Perjuangan d’ Ersante – Bab 10

Keesokkan paginya, seperti yang di janjikan, selepas breakfast dengan June, aku berada dalam garajnya, sedang duduk di atas sebuah kerusi antik yang terdapat di sini.

June: ‘ArdMad, kadang-kala I tak berapa suka dengan sikap you yang suka bermain-main tentang sesetengah perkara yang serius.’
Aku duduk atas sofa tu pun sebab baru aje lepas penat mengangkut bermacam-macam peralatan yang di perlukan untuk kelengkapan dia nak buat kerja (komputer, meja, bangku dsb.). Tu belum kira kena ketepikan rasa mengantuk nak bangun pagi jumpa dia lagi nih! Dia boleh kata aku jenis orang yang suka main-main? Oklah, aku faham maksud dia…
Aku: ‘June, walaupun I kadang-kala suka bergurau, itu tak bermaksud I tidak tahu membezakan tanggungjawab yang serius ataupun tidak.’
June: ‘Iya la…Itu I tahu. Tapi kadang-kadang tu I ‘terasa’ sangat dengan sikap you. I jadi takut. Takut juga kadang-kadang you terleka samaada perkara tu serius ataupun tidak.’
Masa tu June sedang sibuk menyusun peralatan bagi memulakan kerja. Dia pakai simple aje hari ni. Seluar jeans biru cerah, T-Shirt putih dan topi (cap) merah supaya rambut panjang dia tak kacau waktu buat kerja.
June: ‘Macam semalam tu, I sakit hati you tahu tak? I serius pasal nak siapkan kerja ni you boleh acah-acah lagi. I sedih tahu tak?’
Aikk? Aku tengok semalam gelak-gelak, seronok aje lepas kena acah. Pandai ‘cover’ le ni ye tak?
Aku: ‘Alaa…Takkan itu pun you nak ambik hati. Yang pentingnya I datang, kita siapkan kerja kita.’
June: ‘Tak ada lah…I risau kalau-kalau nanti bila kita nak bincangkan pasal masa depan dalam perhubungan kita seterusnya, you ambik mudah aje. Macam sekarang ni pun, you belum intorduce (perkenalkan) pun lagi family you pada I. I tertunggu-tunggu jugak bila you nak bawa I kenalkan mereka pada I…tapi tak ada pun. Lepas tu you ingat tak pasal Mini Market tu?’
Aku hanya duduk membisu ‘memerhatikan’ luahan hati dia.
June: ‘You tak ada pun nak jemput I ke sana ‘in the first place!’ (dengan penuh keikhlasan dan di utamakan).
Aku: ‘Eh, kan ke I ada bawak you ke sana?’ sedikit protes terpaksa di suarakan.
June: ‘You janganlah! (marah seketika). You jemput I pun sebab hendakkan khidmat I pasal hiasan tempat tu. Bukan jemputan saja-saja suka kerana teringatkan I!’
Adusss…..Ini yang leceh ni.
June: ‘Satu lagi sikap you I tak suka macam tu lah…You saja nak main-main dengan mind (fikiran) I. You bukan tak tahu sebelum nak keluarkan sesebuah kenyataan tu. You saja ambik peluang nak backup (pertahan) diri you sendiri sedangkan you tahu pada sesetengah masa you tak sepatutnya.’
Oklah..aku bersalah. Apa lagi?
June: ‘Sekali-sekala I rasa takut. I takut yang you akan permain-mainkan perasaan I nanti…’
Aku hanya terdiam merenung jauh, masih duduk tersandar di atas kerusi antik tu dengan kaki mengangkang. June membelakangi aku sambil menyusun barangan seterusnya.

Kemudian aku terus bingkas bangun, perlahan-lahan mendekati June dan..
Aku: ‘June, I mintak maaf. I’m really sorry. I nak bagitau you. Dalam sesetengah perkara, I memang suka bergurau. Tapi betapa seriusnya perhubungan kita berdua, I tak bergurau. Perhubungan, perasaan I terhadap you adalah perkara yang paling penting sekali buat I. You kena faham tu.’
June hanya diam, masih seperti tadi sedang menyambung-nyambung wire komputernya.
Aku: ‘Tentang family I, diaorang ada dekat Errsante. Jauh tu. Sebaik saja selesai urusan I dengan Mini Market tu, I janji kita akan bincangkan selanjutnya ke arah yang lebih jauh lagi mengenai hubungan kita. You jangan risau. You pun tahu kan?’
Perlahan-lahan June memalingkan matanya ke arah wajah aku…
Aku: ‘….I tak boleh hidup tanpa you. Susah payah I kerana you selama ni, bagi I, I rela. I tak rasa penat, tension ataupun menyesal di setiap detik I bersama you. Lagipun I dah talk (bercakap) dengan father you, family you, uncle-uncle you. Itu dah cukup membuktikan betapa seriusnya I terhadap you.’
Kemudian June kembali membelakangi aku dengan senyuman terukir sedikit (sedikit) di bibirnya.
Aku dah cakap dah. Kalau berdua aje dalam garaj ni, aku mula le teringatkan tentang cerita lelaki baik jadi tak berapa baik. Perbualan ni, dah jadi terlalu hangat…sampaikan aku rasa aku dah abaikan kerja-kerja utama yang sepatutnya di lakukan. Aku tengok June pun dah macam tu. Lemah aje buat kerja. Suasana dalam garaj ni dah le best. Dia punya makeover (ubahsuai) macam dalam studio aje. Siap dengan lampu tergantung, lampu meja, kain kanvas dan….penhawa dingin pun ada! Adoihhh…..

‘Di atas permintaan ramai, saya Dr.Helmi ke udara pagi ini, susulan kepada ‘Segmen Lewat Malam’ yang di adakan pada setiap malam minggu, bermula jam 12 tengah malam hingga ke pukul 3 pagi. Saya akui bahawa kemunculan saya pagi ini, akan menambahkan lagi bilangan para pendengar yang mengikuti segmen saya di malam hari. Jadi, anda yang mendengar di kira bertuah kerana inilah kemunculan pertama saya di waktu seperti ini. Tepukan untuk saya.’
Hishhh…perlu ke dia ni muncul dalam siaran pagi-pagi macam ni? Aku baru aje nak tutup radio tu tapi tiba-tiba June menghalang, membuatkan aku ndak tak ndak terpaksa mengawal perasaan aku dan terus kepada misi utama iaitu ingin melengkapan sample (contoh) hiasan yang bakal di persembahkan kepada penemuduga projek hiasan tu nanti!

Dr.Helmi: ‘Untuk tidak membuang masa lagi, topik kita pada pagi ini adalah berkenaan dengan ‘Kesefahaman’ yang terjalin di antara dua insan yang sedang bercinta. Topik ini harus di ketengahkan memandangkan permintaan ramai daripada banyak pihak yang inginkan penjelasan bagaimana kesefahaman yang diingini sebenarnya oleh pasangan mereka, sedangkan pada pendapat mereka, telah banyak kefahaman yang diberi namun masih tidak jelas dengan pengertian yang di beri. Sama ada pasangan anda itu tidak pernah belajar tentang sosial hidup atau sengaja buat-buat tidak faham, kita akan selidik sebentar lagi. Kita akan bongkarkan misteri di sebalik persoalan ini. Saya juga ingin sebutkan bahawasanya ada sesetengah orang yang sengaja membuat pasangan mereka bermain-main dengan fikiran untuk memahami kehendak diri tanpa menggunakan perantaraan lisan. Ada juga yang sengaja mengubah mood dengan harapan supaya pasangan mereka faham-faham sendiri tentang kehendak diri. Berbagai-bagai cara di gunakan dalam kes seumpama ini yang kebanyakkannya menjurus kepada pertengakaran mahupun sampai ke tahap yang lebih serius lagi, iaitu perpisahan. Tentu sekali kita tidak mahu perkara yang sebegitu berlaku dalam kehidupan seharian. Saya di sini, insyaallah akan cuba memberi panduan sebaik mungkin bagi mengupas persoalan ‘Kesefahaman’ ini agar anda yang mendengar dapat mengambil sedikit manfaat dari nasihat yang di utarakan. Dan kita ada pemanggil sekarang ini….

Hello, siapa di sana?’
Pemanggil: ‘AiDa.’
Dr.Helmi: ‘Hooo, cik AiDa kita. Seorang pendengar yang prihatin, saya kira.’
AiDa: ‘Saya mempunyai sedikit soalan mengenai perhubungan saya dengan teman lelaki.’
Dr.Helmi: ‘Ya, silakan cik AiDa.’
AiDa: ‘Teman lelaki saya sejak akhir-akhir ini, seakan-akan sudah bertukar mood. Dia banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan, tidak menelefon saya bertanya khabar seperti selalu. Kalau telefon pun hanya sekejap saja. Itupun sekali-sekala. Lepas tu pernah juga menghantar bunga berserta kata-kata manis tetapi kemudiannya buat hal lagi dan bila ditanya, dia hanya banyak tersenyum dan mengatakan saya terlalu banyak memikirkan pasal yang bukan-bukan. Kenapa perangai dia macam tu agaknya ye Dr?’
Dr.Helmi: ‘Bagaimana reaksi dia bila berdepan dengan awak? Adakah dia sentiasa tersenyum, marah, pendiam atau…?’
AiDa: ‘Dia banyak tersenyum dan diam. Apa saja persoalan mengenai perhubungan di bangkitkan, dia banyak mencari helah supaya perbincangan tersebut di tutup begitu saja dengan beralih kepada topik lain. Nak tuduh dia ada teman wanita lain saya tak berani sebab tiada sebarang bukti menunjukkan dia sedang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Bagaimana agaknya tu Dr.’
Dr.Helmi: ‘Nampaknya, Aida telah mengemukakan soalan yang agak sukar juga….Beginilah, melalui penelitian saya di atas keterangan yang telah di berikan sebentar tadi, saya merasakan teman lelaki AiDa di serang arus romantika.’
AiDa: ‘Apa?!’
Dr.Helmi: ‘Biar saya habiskan dulu…Dia mula menunjukkan sikap protes dia selama ini terhadap AiDa kerana kemungkinan selama bersama dengan AiDa, dia di lihat tidak mendapat apa yang di inginkannya.’
AiDa: ‘Seperti?’
Dr.Helmi: ‘Emmm..belaian kasih mesra di dalam pangkuan AiDa. Saya rasa teman lelaki AiDa memerlukan detik-detik romatis tersebut bersama dengan AiDa, inginkan AiDa terbaring di dalam pelukannya, ingin menggenggam tangan AiDa setiap masa apabila bersama…’
AiDa: ‘Hoo..oo…nanti dulu. Saya tak boleh biarkan itu berlaku memandangkan kami masih belum mempunyai ikatan yang sah!’
Dr.Helmi: ‘Saya tahu itu tetapi nampaknya itulah punca sebenar yang menjadi perubahan sikapnya. Dia ingin AiDa memahami kehendak nalurinya. Kalau tidak dapat tindakan, sedikit kata-kata romantis sudah memadai. Adakah AiDa mengeluarkan kata-kata yang sedikit romantik untuk dirinya?’
AiDa: ‘Hmmm….Ada jugak.’
Dr. Helmi: ‘Contoh?’
AiDa: ‘Menerangkan padanya bahawa saya akan bersiap-sedia untuk memahami segala kehendaknya kelak apabila mempunyai ikatan yang sah. Jangan ragu kerana saya akan memberikan kasih sayang yang terbaik untuk memastikan tanggungjwab saya kelak.’
Dr.Helmi: ‘Boleh ceritakan sikit contoh ayat-ayat yang dia pula keluarkan untuk AiDa bagi merealisasikan niat romantik itu?’
AiDa: ‘Baiklah…salah satu ayatnya…err….
“AiDa, tengok pasangan tu berpegangan tangan. Jom kita ikut sama.”
Satu lagi, “AiDa, saya suka le tengok awak. Boleh tak saya letakkan tangan saya di bahu awak?” dan satu lagi,
“AiDa, hari tu kan, saya hantar kereta saya repair di workshop” dan dia terus meletakkan tangan di atas peha saya di waktu perbualan tersebut. Saya menepis tangan dia secepat mungkin.’

Dr.Helmi: (terdiam sejenak…)

AiDa: ‘Hello?’
Dr.Helmi: ‘Ya! Ekhemm! Macam tu ayat istimewa dia untuk AiDa?’ AiDa: ‘Itulah yang dia dakwa sebagai di antara yang terbaik ayat kasih sayang pernah di lafazkan dan kemudian menuduh saya masih bersifat tidak memahami.’
Dr.Helmi: ‘Memang lah….tapi ayat dia tiada isi. Bagi saya itu bukan nak meng’ayat’, tapi nak merapu!’
AiDa: (terketawa kecil kejap..)
Dr.Helmi: ‘Macam nilah cik AiDa. Memandangkan ayat-ayat dia memang tidak berfaedah untuk di dengar oleh semua orang bagi merealisasikan sebarang niat, kita ketepikan saja. Saya nak tanya ni: dia tu hensem tak?’
AiDa: ‘Emmm…aaa…err.’
Dr.Helmi: ‘Sila jawab cik AiDa.’
AiDa: ‘Aaa….err….tak.’
Dr.Helmi: ‘Hmmphhh…Peluang tipis. Kalau hensem masih boleh dipertikaikan. Ataupun kalau tak hensem tapi ayat power, mendayu-dayu dan sedap di dengar, masih boleh di pertimbangkan tapi, sudahlah tidak hensem, ayat hancur pula. Macam nilah, saya ada satu saja nasihat terbaik bagi menyelesaikan masalah awak berdua.’
AiDa: ‘Apa dia?’
Dr.Helmi: ‘Awak buat-buat saja tak faham dengan segala tindakan dia dan selepas itu tinggalkan saja dia. Cari boyfriend lain. Tak perlu bersusah-payah nak faham kehendak dia. Buang masa saja. Mintak maaflah kalau jalan penyelesaiannya agak mudah tapi itulah yang sebaiknya. Buat-buat tak faham dan angkat kaki.’
AiDa: ‘Tapi kesianlah dekat dia Dr…Walaupun tiada persefahaman tapi dia tu baik, jujur.’
Dr.Helmi: ‘Tapi kalau kita sudah nampak perhubungan itu tidak boleh membawa ke mana-mana, tidak guna juga untuk di lanjutkan.’
AiDa: ‘Entahlah….Saya pernah jugak terfikir untuk tinggalkan saja dia. Banyak kali jugak terfikir tapi tak sampai hati…’
Dr.Helmi: ‘Kuatkan semangat dan teruskan dengan niat tersebut. Tiada sebarang persefahaman boleh di capai lagi dalam masalah sebegini.’
AiDa: (terdiam seketika seakan-akan mengeluh) ‘Satu lagi, risau jugak saya. Lelaki kan ke semakin kurang pada masa ini Dr? Saya risau jugak nanti saya tak berteman. Boyfriend saya yang sekarang ni, dah yang ke berapa pun saya dah tak ingat. Banyak tak menjadi saja…’
Dr.Helmi: ‘Takkanlah tiada lelaki yang benar-benar sesuai dengan AiDa selama ini? Tentunya ada bukan?’
AiDa: ‘Seperti yang Dr.Helmi kemukakan tadi. Banyak yang baik tapi semuanya tidak memahami. Semuanya seakan-akan mahukan sesuatu dari saya dan apabila tak dapat, mereka jadi kecewa dan mula menunjukkan sikap yang saya tak mahu faham!’
Dr.Helmi: ‘Alaaa..tinggalkan aje. Habis cerita.’
AiDa: ‘Tak nak!’
Dr.Helmi: ‘Apa pulak! Itu keputusan yang sebaiknya.’
AiDa: ‘Kalau saya tinggalkan dia siapa nak jadi boyfriend saya?’
Dr.Helmi: ‘Banyak lagi lelaki di luar sana yang masih bersendirian dan memerlukan kasih sayang. Saya pun tidak terkecuali.’
AiDa: ‘Hah?!’
Kedua-duanya diam sebentar, kemungkinan meneliti tentang kata-kata yang terdapat dalam perbualan yang berlangsung di antara satu sama lain tadi.
AiDa: ‘Dr.Helmi masih belum mempunyai teman wanita ke?’
Dr.Helmi: ‘Tak tahulah…Masih belum jumpa yang memahami agaknya…’
Kedua-duanya tidak bersuara sekali lagi.
AiDa: ‘Walaubagaimana pun, terima kasih di atas nasihat yang di beri.’
Dr.Helmi: ‘Nanti dulu cik AiDa!’ (menghalang AiDa untuk meletakkan gagang telefon seketika)
AiDa: ‘Ye?’
Dr.Helmi: ‘Nombor telefon awak apa?’
AiDa: ‘Awak nak buat apa?’
Dr Helmi: ‘Saya nak jadikan bahan rujukan untuk kes-kes yang saya hadapi.’
AiDa: ‘Betul ke hanya semata-mata kerana tugas Dr? ‘
Dr.Helmi: ‘Ya. Ia penting untuk tugasan. Nombor telefon setiap client seharusnya berada dalam simpanan saya.’
Tiba-tiba June perlahan-lahan mematikan radio.

June: ‘Teruknya Dr.Helmi tu ye ArdMad?’
Bukan ke aku awal-awal lagi dah nak tutup siaran? Tapi, cara dia best jugak ye? Menggunakan segala peluang yang ada bagi merealisasikan sebarang niat peribadi. Sedar-sedar dah dapat no.phone awek buat koleksi simpanan. Setiap malam minggu, pukul 12 tengah malam. Aku senyap-senyap dah mula nak jadi peminat setia rancangan tu dah ni….




Sebagai seorang Interior Designer, June juga berkebolehan sebagai Graphic Designer dalam menggunakan aplikasi komputer. June menyusun setiap lakaran dengan begitu tekun dan teliti sekali. Konsentrasinya kini banyak tertumpu pada skrin komputer. Aku pulak membantu dengan memberi sedikit sumbangan idea kalau ada yang tak berapa ngam tu. Sesetengah idea aku ada yang ditolak, begitu juga dengan idea June, yang ditolak oleh aku. Papan kertas lukisan terpaksa didirikan bagi membolehkan aku melukis beberapa perkara yang tergambar di dalam fikiran.

Dalam pada itu, banyak buku-buku dan sample-sample hiasan berterabur di sekitaran lantai dan meja untuk di jadikan bahan rujukan dalam mencipta design. Kami mengkaji setiap design yang pernah terhasil bagi memantapkan lagi idea. Jari aku kekadang tu sedang tunjuk-menunjuk di setiap sudut dalam garaj untuk memberi gambaran kedudukan tentang segala hiasan. Kami membayangkan bahawasanya kami sedang berada di dalam sebuah bangunan yang perlu di hias. Cubaan untuk menghasilkan yang terbaik perlu dilaksanakan kerana kami tahu, saingan yang bakal memohon untuk projek tersebut bukan calang-calang. Kebanyakkan yang aku tengok menghadiri taklimat semalam menggambarkan diri mereka berpengalaman dan sudah lama terlibat dengan bisnes ini.

June: ‘ArdMad!…letih lah…’
Rungutan pertama tu memberi peluang kepada aku untuk kembali terduduk di kerusi antik tadi.
June: ‘I risau la ArdMad…Risau tentang saingan yang bakal mempersembahkan design masing-masing untuk kelulusan projek tu. You pun tahu, projek ni penting buat I. I menunggu sekian lama untuk mendapat access (kemasukan) dalam peluang sebegini. Apa yang mereka tawarkan tu betul-betul rare (jarang). Serasanya macam tak sanggup lagi I tunggu untuk mendapat peluang sebegini.’
Aku ketika ini sedang dalam posisi menghembuskan asap rokok perlahan-lahan, mendengar ‘susah hati’ June.
Aku: ‘Alaa, jangan la risau sangat. You kan ke tahu yang design you ni selama ni banyak yang bagus-bagus, berkualiti? Apa nak di risaukan?’
June: ‘Masalahnya, kita tak tahu bagaimana design bakal pemohon lain tu. I kalau boleh nak juga tahu rekacipta mereka, nak tengok sejauh mana kemampuan mereka dalam menghasilkan design dan lepas tu bandingkan dengan design I. Dengan cara tu, baru I dapat pastikan sejauh mana kemampuan I menghasilkan hiasan untuk kelulusan projek ni.’

Setakat ni sudah 2 design yang dihasilkan dengan kemas sekali dan June masih merungut? Aku tengok design yang dihasilkan sejak bermula awal pagi tadi, memang cantik. Memang best. Eksklusif sungguh. Design yang dihasilkan menggabungkan unsur-unsur yang boleh membuatkan seseorang yang berada dalam pejabat tu merasakan dia sedang berada dalam suatu tempat yang semulajadi. Ada unsur-unsur tumbuhan, kesejukan, suasana yang dingin, siap dengan unsur teknik meng’adjust’ (mengubahsuai) lampu bagi mendapatkan suasana terang, gelap, cerah dan suasana setelah hujan. Warna sekeliling dalam hiasan tu sudah dikaji terlebih dahulu bagi membuatkan setiap ubahsuai lampu serasi dengan warna suasana hiasan.

Bagi aku la, secara peribadi, kalau aku sebagai penemuduga terbabit, memang dah sah lulus design ni. Tapi seperti kata-kata June sebentar tadi, kami tak boleh pandang remeh kepada kebolehan pemohon yang lain. Sekurang-kurangnya kena tengok juga hiasan diaorang.

Hari dah masuk waktu petang dan sememangnya otak kami berdua berada dalam keadaan yang sangat letih bagi menghasilkan 2 design tersebut.
Aku: ‘June, untuk hari ni, cukup dulu. Besok you pakai cantik-cantik, I ada plan sikit. You ikut aje.’
June: ‘Kita nak pergi mana?’
Aku: ‘You ikut ajelah. I dah penat nak sembang pasal apa-apa pun hari ni. Tapi besok punya hal, adalah kerana perkara design-mendesign ni. Kita hanya akan berhenti setelah semuanya SELESAI! Ok? So, sekarang I nak beransur dan you pulak sila tutup komputer tu dan kita sambung esok.’
Setelah menutup pintu garaj dan menguncinya, aku start enjin kereta dan pulang.


*****

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...