Cinta Pelajaran.

women of my loveChoi.Lai.Mei. adalah wanita pertama dalam hidup aku; yang membuat aku dengan rasminya mengenali apakah makna ‘cinta’ sebenarnya. Dah lama aku nak tulis dan abadikan kisah ni tetapi seringkali sangat tertangguh…Tertangguh dan tertangguh tetapi tidak pernah hilang. Ia terpahat kuat di jiwa kerana sememangnya ia adalah sebuah kisah ‘ori’ yang tidak akan mungkin luntur ditelan dek zaman. Dan kerana kisah itu jugalah; aku berubah imej kepada apa yang aku pegang hingga ke hari ini…(The Converto to Penyangak):

Malang hidup aku…sebab tahu makna cinta di usia yang sangat muda. Tapi itu Tuhan punya kuasa. Dia yang meletakkan aku dalam situasi tu. Dan aku hanyalah seorang player, yang terpaksa menghadapinya. Waktu tu, aku berada di Tingkatan 1, berada di kelas teratas – 1C1 (kelas budak pandai). Masa tu, dalam kelas (dan juga seluruh kelas yang lain), mata (lelaki) tertumpu kepada Ou Yen Yee – seorang amoi yang cukup jelita, sempurna dari segala segi. Boleh dikatakan sampai sekarang aku mampu nak membayangkan wajah dia. Kecantikan yang asli macam tu memang susah nak hilang dari ingatan.

Info: Aku bersekolah campur lelaki perempuan dari tingkatan 1 – 3, sekolah di sekitar Rapat Setia, berhampiran kawasan rumah. Zaman tu sekolah bukan macam cendawan tumbuh pada ketika ni. Jadi, sekolah tu jadi tumpuan hampir seluruh wilayah, taman2 yang berada di situ. Ibarat bercampur aduk dari pelbagai kawasan, dan jenis orang pula bermacam2 ragam. Ada 2 sessi – pagi dan petang. Dan setiap kelas padat bagai nak rak (melayu, cina dan india bercampur). Pompuan ramai, jantan pun sama jugak.

Dalam kelas ketika tu, cikgu suruh buat group discussion dan setiap kali dia masuk, para pelajar mesti berkumpul dgn group masing2. Aku terpilih untuk join group yang melibatkan Harisah dan Maya – dua orang ahli paling aktif menyumbang apa jua kertas kerja yg cikgu bagi. (Ada 2 ahli lagi, lelaki…tapi sungguh; aku tak ingat langsung siapa.) Aku pulak masa tu jenis pemalu. Aku asyik ‘ye’, ‘hah’, ‘ok’ dan akan buat je apa yang diaorang tu suruh. Aku sendiri pun tak sangka aku boleh masuk ke kelas pandai macam ni. Mungkin sebab keputusan ujian UPSR aku (darjah 6) baik, tapi serius cakap; aku langsung tak ambil pusing tentang kelas pandai atau tak. Tapi satu je yang aku pasti: 1C5 adalah kelas yang sesiapa pun kalau boleh tak mau masuk sebab tu le kelas yg menghimpun segala macam jenis penyamun yang ada! (Juga mereka yg lembab.) Kelas paling bawah.
Dalam dok sibuk diskusi dan siapkan paperwork, aku seringkali ter-arahkan mata aku kepada Ou Yen Yee. Orangnya berbadan sederhana besar (besar dan tinggi sikit dari aku) dan berwajah keibuan. Dia bukan amoi kecoh tetapi seseorang yang pandai menjaga sikap. Aku dok usya dia secara diam2. Harisah dan Maya agak perasan perangai aku tu tapi diaorang tak ambik pusing. Janji aku buat apa yg disuruh. Pernah suatu ketika dalam makmal sains, tiba2 tak cukup kerusi. Aku dapat, di bahagian paling belakang kelas. Tapi salah seorang yang tak dapat; adalah Ou Yen Yee! Di atas kerusi tinggi tu aku dok termenung dan tiba2!…Ou Yen Yee datang kepada aku, tengok muka aku, dan kemudian buat isyarat dia NAK kerusi tu… Suasana ketika tu senyap sunyi sebentar. Semua mata ter-arah kepada kami berdua. Budak2 lelaki cina memang semua tengok! Dengan muka kesian dan terkejut, serta-merta aku bangun dan hulurkan kerusi tu kepada Ou Yen Yee! Secara gentle-nya aku bagi. Tak ada cakap apa. Dan dia pulak ambik, selamba bawak kerusi tu kepada kawan2 dia, membiarkan aku berdiri sorang2 kat belakang…Terpaksa ikuti kelas sampai habis mcm tu – berdiri. (Habis, nak suruh aku buat apa??)

ardmad bmxSaban hari, aku mengayuh basikal BMX sendirian ke sekolah yang boleh tahan jugak jauhnya dari rumah. Banyak dari masa2 aku, sendirian. Aku tak ada kawan. Aku jenis risaukan homework tak siap dan cikgu marah berbanding perkara lain. Tapi di rumah, dalam bilik aku ada sebijik komputer. Komputer tu le teman setia aku. Bermacam2 jenis game aku main kalau ada masa lapang. Memang aku kaki komputer. (Tapi masa tu internet tak popular – aku tak tahu. Dan komputer aku pulak jenis skrin kembung kat belakang – 16 color je. Eeww!!) Bukan setakat komputer saja, tapi mesin game dekat pusat hiburan pun aku minat (main tembak2 dan lawan.) Juga; Atari ST milik aku yang zaman sekarang panggil PS3 (Playstation). Boleh dikatakan juga; aku jenis pemurung dan bersedih. Semua aku pendam dan aku memang tak banyak cakap. Mak bapak terlalu sibuk dgn hal masing2. Puratanya; banyak masa2 aku dibiarkan sendirian dalam menjalani kehidupan. Bagusnya aku; aku tak sibuk nak salahkan sesiapa dan aku ambik peluang tu untuk mengisi masa dengan cara hidup tersendiri.

PS: bersambung di web page episode 2 – Klik Sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...