan makanan.
Ray: ‘Apa khabar Brader kita Rizz1 tu sekarang ni ha? Hang ada jumpa dia tak? Aku memang dah lama giler punya tak jumpa dia.’ (*Rizz1 disebut - Rizz-One)
Aku pun dah lama jugak tertanya-tanya khabar tentang dia sejak dia berhijrah ke Bandar Perjuangan kira-kira 4 tahun lepas. Kalau dia balik ke sini pun (Bandar Erssante), tentu dia balik kejap, sekali imbas, tu pun nak melawat family dia dan sudah semestinya aku tak tahu dia balik dan kalau aku tahu sekalipun, aku tak sempat nak jumpa dia.
Aku: ‘Aku dah tak jumpa dia langsung dah sejak dia berangkat mencari masa depan diri dia.’
Ray: ‘Weii, aku rindu giler kat dia la Mad.’
Biasalah tu Ray. Hidup, tak terpisah, tak sah. Semua orang ada hala tuju dan tanggungjawab masing-masing.
Ray: ‘Mad, apa kata kita pegi cari dia, melawat dia, amacam?’
Aku terdiam sekejap.
Aku: ‘Aku tak tahu lah. Dengan keadaan aku yang macam ni, kekadang tu, seakan-akan rasa macam takde mood nak buat apa pun.’
Ray: ‘Alaa, c’mon la Mad. Jangan le asyik pikirkan sangat perkara lampau tu. Kalau asyik dipikirkan sangat pun, tak baik untuk kesihatan hang.’
Ntahlah Ray, aku…
Ray: ‘Macam nilah, apa kata hang balik rumah dulu, rileks. Hang pikirkan tentang cadangan aku ni. Lagipun, sekali-sekala dapat hidu udara di tempat baru, sedikit-sebanyak dapat melepaskan tension, okay?’
Well, Mmmm. Oklah. Aku akan fikirkannya.
Aku: ‘Nah Ayie!(pemilik utama Restoran Brader) Simpan aja bakinya!’.


Malam tu, seperti biasa, setelah sampai di rumah, aku merebahkan badan aku keletihan ke atas katil. Suasana senyap sunyi dengan kegelapan bilik aku yang hanya di terangi oleh lampu meja.

JuneNyDah: ‘ArdMad, cuba you tengok pakaian I hari ini, apa pandangan you?’
ArdMad: ‘You sentiasa kelihatan cantik dalam apa jua perkara.’
JuneNyDah: ‘I design sendiri tahu?’

Kenangan lama menerpa… Aku yang tadinya sedang terbaring rileks sambil menghisap rokok, terpaksa bangun kembali, termenung dan perlahan-lahan memadamkan bara rokok yang tinggal.
Juga dengan langkah yang tak berapa bermaya, aku perlahan-lahan membuka radio dan siaran memainkan putarannya.


‘Didalam Segmen Lewat Malam kali ini, anda semua bersama dengan saya, Encik Helmi…err…ataupun saya rasa lebih selesa menggelarkan diri saya sebagai Dr.Helmi, itupun kalau para pendengar sekalian tidak keberatan, memandangkan saya menyandang jawatan sebagai Dr. Pakar Psikologi, dalam beberapa bidang yang berkaitan.Jadi, biarlah saya terus kepada maksudnya bahawa dalam Segmen Lewat Malam kali ni, saya akan menemani anda di sepanjang siaran bagi menyelesaikan beberapa masalah yang anda semua mungkin hadapi mengenai persoalan ‘Cinta’.

Tentu sekali kebanyakan dari anda semua di luar sana pernah berdepan dengan masalah yang melibatkan persoalan ini. Oleh itu, sebagai pembuka kata kepada ruangan ini, saya meminta semua anda yang mengikuti siaran ini, bersama-sama dengan saya dalam berkongsi pengalaman dan permasalahan yang ada, sekiranya tidak keberatan. Untuk makluman, segmen ini adalah bertujuan mengadakan sessi bagi menyelesaikan masalah yang kemungkinan dihadapi. Untuk memudahkan tugas dan menjimatkan masa, saya harap anda yang berjaya membuat panggilan menyatakan seberapa ringkas mengenai masalah yang melanda. Jangan segan-silu untuk berterus-terang kerana sekiranya anda berkelakuan begitu, sukar bagi saya untuk cuba memberikan jawapan terbaik.’

Kedengaran Dr.Helmi memainkan lagu sentimental yang mencengkam kalbu…boleh jadi lagu tema sepanjang siaran ini ke udara….

Dr.Helmi: ‘Ya! Ya! Hello. Siapa di sana?’ Dr.Helmi seakan-akan terbatuk akibat tersedak kopi agaknya, kerana menjawab panggilan dalam keadaan yang agak kelam-kabut.
Pemanggil: ‘Aida di sini.’
Dr.Helmi: ‘Boleh saudari Aida beritahu nama penuh saudari?…’ (dengan penuh sopan dan romantis sekali)
Pemanggil: ‘Aida Asmida AeyRius.’
Dr.Helmi: ‘Ohh! (terdiam terkejut sebentar…)
Aida: ‘Hello?’
Dr.Helmi: ‘Ekhemm! Nampaknya, apa yang menjadi persoalan daripada cik AiDa untuk membuat panggilan ke siaran kita ini? Err, adakah sepatutnya saya memanggil Aida, Asmida atau AeyRius?’
Aida: ‘Takpe, panggil saya Aida cukup.’
Dr.Helmi: ‘Ok.’
Aida: ‘Sebenarnya, saya cuma berminat dengan ruangan ni. Nak kata ada masalah berat ke, ringan ke, dalam persoalan yang Dr.Helmi kemukakan, tak jugak. Cuma saya ada beberapa soalan untuk di ajukan kepada Dr.’
Dr.Helmi: ‘Ye, silakan.’
Aida: ‘So, sebagai langkah kepada soalan pengenalan, saya mahu Dr.Helmi jelaskan serba-sedikit tentang definisi ‘Cinta’. Apakah yang di maksudkan dengan cinta dalam erti kata sebenar dalam kehidupan? Saya mahu kalau boleh, Dr.Helmi beri serba-sikit penerangan ‘jelas’ supaya saya dapat memahami dengan lebih lanjut lagi tentang perkara ini dan juga untuk para pendengar lain yang mengikuti siaran ni. Boleh ya?’
Dr.Helmi: ‘Cinta bermakna wujudnya suatu perasaan semulajadi yang sangat hangat di antara dua individu berlainan jenis. Ia adalah sebuah perasaan unik yang tak dapat nak digambarkan secara realiti dalam erti kata sebenar. Secara terperinci, cinta banyak melibatkan soal-soal fantasi dan khayalan. Biarlah saya jelaskan dalam gaya mudah.

Ok, saya seorang lelaki, telah pergi minum di sebuah restoran yang bernama ‘Restoran Brader’ pada suatu malam. Di situ, sedang saya keseorangan menikmati kopi ‘O’, tiba-tiba saya terlihat kepada seorang wanita/perempuan, yang juga sedang kebetulan sedang minum di situ (sudah semestinya bukan Kopi ‘O’ sebab perempuan selalunya tak minum kopi, diaorang minum Nescafe). Untuk menambahkan lagi cerita yang sedia ada, kebetulan pula waktu itu hujan rintik-rintik kesejukan. Daripada pemerhatian saya, wanita ini sangat menarik dan jantung saya berdebar-debar apabila memerhatikannya. Sudah tentu di restoran itu terdapat banyak lagi wanita lain tapi pandangan dan perhatian saya secara ’automatik’ asyik terfokus kepada wanita itu saja, sekaligus membuatkan saya tidak berminat terhadap mana-mana wanita lain lagi.Dalam fikiran saya waktu tu, akan melandalah persoalan seperti:

1)Saya akan membayangkan kemesraan-kemesaraan antara saya dan dia andaikata dia adalah teman wanita saya.

2)Sistem ayat power saya berkemungkinan akan berfungsi secara ‘auto’. Tidak perlu sebarang penyusunan ayat. Kata-kata boleh keluar dengan secara semulajadi.

3)Terasa andaikata dia ni isteri saya, banyak sekali perkara yang boleh di lakukan bersama dalam mengendalikan urusan rumahtangga.

4)Semangat saya andaikata dapat bawak dia keluar bersiar-siar, akan terasa begitu hidup dan bersemangat. Perasaan seolah-olah merelakan segalanya dalam melakukan apa jua perkara.

Pokoknya, segalanya begitu serasi apabila bersama dengan si dia. Ia hanya memerlukan pandangan di kali pertama saja. Untuk mereka yang memahami antara satu sama lain, boleh tinggalkan saja detik pengenalan dan terus lompat ke babak istimewa. Aneh tapi inilah kebenarannya. Inilah yang di namakan cinta pandang pertama. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, pasti bersetuju dengan apa yang saya huraikan.’

Aida: ‘Terima kasih Dr. Ternyata boleh tahan juga penerangan yang di beri. Dr mempunyai pengalaman?’
Dr.Helmi: ‘Sikit-sikit tu ada juga. Sebagai seorang yang melibatkan diri dalam bidang psikologi, kita kena berani terokai bidang ini dari aspek yang kepelbagaian.’
Aida: ‘Bukankah ianya agak merbahaya? Maksud saya, membiarkan diri dilamun perasaan sebegitu rupa?’
Dr.Helmi: ‘Kadang-kala, tugas memerlukan kita melakukan apa saja. Bukan sekadar teori yang dapat menjelaskan segalanya, tetapi pengalaman.’
Aida: ‘Hmph…Dari kata-kata dan penerangan yang di beri, tentu sekali Dr. ni seseorang yang boleh di kategorikan handal dalam mempermainkan perasaan wanita, kalau Dr tak kisah saya bertanya?’
Dr.Helmi: ‘Cik Aida, janganlah sampai begitu sekali. Setiap tugasan ada pengorbanan dan tekanan yang perlu di hadapi. Ia bertujuan untuk melengkapkan pengetahuan dalam bidang yang kita sendiri pilih.’
Aida: ‘Sudah berapa ramai hati wanita terguris agaknya?.’

Dr. Helmi tidak menjawab soalan tersebut sebaliknya memutarkan lagu bagi tujuan menghentikan perbualan.

Hmmm…hati-hati le sikit Dr.Helmi. Jangan le terserlah sangat sikap playboy tu. Dan pada masa itu juga, aku membuat keputusan untuk mematikan radio dan memasuki alam tidur supaya dengan segera di buai mimpi.


*** ——————***

Itu saja buat masa ni (bab 1). Insyaallah kita akan sambung lagi babak seterusnya. Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua watak yang terlibat dan juga para pembaca - sebab tanpa mereka, novel ni tak mungkin akan wujud. Mereka ni telah menjadi sumber inspirasi untuk saya menerbitkan novel yang pada saya; di antara penulisan terbaik pernah saya hasilkan seumur hidup (this novel is old - dah dihasilkan lama dulu dah…). Anyway, tujuan novel ni adalah untuk menghiburkan. Dan saya berharap para pembaca rasa terhibur (kalau tak…sorry….).

Bab 2? Klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sunday, May 20, 2012
Weather
May 20, 2012, 1:25 pm
Intermittent clouds
Intermittent clouds
32°C
real feel: 39°C
current pressure: 101 mb
humidity: 62%
wind speed: 3 m/s S
wind gusts: 3 m/s
sunrise: 7:02
sunset: 19:18
Forecast May 21, 2012
day
Partly sunny with thundershowers
Partly sunny with thundershowers
33°C
Ersante Echo
The Famous Quote
make money doing business

*--- Pembaca harap maklum bahawasanya aku (penulis) tiada tujuan nak berlagak atau menunjuk2. Tetapi hanya sekadar menulis demi mempersembahkan bahan bacaan untuk me-'rileks'-kan minda. Ia hanyalah kisah peribadi yang membuatkan kami rakan2 tersenyum, sengih sendirian bila terkenang. (Semua orang ada detik tu, bukan?) No offense, please. I really would like to thank you and appreciate as much as I could for you to spend time here. ---*

IT & 'Sporty' Interest
computer skill

Tambahkan Skill Komputer dan Internet dengan berpandukan website golongan 'Developer' terpilih -