Perjuangan d’ Ersante – Bab 7

kerjasama dgn bains‘Bukakanlah jendela asmara, moga terang kamar cintaku…
Moga langit menyeri warna, mewarnakan taman hatiku…
Berilah daku sayap impian, bawalah daku di awangan…
Bukakan jendela asmara, untukku kenal resah dan rindu…
Hey!…Hey..! Hey…’

‘Terima kasih, terima kasih…’
Kataku sambil melambaikan tangan tanda penghargaan ke atas tepukan gemuruh yang diberi sebaik saja aku selesai membuat sebuah persembahan gitar solo menyanyikan sebuah lagu yang popular tak berapa lama dulu, di sebuah kelab eksklusif yang Encik Khalili, father June, menjadi ahli. Hari tu, kelab tersebut mengadakan sedikit jamuan khas percuma sebagai penghargaan istimewa untuk setiap ahli. Aku kebetulan berada di situ di atas jemputan Encik Khalili, dan secara kebetulan juga, di minta oleh beliau untuk menyampaikan sebuah lagu bagi menghiburkan para hadirin sekalian.
Encik Khalili: ‘ArdMad, nampaknya kau memang cikgu muziklah. Entah apalah lagu yang bakal June tu melalak pula nanti dalam bilik mandi.’
Aku: ‘Eh, dia selalu melalak dalam bilik mandi ke Pakcik?’
Encik Khalili terdiam kejap, yang masa tu sedang memegang sebuah gelas berisi minuman yang di sediakan bersama-sama dengan juadah makanan lain yang tersedia di meja berhampiran.
Encik Khalili: ‘Itu suatu guarauan ArdMad…’
Aku: ‘Aaaaa..Ooo..Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!’ ternyata feel atas pentas tadi belum berakhir sepenuhnya untuk terus memulakan sebarang perbualan.
Encik Khalili: ‘ArdMad, Pakcik nak kenalkan dengan beberapa orang kawan Pakcik yang kebetulan turut hadir di sini. Mari.’

Encik Khalili kemudiannya mengiringi aku untuk bersalam dengan beberapa orang lelaki lebih kurang sebaya dengan dirinya yang juga turut berada berhampiran meja jamuan.
Encik Khalili: ‘Ini le ArdMad yang I cerita pada you all dulu yang jadi Cikgu Muzik June.’
Sesungguhnya aku tak pernah jadi Cikgu Muzik kepada June.
Lelaki #1: ‘Okay jugak dia ni ya Karl? (gelaran kawan-kawannya untuk Encik Khalili) Nampak macam sepadan aje dengan June. Habislah kitaorang…’
Kemudian mereka semua gelak-ketawa seketika, begitu juga dengan aku, yang terpaksa gelak bersama-sama dengan old-tie old-tie ni.
Lelaki #2: ‘Sebenarnya, apa you buat ArdMad? Sebagai bidang utama dalam kerjaya selain muzik? ‘
Encik Khalili: ‘Business. Dia ‘Pengendali Projek Perniagaan’.
Encik Khalili tolong jawabkan bagi pihak aku.
Hmmm…Selama ni aku di’cap’ dengan jawatan Pengurus. Kenapa kompeni tak tukar lagi nama jawatan aku kepada yang Encik Khalili sebutkan tadi tu? Lagi tepat tu untuk menggambarkan aku.
Aku: ‘Ye, muzik hanya sampingan, belum dijadikan kerjaya pun.’
Lelaki #3: ‘Kenapa tidak? Cara you handle diatas pentas tu nampak macam ada potensi untuk pergi jauh.’
Aku: ‘Tak tahulah…buat sementara ni, saya lebih selesa jadikan bidang muzik sebagai penghibur jiwa secara peribadi.’
Lelaki #1: ‘Macam mana perkenalan dengan June boleh bermula? Beritahu kami semua di sini. Kami semua kalau boleh ingin tahu.’
Encik Khalili: ‘Untuk pengetahuan you Mad, mereka semua ni dah macam Uncle June sendiri. Mereka best friend pakcik sejak dari dulu lagi. June dengan kami semua memang rapat, sejak kecil lagi.’
Lelaki #2: ‘June tu buah hati kami semua. Dah tentu kami semua ada family masing-masing tapi, June istimewa bagi family kami semua. Kami semua layan dia seperti sebahagian daripada anggota keluarga sendiri.’
Lelaki #3: ‘Ya. Bagaimana permulaan perkenalan tersebut? Cerita la sikit.’
Aku: ‘Oklah, kalau pakcik semua nak tahu sangat: saya bernasib baik.‘ berhenti seketika melihat muka diaorang semua yang tengah menumpukan perhatian dan…
Aku: ‘Betul-betul bernasib baik.’
Dan mereka semua terdiam sebentar, melihat pada aku kalau-kalau masih ada sambungannya tapi malang sekali…takde. Aku hanya gelak kecil tanpa berkata apa-apa pun dah. Kemudian, begitu juga dengan old tie – old tie ni, yang terpaksa gelak bersama-sama dengan aku. (Heh He)

Kemudian Encik Khalili menjemput aku keluar (berdua saja, meninggalkan rakan-rakannya) ke halaman luar kelab, yang berlatar belakangkan sebuah padang besar yang terpaksa menggunakan tangga untuk turun sampai kepadanya.

Encik Khalili: ‘Pakcik cuma jemput kamu ke sini adalah semata-mata untuk mengenali kamu dengan lebih lanjut. Tak ada apa. Lagipun, June tu anak kesayangan Pakcik. Pakcik teringin nak kenal dengan lebih rapat lagi orang yang dah berjaya pikat hati dia.’
Aku: ‘Dia ada beritahu Pakcik yang saya berjaya pikat hati dia?’
Encik Khalili: ‘Hmmmphh…tak ada la dia cakap. Tapi tentu sekali kamu dan dia rapat. Dia banyak cerita pada Pakcik tentang kamu. Lagipun, selalunya kalau pasal hati dan perasaan, Pakciklah orang pertama yang akan dikongsikan bersama. Sepatutnya dia pilih kawan-kawan dia untuk bersembang pasal perkara ni tapi entahlah, sejak dari dulu lagi June dan Pakcik memang rapat. Tak ramai yang boleh memahami June, cuma June yang selalunya bertindak untuk memahami orang lain. Dia banyak mengingatkan kisah percintaan Pakcik dengan mother dia dulu. Mother dia adalah cinta sejati Pakcik. Kalau ada yang lain sekalipun, tak sama sebagaimana perasaan terhadap mothernya.’
Aku dan Encik..errr…Pakcik Khalili, sedang merenung ke arah padang di bawah, sambil kedua-dua lengan di letakkan ke atas palang yang tersedia.
Pakcik Khalili: ‘Dalam kisah Pakcik dengan mother dia, Pakcik selalu bertindak sebagai orang yang sentiasa bersedia untuk memahami apa jua masalah mother dia hadapi tapi dengan June, seakan-akan macam June pula yang cuba untuk memahami Pakcik. Bukan lagi Pakcik sebagaimana suatu waktu dahulu terhadap mothernya.’
Aku: ‘Maksud Pakcik? June banyak berceritakan tentang masalah hati dan perasaan bersama Pakcik?’
Pakcik Khalili: ‘Iya, betul. Tapi, seolah-olah macam dia ingin menjaga perasaan Pakcik pula. Dia dah dewasa sekarang dan dia cuma tak nak Pakcik kehilangan diri dia yang dulu…diri dia yang sentiasa menjadi anak manja kepada Pakcik. Jauh di sudut hati, perkara itulah yang paling Pakcik inginkan. Walaupun Pakcik tahu June sudah dewasa dan Pakcik pula sudahpun berkahwin lain dan mendapat 3 orang lagi anak yang bertindak sebagai adik tiri June, tapi Pakcik masih rindukan June. Saat-saat dia menjadi anak kesayangan…saat-saat dia satu-satunya buah hati hasil percintaan Pakcik dengan mothernya.’
Aku kusyuk mendengar, masih dalam posisi tadi.
Pakcik Khalili: ‘Sekarang, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ni, June sudahpun menjadi kakak. Seorang kakak yang baik dan contoh. Lepas tu, dia banyak menghabiskan masa bersama kehidupan peribadinya pula. Pakcik pula sibuk dengan urusan kerja. Sedar-sedar saat-saat dahulu berlalu begitu saja. Sudah tentu begitulah takdirnya dalam setiap kehidupan tapi Pakcik benar-benar rindukan dia, saat-saat bersama dengannya.
Terbalik pula kan? Dulu mother dia bagaikan budak kecil apabila di samping Pakcik tapi kini, Pakcik pula yang menjadi budak kecil di samping June. Sebagai seorang lelaki, of course (sudah tentu) Pakcik menyembunyikan perasaan tersebut tapi Pakcik gagal. Pakcik gagal kerana June mewarisi kebanyakkan daripada perasaan memahami yang Pakcik ada. June faham yang tak ada sesiapapun di dalam dunia ni, yang akan dapat menggantikan tempatnya di hati Pakcik, walaupun Pakcik perasan yang dia ada cuba untuk alihkan perhatian Pakcik kepada adik-adiknya yang lain pula untuk menggantikan tempat dia. Bukan kerana apa, tapi hanya kerana dia mahu melihat Pakcik gembira mengulangi zaman-zaman bersamanya dulu tapi kali ni dengan adik-beradiknya pula.’
Pakcik Khalili terdiam sebentar, untuk meneguk sedikit air dari gelas.
Pakcik Khalili: ‘…dan sesetengah perkara tak dapat diubah. June tetap the best. Pakcik akan merindui saat-saat bersama dengan dia. Saat-saat sebuah kasih sayang yang begitu asli daripada seorang bapa, terhadap anak kesayangan dan kebanggaannya. Apatah lagi, sejak kehadiran kamu.’
Aku terdiam, Pakcik Khalili pun diam jugak, masih merenung kearah padang di bawah.
Pakcik Khalili: ‘Kamu cintakan June?’
Aku: ‘Saya lakukan apa saja untuk dia.’ jawabku pantas.
Pakcik Khalili kemudiannya tersenyum, berpaling melihat wajah aku yang sudah pun memalingkan pandangan padanya sejak mengeluarkan kenyataan tadi.
Pakcik Khalili: ‘Sebaik saja Pakcik mendengar cerita tentang kamu dari mulut June, Pakcik jadi terkejut kerana suasana mesra yang sudah lama tak terasa, bukan berdasarkan kepada penjagaan hati semata-mata, kembali menyerlah antara Pakcik dan June…semenjak topik perbualan tentang kamu di ketengahkan.
Dah lama Pakcik tak terasa saat perkongsian bahagia bersama dengan June begini. Bersembang tentang kasih sayang dia, impian dia untuk menjadi seorang isteri yang baik, impian untuk menjadi istimewa kepada seorang lelaki yang benar-benar di cintainya, lelaki yang benar-benar dapat menyelami sudut hatinya, sebagaimana Pakcik. Ini adalah saat yang paling bahagia dalam hidup Pakcik sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Terima kasih ArdMad. Kamu membuatkan Pakcik dapat merasa kembali detik bahagia untuk kembali berkongsi bersama dalam kehidupan June.’
Aku: ‘Dia takde teman lelaki lain?’
Pakcik Khalili: ‘June memang ramai peminat sejak dari dulu lagi. Peminat dalam semua kategori termasuklah kepada ‘secret admirer.’ Tapi semua tu tak berjaya membuatkan June bercerita apa-apa pun mengenai ketulusan soal hati dan perasaannya dalam mengejar kebahagiaan dan impian sebagai seorang isteri . Dalam erti kata lain, tidak seorang pun yang berjaya memikat hatinya sedangkan perkara itulah perkara yang menjadi impian utama kehidupannya. Dia seorang Pencinta Abadi, sama macam Pakcik. Kekadang tu Pakcik sedih juga, sebab takde sesiapapun yang dapat membuatkan hati June benar-benar terbuka untuk bercinta, sebagaimana terbukanya hati Pakcik untuk bercinta dengan mothernya dahulu.’
Aku: ‘Well, nampaknya sekarang you all dah ada Pencinta Sejati disini. Semua kerisauan telah berjaya ditamatkan.’ Kataku slow, sambil menepuk bahu Pakcik Khalili perlahan, dan kemudiannya dia menyalam erat tangan aku seketika sambil tersenyum lagi.

masalah juneAku: ‘I dah bercakap dengan Father you semalam dan tidak ada apa yang perlu you risaukan. Dia ok dan semalam kami berdua menghabiskan masa yang panjang bersama dalam sessi perbualan yang penuh dengan ‘man to man talk’ (topik yg kalau lelaki tu ‘kurang’ machonya, tkkn mungkin dpt berterus-terang).’
June: ‘Kenapa you tak beritahu I you nak jumpa dia semalam?’
Aku: ‘June, itu perbualan antara lelaki dengan lelaki. Sesetengah perkara perlukan lelaki dengan lelaki untuk di selesaikan. Yang you tu, tengah hari ni bersiap-sedia, kita akan lunch bersama. Selera I tak lengkap kalau tak tengok you sehari. Kalau tak tengok sehari, kenyang pun rasa macam tak kenyang aje.’
June: ‘Iyalah tu. Dan jangan lupa cerita pada I apa yang you bualkan dengan Father semalam.’
Selepas meletakkan gagang telefon, aku kembali melakukan urusan kerja seperti biasa.
Semasa aku nak buat kerja luar kejap, aku di kejutkan dengan kehadiran pereka-pereka Hiasan Dalaman yang datang untuk memulakan tugas hari ni. Aku terlupa hari ni diaorang start datang. June takde la, dia cuma hantar Supervisor dan pekerja-pekerjanya saja untuk menguruskan reka siap yang aku tempah hari tu.
Bains: ‘Aku nak beritahu kau ni Mad, kerja yang kau suruh aku siapkan pasal iklan tu, semua dah beres. Tinggal yang ini siap, kita akan terus ke sessi interview mengambil pekerja pulak. Apa pendapat kau?’
Aku: ‘Baiklah. Ada apa-apa yang kau fikir kita patut buat selain apa yang kau suarakan?’
Bains: ‘Mmmm…Aku rasa tak ada. Cuma nak tunggu diaorang ni habih buat kerja design sajalah.’
Aku: ‘Aku nak keluar kejap, kau monitor (awasi) le diaorang buat kerja.’
Bains: ‘Kau tak nak tengok diaorang design ke?’
Sambil tersenyum aku jawab:
Aku: ‘Buat apa? June bukannya ada pun….heh..heh..heh…’
Segera aku mengenakan spek mata hitam dan keluar; memandu kereta meronda-renda lebuhraya Perjuangan yang lapang terbentang luas, sementara menanti waktu lunch dengan June.

Bila tiba masa untuk lunch dengan June, aku tiba tepat waktunya di premis perniagaan June.
Aku: ‘June, laju aje pekerja you buat kerja. Macam tak payah nak kaji pun dekat mana hiasan itu ini sepatutnya dibuat.’
June: ‘You tengok mereka buat kerja ke?’ senyum June sambil menghirup minuman melalui straw.
Aku: ‘Sejak dari mula lagi June….I le orang paling prihatin peratikan diaorang buat kerja. Sampai le ke time kita kena lunch ni baru I beransur. Kalau tak kerana lunch ni, jangan harap le I nak blah. Tengok diaorang buat kerja, terasa macam tengok you pulak yang buat. Tu yang jadi terpacak aje dalam Mini Market tu penuh semangat.’
June: ‘Macam mana dengan perbualan you dengan father I? Apa yang you bincangkan dengan dia sebenarnya?’
Aku: ‘Takde apa sangat. Dia banyak risau tentang you. Tentang impian yang selalu you kongsikan bersama dengan dia sejak dulu lagi.’
June: ‘Hmmm….itu rupanya…….I dah agak dah.’ kata June lembut.
June: ‘Then, apa sebenarnya yang you buat sampai you kata kerisauan dia dah hilang?’
Aku: ‘Itu yang perlu kita sembang diwaktu yang lain. Pointnya sekarang, dia dah senang hati. You balik nanti you tengok dia happy aje. Begitu juga dengan I dan diharap you pun begitu. I bukan bergurau ni tapi balik nanti bila you berbual dengan dia, berbual seperti biasa dan tengok air muka dia. Cuma beritahu dia hari ni you having lunch dengan I, dan cakap I benar-benar maksudkan apa yang I cakap pada dia semalam. Ikhlas. Takde unsur paksa-paksa.’
June: ‘Tapi, I nak tahu.’
Aku: ‘Takde tapi-tapi. Malam besok kita sambung lagi kisah tu. I datang jemput you sharp (tepat) 8 malam.’ pintas aku laju.
Aku: ‘Buat masa ni, you settlekan urusan kerja seharian you seperti biasa. I nak kembali bertugas ni, nak settle dulu pasal Mini Market tu. Nanti kalau kita asyik sembang pasal kita aje, silap-silap Mini Market tu berubah jadi Hiasan Dalam Kita Bersama pulak. Lepas tu I pecat si Bains dan tempat tu serta-merta jadi rumah kita berdua. Tentu you tak nak perkara tu berlaku betul tak?’
Masa makan tu, aku duduk sebelah June, bukan berhadapan dah macam selalu. Masa tu la nak cubit-cubit pipi dia dan geletek-geletek sikit pinggang dia. June hanya tersenyum sambil ketawa kecil sedikit manakala hidangan dah pun settle.

muzik di Mini Market bersama dengan Bains semula.
Aku: ‘Pasal Special Supplier untuk barangan ‘tambahan’ (barang yang stok murah, dan sukar didapati di kedai-kedai lain) yang aku rekemenkan tu, kau takde apa-apa masalah dengan dia?’
Bains: ‘Takde. Dia dah ready semua perkara dah. Tapi dengan dia kita kena beli terus stok tu. Kena ‘gamble’ aje. Dia takkan ambik balik stok dia. Kita kena beli dalam bentuk kuantiti dan lepas tu terus jual 100% di pihak kita.’
Aku: ‘Fikirkan barang yang betul-betul perlu aje yang kita nak ambik daripada dia.’
Bains: ‘Allright.’
Dan Bains kembali melakukan tugas, di bahagian kafe kecil tu. Kafe tu pun nak kena di hidupkan jugak. Manakala pereka design yang melakukan tugas, masih lagi belum siap dan kemungkinan kerja akan mengambil masa dua tiga hari baru betul-betul sempurna. Ohh..sesungguhnya terlalu banyak kerja dalam urusan perhubungan. Kalau boleh buat magic kan ke senang….Main petik aje tangan, semua perkara dah siap teratur. Penat woii….

Bains: ‘Mad, di kala malam macam ni sambil tengah rileks, aku selalu terkenangkan kehidupan aku di kampung. Bagi aku la Mad…’
diam sebentar untuk menarik bara rokok.
Bains: ‘kehidupan kampung dulu, banyak keistimewaannya. Aku rindukan semua keistimewaan semasa di kampung dahulu.’
Aku: ‘Seperti?’
Bains: ‘Seperti melepak di air terjun bermandi-manda bersama rakan-rakan. Aku betul-betul miss part tu. Masa tu la aku nak kembangkan bakat berenang aku memandangkan berenang sudah menjadi salah satu kegemaran aku. Sambil-sambil tangkap ikan dan buat ‘Campfire’ (berkhemah) di malam hari. Hidangan, kami bakar ikan hasil tangkapan bersama. Petang-petang pulak, selalunya lepas habis kerja, ronda-ronda naik motor satu kampung mengurat awek. Fuhhh, masa tu jangan cakap la Mad…banyak no. telefon yang tersenarai dalam koleksi peribadi aku.’
Bains berhenti seketika untuk tersenyum teringat.
Bains: ‘Tapi kan, masa berlalu begitu pantas kan Mad? Sebelum kita sempat untuk betul-betul puas dalam menikmati sesuatu perkara. Aku masih tak puas Mad. Hidup dalam suasana mesra bersama rakan-rakan kampung sekalian. Menghadiri kenduri-kenduri dan berperangai budak-budak di zaman remaja di setiap kenduri dengan menawarkan diri secara sukarela untuk membantu cuci pinggan dan menyiapkan hidangan. Padahal yang sebenarnya adalah untuk mengurat aweks! Ya! Yang hadir di kenduri-kenduri tersebut. Aku ‘and the geng’, memang muka kenduri. Aku jarang miss mana-mana kenduri yang di anjurkan, tambahan pula masa tu la nak cari duit poket sikit buat perabihkan masa enjoy dekat kelab snooker. Kalah, bayar!
Sampaikan muka aku dan rakan-rakan memang dah di’cop’ sebagai muka kenduri. Asal ada aje kenduri, ada aje muka kami. Orang kampung kekadang tu dah naik fedup dah tengok muka kami tapi fedup punya fedup pun, diaorang suka kat kitaorang tu. Sebab yang selalunya muka kami le yang buat kenduri tu meriah. Mengusik makcik-makcik, budak-budak la, anak orang le (pompuan) dan di malam hari buat persembahan ‘live band’ atau karaoke terbuka. Geleng kepala la jugak pakcik-pakcik kat situ tapi diaorang nak marah tak boleh.’
Aku: ‘Apasal?’
Bains: ‘Muka kami jugak yang banyak buat gotong-royong kat surau, menyibuk dalam majlis-majlis amal, termasuk dalam menghadiri majlis-majlis takziah. Sampai macam tu sekali Mad. Ingat-ingat balik memang pening kepala. Nak gelak pun ada.’
Aku terketawa kecil kejap bersama-sama dengan Bains….
Bains: ‘Tapi, tanggungjawab dalam peningkatan usia selalu memerangkap suasana dan keadaan menjadikan masa-masa begitu hanyalah sebagai kenang-kenangan saja. Kadang-kadang aku terfikir, dunia memang kejam…..Kejam dalam banyak perkara, bahagia dalam sedikit persoalan.’
Aku: ‘Apa detik kebahgiaan yang betul-betul kau tak dapat lupakan sepanjang hidup kau?’
Bains: ‘Kenapa la detik bahagia ‘sebenarnya’ itu selalunya adalah apabila detik-detik bersama dengan orang yang dicintai?’
Bains merenung jauh sebentar, sebelum meneruskan…

Bains: ‘Aku pernah jatuh cinta dahulu…tapi sebuah percintaan selalunya di akhiri dengan peristiwa yang tidak sepatutnya. Memang perkara itu selalu berlaku. Ketentuan takdir atau kesilapan dalam membuat tindakan, aku tak pasti, tapi begitulah. Aku terima sebuah kedukaan yang sangat mendalam sebaik saja si’dia’ membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran, dan sedar-sedar, sudah ada orang yang ‘setaraf’ dengannya dalam sama bidang pelajaran, mengambilnya sebagai isteri tanpa merujuk atau memberitahu aku terlebih dahulu, sedangkan akulah orang yang paling setia menyayanginya.’
Aku hanya mendengar dengan penuh perhatian tentang cerita Bains itu.
Bains: ‘Aku tahu aku tak ada hak ataupun apa-apa ikatan dengan dia, tapi salahkah dia beritahu pada aku terlebih dahulu tentang perkara itu? Patutkah dia mengenepikan aku begitu saja dalam persoalan cinta sedangkan aku juga seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan? Katakan dia beritahu pada aku sekalipun…takkanlah aku nak menghalang? Takkan aku nak mengamuk tak tentu hala? Dia sudah cukup mengenali aku untuk mengetahui bahawa aku bukanlah jenis yang suka memaksa-maksa seseorang dalam menentukan kebahagiaan sendiri. Aku kecewa Mad… Aku tak sangka cinta aku dahulu semurah itu. Semurah seperti yang kau sendiri tidak dapat nak bayangkan…’
Keluh Bains perlahan, memperlihatkan reaksi kecewa dalam bercerita.
Bains: ‘Aku hadir di majlis perkahwinannya yang di adakan di kampung aku tu. Aku hadir sendirian. Aku tidak berkata apa-apa pun dengan dia melainkan hanya memerhatikan saja kebahagiaan mereka semua. Family dia pun tak cakap apa, melainkan hanya melihat saja kepada aku. Dan aku sendiri pun tidak bercadang berkata apa-apa melainkan kehadiran aku hari tu hanyalah semata-mata untuk melihat dia untuk kali terakhir sebelum dia mengikut suaminya berpindah ke bandar. Dan kenduri itu juga, adalah kenduri terakhir aku hadir sehinggalah ke hari ini….’
Kemudian Bains terdiam terus, tanpa meneruskan lagi ceritanya. Melihatkan jam sudahpun menunjukkan pukul 12.30 malam, Bains perlahan-lahan bangkit dari sedang terlentang di atas lantai memerhatikan televisyen sebentar tadi, masuk terus ke biliknya untuk tidur.

Hmphhh….Ada kebenaran jugak dalam cerita dia tadi. Dunia adalah sebuah pentas. Pentas dalam banyak permainan. Tapi begitulah kehidupan, bila di kaji-kaji semula, sentiasa ada saja kesalahan yang kita lakukan. Tapi adakah kita mahu menjadikan kesalahan tersebut sebagai alat menafikan takdir? Entahlah, aku sendiri kurang memahami dengan apa yang di katakan takdir. Menyalahkan takdir, sama juga seperti menyalahkan Tuhan kerana kita sendiri tidak tahu tentang hakikat sebenar takdir, tetapi sekiranya kita cuba untuk menentangnya pula, sama juga dengan kita cuba menentang Tuhan. Bagi aku, kita cuma terpaksa menerimanya, samaada perkara itu baik mahupun tidak, sambil belajar supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama di kemudian hari. Bersikap tenang dalam banyak perkara, berfikir sebelum bertindak dan berani dalam menentukan sesuatu keputusan demi kebaikan diri sendiri. Tentu sekali perkara tersebut adalah perkara yang sangat sukar untuk di lakukan, namun, apa pilihan yang kita ada?

Termenung sendirian sejenak, aku memerhatikan gambar June yang di serahkan olehnya dalam bentuk gambar besar yang telah di ambil secara dekat, dengan hasil yang cukup baik, nampak di bahagian atas sahaja tanpa sampai ke bahagian kaki (setakat pinggang). Berlatar belakangkan warna putih biru, manakala baju kurung yang dipakainya adalah warna biru kelautan dengan sedikit bercorak. Di belakang gambar tersebut, tertulis:
‘You sukakan warna biru, jadi I hiaskan gambar ini mengikut warna kesukaan you, = Love,June.’
Aku mula tersengih sorang-sorang memerhatikan gambar tersebut. Bila melihat gambar ni lama-lama, teringin sangat aku untuk ada gambarnya sewaktu mula-mula aku jumpanya dahulu pula. Masa tu, aku masih ingat lagi, wajahnya masih remaja, jelita dan tidak seserius seperti yang ada dalam gambar yang sedang aku pegang ni walaupun di dalam gambar ini dia sedang tersenyum. Namun begitu, wajahnya sekarang juga amat cantik, bertambah cantik apabila diisi dengan kematangan dalam mengharungi kehidupan. Semakin dewasa dalam pelbagai perkara.
Betul cakap Pakcik Khalili. Susah bagi sesiapa saja untuk menggantikan tempat orang secantik ini, sebijak ini, semamahami ini dan juga setegas ini…tegas tanpa mengenepikan unsur-unsur kelembutan sebagai seorang wanita.
June percaya dengan diri sendiri. June yakin dengan kebolehan dan kemampuannya sendiri dan dalam masa yang sama juga, dia tidak sombong dan berlagak. Semenjak itu juga, aku tahu yang aku sudah ‘termasuk’ ke dalam sebuah lagi kisah percintaan…
Merenung lama ke dalam gambar tersebut, aku tahu ini adalah wanita yang aku cintai…



Aku: ‘June, I nak beritahu you sesuatu….’
Waktu itu, adalah malam yang di janjikan, bersama dengan June di sebuah pantai yang menjadi salah satu tempat kunjungan orang ramai. Nama pantai ni pun seni, iaitu Pantai Skala Elsa.
Aku: ‘I cintakan you…..’
Aku menghembuskan nafas tenang sambil masa tu sedang duduk di atas bangku yang bersandar bersama dengan June mengadap ke laut.
June hanya terdiam merenung ke laut manakala posisi aku adalah mengadap pada wajahnya yang sedang berada di sebelah, sementara sebelah tangan naik sehingga berada di atas permukaan tempat sandar bangku ni, tapak tangan sedang meribakan wajah.
Desiran ombak perlahan malam ini, membuatkan segala kata-kata hanya perlu di lakukan dengan nada slow.
Aku: ‘I tak boleh hidup tanpa you….’ dengan mata dan wajah merenung tepat kepadanya sambil June masih tidak berubah, memerhatikan lautan.Suasana juga tenang, di hiasi dengan beberapa bintang yang berkelipan di langit.
Ayat maut sebentar tadi mengakibatkan June tersandar di bahu aku seumpama budak kecil…Tidak ada apa-apa lagi yang perlu di katakan selepas itu. Maka, sejak detik itu, aku melangkah ke dalam sebuah situasi yang berbeza. Situasi yang memerlukan aku untuk membuktikan kasih sayang, keikhlasan dan juga tanggungjawab terhadap cinta yang aku tanggungi. Aku belajar dari kesilapan lalu. Pengalaman mengajar aku supaya bertindak lebih matang, dewasa dalam mengendalikan banyak perkara. Semenjak detik itu juga, Encik Khalili asyik tersenyum riang, gembira, begitu juga dengan ahli keluarga dan old tie-old tie yang bertindak selaku Uncle-Uncle June…
Yea….June memang terkenal di kalangan orang sekelilingnya dan tidak ada apa yang akan membuatkan aku untuk tidak membahagiakan wanita impian di hadapan aku ini….
June: ‘ArdMad jangan la! Tak baik! Mana boleh I sandar-sandar dekat bahu you sekarang ni! You ni jahat tau!’
Aku: ‘Abih tu yang you pegi sandar tu sapa suruh? I rasanya sejak dari tadi tak berganjak langsung dengan style macam ni.’ kataku dalam gaya rileks dan steady, dengan wajah selamba.
June: ‘Mulai hari ni, you tak boleh keluar dengan mana-mana pompuan dah! Selain I…..’
Aku: ‘Amboii…Queen Controlnya dia….Besok I nak keluar dengan pompuan lainlah!’ kataku dengan gaya yang masih serupa tadi, tak berubah sedikit pun (muka masih selamba).
June: ‘You ni nakalnya. Mengada pulak tu.’ sambil mencubit aku sedikit penuh kegeraman.
June: ‘Tengok! I pegang you lagi! You ni memang jahat…..’
Aku: ‘Sekarang ni I yang bersalah atau you?’
Aku masih lagi selamba rileks memerhatikan June. Tiba-tiba June tersenyum manja, kemudian terus menolak-nolak aku sehingga membuatkan aku tidak dapat lagi untuk mengekalkan identiti gaya macho aku dengan sebaik mungkin.

Setelah puas tersenyum, aku meyimpan kembali gambar June di tempat yang sepatutnya. Tak berapa lama selepas itu, aku kian rebah di ruang tamu, menyertai Bains di dalam kancah tidur-menidurkan diri bertemankan sebuah bantal peluk….cuma perbezaannya adalah, Bains mungkin dapat mimpi leceh, aku dapat mimpi BAIK punya…




******

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...