Tetapi kerana Memori – Dedikasi buat Ayah Tersayang.

[Pic.] kenangan semasa nak bawak keluar Altisan White (brand new) dari Toyota. My Dad orang pertama rasmi.

Dengan berita kematian di sana sini, (news headline) – Ustaz Haron Din (76) dan Tan Sri Halil (71) khususnya, terbit rasa sayu… lalu aku peruntukkan masa mengingati serta memerhati ayah aku yg umurnya turut sama dalam lingkungan itu (70an).

Walaupun nampaknya… ok saja; sihat (normal kehidupan; drive, berkebun, travel, old man activity), tetapi dia kini dalam kategori mereka(2) yg ‘kepulangannya’ (menyahut seruan ilahi) – bila2 masa saja boleh terjadi. (anytime might happen.)

Oleh itu, artikel (posting) ini, aku dedikasikan kepadanya… Bagi aku, the best father a son could have. Sudah tentu; banyak kekurangan dan ketidaksempurnaan – semua bapa pun begitu. Namun, my father – sudah menjalankan yg terdaya dalam kehidupannya sebagai seorang ayah. Dia setia (loyal) hingga ke sudah; bersama keluarga (seluruhnya). Never to abandon.

[Pic.] sessi mengemas rumah; luar dalam termasuk my bike – cuci… oleh my pembantu. Dia yg jumpa gambar kenangan kat atas tu. Dok tengah mengemas jumpa… ~ (ingatkan slip bank je tereban… gambar pun sama!)

Sebagai seorang son (anak) pula; aku juga berusaha memastikan dia (dan juga mom); terjaga. Paling ketara usaha aku; adalah serius menjaga kesihatan (health) mereka berdua. Itulah sebabnya walaupun di ambang 70an, mereka masih mampu menjalani hidup seharian dengan agak baik. (Ada tetap ada: penyakit. Tapi tak ada yg serius sampai jadi beban atau terganggu aktiviti harian.)

Dan, dalam lifetime dia, ada juga detik2 dia merasa tengok anaknya (aku) – berjaya (pencapaian) sehingga ke tahap membuatkan dia rasa proud (bangga). At least ada. Walaupun takde le sebesar mana, sebagai seorang anak, aku berjaya jua meng-ada-kan detik2 sebegitu… (syukur).

Note: tentu sedih kalau takde langsung….. sebab he’s my one and only dad.

Selingan (ekstra) ~ work time….!

[Pic.] Post keramat; facebook. (Pecah Record: kalahkan semua post fb lain yg ada! – milik bisnes. Walaupun dah bertahun berlalu, masih ada yg sudi sharethank you!). Dibuat oleh Awak dan Saya(!) Bersama.

[Pic.] usaha menjadikan tugasan product & delivery berdaya aktif (dan berharap capai target: lancar sepenuhnya) tetap diteruskan! Salah seorang penolong berkaliber (personal assistant) sedang tekun menangani dan menguruskan pesanan para pelanggan sekalian. (layanan yg cukup terperinci dan sopan pada semua customer. Treat each customer with respect: detail explanation & way to solved.) Dah cakap dah: Don’t worry. Dah bertahun-tahun: pesanan sah sentiasa dipastikan hantar dan terima. Tanggungjawab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...