Archive for the ‘Malay Pro_Nounce’ Category

The Converto to Penyangak

Friday, May 14th, 2010

Member gua…yg dok penjara Tapah (kena tangkap 2 hari sebelum Tahun 2010), dengar khabar bebas penghujung bulan depan (Jun 2010). Aik?? Sekejap nya? Aku ingatkan habih kurang pun 9 bulan menetap kat dalam. Tak pun, tahun depan baru dapat tengok muka dia. Puih! Yang bagitau kat aku tu pun dah pernah 2-3 kali masuk dalam.

Pelik aku. Aku adalah manusia yang seumur hidup berusaha menjauhkan diri dari segala jenis kejahatan, maksiat dan apa jua perkara yang dimurkai Allah. Namun, kawan-kawan yang secara semulajadi boleh ‘connect cepat’ (ngam) dengan aku, adalah jenis yang ada ‘rekod’. Jenis yang pernah terlibat bawak parang cari orang, jenis yang begitu expert sebagai pomen tapi minat berlumba sehingga sanggup mati di jalanraya, peniaga yang berjaya sedangkan dalam masa yang sama adalah seorang penyeludup - sampai polis pun suka, pengedar yang berjaya, dah lah. Aku tak sanggup nak teruskan tulis. (Tapi pembunuh, perompak, perogol, tak ada. No!)

Tapi kalau korang sendiri jumpa member-member yang aku cakap ni, korang sendiri akan secara tak langsung suka dengan diaorang. Walaupun diaorang ni berkarier macam tu, tapi sikap diaorang ni sungguh matang, understanding dan suka menolong. Ramai yang nak rapat dengan diaorang ni. Dan diaorang ni pulak, suka nak rapat dengan aku! Ibaratkan aku ni macam the leader of leaders. Aku mana ada rekod jenayah woi! Clean! (Cuma beberapa kali kena saman sebab tak renew roadtax dan lesen tu ada le.)

Dan yang herannya; orang betina dalam hidup aku, semuanya jenis bagus-bagus. Jenis kerja bank, office, pandai jaga kecantikan, anak mak, pakaian pun melambangkan kedewasaan, wajah pun keibuan, personaliti pun jaga dan apa jualah; perkara yang melambangkan seorang wanita yang sesuai sangat-sangat dijadikan bini.

Susah woo jadi aku - kena hidup dalam pelbagai alam. Alam penyangak, alam tanggungjawab dan alam penyayang. Perghh!!!

PS: Hidup aku pun bukannya meriah mana pun. Aku korbankan cita-cita mengejar impian keluar dari ‘hometown’ hidup berdikari, solo (sebagaimana kebanyakan lelaki impikan - bebas), untuk jaga mak bapak aku yang dah tua. Kalau aku tak jaga, siapa lagi? Terperap kat kampung tak dapat tengok bandar besar, bangunan tinggi, moden, tak apalah. Ada jugak segelintir orang hina aku, buruk sangka dan tuduh aku yang bukan2. Bukan salah diaorang pun - kan ke hidup aku ni bagaikan penyangak? Penuh pancaroba.

Aku seorang Monster

Friday, January 1st, 2010

Ya. Itulah yang sebenarnya…Budak-budak kecil perempuan sepatutnya lari apabila melihat aku. Mereka tak sepatutnya ber’hai’ atau ‘bang’, berassalamualaikum padaku. Kenapa? Kerana aku adalah penyendiri yang selalu membayangkan aku adalah seorang ‘monster’. Raksasa yang telah banyak menghancurkan hidup seorang wanita…wanita cantik yang berpotensi, bijak dan mempunyai karier yang cerah dalam perjalanan hidup…dan wanita-wanita ini juga merupakan ‘watak utama’ dalam dunia kehidupan cintaku. Terus-terang aku cakap; aku tak berniat langsung mahu menghancurkan kehidupan ‘cinta’ aku itu tetapi takdir telah menetapkan segalanya. Sebuah episod yang dibuai dengan pelbagai janji-janji manis, bahagia yang tak mampu diwujudkan oleh sesiapapun melainkan hanya aku seorang (ya! aku seorang!) walaupun dalam poket (dan akaun) hanya layak dikatakan zero (0 - zaman tu la). Kemudian ia bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang terpahat buat selama-lamanya…Aku tahu; setiap heroin dalam episod cintaku tidak mungkin (atau mampu) melupakan aku. Aku dapat RASAkan. Aku berkata begini bukan kerana aku merasa diri aku dasyat, tetapi kerana aku tahu SIAPA aku dan SIAPA mereka itu. AKUlah lelaki yang telah ditakdirkan Tuhan untuk wujud dalam hidup mereka dan kemudian meninggalkan suatu kesan kenangan abadi. (Reverse back, sama le tu. Mereka pulak wanita yang di takdirkan wujud dalam hidup aku.)




Aku sama saja macam manusia yang lain. Berhati dan berperasaan. Dahulu, aku adalah seorang pemuda berusia 17-24 yang romantis, kebudak-budakkan, sering ketawa dan mengusik, mengambil berat, berpakaian seperti seorang mat rock (T-Shirt putih dan seluar jeans biru cerah), berambut ekor sedikit dan membawa motor cc150 (RXZ dan NSR). Aku menyintai dan dicintai bukan atas dasar duitan. Aku menghiburkan dan dihiburkan. Aku menjadi tempat bergantung harap kepada wanita yang aku cintai. Abang Fuad adalah gelaranku kerana wanita disisiku sentiasa merasa ingin meluahkan segala masalah yang terpendam apabila memandang kepada wajah ke’bapaan’ku, walaupun di ketika itu usia aku 17-24. Aku tidak pernah meminta wang atau mendesak setiap wanita yang muncul sebagai heroin dalam hidupku. Aku tidak pernah meminta apa2 pun yang boleh menyusahkan kehidupan wanita yang aku cintai. Dan banyak lagi telah aku korbankan demi membahagiakan detik yang muncul ketika itu dalam diari setiap kehidupan wanita yang aku cintai…

Dan akibat dari itu, muncullah sebuah mimpi ngeri yang takkan dapat dilupakan oleh DIA…dan juga AKU, selama-lamanya. Kerana kami tidak bersama. Sedih betui rasanya :-( Setiap seorang dari mereka yang berkahwin, jauh di sudut hati, akan terpahat nama aku di suatu sudut yang tidak akan mampu dilupuskan oleh sang suami (tak, ni bukan perasan, tapi kenyataan). Suami setiap seorang dari wanita yang aku cintai tahu; mereka berkahwin dengan jasad sang isterinya saja…bukan dengan jiwa dan hati mereka yang telahpun aku miliki. Kalau boleh aku kembalikan jiwa dan hati mereka itu, sudah tentu aku lakukannya…tetapi…apalah daya aku. Aku telah melakukan yang terbaik untuk setiap wanita yang aku cintai dan bukan hak aku untuk kembalikannya begitu saja…Maka biarlah mereka menyintaiku…biarlah mereka sentiasa menganggap aku sebagai seorang lelaki yang pernah datang dalam hidup mereka dan membahagiakan. Itu hak mereka. Dan aku sedikit pun tidak berniat mahu meracuni kenangan itu lalu menyiksanya…Biarlah aku kekal sebagai ‘Abang Fuad’ dalam hidup mereka.

Entri ini aku tuliskan demi pembaca malay aku, sempena tahun baru 2010. Ketahuilah; menjadi ‘Abang Fuad’ yang berwajah seperti aku, yang mampu membuatkan perempuan-perempuan cantik jatuh cinta, bukanlah sesuatu yang sepatutnya atau boleh dibangga-banggakan…Bagi aku, ia lebih kepada tanggungjawab. Tersiksa lebih banyak dari gembira. Apalah gunanya wajah hensem tetapi tidak bertanggungjawab? Apa gunanya kalau kosong tidak bererti? Lebih hensem seseorang itu, sebenarnya lebih berat dugaan dan tanggungjawab yang bakal menimpa (itu kalau dia sedar le…). Kehenseman bukanlah sebuah tiket yang membolehkan kita berlaku sesuka hati. Tapi sayang…untuk menjumpai lelaki hensem yang bertanggungjawab dan ‘tidak kosong’, amatlah payah, payah sekali.
Nota: Lelaki, ndak tak ndak, dinilai ‘berharga’ kalau dia mampu berdikari menghasilkan wang lalu membuatkan wanita disampingnya terjamin selamat. Setakat hensem tapi kemampuan banyak kepada tersengih tayang gigi (commercial use), apa skill pun tarak, kuat merajuk, = no meaning. Useless. Manakala wanita cantik terserlah kalau dia pandai mempesonakan diri, mempunyai keperibadian yang kuat dalam urusan ‘keibuan’ dan tak mudah melenting (marah) tak tentu pasal. Kalau sifat ini ada pada seorang wanita cantik, maka dia adalah wanita cantik ‘the original’.

Sekarang kamu semua faham mengapa aku adalah seorang ‘monster’. Aku hadir, membahagiakan, kemudian pergi begitu saja bagaikan angin yang berhembus lalu…Bangun saja dari tidur, ‘Abang Fuad’ kini sudah tiada dalam hidupmu…kerana dia; kembali meneruskan perjalanan untuk menjadi seorang Businessman yang Original, seorang Businessman yang ’skillfull’, yang sudah semestinya teramat, amat sukar untuk dicapai oleh sebarang manusia sekalipun. Hanya tinggal ‘abang Fuad’ saja yang mampu melakukannya. ‘Abang Fuad’ pergi bukan kerana tidak menyintai, tetapi kerana menyahut seruan takdir yang terpaksa dipikulnya. Ianya memang menyakitkan, kerana terpaksa meninggalkan seseorang yang amat dicintai. Tetapi, siapa lagi yang akan sanggup melaksanakan tugas berat ini kalau bukan ‘Abang Fuad’?….
Anyway, bagi aku, setiap wanita yang pernah hadir menjadi heroin dalam hidup aku, adalah wanita yang cukup, cukup istimewa. Setiap seorangnya tiada pengganti. I will always remember each and every one of you (tak banyak, yang terpilih sahaja) until the day I die…Wassalam.

PS: Kalau mengikut penilaian kamu terasa aku ni dah macam merapu-rapu, sorry fren. No hard feelings. Sebab masa aku tulis ni, aku terlebih telan pil penenang….tahun 2010 punya pasal.

Internet dan Dadah!

Saturday, November 14th, 2009

Dunia Internet Marketing vs Dunia Pengambilan Dadah.

Dua dunia ni sebenarnya ada persamaan yang erat. Iaitu; banyak perangkap, tipu-daya serta angan2. Maksudnya; kalau dalam dunia internet: apa jua cara digunakan untuk menarik perhatian pembaca supaya terpukau, kemudian bawak keluar duit dan busss! “I beli la…” (sebab I believe in you tau!)

Poodah Cit…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sunday, February 05, 2012
Weather
February 5, 2012, 2:17 pm
Intermittent clouds
Intermittent clouds
34°C
real feel: 39°C
current pressure: 101 mb
humidity: 52%
wind speed: 3 m/s NE
wind gusts: 3 m/s
sunrise: 7:27
sunset: 19:28
Forecast February 6, 2012
day
Rain
Rain
32°C
Ersante Echo
The Famous Quote
make money doing business

*--- Pembaca harap maklum bahawasanya aku (penulis) tiada tujuan nak berlagak atau menunjuk2. Tetapi hanya sekadar menulis demi mempersembahkan bahan bacaan untuk me-'rileks'-kan minda. Ia hanyalah kisah peribadi yang membuatkan kami rakan2 tersenyum, sengih sendirian bila terkenang. (Semua orang ada detik tu, bukan?) No offense, please. I really would like to thank you and appreciate as much as I could for you to spend time here. ---*

IT & 'Sporty' Interest
computer skill

Tambahkan Skill Komputer dan Internet dengan berpandukan website golongan 'Developer' terpilih -