Perjuangan d’ Ersante – selingan, petikan bab 24


Azzurine: ‘Alaaa….Ia tak seburuk mana, ye tak Encik ArdMad?’
Kembali ke ofis, aku bercadang menceritakan sedikit hal yang bersangkut-paut dengan apa yang aku rasa hari ni. Sambil-sambil tu, Azzurine membancuhkan secawan Cappucino untuk aku dan dia.

Aku: ‘Sorrylah kalau awak rasa bosan dengar keluhan saya petang ni. Saya tak dapat menahannya.’
Jelas aku sambil menarik nafas panjang tanda mengeluh. Aku sedang duduk di bangku bertentangan dengan meja Azzurine, tempat dia melakukan kerja seharian. Di kala itu bersembang dengan aku itu juga, Azzurine masih melakukan tugasan harian yang di kiranya masih belum siap.
Azzurine: ‘Kekecewaan….perkara yang sudah biasa di lalui oleh kebanyakkan insan. So, apa yang Encik ArdMad bercadang untuk lakukan?’
Aku: ‘Tak tahulah. Saya rasa dunia saya buat masa sekarang ni, begitu gelap-gelita. Saya rasa kosong.’
Azzurine: ‘Encik ArdMad. Ingat lagi tak dulu?’
Aku memalingkan wajah aku kepadanya.
Azzurine: ‘Dulu, saya masih ingat lagi dulu awak pernah memberi nasihat kepada saya tentang kehidupan. Awak beritahu saya tentang betapa perlunya bersaing untuk memperolehi apa yang di inginkan.’
Aku masih merenung wajahnya.
Azzurine: ‘Sememangnya dalam hal sebegini, akan ada hati yang terluka, tetapi itu semua sudah menjadi adat dalam permainan dunia. Persaingan kalau di pandang dari sudut positif, adakalanya ia membawa kebaikan kerana dengan cara itu saja, ia dapat membuktikan siapakah yang sebenarnya-benarnya the best. Awak sukakan dia ke Encik ArdMad?’
Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya termenung mendengar soalan tu.
Azzurine: ‘Tak mengapalah. Mengikut kesimpulan saya, pedulikan apa yang sedang berlaku kerana kadang-kala, apa yang kita lihat, adalah panorama luaran, bukan apa yang terkandung di dalam hati seseorang. Kemungkinan juga dia ingin menguji awak dengan cara dia fikir sesuai.’
Aku: ‘Menguji dengan begitu hebat sampai macam ni sekali?’
Azzurine: ‘Awak kena tengok orang jugak. Kalau dah karakter macam Aemylia tu, tentu sekali cara yang di gunakan agak powerful. Takkan dia senang-senang nak buat helah kecil supaya bila awak balik rumah nanti, awak hanya akan tersenyum suka mengenangkan taktik bodoh yang dia gunakan ke atas awak, sehingga kemudiannya awak boleh mengatasinya dengan begitu baik dan sempurna sekali.’
Aku masih diam mendengar penjelasan Azzurine, wajah masih dalam keaadaan kasihan.
Azzurine: ‘Sudah sekian lama awak mengenali dia, tentu sekali awak sudah boleh baca tindak-tanduknya. Dan pada perkiraan saya, di hari ini, di waktu ini, dia memang berjaya!’
Aku: ‘Maksud awak?’ kataku, agak curiga dengan pernyataan yang diberi.
Azzurine: ‘Lihatlah keadaan diri awak sekarang. Susah hati, murung, rasa tak selesa dsb. Saya terpaksa mengaku dalam soal ini, saya terpaksa memberi kredit kepada Aemylia. Hebat jugak dia ye?’

Kemudian Azzurine tersenyum! Seterusnya bangun dan kelihatan membuka kabinet untuk mencari fail urusan kerja. Mata aku hanya mengikut aje kemana langkahnya pergi, walaupun gaya duduk masih tidak berubah semenjak tadi lagi. Hmmphh!….Pompuan. Tak pernah nak sokong orang lelaki 100%, sekalipun lelaki tu seseorang yang banyak berjasa pada dia! Mungkin dia menyebelahi aku dalam banyak hal tapi….tetap tidak 100%!

Azzurine: ‘Aduihh!…Encik ArdMad! Sakit!’
Azzurine dengan tiba-tiba tergeliat tumitnya semasa cuba mengambil fail di tingkat paling atas kabinet.
Aku bergegas bangun dari tempat duduk dan mendapatkannya. Azzurine mengeluh kesakitan memegang-megang tumitnya. Dia kini sedang terduduk di atas lantai akibat kesakitan.
Aku: ‘Aisehh…yang awak tak tanggal terlebih dulu kasut tumit tinggi awak ni kenapa? Susah ooo macam ni.’
Aku terpaksa membenarkan diri aku memicit-micit tumitnya memandangkan wajahnya tergambar ekspresi muka sakit yang amat sangat. Cermin mata kaca yang di pakainya pun sudah terkebawah sikit, berada di posisi hidungnya pula.
Azzurine: ‘Encik ArdMad…’ sambil termengah-mengah menarik nafas.
Azzurine: ‘Sakit le….Rasa macam nak menangis ni.’
Aku: ‘Eh, jangan! Setahu saya kita takde kisah duka di antara satu sama lain!’
Azzurine pantas memukul-mukul bahu aku!
Azzurine: ‘Sakit macam ni awak boleh nak main-main lagi! Adoihh…Dekat situ haa…Awak jangan picit kuat sangat. Urut perlahan-lahan…’ Azzurine memejamkan mata.

Sejenak kemudian, Azzurine menanggalkan cermin gelasnya. Rambutnya yang diikat sebentar tadi, telah terurai sedikit, membuatkan ikatan terjatuh ke bawah. Aku lihat wajahnya yang masam tu. Tanpa cermin mata dan ikatan rambut, fikiran aku tiba-tiba terfokus pada kisah lalu…lama dulu.

Dulu, Azzurine merupakan seorang Minah yang sentiasa berada dalam keadaan kelam-kabut melakukan tugas di Stesen Minyak Bersama. Waktu tu, dia masih belia remaja. Gayanya banyak menggambarkan dia sebagai seorang pelajar, pelajar dalam bidang akademik dan kehidupan. Masih mentah dalam mengharungi cabaran hidup. Semuanya masih belum di pelajari sepenuhnya dalam erti mengenal kehidupan dengan seadanya.

Tapi itu dulu…hari ni, sedang tangan aku masih memicit-micit tumitnya yang tergeliat tu, Azzurine sudahpun bertukar menjadi seorang wanita yang matang. Raut wajahnya tergambar keseriusan dalam urusan seharian. Suaranya pun dah garau semacam aje, seksi. Sekilas pandang, bagi lelaki yang tidak mengenalinya, sedikit rasa berdebar akan muncul seandainya mempunyai motif untuk mengurat. Di atas perubahan yang berlaku, budi bicara yang di tonjolkan, kematangan dalam soal pemikiran, ketekunan dalam mempelajari sesuatu untuk sentiasa memajukan diri, akhirnya aku merasakan tiada yang lebih layak selain daripada dia yang akan mengisi jawatan Sekretari yang aku kosongkan selama ini. Dia berhak mendapatnya. Sebagai penghormatan daripada aku untuk dia.

Pakaian yang dia pakai hari ni, berwarna hijau gelap bercampur hitam. Pakaiannya dari kain yang lembut tetapi mempunyai kesukaran bagi mata-mata yang tidak bertanggungjawab untuk menembusi di sebalik pakaian tersebut. Aku tidak mahu mengkaji dengan lebih lanjut apa yang dipakainya tetapi cukuplah aku katakan, bahwasanya di hari minggu begini, dia nampak menawan. Kulitnya yang agak putih melepak tu menambahkan lagi kejelitaan yang sedia ada.

Azzurine: ‘Dah ke Encik ArdMad?’
Azzurine kini sedang duduk dengan lenggok menggoda memerhatikan aku. Tangan aku masih tak habis memicit-micit tumitnya. Wajahnya nampak macam dah tak sakit pun. Rileks aje. Gaya dia duduk seksi macam tu bukannya sengaja, tapi adalah kerana terjatuh tadi. Dan….. bukankah aku yang sepatutnya tanya soalan macam tadi tu?!!

Aku: ‘Err…Rasa-rasa nak kena sapu minyak tak?’
Dia tak menjawab, hanya serius memerhatikan aku. Dia tak senyum pun.
Azzurine: ‘Tak payahlah…Tolong tarik tangan saya bangun.’
Kemudian aku berdiri dan membuat apa yang di pinta. Aku menarik tangan dia perlahan-lahan, supaya dia dapat berdiri dengan betul dan tegak.
Azzurine: ‘Thanks…’

Dengan perlahan-lahan Azzurine cuba untuk bangun, menjadikan tangan aku sebagai sokongan dan tiba-tiba oppss!!! Aku tak dapat mengimbang berat badan membuatkan Azzurine terjatuh ke dalam pelukan aku manakala aku pulak tersandar di kabinet tadi membuatkan kesemua lacinya tertutup serta-merta!

Kini wajahnya sedang betul-betul mengadap ke wajah aku. Kelihatan muka Azzurine sedikit mencebik kerana barangkali tak sangka akan jadi macam ni pulak. Serta-merta aku dapat menghidu baunya…di antara wangi dan tidak…pertengahan.

Suasana jadi sunyi-sepi sebentar. Aku tidak membuat apa-apa percubaan pun untuk menggerakkan tubuh aku yang dengan secara tak sengaja telah di tindih oleh Azzurine. Matanya tepat memerhatikan ke dalam sepasang anak mata aku. Memang aku takde pilihan. Dalam jarak yang sedekat ini, hanya mata dia saja yang pandangan aku boleh fokus. Dan ya…aku terpaksa mengakui juga, setelah melihat kecantikan yang sebegini dekat, baru aku tahu kenapa lelaki pun sebenarnya tak pernah nak menyokong seorang lelaki lain dengan 100%!

Azzurine: ‘Ekhem! Ekhem!.’
Azzurine menolak dada aku perlahan-lahan dan membetulkan gaya berdirinya kembali. Megemaskinikan semula pakaiannya yang berkedut, Azzurine kembali mencapai cermin mata gelasnya sebentar tadi dan memakainya. Aku pula perlahan-lahan membetulkan posisi berdiri aku.
Aku: ‘Awak tak nak balik lagi?’
Azzurine mencapai sebuah cermin muka yang di simpan di dalam laci dan mempersiap-siapkan kembali penampilannya.
Azzurine: ‘Tak apalah. Saya nak siapkan sikit lagi kerja. Lagipun besok saya cuti. Kalau dah siap kerja, lapang sikit fikiran dekat rumah nanti.’

Menghembuskan nafas tanda kelegaan, aku tinggalkan ofis dan balik ke rumah pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...