Cinta Pelajaran “Hanya AKU SAHAJA yg BOLEH”.

Kata jaminan itu datangnya dari seorang member: Mamudketin, sb ada 2 ma(h)mud dalam group kitaorang – satu memang betul-betul gemuk, kaw punya: besaq. budak sessi petang. Sorang lagi dia ni hah, budak pagi… memang betul-betul kurus-kering, tinggi lonjong, nipis. Ibarat macam kalau kena tiup angin, melayang. Tapi disebabkan terpengaruh dengan fenomena budak jahat, dia ni tiba-tiba jadi parti member… Dia ni pulak masa tingkatan 2, budak C2, sekelas dengan Lai Mei… (terjebak dengan kitaorang sebab sessi agama, tukar kelas punya pasal.)

Mengapakah kata-kata mamud ketin tu menjadi sumber ilham? 1: sebab dia sekelas dengan Lai Mei. 2: sebab dia tak sampai ke tahap anti-cintan macam budak2 / member2 kelas jahanam (cuma aku jer, cintan… lain2 tu buat donno je. Aku plak bukan sembang dengan sesape pun. heee…) 3: sebab dia terima offer nak bantu kes aku dengan Lai Mei(!) dan ke 4: paling penting… dia MENGAKU dia boleh, no hal… TERMASUK boleh dapatkan gambar Lai Mei untuk aku!.. sebagai bukti kerja beres. bukti. berasas. Bukan kata-kata kosong nak ambik hati tak bersebab. Bak kata, kata-kata dia ni ada value. Apatah lagi di ketika ini, dia pun ikut sama terjun ke kelas 3C6, sama macam Lai Mei! Jadi, dalam semua malaun yg ada, hanya dia ni sahaja yang kemungkinan besar ada chance nak bawak bicara dengan Lai Mei (ndak dengar, layan)… sebab masing-masing dari 2C2. Tambah lagi, rambut mamud ialah rambut lelaki tercantik … di dunia. Lurus, lembut, macam sentiasa baru lepas setting dari saloon. Kalah bebudak pompuan! Serius. (mungkin juga itu jadi salah satu advantage tarik perhatian Lai Mei…? sebab kagum, sekurang-kurangnya ada sorang dari group kitaorang: yg rambutnya lagi lawa dari dia…? Kalah rambut amoi beb… …Rasa aku ler.)

Wooo…

Sejak itu mamud ketin dianggap ahli keramat yang kena sentiasa diberi layanan 1st class. Dia akan terlepas dari unsur-unsur malu dibuli, atau jadi bahan target utk apa jua perkara menjatuhkan air muka. Hakikatnya, tiada siapa yg suka kena buli, kena panggil dengan ‘nama’, tetapi bebudak jahanam tu bukannya paham… diaorang main sedap je nak buat apa pun. Macam takde risiko… (maklum le, budak. … jahat.)

Diringkaskan cerita, setelah berhempas-pulas tak dilayan Lai Mei, akhirnya nampak macam mamud berjaya memainkan peranan. Mendapat reaksi balas dari Lai Mei… (sebab Lai Mei bukannya tak cerdik… tahu tu. kenapa Mamud tiba-tiba slow-slow mendekati, kononnya nak bincang pelajaran, sebagaimana masa di kelas C2 dulu. Sedangkan pelajaran… slow-slow bertukar ‘percintaan’. jangan tak tau kelas ni kelas apa…).

Namun, hari silih berganti, tak ada apa-apa perkembangan… Lai Mei pula nampak seakan semakin bertambah malas nak layan. Buat donno’ je. (huuuuhhhh. kecewa ooo. dalam punya cerita, hanya diri yg ngerti.)

Tapi segalanya berubah, apbila di suatu malam, mamud muncul di pintu rumah aku, terus tolak aku ke tepi, terus masuk. Mintak dilayan macam bos… suruh hidang makan minum, gaya protes, keletihan, tapi macam ada makna. Sambil buat macam rumah sendiri, (setelah aku jadi sebijik macam waiter ngikut kehendak, sementara dia plak duduk kaki terkangkang naik atas sofa), mamud mengeluarkan sekeping foto, … gambar Lai Mei! Nah! – dihulurkan pada aku! Kemudian mamud senyum sorang2 sambil sental makanan dan tengok tv… membiarkan aku terkagum-kagum membelek gambar yang baru je terpegang di tangan…

… (aku macam orang bisu. Diam memanjang, nengok… tenung. Macam tak percaya.)

Lai Mei berpakaian T-Shirt putih tangan panjang, agak bodyshape + skirt pendek takat peha… senang cakap: macam pom pom girls (ahli sorak). Style rambut biasa ler… sebaris ke depan tutup dahi, dan lurus panjang ke belakang… serupa je macam bebudak cina lain2 tu…

‘Hang le punya pasal!’ suara mamud tiba-tiba memecah ke-diam-an yang melanda. Sungguh tak tersangka, kata-kata mamud sebegini bererti. Sebab hampir saja aku gave-up. Begitu lama masa berlalu, apa yang aku nampak, mamud macam gagal. Dan apabila ditanya, dia asyik bagitau: nanti, nanti, sabar. Sampai aku jadi serba-salah nak terus bertanya. Namun, di ketika ini, malam ini, di kala tangan aku sendiri memegang foto tercantik Lai Mei, melihat sendiri dengan jelas kejelitaan yang 24jam teridam, segala tanggapan negativ dan putus asa berubah sama sekali… Dan pula, aku BUKAN tak tau sama ada gambar tu jenis dari diceduk, dikerat, diambik dari foto hasil aktiviti sekolah (mahupun seumpama itu, majalah sekolah), ataupun tidak. Apa yang aku saksikan sekarang, gambar ni bagaikan mustahil sesiapa pun dapat memilikinya… Ini foto colour dan berunsur serahan by hand!. Personal.

Mamud memang dasyat!

Dek kerana agak excited dicengkam perasaan (akibat foto tu), ‘kerjaya’ aku sebagai gitaris – dipuncak. Bagaikan ada suatu kuasa mendorong, menjadikan jari-jemari begitu expert menghasilkan irama. Begitu lama terasa putus semangat, dengan tiba-tiba berpeluang merasai detik ‘bahgia’. Walaupun aku tau gambar itu bukan bermakna segala-galanya okay, namun aku tetap rasai nikmat positivnya… Seorang member telah berjaya melakukan sesuatu yang member2 lain takkan mungkin dapat kotakannya! Mamud walk the talk!.

Mamud salah seorang kawan paling best dlm hidup aku! Dia bertanggungjawab: faham betapa pentingnya keinginan hati seorang kawan. Biarpun ketika itu masih dlm uniform, namun mamud memandang segalanya dari sudut positif. Kemanusiaan. Dewasa atau budak tolak tepi. Nyatanya: tiada siapa suka yg kehendak hati dipandang ringan / remeh. Biarpun usia masih muda, itu bukan suatu alasan memandangnya main2, lupakan, buat tak reti je, cinta ‘m’ (nyet). Pilihan mamud bersungguh dalam menolong, sehingga kini tidak pernah aku lupa. Betapa terharunya kerana mempunyai seorang kawan yg bersikap begitu. Dan kerana itulah, coretan ini aku tuliskan buatnya. Dalam diari hidup aku, mamud tersemat dlm hati. Di suatu sudut yg takkan mungkin dapat sesiapa pun ganti. Begitulah. Tidak semestinya ‘semua orang buat camtu’ – kita kena ikut sama. Apa yg mamud buat, membuktikan falsampah (dlm episod lepas, aku tulis) – memang tkde apa ke benda. Pada aku, orang seperti mamud lah: yg menjadikan sesebuah kehidupan itu: berharapan.

Tak lama kemudian (di hari-hari berikutnya), tak pasai-pasai, apa angin ntah (macam dapat hidu je ada revolusi sapa hebat sape idak melanda); Li (Buncit) mendatangkan suatu plan ‘daring’ – yang bukan calang-calang orang boleh buat. Li macam sedar, kedudukan dia sebagai ketua, tak boleh lagi ‘lenggang’ tanpa sebuah pembuktian yg ‘da(h)syat’… Takde saper gugat pon, tapi dia ni ndak sesuatu yg membolehkan member-member kenang: sebagai sejarah. Kalau suatu hari nanti terkenang nama Li Buncit, maka susulkan dengan ‘ranking’ hebat dekat belakang. (Ingat tu. cowboy.) Li kemudiannya memilih 3 orang ahli paling berkaliber, disusuli mengatur satu plan ‘drastik’ (merbahaya untuk taraf budak sekolah) – untuk dilaksana. Kata Li, walaupun setakat ni dah bermacam-macam perkara dibuat yg mendapat respek pelbagai pihak, kali ni dia mahu lebih lagi. Sesuatu yang mampu ‘menaikkan-satu-lagi-level’ dlm dunia penyangak. Tambahan pula, kita dikelilingi beberapa group lain lagi yg ada… Itu juga menjadi penybab kita harus bertindak – cari idea / planning supaya group kita terus kekal di kedudukan 1st. (bayangkan, budak umur 16, tingkatan 3: cakap macam tu. Kalau ngikut standard sekarang ni pun, aku rasa macam tahap dewasa je – apa yg Li suarakan tu. Style dia, cara dia ndak.)

Tegas Li, kehendak ini adalah kerana dia faham soal status, ranking, serta tahu bagaimana ia berfungsi. (Hierarki.) Bukan setakat jadi ketua yg tak tahu apa, tak faham tentang prinsip. Dia tak mau dilabel begitu. Oleh itu, kalau terpaksa melalui bahaya sekalipun, dia sanggup. Dia mahu nama dia diabadi sebagai seseorang yg berkaliber. Leadership quality. Dan yang mendengarnya pulak, terus setuju jer… macam kagum. (abih, dah memang penyangak je semue.) … ~ Tak sangka kite ni: diketuai oleh seseorang yg betul-betul ‘Born Criminal’ ye dak? … huh.

… planning tu muncul di kala aku baru je nak layan feel… menikmati sedikit rasa tenang… Merasai diri bermakna buat seketika, kerana hanya perasaan cinta yg benar sejati sahaja: mampu jadikan seseorang itu begitu. (indah hidup.) TAPI saper yang ndak bangkang cakap Li…? Saper yg tergamak nak potong line bagitau dia: ‘nanti laaa…’ ~ takde sorang! 3 ahli terpilih tu, immediately kena siap-sedia. Di hari pelancaran, sila lapor diri (ke pot) on time. KENA buat.. Pastinya, memang salah sorang; aku… hishhh! (yg lain rasa macam terhormat, sebab dipilih. tp aku ni… ntah. Nak kata setuju idak, protes pun tak… cuma… dia ni tk boleh tengok orang ‘cintan’ ker?? Takde masa lain ke nak buat? sengaja ni. Chaiisss..!)

next episode: Plan Li…

note II: sekadar coretan kenangan memperingati detik kawan-kawan. Dengan ucapan: semoga sukses, di mana jua.
note III: 2 lagi ahli terpilih tu, Jepp NorDan dan Shukri Asli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...