Perjuangan d’ Ersante – Bab 6

kerjasama dgn bains ‘Semua peralatan dah siap susun. Struktur bawah, tingkat atas, bilik ofis, semuanyalah. Dah settle. Semua dah di siapkan mengikut CITARASA KAU!’

Aik, macam marah aje? Begitulah Bains apabila sampainya aku ke Mini Market hari tu. Memang betul. Semua kelengkapan telah tersedia dan tinggal beberapa hari saja lagi tempat ni boleh dirasmikan. Aku mengambil feel dalam tempat ni seketika, melihat mana-mana perkara yang mungkin aku masih lagi tak berpuas hati. Pada penilaian aku, semuanya kemas dan teratur, takde apa-apa yang perlu di komplenkan dah.

Aku: ‘Sekarang, sessi nak ambik pekerja. Nak kena adakan interview. Ramai jugak nak kena ambik. Pekerja pun kena pilih yang betul-betul boleh buat kerja aje. Maksud aku kemahiran, kelulusan atau pengalaman tu jatuh ke tangga ke dua. Semangat dalam peningkatan diri yang aku betul-betul mahukan. Aku nak orang macam tu diisi ke dalam Mini Market ni. Aku nak individu-individu yang mempunyai citarasa kualiti dalam diri sendiri. Kau mengerti tu?’
Bains: ‘Ye.’ jawab Bains keletihan.
Bains: ‘Jenuh jugak le nak adakan sessi temuduga nanti.’
Aku: ‘Besok awal pagi, kau pergi ke mana-mana syarikat akhbar dan iklankan. Buat saiz iklan dalam lebih kurang 12cm panjang x 6 cm lebar. Iklankan dekat sekurang-kurangnya tiga syarikat akhbar. Siapkan semua nama jawatan, tawaran insentif kebajikan dan maklumat dan apa saja yang berkaitan. Adakan interview seminggu dari tarikh yang disiarkan.’
Bain kelihatan mendengar dengan penuh perhatian apa yang aku sampaikan.
Aku: ‘Aku rasa macam ada sesuatu yang aku masih tak puas hati….’
Bains: ‘Apa yang kau tak puas hatinya?.’
Aku: ‘Err…Kau tunggu kejap.’
Aku mintak Bains supaya tunggu sementara aku mendail no. June ke dalam handphone aku.
Aku: ‘June, boleh I buat tempahan untuk design sebuah tempat tak? Tempat I?’
June: ‘Bila tu?’
Aku: ‘Kalau boleh, secepat mungkin.’
June: ‘Hmmm…ok. I akan hantar staff I ke sana untuk buat observation (penelitian) dan kemudian, ohh…you nak I design baru atau yang dah ada dalam pamplet?’
Aku: ‘Yang ada dalam pamplet tu pun dah cukup le June. Cantik tu. Tak payah nak yang baru dah. Malam ni I datang kita tengok design mana yang ‘kita’ berkenan. You tak payah hantar staff. You sendiri datang tengok. Ok?’
June: ‘Cepat sikit. Besok banyak kerja tau!’
Aku: ‘Ok.’ aku mematikan handphone aku.
Bains: ‘Oloo…Mad. Kau nak jatuhkan aku ke dalam ‘kekuasaan’ kau ke?’
Aku: ‘Apa saja yang aku lakukan, semua untuk kebaikan kau jugak. Kau ada yang nak membantah ke?’
Bains: ‘Takde apa, gurau sikit pun takkan tak boleh. Jangan la serius sangat! Aku tengok tempat ni dah canggih semacam aje. Esok anak ‘lord’ (June) tu masuk campur tangan pulak, aku tak tau le canggih macam mana lagi tempat ni nanti. Sekarang pun aku dah menggigil tengok tempat ni. Eksklusif habis! Perasaan bangga kian menguasai diri la Mad….sampaikan aku rasa malu kalau besok nanti diaorang tau Pengurus kat sini pakai motor Kubchai. Leceh macam ni Mad.’
Aku: ‘Gaji kau banyak. Down payment le beli kereta baru.’
Bains: ‘Hmmm…aku dah kena balik dah.’

Sememangnya aku hias tempat ni dah ok, tapi di sebabkan aku dah terpukau dengan skill design June, aku jadi tak tentu arah. Aku teringin kalau boleh nak tambahkan lagi attraction (tarikan) Mini Market ni. Perkara ni penting dalam soal bisnes, bagi aku. Sesuatu tarikan yang hebat akan membuatkan lebih ramai pelanggan memenuhi ruang. Tak lupa juga pasal soal servis. Aku mahu servis khidmat pelanggan nanti juga memuaskan. Tu pasal interview yang bakal di adakan nanti akan memeningkan kepala! Tapi aku tak nak fikir lagi pasal tu hari ni. Aku nak siapkan satu persatu. Dan banyak perkara sebenarnya aku lemparkan kepada Bains, semata-mata nak bagi praktikal dia meresap kedalam badan agar nanti bila buat kerja, tak ada rasa kekok. Konfiden aje. Itulah niat dan tujuan aku yang sebenar terhadap Bains dan semenjak dari awal lagi dia terima tugas ni, dia dah faham. Tekanan memang banyak tapi apa saja asalkan dapat menjadi salah seorang daripada anggota ‘Syarikat Bersama’.
Aku: ‘Err, Bains. Lepas habis design terakhir nanti baru kau submit (hantar) iklan tu. So, tangguh dululah.’
Bains: ‘Hmmm…lantak engkaulah.’

Lepas tu, aku balik mandi-manda kejap. Kena segarkan badan ni. Pukul 8 malam nanti nak terus ke kediaman June. Dan setelah tiba tepat pukul 8, aku telah pun berada di luar perkarangannya.
June yang sudahpun kelihatan bersiap, terus aje naik motorkar aku untuk ke Mini Market tu. June akan segera membuat peninjauan keadaan sekeliling dan menentukan apakah design yang terbaik untuk Mini Market tu.
Setelah sampai dan berdiri di luar Mini Market,
June: ‘Ingatkan tak nak jemput langsung….’
Aku masa tu tengah bukak kunci tempat ni, dan apabila pintu terbuka, June terus melangkah masuk ke dalam tanpa sempat aku membalas apa-apa protesan terhadap kenyataan (bebelan) dia tadi.



Suasana semasa berada di dalam Mini Market.
Aku: ‘So, macam mana June?’
Tanya aku setelah dengan segala slownya dipersilakan tuanku permaisuri membuat tinjauan yang memakan masa hampir setengah jam tanpa sebarang kata-kata!
June: ‘I nak kena serius ni ArdMad!’ balas June lembut tapi tegas.
June: ‘Macam mana you hias ni? You ni pakar menghias ke?’ senyum June (perli).
Hmphh…kemudian aku terus tarik aje tangan dia dan serta-merta dia berada dalam dakapan aku.
Aku: ‘You tau June, semalam tidur I termimpikan you…’
June: ‘Oh ye ke? You mimpi apa?’
Aku: ‘I mimpi I jadi pakar Hiasan Dalaman. I belajar skill tu dari you…’
June: ‘Oh? So you guna la skill you tu menghias tempat ni?’
Aku: ‘Dak. I praktikkan ke atas you…’
June: ‘Maksud you ke atas cikgunya?’ senyum June cantik.
Aku: ‘Ye, sebab cikgu selalu tugasnya mengajar, anak muridlah yang buat praktikal.’

‘Hello, ello… Aku masih di sini.’
Suara tu membuatkan segala drama tadi hilang sambungannya! Haru!
Aku: ‘Kau buat apa kat sini?’ kataku dengan muka tak bersalah sambil menggaru-garu kepala di bahagian belakang, termasuk menghembuskan nafas panjang seketika.
Bains: ‘Aku kena siapkan paperwork la. Aku tak bawak paperwork balik ke rumah. Aku lebih selesa selesaikan tugasan di tempat kerja. Bagi aku kat rumah, aku nak rehat.’
Aku: ‘Ye, ye, apa-apa la…Eh, banyak lagi ke paperwork tak siap?’
Bains: ‘Aikkk? Buat-buat tak tahu ye? Habis tu yang kau tak tidur sampai pukul 1-2 pagi mengadap kertas tu sikit le?’
Aku: Oklah,oklah. Kau sambung le tugas kau. Aku nak pegi bawak June makan-makan kejap.’
Bains: ‘Aku nak ikut boleh? Aku pun lapar jugak ni.’
Aku: ‘Kan ke lebih elok kalau kau siapkan…’
June: ‘Ye, awak boleh ikut. Lagipun boleh kita lanjutkan urusan perniagaan sehingga selesai, bukan dengan tiba-tiba aje terberhenti, betul tak ArdMad?’ pintas June laju memotong kata-kata aku dengan di wajah terukir senyuman.
Bains pun senyum jugak, melihat aku dengan mimik muka selamba. Yelah…

dinner with june, bainsJune: ‘Tempat you sesuai buat style ‘Perumahan Eksklusif’. Corakkan dia seperti sebuah rumah moden digabungkan dengan unsur-unsur warna cerah dan ceria. Tidak perlu warna gelap sebab tempat tu untuk pelanggan yang ramai. Rekaan itu nanti juga sesuai untuk tarikan kanak-kanak. You tau la, budak kecil ni, kalau dah suka kat sesuatu tempat tu, mesti desak parents mereka datang lagi. Ini sebagai salah satu advantage perniagaan you.’ jeling June pada aku sebaik saja selesai buat penerangan.
Kami bertiga sedang menjamu selera di Restoran Arena yang sangat indah bertempat di kawasan berhampiran pantai.
Bains: ‘Hmmm…betul tu. Kami tak terfikir pun pasal tu.’ sambil penuh perhatian mendengar ucapan June sementara menunggu hidangan.
Tak sangka aku sebodoh ini ye? Macam mana la aku boleh tak terfikir langsung suruh dia hias tempat tu dari awal lagi? Kononnya mungkin aku dah rasa skill aku bagus sangat, tapi ternyata aku silap. Hiasan Dalaman memang bidang dia. Tengok sendiri le pakar ke tak pakar. Sampai ke situ kajian dia dalam penarikan customer. Tak sangka betul hari ni skill hiasan aku lupus begitu saja…
June: ‘Tentang Kafe kecil tu, kalau ikutkan I, I nak buat style ‘Kayu’, seakan-akan tempat tu sebuah dapur rumah yang comel dan kiut, tapi mahallah. Nak kena tunggu tempahan kayu lagi, nak kena set-up lantai lagi. Jadi I cadangkan bahagian Kafe tu you buat aje style serupa macam hiasan pejabat, warna sama macam warna pilihan you tu, biru, tapi dekat bahagian tu banyakkan warna yang kita pakai sikit saja di bahagian lain Mini Market ini.’
Aku: ‘Dalam semua warna cerah tu, kita ambik yang paling tak cerah la, bubuh kat Kafe tu?’
June: ‘Iya, tepat sekali. Biar dekat situ nampak sikit kelainan bidangnya.’
Aku: ‘June, bila you boleh start?’
June: ‘Bagi I tempoh satu hari. Lepas tu kita mulakan.’

Nampaknya Bains banyak membelek pamplet yang June bawak sejak dari tadi lagi. Aku tahu Bains pun seronok tengok gambar-gambar hiasan dalam pamplet tu. Kusyuk aje dari tadi. Dia kagum tu, sama aje macam aku. Huii…tarikan si June ni kuat betul. Dia ni apa haa?? Aku dah jadi macam tak sabar-sabar aje nak buat semua perkara! Makan pun macam gelojoh aje bila hidangan tu sampai manakala Bains biasa la, terkenal dengan sikap mentekedarah (aku tak pernah ada sikap macam tu), tak kira le sama ada depan perempuan ataupun jantan!
Kami bertiga melalui makan malam yang menarik dan mesra. Betul seperti yang aku jangkakan. Bains dengan sikap selamba dia mudah untuk membuat kawan. June tak berasa kekok dengan kehadiran Bains dan perbualan malam tu bertukar kepada perbualan semasa yang menarik. Aku tak habih-habih cerita pasal serba-sedikit pengalaman ketika di Errsante, manakala Bains pula terbukak cerita pasal bau badan dia yang sama busuk dengan bau badan kambing di kampung dulu…(tak payah la aku nak cerita!) Aduhaii….kenapa la dia ni takde cerita lain nak bukak! Kali terakhir aku dengar cerita pasal kambing dia tu aku terpaksa berlari ke tandas kejap sebab nak terkencing. Gelak punya pasal la!
June: ‘Khih..khih..khih…’ senyum June sambil tangan menutup sedikit bahagian mulut. Kemudian terus memukul-mukul bahu aku dengan tiba-tiba sambil tersengih:
June: ‘I nak ke tandas lah…’

Di luar perkarangan rumah June sepulangan dari segala urusan tadi.
Aku: ‘June, pasal tak jemput you pada awal lagi, I langsung tak terfikir, jujur. Tapi setelah melihat kebolehan you, I jadi tertarik. You betul-betul hebat June.’
Masa tu aku di luar pagar rumah June, mengayat power sikit sebelum beransur, membiarkan Bains sendirian dalam kereta sebentar tanpa mematikan enjin.
June: ‘Oklah ArdMad. Dah lewat ni. Kesian Bains kat dalam kereta tu sorang-sorang.’
Bains asyik perhatikan aje dari dalam kereta tu. Bila aku tengok, dia paling tempat lain. Kenapa la dia tu asyik menjadi penghalang bagi melanjutkan sesuatu perkara antara kita berdua? Hishh!
Aku: ‘Take care.’ dan aku terus kembali ke dalam kereta untuk pulang ke kondo bersama Bains.

pemanduan malam bersama bainsDi dalam pemanduan menuju ke kondo bersama Bains, kelihatan dia sedang asyik bermain dengan fikiran.
Bains: ‘Mad, best betul Hiasan dia. Mana dia belajar semua ni? Aku tak sangka masa kau cerita pada aku tentang dia, dia memang pakar sampai macam ni sekali.’
Aku: ‘Alaaa Bains…sesetengah orang dah di lahirkan semulajadi untuk dapat sentuhan dalam sesetengah bidang. Macam pencipta lagu yang best-best tu. Asalkan ada album keluar lagu ciptaan dia, meletup. Hits. Yang pemain bola pulak kalau dia ada dalam padang tu, bola asyik dapat kat dia memanjang, walaupun pemain lain training sama aje macam dia. Di situlah yang di namakan ‘kelebihan masing-masing’. Anda mengerti?’
Bains kelihatan masih membelek-belek pamplet yang diberi secara percuma oleh June kepadanya.
Bains: ‘Mad, terima kasih…Sebab aku betul-betul tak sangka yang aku akan menjadi seorang Pengurus yang boleh di kategorikan dalam bidang profesional. Aku bukannya ada apa dulu. Aku banyak bekerja, bekerja, bekerja dan masih, tak menjumpai sebarang perkara yang betul-betul aku inginkan selama ini dalam hidup. Aku dah banyak pegang jawatan sebagai supervisor, ketua kumpulan dan assistant dalam menjalankan projek tapi, kepuasan dalam apa yang aku miliki dulu, masih hambar. Aku lakukan semua tugas yang diamanahkan dengan baik, pada penilaian aku, tapi Mad….sejak aku berada di sini bersama kau dan melihat Pengurus macam mana yang bakal aku jadi nanti, aku betul-betul rasa terharu. Aku yakin Mini Market tu akan menjadi penentuan dalam bidang barang keperluan yang dimiliki Syarikat Bersama. Aku dah nampak dah…ini adalah permulaan untuk kemungkinan suatu hari nanti, Syarikat Bersama akan membuka sebuah Parade atau Mall pula.’
Aku: ‘Baguslah kalau kau boleh tafsirkan ke situ.’
Bains: ‘Aku tak sangka yang aku terlibat dalam sejarah permulaan ni. Siapa kau ni Mad? Boleh tak kali ni kau tolong cerita sikit latar belakang kau tentang penglibatan di dalam Bersama? Aku betul-betul nak tahu.’
Hmphh…Di sebabkan itu, aku terpaksa berhenti kejap dekat tepi sebuah perhentian yang tersedia.

Sambil mencucuh sebatang rokok di bawah nyalaan lampu di keheningan malam, aku ringkaskan cerita dengan bermulanya aku sebagai Pembantu Am dulu, sehinggalah pada langkah satu persatu Syarikat Bersama mula untuk naik.
Bains: ‘Dahsyat…Kau memang betul-betul orang kuat Syarikat Bersama! Aku tak sangka.’ kelihatan Bains selah-olah macam tak percaya, walaupun dia percaya.
Bains: ‘Bagaimana dengan kakitangan lain? Kau ada kuasa atas diaorang ke, atau macam mana?’
Aku: ‘Sekarang, Syarikat Bersama ada beberapa orang Pengarah lain yang kongsi bersama dalam saham syarikat tu. Dengan penggabungan Pengarah-pengarah tersebut, syarikat naik dengan pantas dan setiap Pengarah ada orang kuatnya tersendiri. Aku cuma orang kuat Boss, pengasas utama Syarikat Bersama. Kebanyakkan sejarah kebangkitan Syarikat Bersama adalah bermula semenjak Boss kahwin. Sejak mengecapi kebahagiaan, segala-galanya menjadi mudah buat dia. Semangat dia naik mendadak untuk memperluaskan perniagaan.’
Bains: ‘Maknanya kau tetap di antara orang paling penting Syarikat Bersama ye tak?’
Aku: ‘ Ye la tu.’ kataku tenang.
Bains: ‘Ceritakan serba-sedikit tentang persaingan yang kau hadapi. Sebelum Mini Market ni tentunya kau dah pernah terlibat dalam pembangunan bisnes lain, selain stesen minyak utama dulu. Apa lagi business kau bangunkan? ‘
Aku: ‘Aku pernah bersama dengan Boss bersaing dalam Perniagaan servis kereta.’
Bains: ‘Maksud kau, kau ada skill pomen?’
Aku: ‘Kau tak perlu tahu semua tentang kereta, kalau kau nak bukak bisnes kereta. Asas (basic) tu kena la, wajib. Tak tahu langsung susah laa…Satu lagi yang penting adalah agihan. Pembahagian bidang tu penting dalam semua bisnes. Aku di bidang pengurusan, takkan nak buat kerja pomen kot? Aku kendalikan urusan dengan kontek-kontek yang berkenaan dengan kereta. Aku luaskan perkenalan dengan pihak-pihak tertentu dan dalam masa yang sama juga aku promosikan tentang servis kereta yang aku buat. Aku nak kena kaji semua kedai kereta lain punya pasaran. Kaji tentang harga diaorang, layanan diaorang, gaji pekerja, semualah. Aku buat penyelidikan dekat situ dan kemudian aku alterkan (ubahsuaikan) dalam list peribadi syarikat, yang aku akan tawarkan lebih baik ataupun lebih kurang sama dengan apa yang kebanyakan syarikat lain tawarkan. Tentang pomen tu, Syarikat Bersama ada buat kelas latihan untuk bidang-bidang tertentu sebelum pekerja disahkan bekerja dalam syarikat, untuk sesetengah bidang yang memerlukan kepakaran teknikal. Syarikat ada Guru Latihannya tersendiri. Kau patut pegi Ibu Pejabat dia. Kau mesti kagum punya. Dekat sana macam-macam perkara yang di tawarkan.’
Bains: ‘Aku dah pegi dah, masa interview dulu. Tapi aku tak tahu le tentang operasi-operasi yang dijalankan di situ.’
Bains terdiam sebentar, kemudian menyambung
Bains: ‘Kau buat itu semua untuk pastikan bisnes kau naik?’
Aku: ‘Persaingan, Bains. Siang malam aku korbankan masa untuk setiap penyelidikan dan apabila aku dah dapat jawapan dia, aku terus resapkan ke dalam bisnes aku untuk mengatasi bisnes yang lain. Cukuplah setakat itu saja penerangan aku. Kau fikir sendirilah jawapan seterusnya apa yang jadi kepada bisnes servis kereta tu. Apa yang jadi selama ni membuatkan aku dapat kepercayaan untuk projek Mini Market ni pula…dengan kau.’
Bains sekali hanya terdiam dengan pandangan tertunduk ke bawah, kemungkinan merenung maksud penerangan aku sebentar tadi…
Aku: ‘Bains, kenapa diam aje?’

Bains: ‘Ia agak menakutkan, Mad. Ia seperti kau menggunakan elemen kuasa untuk menakluki sesuatu.’
Aku: ‘Hey, c’mon. Aku dah bagitau awal-awal yang you don’t want to know. Lagipun, untuk menjadi yang terbaik, kau KENA menjadi yang terbaik. Lihat June, kau fikir aku boleh design macam mana dia design? Kau kena ada kepercayaan kepada diri kau sendiri.’ kataku lagi dalam keadan tenang, sambil menepuk sedikit bahu Bains.
Bains kemudian tersenyum, menarik nafas panjang seketika. Tangan terpaksa diselupkan ke dalam poket sweater (baju sejuk) untuk mendapatkan sedikit kepanasan di keheningan malam yang berangin di perhentian ini.
Bains: ‘Ia memang menarik! Tapi apasal dengan kereta lama kau tu? Aku tak percaya kereta itu satu-satunya milik kau!’
Aku dah mula nak tergelak kejap ni….Takkan kat situ jadi persoalan kot? Penerangan panjang lebar aku tadi akhirnya sampai ke situ jua?
Aku: ‘Ini soal kerja dan keikhlasan dalam mengejar sesuatu mengikut daya upaya sendiri. Takde kena-mengena dengan harta benda. Syarikat ada tawarkan aku pinjam dulu mana-mana Company’s Car untuk ke sini tapi aku saja tak nak. Sama aje bagi aku kereta apa pun, janji enjin takde masalah, selesa bawak.’
Bains: ‘Tak sama. Kereta tu. Apasal boleh sampai ke Perjuangan? Aku tak puas hati!’
Aku: ‘Weii..kan ke aku dah cakap? Kereta tu ada sentimental value, kereta kenangan! Lagipun, Syarikat dah janji nak bagi aku ‘sebijik’ lepas tugas ni selesai. Tunggu aje laa…Buat apa nak tergesa-gesa?’
Bains: ‘Okay, okay…Aku terlupa.’ Bains tersenyum seketika yang kemudiannya menutup topik pasal tu.
Bains: ‘Kau mengorbankan banyak perkara dalam hidup semata-mata untuk sampai ke tahap ni. Kau berjaya Mad! Tapi kenapa dalam pemerhatian aku, masih ada tergambar suatu kesedihan di wajah kau? Apa yang tak kena?’
Aku: ‘Tidak semua perkara akan membuatkan kita gembira Bains, walaupun kita berjaya capai apa yang kita mahukan. Sentiasa ada sesuatu yang hilang dalam perjalanan hidup….Kita takkan dapat semua. Sekuat mana kita sekalipun, kita hanya manusia biasa. Kita takkan dapat lari dari kesilapan.’
Bains: ‘Maksud kau, kau masih tidak gembira setelah mencapai prestasi kau yang sebegini, dalam masa yang sama pula kau mempunyai June sebagai teman, yang aku rasa berlambak lelaki yang sanggup gadaikan apa saja semata-mata untuk mendapatkan cinta dia?’
Aku: ‘Aku pernah mengalami kehilangan suatu waktu dahulu….Kehilangan orang yang di cintai.’
Bains menarik nafas panjang seketika, terdiam sambil merenung ke bawah.
Aku: ‘Bertahun-tahun aku mencarinya, tapi dia tak pernah berada di situ….Kehilangan dia membawa secebis kebahagiaan yang pernah bertempat di hati aku. Aku tak sangka kecuaian aku dulu menyebabkan aku kini terpaksa melalui detik-detik kesedihan dalam diari hidup aku, setiap hari…’
Bains: ‘Rileks Mad…Aku faham. Tapi sekarang ni, June tu. Aku tengok dia dah ‘fall in love’ dengan kau. Macam mana perasaan kau terhadap dia?’
Aku terdiam sebentar tanpa berkata, sambil bertenggek di atas palang pula, yang juga terdapat di sini.
Aku: ‘Aku takut Bains. Aku takut dengan satu lagi kehilangan….Aku khuatir yang aku tidak dapat menerima kenyataan itu lagi.’
Bains: ‘Kau, takut? T-A-K-U-T?’
Aku: ‘Kekadang, semua manusia punya kelemahan. Tidak semua yang sempurna.’
Bains: ‘Mad, takde apa yang perlu kau takutkan. Semangat sikit Mad. June adalah seorang wanita yang sungguh anggun, berdaya, bijak dan seperti yang aku cakapkan, aku sanggup mengorbankan apa saja semata-mata untuk mendapat teman wanita seperti itu! C’mon Mad!’
Aku masih termenung dan kemudian, perlahan-lahan berpaling melihat wajah Bains.
Aku: ‘Kau nak tau? Kau betul la!. Dia memang seseorang yang membahagiakan. Besok perkara utama yang akan aku buat seawal pagi adalah telefon ke pejabat dia dan tanya khabar, tiap-tiap hari mulai esok! Sekarang, mari kita pulang dan berehat untuk mulakan tugas seterusnya besok!’
Bains: ‘Macam tulah brader.’

Dan sessi malam itu tamat setelah kami sampai ke kondo untuk seperti biasa: tidur men-tidurkan diri!


******

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...