Kepada ‘sesiapa yang merasakan penulisan ini utk dia’ –

Kalau awak sedang baca halaman ni, terima kasih saya ucapkan sebab sudi bertandang. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semenjak serius dalam kerjaya, secara tak sedar, saya telah kembali menjadi diri saya yang asal iaitu: seorang lelaki pemalu yang sukar bergaul mesra beramai-ramai kalau tk ada sebarang tugasan atau urusan. Mungkin sikap saya ni akan mengakibatkan saya terlepas peluang terhadap ‘cinta’ saya…tetapi; apa nak buat..itulah saya yang sebenarnya. (namun sorry ye: selagi saya tk mati, tkde ‘chance’ saya nak lepaskan awk mcm tu saja…) Saya tak berapa tahu cara nak menonjolkan diri sesuka hati… Saya bagaikan bayang2 yang menyorok memerhatikan orang yang saya sayang…saya agak tak suka sikap saya ni..sebab sikap ni tak termasuk dlm kategori ‘gentleman’…tetapi sekali lagi; itulah diri saya yang sebenar…pemalu & penyendiri walaupun rambut dah diliputi ‘putih2’…

Maafkan saya kalau tak pandai ambil hati awak…apa jua pemberian saya kpd awak; ia amat bermakna bagi saya kalau pemberian itu dapat membantu atau menyenangkan awak. Walaupun ianya tak seberapa, tetapi pemberian sebegitu; hanya akan saya berikan kpd orang yang penting di hati saya…Jangan anggap awak ada apa2 terhutang budi kpd saya. Kerana bagi saya; duit boleh dicari, tetapi kasih sayang sejati – hanya datang melalui kurniaan Allah..(dan tidak semua berpeluang menerimanya. Hanya insan terpilih sahaja (tidak kira lelaki atau wanita).

Penulisan di blog peribadi ni saya karang utk mereka yg sudi membaca. Untuk awak, bila dah baca; baca semula penulisan teratas ini supaya awak sedar: segala penulisan sebelum ‘yang ini’ – adalah penulisan di masa lampau…salah satu cara yg mampu saya buat utk mengubat hati yang sunyi.

Wassalam. Take care.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...