Teknikal Security bersama adrs.

Pertama sekali, post ini bukan untuk mencari kesalahan sesiapa. Tetapi sebagai contoh / preview (for better days…) Tengah surf sana sini, terjumpa pasal ni.

Pic.1 memperlihatkan website (struktur) kemas dan teratur. Ia sepatutnya begitu di setiap page.

Pic.2 tetapi malangnya… tidak. Struktur pecah.

Sebab barangkali besar; owner website ini (yang agak popular juga, bagus) – tidak menyedari error yang berlaku di salah satu page utamanya. Kalau dia sedar sekalipun, tindakan segera agak sukar diambil kerana: nak kena tunggu pihak teknikal yang bertanggungjawab membikin website tersebut, respond dan repair.

Kalau nak cepat, kena upah pihak teknikal lain, dan sudah semestinya: kos (kena bayar). Ini bukan kesalahan owner website tu, tetapi dunia hari ini mana ada istilah free. Kalau ada pun, samar-samar… (boleh jadi juga pihak teknikal yg bertanggungjawab membikin website itu sendiri; akan kenakan charge repair! Siapa tau? Mungkin salah owner yg ‘tweak sana tweak sini, masuk pic itu pic ini’, penyebab struktur pecah tu..? So, bayar le kalau nak perbetul silap. …sendiri.)

So, bagaimana kalau dengan adrs.?

Anda akan dipastikan gejala macam ni tak menganggu hidup. Bisnes anda akan sentiasa cantik, kemas, tersusun. Kalau ada rosak, problem teknikal, tidak perlu apa-apa charge ekstra. Malahan, akan diberi idea (citarasa) untuk di OK-kan lagi. Pihak adrs inc. sentiasa mahu customer gembira dan berpuas hati dengan bisnes masing-masing. Sebab lagi gembira customer, lagi gembira kami dibuatnya – sebab itu petanda tugas / kerja sukses! Macam tu baru betui… (ori’)

Notes: ramai designer masih tak faham konsep website kategori bisnes. Website bisnes fokus utama adalah untuk bagi berkesan menghasilkan sales. Itu paling penting. Kalau fancy sana sini tapi tak ada makna, tidak perlu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...