firnena ayam serama

Kekeliruan melanda apabila firnena tiba-tiba menerima email dari salah seorang customer, begini:

“Assalamualaikum. Tuan, saya beli firnena utk ayam serama. Dos utk ayam serama dewasa sama dgn dos kucing atau separuh shj.

Adakah ayam serama yg sedang bertelor boleh diberi firnena? Tq”

Saya tak dapat nak bayangkan reaksi ahli (wajah) bertugas apabila membacanya… Main2? Boleh jadi juga. Pada mulanya firnena mengambil langkah senyap saja… Sehinggalah pertanyaan customer terbabit akhirnya sampai kepada pihak pengurusan, menandakan dia bersungguh.

Email jawab balas, begini:

‘Agak sukar saya beri jawapan sebab penawar pets tidak pernah diuji (test)
ke atas haiwan jenis bertelur, seperti ayam.

Ia terbukti utk pets yg berunsur mamalia seperti kucing dan anjing, saiz
sederhana.

Ayam mempunyai sel yg agak berlainan dari mamalia. Kemungkinan
tindakbalas berbeza apabila menyerap bahan penawar pets. Positif
atau negatif hasilnya – saya tidak pasti.’

Disambung dengan email seterusnya:

‘mungkin encik boleh cuba beri sedikit (terlalu sedikit, kurang dari suku dos), utk memastikannya. Sebab ujian ke atas pets mamalia yg saya beritahu, hasilnya elok, sihat.

Cuba beri dan lihat, selama seminggu. Permulaan agak lemah normal sebab penawar sedang cuba sesuaikan diri dgn sistem dalaman haiwan terbabit.

Kalau ia postif, sihat, mungkin encik boleh teruskan bagi, amalkan.’

Pengurusan Utama (Firnena, RkR, adrs.inc.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...