Perjuangan d’ Ersante - Bab 3
Bab 2? - Klik Sini

Selepas tamat meninjau struktur pembinaan di bangunan Komputer Bersama, dan juga selepas habis membuat sedikit kertas kerja berkenaan dengan projek tersebut, malam tu aku lepak di Gerai Drebar Lori bersama dengan Rizz1 - Rizz1 yang sudah lama tidak memunculkan diri sejak empat tahun lepas akibat dari sibuk dengan kehidupan peribadi di Bandar Perjuangan. Entah apa mood dia, kali ni balik dia kontek aku. Dia kata dia nak jumpa aku di Gerai Drebar Lori ni jadi; disinilah aku seperti yang dijanjikan.
Rizz1: ‘Aku dah berhenti kerja.’
Aku dah agak dah. Kalau raut wajah yang seumpama tu, memang sah berkaitan dengan kerja dan kewangan kerana sesungguhnya kekerutan sebentar tadi sedikit pun tidak melambangkan bahwasanya yang dia ni sedang mengadapi masalah pompuan.
Rizz1: ‘Tapi Mad,aku dah buat segala perancangan sebelum kaki aku melangkah kembali ke Tanah Air kita ni….’ Katanya pantas.
Aku: ‘Seperti?’
Rizz1: ‘Plan nak mulakan karier dekat sini.’
Aku: ‘Ohh, c’mon! Karier apa hang nak buat?’ kataku seakan-akan kurang bersetuju dengan keputusan dia ni.
Rizz1: ‘Karier di bidang Publishing. Maknanya, aku nak terlibat dalam industri Penerbitan.’
Aku: ‘What???’
Rizz1: ‘Ya!. Aku dah fikirkannya masak-masak dan aku memang nak ceburi bidang tu.’
Aku: ‘Apa yang merasuk hang nak buat kerjaya tu? Berterus-terang aje dengan aku.’
Rizz1: ‘Selama di Perjuangan, aku kerja dekat Kedai Buku, untuk pengetahuan hang! Aku bermula sebagai seorang Penolong Jualan dan selama setahun aku bersabar, pengurus kedai tu kata aku ada potensi nak terus maju. Dan dari situ aku kerja bagai nak rak bila aku berjaya dinaikkan pangkat kepada Supervisor. Setahun lebih aku pegang jawatan tu dengan penuh dedikasi. Dalam pada tu, aku kaji, pasaran untuk penjualan dan penghasilan buku sebenarnya adalah luas dan tak mati…maksud aku ini adalah salah satu di antara perniagaan yang sentiasa bergerak, selagi kita tahu cara nak mengendalikannya serta menghangatkannya.’
Aku: ‘Ok.Ok. Takkan hang nak bukak kedai buku kot?’
Rizz1: ‘Bukan.’
Aku: ‘Habih tu?’
Rizz1: ‘Aku nak bermula sebagai seorang Penulis.’
Rizz1 terdiam sebentar, menghirup kopi yang di pesan tadi sebentar manakala aku masih menjadi seorang pendengar yang prihatin.
Rizz1: ‘Sejak berada kat Bandar Perjuangan tu serta pengalaman di kedai buku yang aku kerja sampaikan korang langsung tak dengar khabar tentang aku, aku dapat macam-macam idea dan kreativiti. Aku kutip semua pengalaman yang perlu. Tentang masalah kehidupan, peribadi, aktiviti sosial, tatacara perniagaan, semua. Aku kumpulkan semua pengalaman dalam membina sebuah keyakinan untuk akhirnya merealisasikan cita-cita aku sebagai seseorang yang berkerjaya sendiri! Aku tak kira berapa lama masa yang akan di ambil tetapi, aku tetap nak realisasikan cita-cita aku jugak.’
Aku banyak terdiam mendengar apa yang diperkatakan Rizz1 sambil sekali-sekala menarik nafas panjang.
Aku: ‘Kalau tak berjaya macam mana? Mintak maaf sebab ini adalah sebuah soalan realiti yang ada kemungkinannya. Hang boleh jawap soalan aku tu?’
Rizz1: ‘Alaa…Apa susah? Mintak aje kerja dengan hang, Ayie ke? Heh..heh..heh…lepas tu kahwin dan lupakan aje semua cita-cita sebaik aje ada kerja tetap.’
Aku dan Rizz1 berpandangan antara satu sama lain seketika sambil kali ni aku pulak yang menghirup kopi manakala dia tengah duduk rileks dengan menghisap rokok. Di wajahnya terukir sengihan yang agak kurang selesa dengan pemberian jawapan sebentar tadi.
Aku: ‘Hang tak nak macam tu.’
Rizz1: ‘Ye, hang betul.’ jawabnya pantas.
Aku: ‘Aku bukannya nak melemahkan semangat hang tapi, ini adalah kehidupan hang. Sekalipun aku atau Ayie berupaya sebagai backup sekiranya sebarang kemungkinan yang aku cakap sebentar tadi berlaku, tentu sekali ianya tak bermakna sama sekali buat hang, sebab masa tu hang dah kehilangan sebuah business yang menjadi tunggak utama dalam kehidupan hang. Hang sanggup nak hadapi semua tu?’
Rizz1 diam sebentar. Berfikir tentang soalan maut aku tu. Memang benar, melalui sejarah pengalaman silam aku, andaikata seseorang yang bukak bisnes dan akhirnya tak berjaya, ada kemungkinan semangat dia patah terus dan juga kemungkinan semangat tu dah tak hidup dah. Dan bila semangat tu dah tak hidup, orang tersebut mula akan mencari sebuah pekerjaan tetap atau kecil-kecilan sebagai perkara untuk menjalani kehidupan seterusnya. Bermaknanya di situ, individu terbabit dah mula menjalani proses perubahan, perubahan setelah menjalani sebuah kehilangan besar dalam hidup. Ingat apa yang aku catit dalam nota peribadi aku? Alamak! Aku tak nak sahabat aku sorang ni jadi macam tu!
Aku: ‘Rizz1, hang kerja dengan aku ajelah. Lagipun aku tengah buat projek baru ni…’
Rizz1: ‘Ho..ho..ho…kejap, kejap. Ini bukan pasal risau takde kerja. Ini pasal minat yang mendalam Mad. Kalau aku balik sini semata-mata nak kerja, baik tak payah. Kerja aku dekat kedai buku tu pun dah cukup terjamin. Ini pasal cita-cita, pasal impian, harapan. Harapan untuk menjadi seseorang yang memang benar-benar aku ingin ‘jadi’ selama ni. Hang faham tak? Semua ni bukan kerana wang atau bimbang tentang kejaminan masa depan, tapi ianya adalah kerana sebuah kehidupan yang dalam setiap diri manusia, tentu sekali mempunyai perasaan sebegini. Perasaan untuk merealisasikan sebuah cita-cita, impian dan harapan untuk diri sendiri.’
Aku sekali lagi menarik nafas panjang mendengar penjelasan yang dihuraikan secara sah oleh Rizzi sebentar tadi. Aku terpaksa menyalakan sebatang rokok jua akhirnya….
Rizz1: ‘Mad, kenapa dengan hang ni? Hang sedar tak, sebaik saja kaki aku melangkah ke Errsante ni, orang pertama yang aku jumpa adalah hang. Aku belum balik rumah lagi ni. Selalunya hang le pemberi semangat dalam mengejar segala-galanya…Semangat dalam mengejar impian, harapan dan kejayaan. Apa yang tak kena ni Mad? Hang dah lupa ke?’
Aku terdiam seketika.
Aku: ‘Takde apa.’
Rizz1: ‘Kalau hang ada masalah, hang boleh story pada aku. It’s ok. Lagipun kita ni sahabat karib.’
Aku: ‘Aku cuma letih. Sejak akhir-akhir ni, aku banyak pikir pasal kerja. Lepas tu, secara tak sengaja aku terbimbang pasal hang. Aku bimbang tentang keselamatan diri hang.’
Rizz1: ‘Rileks Mad. Aku tahu apa aku buat. Aku yakin dengan perjalanan hidup aku. Lagipun, aku nak mula secara kecil-kecilan dan perlahan-lahan. Tak perlu tergesa-gesa dalam memastikan kejayaan.’
Selepas mendengar rangkap terakhir tu, hati aku jadi lega kejap.
Aku: ‘Bila hang nak start kerjaya hang ni?’
Rizz1: ‘Aku nak berehat dua tiga hari dengan family aku, lepas tu baru aku start. Aku dah kumpulkan segala modal untuk memulakan perniagaan aku. Dan Mad, ada satu pertolongan daripada hang aku nak mintak.’
Aku: ‘Apa?’
Rizz1: ‘Aku nak sedikit bahagian dalam ofis hang. Aku perlukan sebuah suasana kepejabatan untuk memulakan segalanya dengan baik. Aku kalau boleh tak nak libatkan urusan kerja dekat rumah lagipun hang tahu le…kalau semuanya asyik kat rumah, boleh beku otak di buatnya. Jangan risau, aku hanya tumpang sebentar aje. Lepas aku dah stabil sikit, aku cari le tempat lain. Boleh kan?’
Hmmm…Apa lagi aku nak jawab selain boleh?
Rizz1: ‘Terima kasih Mad. Semangat habih ni!’
Mungkin aku banyak fikir yang bukan-bukan. Sepatutnya aku memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada individu yang macam dia.
Rizz1: ‘Mad, Brother kita tu apa khabar sekarang? Apa cerita dia?’
Aku: ‘Ray? Dia biasa la, bekerja keras. Tekun dan dasyat sampai sekarang ni, jawatan dia Station Manager di Syarikat Penerbangan Airwarna cawangan Errsante ni.’
Rizz1: ‘Foooh, hebat tu. Betul la cakap hang, biasa la Brother kita tu.’
Aku: ‘Hah. Dia ada ajak aku cari hang kat Perjuangan. Dah sah dia terkejut habis nanti bila tengok hang tiba-tiba dah bermastautin semula kat sini.’
Lepas tu, kami mula bersembang pasal perkara-perkara seharian, sehinggalah
Rizz1: ‘Mad, hantar aku balik boleh?…’

Sekembalinya ke rumah, aku memikirkan kembali perbualan aku dengan Rizz1 sebentar tadi. Tentang topik ‘semangat’ yang muncul secara tiba-tiba. Terus aje aku switch ‘on’ komputer peribadi dalam bilik dan…
Pembicaraan Tentang Kehidupan
“Sebagai seorang insan mahupun individu - mempunyai semangat dalam diri masing-masing. Semangat tersebut muncul secara semulajadi sejak dilahirkan lagi. Dan apabila insan itu membesar dan terus membesar, maka akan semakin jelas-lah ke manakah semangat itu membawanya. Mana yang lebih? Semangat ke-arah kekeluargaan, pekerjaan, cita-cita, perniagaan atau percintaan? Tidak semua yang berjaya menguasai semua perkara dengan semangat yang ada. Semangat mudah hilang, apabila secara tak langsung, insan itu diserangi oleh pelbagai dugaan dalam perjalanan hidup.”
Lama juga aku merenung skrin komputer tersebut yang juga bertindak sebagai lampu yang menerangi kegelapan bilik aku malam ini. Sejenak dari itu, aku di bawa kepada sebuah kisah…Sebuah kisah yang berlaku tidak beberapa lama dahulu, masa aku ditugaskan ke Bandar Perjuangan bagi mengendalikan sebuah urusan….
*** ——— ***
Leave a Reply


