Pakej Bersalah.

Apakah yg dinamakan dengan ‘Pakej Bersalah?’.

Jawapan: pakej yg apabila kita membeli; dapat lebih dari biasa.

Makna; harga sama, macam biasa (selalu). Tapi isi kandungnya lebih… hingga ada sesetengah kes sampai rasa teruja dibuatnya.

Kenapa jadi begitu?

Kerana: tuan punya pakej; rasa bersalah terhadap pembeli terbabit. Lalu dilebihkannya sebagai tanda meminta maaf.

Note: stock memang sudah selalu sangat, asyik habis. Positivnya; menandakan product bagus – sentiasa ada permintaan, sehingga out of stock sentiasa berlaku. Negativnya; siapa mahu pesanan dibeli dilanda masalah, bukan? – lewat, tergendala, tak sampai. Servis tak bagus. (Tp ada sesetengah peniaga pandai sehingga dapat tukarkan negativ ni, jadi positiv – sehingga ada pelanggan berharap agar pesanannya dilanda masalah / lewat.)

Walau bagaimana pun, usaha menjadikan stock cukup – sedang dijalankan. Para pelanggan tak perlu risau tentang stock tiada sebab pihak kami adalah Producer (pengeluar, penghasil). Yg timbul cuma lambat dan cepat sahaja. (Stock tiada bermakna: tak ada terus. Putus bekalan. Ini biasanya terjadi kepada pihak ke-tiga, iaitu pihak yg menjadi ejen atau salesman product tersebut.)

Harap maklum masalah stock habis ni berlaku sekali-sekala dan amat terasa apabila tiba musim cuti seperti Raya lepas. Beberapa pihak terbabit (supplier dan staff) – cuti. Dan cara penghasilan product di sini; sangat rumit kerana melibatkan bahan mentah, masak, sukatan, serta pelbagai tugasan sebelum ia dapat ready utk pasaran (pembelian).

Memang kalau boleh mahu pelanggan dapat pantas (cepat, segera sebaik saja dipesan). Tetapi urusan dibahagian ini tidak semudah didengar. Diharap kerjasama anda sekalian memahami situasi, kerana dalam pada itu; pihak saya sedang bertukus-lumus mahu atasi (selesaikan) hal product dan delivery ini – sebaik yg boleh, permanent. Pelbagai aspek kena di’tackle’.

Harus diketahui juga; setiap pesanan sah sentiasa dijamin – terima (ataupun diganti; utk kes2 melibatkan product rosak). Dan product pula sentiasa berkualiti bagus (terbaik) – sebab masalah menimpa adalah tentang cara pengurusannya, bukan tentang isi kualiti product. Jadi, tidak perlu risau berurusan kerana pusing ikut mana pun; anda tetap akan terima yg berkualiti bagus. Terima kasih.

(Ketika ini urusan penyediaan serta mencukupkan stock sedang berjalan. Dipersila pesan seperti biasa.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...