Perjuangan dā€™ Ersante – Bab 8

Rizz1: ‘Terima kasih Mad, sebab sekembalinya aku ke Errsante ni, aku banyak menyusahkan hang. Tapi biasalah tu, kalau aku nak mengatakan yang menyusahkan hang memang sudah menjadi adat di dalam kehidupan seharian, tak jugak. Nak kata kegemaran semulajadi yang wujud secara tak sengaja, pun tidak. Senang cakap, aku perlukan bantuan untuk memulakan karier la…Terima kasih banyak kerana sudi membenarkan aku menyibuk dalam ruang ofis hang.’
Rizz1 sedang mengemas-ngemas sebuah ruang yang telahpun aku khaskan untuk dia mempersiapkan pejabatnya seperti yang di janjikan di awal perbincangan.
Aku pulak masa tu sedang duduk sambil tangan memusing-musingkan pen tanpa sebarang sebab, hanya memerhatikan Rizz1 sibuk mengemas. Aku tak tolong pun.
Azzurine: ‘Nah, saya sediakan encik berdua coffee dan sedikit biskut.’ Azzurine masuk ke ruang pejabat ni untuk memberi sedikit hidangan mengunyap.
Rizz1: ‘Hey, terima kasih Azzurine. Harap saya tak menyusahkan awak memandangkan kita berdua berada di dalam satu bumbung sekarang.’
Azzurine: ‘It’s okay. Takpelah, saya nak kembali buat kerja.’
Rizz1: ‘Mad, Brother kita, Ray, ajak kita lepak dekat Restoran Brader malam ni. Kawan-kawan lain pun ada sekali.’
Aku: ‘Bunyi macam ada perhimpunan agung aje…Apa ke halnya?’
Rizz1: ‘Takde apa….Aku baru aje menapak kembali di Errsante ni. Malam ni nak rileks sama kawan-kawan sikit. Jamuan malam ni kiranya kerana aku laa…Ayie sponsor semua makan minum.’
Kalau dah macam tu, ndak tak ndak terpaksa isi aje la jemputan nampaknya.
Aku: ‘Ye laah….Aku sampai le ke sana nanti. Ada apa-apa ceremony (upacara) lain tak?’
Rizz1: ‘Ada. Special punya….’ katanya sambil tersenyum penuh makna.
Aku: ‘Apa woi?’
Rizz1: ‘Ndak tahu, datang aje la.’ sambil tersengih pulak.
Aku: ‘Baiklah. Aku nak keluar kejap. Aku nak pergi ke Komputer Bersama. Ada beberapa perkara yang perlu di bereskan.’
Selepas itu, aku terus bangun dan bergegas meninggalkan Rizz1 untuk kembali meng’setting’ biliknya.

Nampaknya, bangunan Komputer Bersama masih kosong tidak diisi dengan sekalian manusia baik pekerja mahupun pelanggan kecuali aku seorang. Kelengkapan lain sudah pun tersedia dan tempat ini hanya menunggu masa untuk beroperasi saja. Untuk pengetahuan semua, aku tidak bercadang untuk jadikan tempat ni sebagai sebuah tempat yang sibuk dan padat dengan aktiviti-aktiviti perniagaan yang berat dan pantas, sebagaimana perniagaan-perniagaan yang pernah aku uruskan sebelum ini. Aku cuma mahu dapatkan suasana yang aman dan tenang. Dalam masa yang sama juga, aktiviti perniagaan serta urusan pusingan modal tetap berjalan. Tetapi seperti yang aku cakapkan, tak perlu tergesa-gesa atau terkejar-kejar.

Serentak dengan itu juga, fikiran aku melayang kepada rakan-rakan sekalian yang kini, aku dapat rasakan, aku bersama mereka semula. Terlalu lama aku hilang….hilang masa-masa untuk bersama diaorang. Aku kenal diaorang semua, bukannya baru, tapi sejak berzaman dahulu. Walaupun begitu, saat-saat untuk bersama sebaik saja perjuangan dalam mengejar karier masing-masing bermula tidak berapa lama dulu, membuatkan segala-galanya menjadi terbatas. Aku sibuk dengan kehidupan aku manakala mereka juga sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Brother Ray, seseorang yang bersemangat terlalu tinggi dan kelihatan dia adalah seseorang yang menanamkan moto: ‘Tiada siapa yang akan menghalang aku’ untuk mencapai sesuatu yang di kehendaki mahupun sebarang kejayaan yang ingin di capainya. Dan hasilnya, kini dia adalah di antara orang yang paling di yakini dan di hormati di syarikatnya, kerana selalu menunjukkan prestasi rekod yang cemerlang walaupun dalam masa yang sama dia adalah seorang yang suka berhibur (enjoy) dan banyak melakukan perkara-perkara tidak mengikut displin menurut pandangan kawan-kawan rapatnya, termasuk aku. Pikir-pikir balik, memang pening sebab rakan-rakan menganggap Ray sebagai seorang yang hanya banyak bermain-main dalam segala hal, banyak buat loya buruk serta lawak basi yang dihidupkan kembali, banyak membuang masa dengan hiburan yang berat dan suka melakukan perkara-perkara yang pelik. Namun begitu, pada pandangan masyarakat luar yang kurang mengenalinya mahupun yang tidak mengenalinya dengan sebenar-benarnya, menganggap Ray adalah seorang tokoh yang sangat mahsyur dalam pelbagai bidang. Ramai saingan di luar sana, yang pasti akan tumpas andaikata ‘Ray’lah yang menjadi perebut pialanya. Aku mengakui yang rakan baik aku itu memang seorang yang hebat, aku tidak nafikan. Dalam soal memahami, dialah orangnya, dalam soal kerjaya, dia, dalam soal pengurusan wang ringgit, dia jugak! Awek? Mana-mana perempuan yang mengenalinya sudah sah akan jatuh cinta padanya dan dalam masa yang sama juga turut sama membencinya tetapi tidak berdaya untuk meninggalkannya kerana, seperti yang aku beritakan sebentar tadi, Ray memang seorang yang hebat, ataupun lebih tepat lagi, dahsyat! Dia ada perasaan ke? Rata-rata soalan begitu banyak diajukan apabila bangkit tentang rakan aku seorang ini. Entahlah, setakat ini, aku tak begitu pasti tetapi, bagi aku, ikhlas aku katakan, aku kekadang tu rindu jugak dengan mamat seorang ni, sentiasa rindu di sebabkan segala perangai dan kerenah dia yang membuatkan orang sekeliling boleh ketawa dan terhibur 24 jam.

Rizz1 pula, seorang yang agak slow dan berfikiran sederhana. Kehidupan yang di lalui banyak membawanya ke satu ke satu tempat. Di mana-mana saja dia berada, keistimewaanya maka di situlah akan terciptanya sebuah kisah percintaan, tidak kira sama ada ianya sebuah percintaan terluka ataupun percintaan bahagia. Tingkah laku yang slow dan sederhana yang di pamerkan Rizz1 serta sedikit pendiam walaupun suka tersengih di samping rakan-rakan sekalian, membuatkan banyak individu ingin menjadikannya kawan dan lepak bersama untuk bercerita tentang masalah dan pengalaman masing-masing. Dan tidak lupa, aweks. Rizz1 mempunyai wajah yang kacak dan susuk tubuh yang agak tegap akibat dari suka bersukan. Wajahnya menggambarkan seorang lelaki penyayang dan bertanggungjawab lalu membuatkan banyak isi hati perempuan secara sengaja dan tidak sengaja telah ter’pergi’ kepadanya. Sikap yang selalu lebih mengutamakan orang lain daripada diri sendiri juga membuatkan tokey-tokey kedai bantal kehabisan stok penjualan akibat dari pembelian bantal oleh makwe-makwe seantarabangsa sekalian. Mereka menjadikan bantal peluk sebagai sasaran untuk melepaskan rindu kepada Rizz1 di malam hari di kala masuk waktu untuk menidurkan diri….

Ayie, seorang yang banyak menghabiskan masa di restoran miliknya sendiri yang telah diusahakan sejak sekian lama. Ayie di kategorikan dalam kelompok yang petah berkata-kata, pandai berunding, pandai buat lawak. Andaikata Ayie dan Ray bergambar sambil tangan tersandar di bahu masing-masing, memang masuk. Mereka mempunyai persamaan yang agak ketara dalam beberapa bidang. Tidak mudah patah semangat, tidak mudah kecewa walaupun didalam hati, sebenarnya kekecewaan itulah yang membuatkan masing-masing lebih cekal dalam pengejaran impian, harapan dan kejayaan.
Ayie di antara salah seorang manusia paling tidak kedekut pernah aku jumpai. Walaupun tidak kedekut, dia berhati-hati dalam urusan kewangan memandangkan disitu terletak perjalanan masa depannya. Masa depannya adalah Restoran Brader, restoran yang kini menjadi kebanggaan rakan-rakan sekalian dalam menikmati hidangan dan rileks sebentar. Aktiviti perjumpaan di antara rakan-rakan sekalian amat rancak berlaku di sini. Nampaknya, tidak lama lagi, Ayie kena tukarkan nama ‘Restoran’ tu kepada ‘Kelab’ pula…

Mengumpulkannya kesemua sekali, bagi aku, walaupun betapa pelik, hebat, dahsyat mahupun buruknya diaorang sekalipun, diaorang tetap sahabat aku. Aku takde apa-apa masalah dengan diaorang dan diaorang pun takde apa-apa masalah dengan aku. Anggapan diaorang aku sebagai sahabat karib, begitulah juga aku. Kita semua terlibat dalam sebuah pentas kehidupan yang serupa. Sebuah arena dalam menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidup, tidak kira sama ada seseorang itu sempurna ataupun serba kekurangan.

Duduk di atas kerusi empuk yang terdapat di Komputer Bersama ini membuatkan aku dapat satu lagi jawapan dalam erti kata kehidupan. Hidup adalah umpama mengambil sebuah peperiksaan. Kalau kita tidak study untuk mengambil sesebuah peperiksaan, kita sendiri sudah boleh andaikan bagaimanakah status markah yang bakal kita perolehi nanti dalam kertas penentuan keputusan. Begitu juga sebaliknya.
Ia seperti….kita harus menggunakan ilmu pengetahuan dalam menentukan banyak perkara. Sebagai contoh, sekiranya hendak membuka sebuah perniagaan di suatu tempat yang kita sendiri masih kurang pasti tentang hasil penjualan yang bakal dihadapi nanti, adalah lebih baik jangan! Kerana dekat situ lagi ilmu pengetahuan kita sudah memberitahu pada kita sekiranya kita menjalankan juga perniagaan di situ, kita kemungkinan akan rugi, walaupun belum pasti. Tetapi sekiranya kita cuba juga dan mengandaikan bahawa tidak mahu kata-kata negatif menguasai diri, jawapan yang kita terima setelah membuka perniagaan tersebut, adalah seperti yang dimaklumkan, gagal. Ilmu pengetahuan kita sudah beritakan awal-awal risiko di kawasan tersebut agak tinggi tetapi kita tetap meredahnya. Tindakan seumpama itu sama juga dengan tindakan tanpa berdasarkan penggunaan fikiran yang waras yang di akhirnya kegagalanlah jua yang kita dapat.

Aku menyimpan nota tersebut dan selamatkannya ke dalam sebuah disket, untuk di masukkan pula ke dalam simpanan komputer peribadi aku sama ada dirumah ataupun pejabat. Aku suka mengkaji, meneliti dalam pelbagai bidang. Sebab di dunia ni, hidup kebanyakkannya adalah berdasarkan teori logikal, dan segala tindakan kita juga adalah logik. Apabila kita makan, kita menggunakan tangan atau sudu. Apabila kita mahu memandu, perlulah ada sebuah kenderaan untuk mengisi maksud tersebut. Kalau mahu menunggang, kena ada binatang yang boleh di jadikan tunggangan (dimana kalau kita menunggang ayam sudah termasuk dalam kategori yang tidak masuk akal dan juga termasuk dalam kategori perkara yang tidak logik untuk di lakukan seseorang.).
Cukuplah, sebab kini, aku terpaksa menggunakan ‘shower’ yang teradapat di pejabat untuk melegakan badan seketika memandangkan hari ini, sejak dari awal pagi lagi, aku masih belum mandi. Dan selepas permandian peribadi itu berakhir, aku akan terus ke Restoran Brader untuk memenuhi undangan.



Melangkah masuk ke dalam Restoran Brader, ia dilengkapi dengan susunan masakini yang di hiasai dengan 80% warna hasil gabungan unggu, iaitu unggu cerah, gelap, pudar dan pertengahan. Tempat ini mempunyai keluasan gabungan 3 lot kedai biasa, atas bawah yang telah dicantumkan bersama. Boleh dikatakan keseluruhan kawasan ini amat luas. Di bahagian belakang, struktur pembinaan adalah berlorong-lorong yang menyampaikan kepada dapur yang luas, bilik persalinan pekerja, jimnasium, stor dan beberapa lagi bilik berkaitan. Hanya pekerja dan mereka yang tertentu saja di benarkan masuk ke bahagian belakang ini. Lorong-lorong tersebut berpenghujung kepada pintu ke jalanan di luar. Pekerja menggunakan pintu ini untuk masuk. Ofis peribadi Ayie pula terletak di tingkat atas di mana segala urusan rasmi dijalankan di situ.

Di suatu sudut hujung sana, berhampiran dengan sebuah kotak lagu, tersedia dua buah meja snooker sebagai hiburan sekali-sekala. Tetapi yang lain sikit mengenai meja snooker itu adalah karpetnya. Bukan berwarna hijau tetapi berwarna biru. Aku ambil itu sebagai penghormatan yang di khaskan untuk aku.

Di sebelah kiri, apabila memasuki restoran ini di pintu utama, ada sebuah kaunter bar (yang tidak menjual apa-apa minuman keras sekalipun). Dibelakangnya terletak pekerja yang akan menghidangkan segala macam jus, aiskirim dan minuman harian. Bagi pelanggan yang datang bersendirian atau saja suka-suka mahu bersantai di bar, dibenarkan memesan menu makanan dan bersantapan di atas kaunter. Sambil itu boleh pula menonton televisyen besar yang di gantung di bahagian menghadap ke arah pelanggan. Sebuah lagi televisyen di gantung di tengah-tengah restoran bagi kesesuaian untuk semua pihak menyaksikan. Skrin yang ini agak besar berbanding yang di kaunter. Tetapi, televisyen yang di tengah itu hanya beroperasi hingga jam 12 tengah malam saja, manakala sekiranya ada sebarang upacara di jalankan, televisyen tersebut akan di tutup terus. Cuma televisyen yang dibuka tanpa gangguan adalah yang di kaunter bar.
Karpet restoran ini adalah daripada warna unggu gelap, yang meja-mejanya di susun berjauhan di sekitar restoran.
Suasana dalam restoran adalah malap, dimana hanya lampu boleh adjust saja disediakan. Kecerahan suasana bergantung kepada permintaan dan aktiviti yang di jalankan dalam restoran. Andaikata ada seseorang menyambut majlis harijadi, maka terang-benderanglah suasana di sini sekiranya tuan penganjur majlis mahukan keadaan begitu. Andaikata di hari biasa tanpa sebarang aktiviti, kemalapan seperti biasalah suasananya. Udara dalam restoran ni, sememangnya 24 jam sejuk…Penhawa dinginnya ada di sana-sini.

Sambil menggigil sedikit sebab kesejukan, aku nampak Rizz1, Brother Ray dan beberapa orang kawan lain sedang menyaksikan sebuah persembahan yang diadakan malam ini. Mereka berpaling kearah aku sambil tersenyum setelah menyedari kehadiran aku. Kemudian mereka kembali kusyuk melihat persembahan. Ehh, Karom pun ada?

Terakhir, lupa nak beritahu yang di restoran ini, yang menariknya adalah pentas mininya. Ia disediakan di bahagian tengah restoran, lengkap dengan langsir panggung berwarna unggu gelap dan segala kelengkapan muzik bagi persembahan ‘live band’. Selalunya, akan di adakan persembahan lawak jenaka, nyanyian, teater, muzikal klasik dan sebagainya. Semuanya telah tersedia dalam jadual yang disusun mengikut kehendak pengurusan. Sememangnya Restoran Brader, adalah tempat kegemaran ‘orang-orang kuat’ Errsante menghabiskan masa bersama…

Di dalam persembahan yang mereka semua sedang kusyuk melihat itu, baru aku tahu kini apa special yang Rizz1 maksudkan siang tadi selain dari hidangan lazat yang disponsor oleh Ayie. Wajah di atas pentas sedang tepat melihat ke arah aku, menyampaikan sebuah lagu slow, sentimental dan penuh dengan keshahduan. Aku meyarungkan jeket sejuk aku dan berdiri diatas pentas adalah Aemylia, tetamu yang secara sukarela membuat persembahan demi kawan-kawan sekalian di malam jemputan Restoran Brader

Ray: ‘Mad, baru sampai ke? Aiseh, persembahan dah nak habis tapi soru (makan-makan) belum bermula lagi. Kira hang beruntung jugak le.’
Karom: ‘Emmphh…beruntung apanya? Mata dia lapar le malam ni.’
Rizz1: ‘Perut kenyang le ye tak? Heh..heh..heh.
Aku: ‘Dah..dah..dah…jangan cakap banyak. Aku punya menu favourite korang ada pesan tak?’
Aku terus mengambil tempat untuk duduk di meja yang dikhaskan untuk rakan-rakan malam ini.

‘Sebelum mengakhiri persembahan, saya ingin sampaikan sebuah lagi lagu….lagu yang menjadi tanda istimewa di dalam hati saya buat seseorang. Saya cuma nak dia tahu, jauh di sudut hati saya, tersimpan namanya….dan terimalah lagu ini, yang di khaskan untuknya, istimewa daripada saya.’
Dan Aemylia terus mendendangkan lagu yang dimaksudkan berserta iringan muzik yang di mainkan oleh kugiran terpilih.

Ray: ‘Rizz1! Apasal hang balik mengejut camni? Hang leceh betul. Aku dan Mad baru saja cadang nak melawat hang kat Perjuangan.’
Rizz1: ‘Brother, hang ingat Perjuangan tu kecik ke? Dah le hang tak tahu mana aku duduk, takkan nak main pergi macam tu aje?’
Ray: ‘Mad, hang tengok dia ni Mad. Hang dengar tak apa dia cakap?’
Aku: ‘Apahalnya?’
Ray: ‘Dia dah lupa yang nak pergi Perjuangan tu ‘kita’. Kan ke kita ni kat ceruk mana pun orang tu duduk, boleh jumpa jugak?’
Rizz1: ‘Yelah…yelah…Apa-apa pun, aku dah balik sini. Tak payah le korang ke sana.’
Ray: ‘Ada part yang boringnya dekat situ. Hang tau kan Mad?’
Aku: ‘Apanya?’
Ray: ‘Lu tak dapat tengok awek-awek Perjuangan! Kah! Kah! Kah!’
Mengekek Ray melihat aku seketika. Namun selepas itu mukanya bertukar menjadi merah padam akibat daripda terlebih gelak dan matanya terpejam manakala tangan pula memegang perut menahan suka. Apa raa…
Aku: ‘Ey, Karom. Macam mana sekarang? Apa cerita?’
Karom: ‘Lupa lak nak beritahu hang. Aku dah tubuhkan syarikat sendiri.’
Aku: ‘Syarikat apa tu?’
Aku meneguk jus anggur manakala Aemylia masih di pentas mendendangkan lagu.
Karom: ‘Aku buat Contrusction (Pembinaan) kecil-kecilan. Misal kata kalau ada pelanggan nak pasang tiles (marmar lantai), mintak buat alter (ubahsuai) tempat, pasang lampu, kipas, dan kerja-kerja seumpama itu, syarikat aku sedia terima. Kalau ada sesiapa nak buat tempahan, kau rekemen kat aku.’ Menghulurkan sekeping kad peniaga untuk diberikan pada aku. Aku belek kad itu dan baca nama perniagaannya: ‘Pembinaan Krom’s Akustik’, mahir dalam bidang pembinaan dan pemasangan sederhana.
Aku: ‘Hey Karom. Kenapa dengan nama ni?’
Karom: ‘Millenium Mad. Sekarang zaman dah maju. Semua mesti mau unik, baru la canggih. Tentang perkhidmatan aku listkan kat belakang kad tu.’
Hmm….Takpe, aku simpan aje kad ni.
Ray: ‘Takde Rizz1, hang tetap bersalah jugak dengn aku. Hang hilang sampai 4 tahun. Hang ingat aku tak rindu ke kat hang?’
Kelihatan Ray dan Rizz1 masih belum habis ‘bertengkar’.
Rizz1: ‘Ok la, aku bersalah. Aku hilang tak beritahu kau orang semua. Lagipun aku kat sana sebagai Supervisor kedai buku aje. Takde apa pun.’ seolah-olah merendahkan diri.
Ray: ‘Hang jangan cakap macam tu. Sebak dada aku dengar. Lantak le hang kerja apa pun. Hang tukang kutip sampah ke, tukang kebun ke, tukang paip ke, sama aje. Member tetap member.’
Rizz1: ‘Ye la, ye la…aku bersalah.’ ā€“ Ray seakan-akan nak bersandar ke bahu Rizz1 selepas mendegar ucapan sayu tu…woi, woi..mabuk ka?
Aku malas nak campur perbualan diaorang. Diaorang berdua ni rancak bersembang. Dari tadi lagi tak habis-habis. Maklum le, lama tak jumpa. Lepas tu dengan tiba-tiba kelihatan Karom pula menyertai perbualan dengan di mulai:
Karom: ‘Hang tau Rizz1? Ray tu kuat merajuk. Hang kena selalu ‘belai’ dia setiap masa.’ dan kemudiannya semua yang lain bergelak ketawa bersama-sama macam budak kecik.
Ray: ‘Mad, tengok le Karom tu. Dia kata aku kuat merajuk. Dia silap orang le. Hang yang sebenarnya kuat merajuk!’
Aku pulak? Brother Ray menggoyang-goyangkan bahu aku, goyang dan goyang dan goyang!
Ah, aku nak pegi jumpa Ayie kejaplah. Layan diaorang ni kadang-kadang boleh buat sakit kepala kalau tak kena gayanya. Sejurus selepas itu, kelihatan makanan yang di pesan dihidang di sekitar meja. Mmm…sungguh menyelerakan.
Tapi takpe, korang jalan dulu lah. Aku nak melawat Ayie kejap, alang-alang dah singgah sini, kena la ‘pay respect’ sikit dekat owner.
Aik? Dia ada kat kaunter bar tu buat kerja. Sepatutnya dia tak ada di situ. Membuatkan aku tak payah susah payah nak naik ke ofis mencari.

‘Macam mana dengan persembahan Aemy tadi?’
Wanita yang sedang berada di kaunter tempat Ayie sedang sibuk melakukan sedikit tugasan sebagai ‘backup staff’ (pekerja bantuan), rupa-rupanya Aemylia, yang kebetulan baru saja selesai dari persembahan sebentar tadi. Patutlah Ayie ada…
Aku: ‘Bagus. Kalau betullah Abang ni seorang cikgu muzik yang diiktiraf, tentu Aemy dah dapat A+ sebagai markah dalam kertas keputusan.’
Aemylia: ‘Abang…’
Aku: ‘Ye?’
Aemylia: ‘Boleh kita berbual-bual sebentar? Maksud Aemy, berdua, seketika?’
Aku: ‘Ok.’
Aemylia: ‘Tapi bukan di sini. Dekat sini terlalu crowded (sesak dengan orang ramai). Kita sembang di luar.’
Aku: ‘Hmmm…..baiklah.’

Aku dan Aemylia melangkah keluar dari Restoran Brader menggunakan pintu belakang dan kami kini berada di perkarangan luar pula. Suasana diisi dengan kegelapan malam namun di hiasi dengan keterangan lampu-lampu jalan yang terdapat di sekitaran kawasan. Kami berdua berjalan-jalan di persisiran tambak laut yang terbina di sepanjang jalan di sini sambil berbual mengenai isu semasa sebagai pembuka topik. Bunyi ombak hanya perlahan malam ni, menandakan air sedang surut. Kawasan yang sedang kami berdua lalui ini juga tenang, aman untuk memulakan sebarang jenis perbualan.

Aemylia: ‘Abang, telah berlalu tahun demi tahun dalam episod kisah hidup kita semua. Walaupun berlalu tahun-tahun tersebut, Aemy rasa macam ianya berlaku dalam sekelip mata saja.’
Aku: ‘Apa dia Aemy? Apa yang cuba Aemy sampaikan?’
Kami berdua berhenti seketika daripada berjalan.
Aemylia: ‘Aemy sedih, Abang. Perjalanan hidup Aemy, walaupun penuh dengan pelbagai aksi dan kehidupan yang sibuk demi menuju ke wawasan masa depan, namun jauh di sudut kecil hati, sebenarnya Aemy kesepian. Aemy terperangkap dengan perubahan masa dan umur yang melanda diri Aemy.’
Aku: ‘Bagaimana boleh jadi macam tu?’
Aemylia: ‘Entahlah Abang. Sekilas pandang, Aemy seakan-akan mempunyai apa saja. Sebuah kehidupan yang lengkap dengan segala keselesaan yang sederhana. Kereta, kerja, bisnes tapi semua itu sebenarnya tidak membuatkan kesepian yang Aemy hadapi, hilang.’
Aemylia kelihatan tenang meneruskan perbualan sambil arah pandangan ditujukan terhadap kegelapan laut.
Aemylia: ‘Abang faham maksud Aemy?’
Aku hanya menarik nafas panjang dengan perlahan seperti biasa.
Aku: ‘Ye, Abang faham. Jadi apa yang Aemy ingin Abang lakukan?’
Aemylia: ‘Kenapa Abang nampak muram 24 jam seharian? Kenapa wajah keceriaan macam dulu sudah tidak lagi tergambar pada wajah Abang?’
Aku: ‘Takde apa Aemy.’ jawabku tenang.
Aemylia: ‘Mungkin Aemy tak ada hak untuk mengambil tahu tentang semua kisah hidup Abang tapi percayalah, setelah sekian lama kita mengenali antara satu sama lain, Aemy sentiasa ambil berat tentang Abang. Biarlah Aemy berterus-terang saja malam ni. Walaupun selama ini Aemy tidak menunjukkan sikap tersebut, tetapi sebenarnya Aemy selalu terfikir pasal Abang. Aemy tak tunjukkan sikap tu hanya semata-mata demi menjaga perhubungan kita yang sudah lama terjalin.’
Aku: ‘Maksud Aemy?’
Aemylia: ‘Aemy tak mahu keruhkan suasana persahabatan kita semua hanya semata-mata kerana perasaan peribadi yang melanda diri Aemy terhadap Abang. Mungkin sekiranya Aemy menampakkan sikap sebenar Aemy terhadap Abang, nanti Abang akan mula untuk menjauhkan diri dan satu lagi…’
Aku terpaksa dengar saja lah. Apa lagi yang harus aku buat dengan penjelasan yang sebegini (panas) di kala kesejukan dan ketenangan malam yang dilalui ini?
Aemylia: ‘Abang juga tahukan? Yang Ray, Rizz1 dan Ayie, member baik Abang sendiri tu, ada hati dekat Aemy? Betulkan Abang?’
Aku masih lagi terdiam, tidak tahu apakah jawapan yang harus dikeluarkan dalam topik yang aku sebenarnya tak duga langsung dia akan bukak pada malam ini! Namun begitu, aku bersikap tenang dan rileks seperti biasa, sedaya-upaya mengawal suasana sebaik mungkin agar kelihatan perbualan ‘mengejut’ yang dimulakan tanpa jangkaan aku, berlangsung dengan begitu sederhana.
Aku: ‘Takkan seorang pun dari diaorang tu tak mendapat tempat di hati Aemy?’
Aemylia: ‘Kesemua sekali mendapat tempat di hati Aemy. Kalau tidak, tak mungkin perhubungan kita semua mampu bertahan sehingga sekarang.’
Aemy kelihatan seakan-akan mengeluh sambil merenung jauh.
Aemylia: ‘Kesemua mereka hebat-hebat belaka, memenuhi semua ciri-ciri yang mampu untuk memimpin seorang wanita seperti Aemy. Maafkan Aemy sebab membuka topik yang sebegini secara mengejut…’ Aemylia berhenti seketika.
Tahu pun kau!
Aemylia: ‘Tapi Aemy bukan budak kecil lagi, Abang. Aemy juga bukan gadis remaja seperti dahulu lagi. Aemy perempuan. Sekuat mana hati seorang perempuan sekalipun, tetap memerlukan seseorang untuk bergantung harap. Tahun-tahun yang berlalu tu, membawa perbezaan besar dalam naluri yang sedang dihadapi kini.’
Aku: ‘Maafkan Abang sebab tak berapa menumpukan perhatian selama ni. Abang betul-betul mintak maaf. Baiklah, kalau dah macam tu, sambung balik pasal Ray, Rizz1 dan Ayie tadi. Macam mana dengan diaorang?’
Aemylia: ‘Kalaulah tak ada Abang dalam episod hidup Aemy, sudah tentu Aemy menghadapi pilihan yang paling sukar.’
Hmmphh…….maknanya aku le tu, pilhan paling senang untuk menjadi penentuan.
Aku: ‘C’mon Aemy! Apa yang menyebabkan Aemy fikir hubungan kita berdua boleh berjaya? Aemy serius ke ni?’
Aemylia: ‘Abang yang tak pernah nak bagi peluang pada Aemy untuk membuktikannya. Apa yang Abang tahu selama ni, kerja, kerja , kerja! Aemy pun bekerja Abang!’
Aku: ‘Habis tu Aemy nak Abang malas?’ ni dah nampak macam nak bertengkar aje ni.
Aemy: ‘Bukan tu maksud Aemy! Kerja, kerja le jugak tapi takkan le sampai tak punya masa untuk memikirkan tentang rumahtangga? Tentang perhubungan kekeluargaan untuk diri sendiri? Harta benda material yang Abang kejar tu bernilai sungguh ke? ‘
Aku: ‘Aemy, Abang bukan orang senang. Abang melalui pelbagai-bagai dugaan yang Aemy sendiri tak mampu nak bayangkan untuk dapatkan kerja Abang hari ni! Bagi Aemy kerja Abang ni macam takde benda! Aemy lain, Aemy mempunyai kelayakan yang diiktiraf untuk mendapat jawatan Aemy tu senang-senang aje! Gaji yang lumayan, masa yang terluang di waktu kerja, cukup untuk menggunakan masa-masa tu untuk bukak sebuah lagi perniagaan pulak! Abang bukan macam Aemy! Sejernih mana sekalipun air tu, tetap ada kotorannya! Sama ada nampak ataupun tidak!’
Aemylia: ‘Habis tu? Abang nak menghukum Aemy di sebabkan kelebihan yang telah ditakdirkan kepada Aemy? Sudahlah, Abang dah mula nak marah. Aemy tak nak bertengkar.’
Dia buat dah, nampak macam ada air mata nak mengalir aje ni…
Aku: ‘Maaf. maaf.’
Aemy: ‘Kenapa dengan Abang ni? Kenapa nak marah tak tentu pasal?’
Aku meneruskan sessi pujuk-memujuk secara slow kepada Aemylia yang kelihatan agak ambil hati dengan sedikit ‘ketegasan’ yang di keluarkan. Ia melanda diri aku dengan tiba-tiba.
Aemylia: ‘Abang ni ada makwe lain ni!.’
Hmmmmphh…..menarik nafas panjang lagi………….Takde.
Aku: ‘Aemy..’ kataku slow.
Aku: ‘Kawan-kawan tengah tunggu kita nak makan bersama tu. Tentang perkara ‘kita berdua’ ni, kita simpan dulu. Jom kita pergi makan-makan, rehatkan diri seketika dengan hidangan yang disediakan. Rugi tu kalau tak makan, sponsor malam ni.’
Aemylia kelihatan masih ‘monyok’ memandang ke arah laut.
Aku: ‘Abang janji, tentang soal tadi tu, kita sambung secepat mungkin dalam masa yang terdekat ni.’
Aemylia: ‘Abang tak sudi pada Aemy le tu?’
Aku: ‘Abang tak cakap pun. Abang cuma perlukan sedikit masa. Macam sekarang ni tak sesuai. Kita ada jamuan untuk dihadiri. Takkan nak hilang macam tu aje malam ni?’
Aemylia: ‘Bila?’ katanya tegas dan berpaling tengok wajah aku.
Aku: ‘Secepat mungkin. Macam nilah, lusa lepas Abang siapkan sedikit kerja Abang, kita keluar berdua, berdua aje. Kita sambung pasal kisah ni ok?’
Aemylia: ‘Abang ni janji ke?’ (macam tak percaya je…)
Aku: ‘Ye, Abang janji. Lagipun Abang bukannya nak lari ke mana. Kalau lari pun macam tak larat je.’
Aemylia: ‘Hmmm..tu la! Suka sangat hisap rokok!’
Aku: ‘Kan ke rokok tu adalah vitamin(‘s) untuk orang lelaki? Rokok di jadikan daripada sejenis tumbuhan yang diberi nama ‘Tembakau’. Dan bukankah tumbuh-tumbuhan hijau tu selalunya membekalkan vitamin untuk kesihatan badan?’
Masa aku cakap tu, kaki aku secara automatik naik sebelah ke atas palang tambak yang disediakan, membuatkan serta-merta terciptanya satu lagi sejarah ‘gaya macho’ yang antara sengaja dengan tidak dalam sebuah lagi episod kisah hidup aku pulak kali ni!
Aemylia kelihatan tersenyum sedikit, dan bersetuju dengan pelawaan aku untuk membincangkan tentang perkara ni di lain hari, secara serius!

Mengenangkan kembali detik perkenalan aku dengan Aemylia suatu waktu dahulu, aku tersandar di katil sambil menyalakan sebatang rokok.
Masa tu, aku bersama dengan dua orang rakan lain baru saja habis bermain snooker di salah sebuah pusat hiburan berhampiran.
Dua orang rakan aku tersebut tidak lain tidak bukan adalah Rizz1 dan Brother Ray. Setelah kepenatan beradu skill masing-masing, kami membuat keputusan untuk lepak sebentar di Gerai Drebar Lori untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang kebetulan di tayangkan di televisyen pada waktu tersebut.
Semasa menikmati juadah yang di pesan, tiba-tiba datang seorang awek, iaitu Aemylia yang begitu seksi wajahnya dan berjalan dengan berkeyakinan tinggi, terus mengambil tempat duduk di meja yang betul-betul mengadap ke wajah aku, dimana di sebelah kiri dan kanan aku adalah Rizz1 dan Brother Ray.
Rizz1: ‘Sedap jugak makanan ni ye Mad?’ tegur Rizz1 setelah merasa makanan yang dipesan.
Aku: ‘Ada yang lagi sedap…..’
Kemudian pandangan kami berdua tertumpu kepada Brother Ray yang sedang makan dengan begitu kusyuk sekali dengan mata sedikitpun tidak berkelip memerhatikan Aemylia yang baru saja menjadikan dirinya tetamu di gerai yang kami makan ni. Wajah Brother seakan-akan begitu terliur melihat Aemylia. Seakan-akan Brother Ray sedang ‘makan angin’ , dimana makanan yang di makannya dapat di lihat masuk ke dalam perutnya begitu laju sekali tanpa membawa apa-apa erti.
Aku, buat macam biasa aje, lagipun perlawanan bola sepak menarik di kaca televisyen. Aku juga berharap akan dapat kongsikan detik perlawanan tersebut bersama Rizz1 memandangkan Brother Ray telahpun hanyut di bawa arus tetapi harapan hanya tinggal harapan kerana walaupun kelihatan Rizz1 seakan-akan sedang kusyuk menyaksikan perlawanan, tetapi aku ter’perasan’ matanya yang seringkali bukan ditujukan kepada kaca televisyen, tetapi kepada Aemylia!
Kelihatan Rizz1 dan Brother Ray sedang mula menunjukkan kejantananya dengan mengebil-ngebilkan mata serta membuat isyarat tangan di mana semua ini termasuk dalam kategori percubaan untuk mengurat. Aemylia hanya diam memerhatikan gelagat mereka berdua ni dengan wajah steady dan selamba. Tidak lama kemudian, hidangan yang dipesan Aemylia telahpun sampai manakala hidangan Rizz1 dan Brother telahpun habis tanpa di sedari!
Aku: ‘Weii, korang ni, rileks la. Aku tengok sorang-sorang dah macam Singa lapar aje. Kut iye pun, beretika le sikit depan ‘tetamu khas’ kita yang datang ke gerai ni secara tak sengaja malam ni. Jangan le tunjuk sangat sikap ‘sebenar’ korang ni. Lagipun kita lepak sini tujuan utama nak tengok Piala Dunia tu.’
Ray: ‘Tak boleh control Mad…..cun tu…’
Rizz1: ‘Lantak kau la Mad, tapi kalau dah ada awek macam ni duduk depan mata dan aku MASIH lagi sedang kusyuk tengok Piala Dunia tu, lebih baik hang hantar aje aku kat Pusat Orang-orang Buta besok. ‘ balas Rizz1 pula.
Aku: ‘Oklah..macam ni le. Korang buat le apa yang korang suka, biar aku terus dengan sikap aku yang sentiasa lebih mengutamakan kesopanan dan kesungguhan dalam menyaksikan perlawanan yang menarik tu!’ Aku protes dengan tegas, seakan-akan tak puas hati sebab tak dapat nak bersembang pasal bola dengan dua orang rakan baik aku yang dah hanyut di kuasai Aemylia ni.
Tak berapa lama kemudian setelah diaorang berdua ni buat aku macam tak wujud aje,
Rizz1: ‘Mad, aku nak ke tandas sekejap le….’.
Ray: ‘Aku nak pegi beli rokok kejap, rokok aku dah habis’
Dan mereka berdua bergegas laju menuju ke tujuan masing-masing, nak cepat le tu sebab nak kembali kepada tabiat diaorang sebentar tadi.

Dan sekembalinya mereka berdua ke meja makan, terlopong kedua-dua rakan baik aku tu sebab aku dah pun berada semeja dengan Aemylia sambil tersengih-sengih mengada ‘menjual murah’ segala apa yang ada dalam diari skill hidup aku…

Begitulah detik perkenalan aku dengan Aemylia. Walaupun wajahnya nampak begitu serius menggoda dan seksi, namun begitu dia bukan seorang yang sombong. Dia begitu peramah dan penuh dengan idea dalam perbualan. Setelah berkenalan dengan aku, Aemylia menjemput pula Rizz1 dan Brother Ray untuk duduk semeja dengannya. Bermula pada malam itu, kami semua menjadi rapat dan ternyata rakan-rakan lain juga, turut sama seronok menerima kehadiran Aemylia untuk bersama sebagai salah seorang daripada rakan-rakan baik sekalian.

‘Tak tahu la Mad…..Nak kata aku takde benda dengan si Aemylia tu, memang pun, tapi dalam ada sikit lain punya rasalah. Aku tak tahu macam mana nak terangkan dengan lebih teliti rasa tu. Aku kalau boleh malas nak fikir sangat pasal hal ni.’
Begitulah penjelasan Karom sebaik saja aku datang melawat dia di tempat bengkelnya keesokkan harinya.
Aku: ‘Ceritakan le serba-sedikit tentang hubungan hang dengan Aemylia. Memandangkan selama ni aku memang tak pernah ambik tahu apa yang berlaku di antara kita semua, entah kenapa kali ni tiba-tiba tergerak hati aku nak mengambil berat pulak.’
Karom: ‘Hang tau la Mad…Aemylia tu cantik. Pandai berceloteh pulak minah tu. Dah tu, kerja keras kawan.Tengok le lifestyle (cara hidup) dia. Tapi kan Mad…’ Karom berhenti seketika.
Karom: ‘Walaupun dia macam tu, sempoi, steady dan bergaya, dia macam tak ambik pusing langsung dengan apa yang dia ada. Dia kalau sembang dengan aku, asyik pasal benda-benda hiburan aje. Maskud aku, dia tak terlalu serius dalam pekerjaan, bisnes atau apa-apa pun sampaikan boleh membuatkan persembangan tu jadi ‘berat’. Entahlah Mad. Aku rasa syok kalau lepak dengan dia. Perhubungan dengan dia tak banyak mendatangkan masalah selama ni. Dia memang boleh ‘masuk’ le Mad.’
Aku: ‘Hang takde hati dekat dia?’ tanyaku serius, kemudian hanya tersenyum sedikit.
Karom kelihatan tersenyum juga, melihat ke arah pemandangan luar sebentar dan kemudian;
Karom: ‘Alaaa Mad… Kan ke aku dah cakap. Dia tu educated (berpelajaran tinggi), aku ni apa le sangat. Anak orang besar-besar pulak tu. Andaikata aku dengan dia digandingkan bersama, ‘Andaikata’ Mad! Aku dengan dia jadi pasangan, tak masuk le. Tangan yang kasar setiap hari bergelumang dengan kerja berat menggunakan kekuatan fizikal ni, tak layak nak bersama dengan orang ‘se’macam tu.’
Sekarang baru hang nak cakap…Selama ni join sikit punya lama ke, nampak macam steady aje. Takde apa-apa feel pun. Hmmph!…Dah sah le ada feel ni!
Aku: ‘Takpe la Karom. Aku ingat aku nak cergas dululah. Nak settlekan beberapa perkara, seperti biasa.’
Karom: ‘Oitt. Singgah kejap nak tanya pasal tu aje? Sejak bila hang jadi Penyiasat Persendirian ni?’
Aku hanya tersenyum sambil terus melangkah masuk ke dalam kereta dan bergegas dari situ.

Macam mana la Aemylia boleh muncul secara mengejut dalam hidup aku kali ni? Serius cakap ni, aku dah mula rasa lain terhadap dia. Mungkin dia rasa dah biasa dengan perhubungan kami sekawan selama ni tapi aku tak. Bagi aku, sejak malam perbincangan kami bersama yang berlangsung hari tu, seakan-akan dah termasuk suatu ‘udara baru’ dalam suasana perhubungan ini. Dia yang mulakan. Dia dah mula mencungkil ‘perasaan di antara kami semua’ yang telah berlangsung bersama-sama dengannya selama ni. Memang le dia termasuk dalam kategori kawan-kawan semua, tapi yang lainnya dia tu pompuan, bukan jantan yang boleh mengakibatkan antara kami ni boleh memendam perasaan antara satu sama lain. Bayangkan le sebagai seorang jantan melayan perasaan dengan jantan yang lain… Tentu sekali itu pun suatu ‘udara baru’ dalam perhubungan ini tapi jangan cuba untuk memikirkannya langsung!

Aduih…Aemylia, Aemylia…..Betul la cakap Aemy. Aemy bukannya budak kecik, gadis remaja atau pompuan tak matang lagi dah. Dah wanita dah pun….Join pulak dengan lelaki-lelaki macho seantarabangsa. Nampaknya kalau silap gaya, boleh jadi sasaran sebagai ‘Trophy’ (Piala) dalam arena rebut-merebut dengan ganasnya nanti nih!



******

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...