Archive for the ‘Pro-History’ Category

Sejarah Cinta Pertama - episode #2

Monday, September 19th, 2011

Choi Lai Mei - Legenda Cinta Pertama

Memang Ou Yen Yee seorang budak perempuan yang cantik. Memang dia menjadi ‘anganan’ jantan-jantanan cina memilikinya. Ou Yen Yee berjalan sana-sini dengan rasa bebas sebab di samping memiliki kecantikan, dia juga pandai bergaul membuatkan kehidupannya di sekolah tidak menghadapi masalah. Dia boleh study, dia boleh jalan sana-sini, dia boleh rileks, dia boleh bersembang - sebab dia ikut ‘Law’ sebaiknya dalam menjalani kehidupan alam persekolahan. Dengan sikap cantik + sopan - tiada siapa yang tergamak nak ganggu atau mengacau privasinya.

Tapi itu dia…Aku? Aku saban hari terpaksa bangun pagi, dan menghadapi hari terseksa memasuki alam persekolahan ‘penuh perkauman’ (racist). Budak-budak jantan cina rata-rata hampir semua berbadan besar, selekeh dan comot. Diaorang suka berseluar ‘beggy’ dan bubuh sikat dipoket belakang sampai terjuntai semata-mata nak tunjuk diaorang ’smart’, dan juga Taiko (itu yang tak lalu tu…) Ini disebabkan sekolah aku ‘bingai’! - terima budak-budak cina peralihan untuk digaulkan bersama dengan bebudak melayu yang sikap jauh lebih sopan dari cina-cina bukit tu. Budak peralihan tua setahun dari budak melayu sebab diaorang terpaksa habihkan masa setahun belajar berbahasa kebangsaan sebelum sah ditendang masuk ke sekolah kebangsaan! Ini le problemnya! Kalau diaorang tu dari ‘class’ pertengahan atau educated tak apa la jugak…Ini; hampir semua jenis ‘cina bukit; - jenis class bawahan yang suka buat kacau!

Sekolah aku dah jadi macam medan peperangan! Sampai banyak kali polis dan askar dok datang; terpaksa campur tangan; bagi ceramah supaya pelajar-pelajar di sekolah aku nih memupuk semangat ‘kebangsaan’. Aku tau ceramah tu wayang jer - ceramah tu walaupun didengar semua waktu perbarisan, tetapi hakikatnya aku tau diaorang tuju kat bebudak jantan cina yang sohai semua tu…Punya le teruk perangai-perangai cina bukit tu. Kaki buli, kurang ajar dan yang melawan cikgu pun, dah sah diaorang! Zaman aku; tak ada bebudak melayu tergamak nak melawan cikgu. Mereka masih ada rasa hormat, menahan diri dari jangan sampai kurang ajar terhadap golongan bernama ‘Guru’.

Perkauman ni aku tak rasai sangat sewaktu aku berada di kelas pandai 1C1 tu, tetapi automatik terasa bahangnya sebaik saja masuk tingkatan 2……….C5 - kelas sessi pagi paling bawah! Kenapa ya?…- dari kelas terpandai 1C1; dengan mendadak aku boleh ‘drop’ ke 2C5…Pada penghujung tingkatan 1 konsenstrasi aku terjejas…teruk. Segala apa yang berlaku di hadapan mata, bagaikan tiada kena mengena dengan cerita di dalaman hati. Di kala cikgu bertukus-lumus mengajar di papan hitam, fizikal aku tegak melihat seolah-olah memberi konsentrasi sepenuhnya walhal dalam hati dan fikiran bagaikan ‘drama’ yang keseluruhannya lain sama sekali! Kepala aku bagaikan dah ‘jammed’ dengan ingatan dan perkara-perkara yang tak sepatutnya status budak sekolah macam aku ni pikirkan. Fenomena penghujung tingkatan 1 ni amat hangat sekali. Semakin lama semakin ketara prestasi markah pelajaran aku. Dan faktor inilah yang akhirnya membuatkan aku terpaksa ditendang ke kelas paling bawah tu!

Setiap perkara berlaku, ada sebabnya. Dan sepertimana kebanyakan lelaki yang wujud di muka bumi ni, kelemahan paling utama mereka adalah: perempuan. Bagi sesetengah lelaki (seperti aku); ‘perempuan sahaja’ belum cukup untuk menumpaskan kestabilan. Selalunya kejatuhan Raja-raja perkasa adalah disebabkan elemen ‘cinta’ memasuki drama. Bermakna: perempuan + cinta = kemenangan mutlak bagi seorang perempuan. (Lelaki kebiasaanya akan cuba sorok perasaan ’sensasi’ ini terhadap wanita pujaannya sebab ini suatu kelemahan yang kalau wanita tu tahu, akan di eksploitasi-kannya. Tetapi kebiasaannya juga - gagal disorokkan - merayu meleleh minta simpati.) Bahkan, kalau seorang perempuan itu digabungkan bersama elemen ‘cinta’, dia bukan lagi seorang perempuan, malahan layak mendapat gelaran ‘Wanita’.

Sekali lagi; ini kerana walaupun Ou Yen Yee dianggap budak perempuan (amoi) paling top dan cantik ketika itu, tetapi sungguh aku cakap; ikhlas; aku tak dapat nak menahan hati dari terjatuh cinta kepada ‘wanita’ bernama Choi…..Lai……Mei….!

Adusss…..

Babak Seterusnya: sejarah cinta pertama at its best!

Internet Journey

Thursday, June 16th, 2011


internet giants

Hello, everybody. Today, I’m starting over to share some of my experience been exploring and ‘tied into’ the world of internet. Years back, I tried hard not to. I don’t exactly know why but I resist myself the temptation to let myself ‘present’ on the internet. I declare myself in the ‘ordinary’ world by seeking and doing jobs that has no connection to the internet. Everyday is a 9 - 5 or 8 - 4 to me. And then get paid at the end of month. A salary of $600 - $900 are fair enough. Sad but true; that is me before eventually end up being a Developer earning full time income - which is right now. (More appropriate to be labeled - a Businessman.)

It has been almost 5 years now - and that amount as if were 10 years to me. Not to show off here, but in that years, I’ve been through about almost everything there is to be understood about the world of internet. Before venturing myself online (plug my computer with a modem), I’ve studied about Graphic and Web Design, using Dreamweaver, Flash, Photoshop, MS Office, Acrobat, HTML & CSS and one the most feared of all: PHP coding. I’ve equip myself a bit and then I venture into the internet. It’s like preparing myself with weapons - better that way. If to add up all those years practicing computer; fair enough to make me a ‘Computer Geek’. Expert or not, I’m just a simple guy with flaw and error. Nobody’s perfect. But, honestly; I started to know internet at the time where IE4 and 5 is the only platform to browse internet, Yahoo is the main Search Engine (Google doesn’t exist yet), most popular chat sites are Kampung & Mamak, and they’re all covered with gif’s! Sound familiar? Yeah…I’m old…(sigh…)

So now; it has been a sad, dangerous, happy and uncountable experience for me. I would like to take this opportunity to share the good and bad if you mind sharing. Nothing personal. Sometimes; we are into something that nobody could understand and we are left alone to solve or swallow it. Makes me wonder; wouldn’t it be good if we can share something that really make us ’stuck’? - and then try to see if there’s a solution to help…? Well; if you have something to share here, don’t be shy or negative to tell your story. Maybe with an interaction with each other can make this world a better day. Who knows? For me; I’m neutral. And to everybody who came here, to my blog, I thank you for dropping by.

‘Nobody lives forever’

Sejarah Cinta Pertama - episode #1

Sunday, May 15th, 2011

Choi Lai Mei

women of my loveItu adalah wanita pertama dalam hidup aku; yang membuat aku dengan rasminya mengenali apakah makna ‘cinta’ sebenarnya. Dah lama aku nak tulis dan abadikan kisah ni tetapi seringkali sangat tertangguh…Tertangguh dan tertangguh tetapi tidak pernah hilang. Ia terpahat kuat di jiwa kerana sememangnya ia adalah sebuah kisah ‘ori’ yang tidak akan mungkin luntur ditelan dek zaman. Dan kerana kisah itu jugalah; aku berubah imej kepada apa yang aku pegang hingga ke hari ini…(The Converto to Penyangak):

Malang hidup aku…sebab tahu makna cinta di usia yang sangat muda. Tapi itu Tuhan punya kuasa. Dia yang meletakkan aku dalam situasi tu. Dan aku hanyalah seorang player, yang terpaksa menghadapinya. Waktu tu, aku berada di Tingkatan 1, berada di kelas teratas - 1C1 (kelas budak pandai). Masa tu, dalam kelas (dan juga seluruh kelas yang lain), mata (lelaki) tertumpu kepada Ou Yen Yee - seorang amoi yang cukup jelita, sempurna dari segala segi. Boleh dikatakan sampai sekarang aku mampu nak membayangkan wajah dia. Kecantikan yang asli macam tu memang susah nak hilang dari ingatan.

Info: Aku bersekolah campur lelaki perempuan dari tingkatan 1 - 3, sekolah di sekitar Rapat Setia, berhampiran kawasan rumah. Zaman tu sekolah bukan macam cendawan tumbuh pada ketika ni. Jadi, sekolah tu jadi tumpuan hampir seluruh wilayah, taman2 yang berada di situ. Ibarat bercampur aduk dari pelbagai kawasan, dan jenis orang pula bermacam2 ragam. Ada 2 sessi - pagi dan petang. Dan setiap kelas padat bagai nak rak (melayu, cina dan india bercampur). Pompuan ramai, jantan pun sama jugak.

Dalam kelas ketika tu, cikgu suruh buat group discussion dan setiap kali dia masuk, para pelajar mesti berkumpul dgn group masing2. Aku terpilih untuk join group yang melibatkan Harisah dan Maya - dua orang ahli paling aktif menyumbang apa jua kertas kerja yg cikgu bagi. (Ada 2 ahli lagi, lelaki…tapi sungguh; aku tak ingat langsung siapa.) Aku pulak masa tu jenis pemalu. Aku asyik ‘ye’, ‘hah’, ‘ok’ dan akan buat je apa yang diaorang tu suruh. Aku sendiri pun tak sangka aku boleh masuk ke kelas pandai macam ni. Mungkin sebab keputusan ujian UPSR aku (darjah 6) baik, tapi serius cakap; aku langsung tak ambil pusing tentang kelas pandai atau tak. Tapi satu je yang aku pasti: 1C5 adalah kelas yang sesiapa pun kalau boleh tak mau masuk sebab tu le kelas yg menghimpun segala macam jenis penyamun yang ada! (Juga mereka yg lembab.) Kelas paling bawah.
Dalam dok sibuk diskusi dan siapkan paperwork, aku seringkali ter-arahkan mata aku kepada Ou Yen Yee. Orangnya berbadan sederhana besar (besar dan tinggi sikit dari aku) dan berwajah keibuan. Dia bukan amoi kecoh tetapi seseorang yang pandai menjaga sikap. Aku dok usya dia secara diam2. Harisah dan Maya agak perasan perangai aku tu tapi diaorang tak ambik pusing. Janji aku buat apa yg disuruh. Pernah suatu ketika dalam makmal sains, tiba2 tak cukup kerusi. Aku dapat, di bahagian paling belakang kelas. Tapi salah seorang yang tak dapat; adalah Ou Yen Yee! Di atas kerusi tinggi tu aku dok termenung dan tiba2!…Ou Yen Yee datang kepada aku, tengok muka aku, dan kemudian buat isyarat dia NAK kerusi tu… Suasana ketika tu senyap sunyi sebentar. Semua mata ter-arah kepada kami berdua. Budak2 lelaki cina memang semua tengok! Dengan muka kesian dan terkejut, serta-merta aku bangun dan hulurkan kerusi tu kepada Ou Yen Yee! Secara gentle-nya aku bagi. Tak ada cakap apa. Dan dia pulak ambik, selamba bawak kerusi tu kepada kawan2 dia, membiarkan aku berdiri sorang2 kat belakang…Terpaksa ikuti kelas sampai habis mcm tu - berdiri. (Habis, nak suruh aku buat apa??)

ardmad bmxSaban hari, aku mengayuh basikal BMX sendirian ke sekolah yang boleh tahan jugak jauhnya dari rumah. Banyak dari masa2 aku, sendirian. Aku tak ada kawan. Aku jenis risaukan homework tak siap dan cikgu marah berbanding perkara lain. Tapi di rumah, dalam bilik aku ada sebijik komputer. Komputer tu le teman setia aku. Bermacam2 jenis game aku main kalau ada masa lapang. Memang aku kaki komputer. (Tapi masa tu internet tak popular - aku tak tahu. Dan komputer aku pulak jenis skrin kembung kat belakang - 16 color je. Eeww!!) Bukan setakat komputer saja, tapi mesin game dekat pusat hiburan pun aku minat (main tembak2 dan lawan.) Juga; Atari ST milik aku yang zaman sekarang panggil PS3 (Playstation). Boleh dikatakan juga; aku jenis pemurung dan bersedih. Semua aku pendam dan aku memang tak banyak cakap. Mak bapak terlalu sibuk dgn hal masing2. Puratanya; banyak masa2 aku dibiarkan sendirian dalam menjalani kehidupan. Bagusnya aku; aku tak sibuk nak salahkan sesiapa dan aku ambik peluang tu untuk mengisi masa dengan cara hidup tersendiri.

PS: bersambung di web page episode 2 - Klik Sini.

Terkenang plak…

Friday, January 21st, 2011



Suatu ketika dahulu, lama dulu masa aku tingkatan 2; aku pernah kacau sorang budak pompuan ni, nama dia Zafrina, zafrina zamaludin kalau tak silap aku…Peristiwa ni kejap aje. Kalau bagi orang lain memang tak penting, tapi bagi aku, entah kenapa tiba2 tengah duduk tengok tv, aku boleh teringat kisah ni. (Alang2 dah jadi penulis, sentiasa perlukan bahan penulisan yang baik. So, anggap aje aku tulis ni untuk kamu, sama2 kita nikmati bahan bacaan yg boleh dibawa ‘layan’).

Ia pasal aku cuba mengalihkan fokus aku dari banyak perkara (kebanyakannya masalah) semasa zaman sekolah dulu. Aku perlukan sedikit alihan fikiran dari terlalu tumpu dalam perjalanan hidup; larat ke tiap2 hari bangun nak kena risau pasal pelajaran dan peperiksaan? Fail atau lulus? Homework dan displin? No enjoy? Dan entah macam mana perhatian aku ter-alih kepada zafrina. Dia budak kelas petang (aku pagi). Zafrina ni, boleh tahan cun juga orangnya. Rasa aku, zaman tu, kalau kelas petang, ada dua nama jer yang aku selalu dok dengar; nama dia dan sorang lagi; Rozana (salah sorang kawan aku dok minat sangat.) Tanpa sebarang perancangan, aku telah mengurat zafrina. Zafrina tak meng-iye-kan dan tidak juga menolak. Dan aku pulak, takde le tergesa2.

Apa yang membuatkan kisah ni menarik adalah; awal2 lagi aku dah diwarning oleh khabar angin mengatakan; pakwe zafrina budak asrama; dan memang ‘top’. Dia top sebab dia salah seorang pemain pasukan bola sepak sekolah aku, dan kemudiannya dia ni orang cakap hensem. Badan pun tegap jugak le. Pendekata; memang cukup serba-serbi le. Zaman tu bila sebut je ‘budak asrama’ - orang dah tau mesti jenis tak banyak kes. Yg banyak kes ni budak luar (macam aku). Efendi nama dia..org panggil Fendi. Aku sendiri pernah bersebelahan dengan dia waktu perbarisan awal pagi sekolah. Dia tengok aku, aku tengok dia balik. Memang badan dia jauh lebih besar dari aku…

Tapi brader; ranking ‘gengster’ tu penting; biarpun dia tahu Ahmad Fuad tu dok tackle girlfren dia, tapi dia boleh buat apa? (he he). Dan aku terus cuba berkawan dengan zafrina, dan fendi tu bagaikan tak wujud pun. Dia wujud sekali tu je, waktu perbarisan hari tu dan aku tak pernah sedar pun dia ada ke tak selepas tu.

Muncul pula nama Azam; yg bersikap panas baran dan pantang dicabar. Dan aku pulak tak boleh buat apa2 dengan nama tu sebab dia adalah abang kandung zafrina. Dengar khabar (angin yg menyampaikannya); dia pun kaki ‘ligan’ jugak; kalau sesiapa berani nak buat pasal dgn adik-beradik dia. Aku sendiri pernah bertentang mata dengan Azam. Masa tu dia pakai seluar jeans dan tak pakai baju…rambut panjang setakat bahu (dia dah habis sekolah). Di rumah dia…Ya. Aku datang rumah zafrina. Sebab malam tu; masa tgh lepak, member aku, Jepp dan Awie(k), boleh plak bagi idea suruh pegi jumpa zafrina kat rumah. Aku plak selamba je terima. Dan awie(k) offer nak tolong panggil zafrina keluar sebab dia (dan Jepp) budak petang. Jepp terutama Awie(k), kenal zafrina. (Dan diaorang berdua tu nama top jugak sebagai penyangak. Entah mcm mana aku boleh tersesat bermember dgn budak petang. ‘Klik’ kitaorang sebenarnya luas jugak. Kabel kuat.) Malam tu, kami bertiga naik basikal pegi rumah zafrina kat Rapat Setia. (Kawasan perumahan kami semua.) Di situlah zafrina keluar berhadapan dengan aku bersembang pakai baju tidur. Mak dgn adik kecik dia ada kat luar, dekat taman tengok2 pokok bunga. Si Awie buat akal nak tanya pasal matematik (di mana kitaorang agak; zafrina haram tau!) Jepp pulak sebagai back-up aku. Plop! Muncul Azam di muka pintu, (jauh ke dalam dari pagar rumah) tak berbajunya, muka garangnya. Macho semacam. Cukup semua. Aku buat tak tau aje. Aku terus sembang dengn zafrina, tenang sambil di saksikan oleh Jepp, dan Awie pulak buat2 tanya sekali-sekala sambil menunjuk sudut dia tak faham kat dalam buku kepada zafrina (nak bagi tak nampak sangat sandiwara kitaorang).

Dan bila balik; Jepp dan Awie memang respek kat aku. Aku tak rasa apa2 pun sebab perkara tu bagi aku, bagi kami semua (geng2 kami), biasa la. Takde benda. Jepp dgn Awie tu pun jenis hensem macho jugak. Terutama si Jepp tu…awek2 masa tu panggil dia ‘Abg Jepp’ (sb personaliti dia yang cool dan steady. Muka pulak macho steady jer…cayalah jepp!)

Well, itu jer nampaknya aku nak tulis mlm ni. Saja terkenang zaman hebat aku dan member2 ketika sekolah dulu. Entahlah. Kehidupan sebagai penyangak yang aku (dan rakan2 sekalian) lalui, bukan ketetapan kami. Tapi ketetapan takdir. Kenapa aku cakap camtu? Sebab; aku rasa, aku sepatutnya jenis telek buku dan senantiasa bersedia untuk pelajaran. Lulus periksa, habis sekolah elok dan sambung ke UiTM. Tapi tak…Semakin hari, semakin menjadi imej aku dengan label ‘Spek mata hitam, dan sebatang rokok di mulut’. Member2 boleh pulak bersorak bila imej tu di-perkenan-kan pada aku. (Korang jgn tuduh aku perasan plak; jujur aku cakap; sampai ada yang dok seronok sgt gambarkan aku dalam pelbagai2 keadaan sebagai penyangak. maknanya; dia kagum gila! dengan aku. Hadoii…)

Memang betul pun. Aku buat nama2 seperti Azam dan Fendi tenggelam macam tu aje. Salah satu sebab aku buat; aku ni jenis buat secara ‘open’. Aku memang tak main cakap2 belakang. Tu pasal aku banyak member. Apa aku cakap, aku mesti bersedia nak buat. Dan bagi aku; semua khabar2 angin tu, semuanya mitos belaka; bertujuan nak sekat kebebasan hidup aku dan juga dengki. Pihak yang sebar cerita2 tu, mesti jenis nak protect kawan dia (fendi). Apasal? Fendi tak boleh pertahan diri sendiri ka? Aku bukan lari ke mana pun. Badan aku biasa je. Tak besar macam dia. Kalau tak puas hati, gentle datang pada aku. Itu je. Bukan susah…(tapi bertumbuk dah gerenti. he he..)

Azam pulak; tak boleh nak buat apa2 sebab zafrina gerenti dah beritahu; ‘tu semua adalah penyangak-penyangak sekolah.’ Dan selagi kami tak buat apa2 kat adik dia yang cun tu, tak payah le nak kecoh. Rileks je. Dan lagipun; muka kami hensem-hensem belaka. Arios, Amigos! (Opps! - sebelum menutup kisah, kalau terasa macam aku ‘tunjuk bagus’, sila baca sidebar kanan bahagian ‘The Famous Quote’.)

PS: dalam memori buat Jepp dan Narawi. Banyak lagi tentang korang aku nak tulis tapi buat masa ni, itu je la…Semoga berjaya, di mana saja korang berada ketika ini.

From Taiping With Love…

Friday, December 31st, 2010



Pernah ke kamu dengar tentang kartun ‘From Taiping with Love’ karya Rasyid Asmawi terbitan majalah humor Gila-Gila suatu ketika dahulu? Kalau tak, biar aku terangkan kat sini: Kartun ni dengan rasminya telah menjadikan Taiping sebagai sebuah ‘bandar cinta’ di Malaysia. Mengapa bukan Muar, Pasir Mas, Kuantan, Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur with love? Ini menunjukkan sejarah lebih ter’arah’ kepada Taiping untuk memegang gelaran tersebut. Kalau diteliti, semacam ada suatu kuasa takdir yang memainkan peranan di sini. Penulis kartun Rasyid Asmawi adalah orang Taiping. Dia adalah pelajar kepada seorang pensyarah yang juga adalah orang Taiping iaitu: bapak aku…Rasyid Asmawi - adalah pelajar kesayangan yang telah membuatkan bapak aku merasa bangga. Bak kata; tak sia2 ilmu dicurah. Tapi sedih bukan; murid mati dulu sebelum guru…

Bapak aku mempunyai keistimewaan yang boleh membuatkan orang jatuh cinta dan sayang padanya. Sikap dia diwarisi oleh emak dia (iatu Tok aku - atau nenek. Tapi di Taiping nenek adalah Tok). Tak pernah seumur hidup aku melihat Tok marah diluar kawalan atau garang tak tentu pasal. Semasa hidup, Tok menjaga semua cucu-cucu dia bagaikan anak sendiri. Cucu-cucu yang bermasalah (akibat perceraian misalannya), akan lari kepada Tok untuk dijaga. Cucu-cucu Tok banyak yang buas-buas belaka dan hensem (termasuk aku…). Di kampung, memang rumah Tok amat terkenal. Ini kerana suami Tok (arwah Tok Wan aku), adalah imam masjid Kamunting (kawasan sana).

Menambahkan lagi populariti rumah Tok adalah abang sedara aku yang kami gelar ‘Abang Cai’ (sebutan: ‘abang chaey’. nama sebenar adalah Raja Faisal bin Raja Daniel). Abang Cai adalah seorang Playboy handal yang mempunyai koleksi awek keliling pinggang dan member-member kampung yang ramai. Di usia muda (seawal darjah 6), Abang Cai dah pandai bercinta. Pencapaian Abang Cai yang begitu membuatkan nama dia menjadi sebutan ramai. Ditambah pula dengan personaliti ‘cool’ dan ’steady’, membuatkan ramai awek tak dapat nak menolak Abang Cai. Aku tak pernah melihat Abang Cai melenting dan apa jua masalah ditangani dengan lemah lembut dan bersopan santun. Abang Cai bagaikan membawa suatu revolusi pembaharuan kepada kampung ketika itu. Kepandaian Abang Cai berbahasa inggeris turut sama menjadi suatu kelebihan. Member2 berbangga dan kembang hidung kalau orang cakap ‘dia tu member Faisal…’. (apatah lagi awek…) Aku akui; Abang Cai menjadi idola kepada aku dan juga sedara-mara pangkat bawah (lebih muda). Abang Cai dewasa di ketika muda. Salah satu faktor dia jadi macam tu: akibat perceraian ibu bapa ketika masih kecil. Semenjak emak dia (makcik aku) kahwin lain, abang Cai tinggal dengan Tok. Walaupun rumah mak dia dekat aje, tapi abang cai pilih untuk berdikari di bawah jagaan Tok. Dan cerita abang cai di kampung tamat apabila dia habis alam persekolahan dan berhijarh ke KL. Dan yes: dia meninggalkan banyak kenangan serta sejarah cinta di Taiping.

Diganti pula dengan zaman aku yang automatically bertukar suasana. Aku pulak tinggal dengan Tok di ketika usia 16 tahun. Walaupun aku bersekolah di Anderson (Ipoh), tapi pantang bila cuti aje; aku balik Taiping. (Aku memang lahir sana, cuma mak bapak pindah ke Ipoh semasa aku darjah 1, transfer kerja punya pasal.) Berbezanya zaman aku dengan abang cai kerana abang cai adalah seorang playboy, aku pulak romeo. Maksudnya; abang cai sewenang-wenangnya mempermainkan hati dan perasaan perempuan tanpa merasa apa2. Aku pulak; tak macam tu. Aku lebih kepada menghargai jiwa dan kesenian hati naluri seorang wanita. Seumpama: I’m the man. Masa tu, aku cuma ada 3 orang awek sahaja. Tiga2 adalah jelitawan Taiping di zaman tu dan mereka adalah Mazuin, Zarina (mendapat gelaran ‘Ratu Pasar Malam’) dan Mustazalina. Tapi yang menduduki tempat pertama di hati aku adalah Mazuin. Mazuin adalah seorang wanita tegas, berdisplin dan mempunyai kriteria lengkap untuk dicintai setiap lelaki. (Mazuin mempunyai kulit putih cerah kemerah-merahan, macam mat salleh.)

Biar aku bercerita tentang wanita Taiping: berpandukan 3 orang wanita istimewa tu, apa yang aku dapati adalah; wanita Taiping tidak mudah melatah dan berprasangka di awal cerita. Maksudnya: kalau hulurkan salam perkenalan; dengan senangnya mereka terima. Sesuai atau tak, biar mereka yang tentukan selepas perhubungan berjalan sekitar sebulan dua. Kalau tak ok, diaorang akan cakap terus-terang dan goodbye. Kalau ok, lets carry on setakat mana yang mampu. Diaorang ni gentle(woman). Sikap diaorang juga kebanyakannya berani. Lebih kepada berdikari dan tak takut dilukai. Mungkin kerana life di Taiping sukar. Ramai yang bukan terdiri dari keluarga senang. Wanita Taiping tak suka berangan2 panjang. Mereka lebih kepada realiti. (sebab dekat Taiping bukannya ada apa pun…) Dan akibat suka sangat berfantasi pada masa tu, aku dengan rasminya ditinggalkan Mazuin…(alahai.) Mazuin tidak sanggup bersama aku yang mempunyai perjalanan cita2 yang jauh - bisnesman. Menutup kisah aku, yes: aku juga turut sama mempunyai sejarah cinta yang kukuh semasa di Taiping.

Kesimpulannya di sini: memang tak dapat nak dinafikan bahawasanya Taiping adalah bandar cinta yang sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Wanita-wanita Taiping tak kedekut menjayakan kisah cinta yang bertandang manakala lelaki-lelaki Taiping pula tak pernah kering idea dalam usaha mendapat serta membahagiakan cinta - hasil dari sikap toleransi, berani dan tak kedekut mencuba dari wanita-wanita Taiping sekalian. Wanita-wanita Taiping menghargai kata-kata puitis di mana wanita-wanita di tempat lain lebih kepada menganggap kata-kata seumpama itu hanya bertujuan mempermainkan…Maaf kalau tersilap tetapi itulah hasil tinjauan yang aku dapat setelah mengembara ke tempat2 lain. Cinta memerlukan wanita untuk menghargai dan menjayakannya. Tanpa penghargaan dari pihak wanita, nescaya takkan layak digelar sesebuah perhubungan itu dengan perkataan ‘cinta’…Segala hadiah, bunga, kata-kata indah dan pemberian istimewa, adalah untuk para wanita. Dan apakah seorang lelaki mahu hasil dari bertukus lumus menyediakan semua itu? Sudah tentu: cinta milik seorang wanita…itu sahaja.

Mungkin Rasyid Asmawi sudah lama meninggal, tetapi kisah cinta dari Taiping akan tetap berkesinambungan. Mana tau; mungkin suatu hari nanti, aku akan menulis sebuah novel bertajuk: ‘From Taiping with Love’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sunday, May 20, 2012
Weather
May 20, 2012, 2:06 pm
Intermittent clouds
Intermittent clouds
32°C
real feel: 39°C
current pressure: 101 mb
humidity: 62%
wind speed: 3 m/s S
wind gusts: 3 m/s
sunrise: 7:02
sunset: 19:18
Forecast May 21, 2012
day
Partly sunny with thundershowers
Partly sunny with thundershowers
33°C
Ersante Echo
The Famous Quote
make money doing business

*--- Pembaca harap maklum bahawasanya aku (penulis) tiada tujuan nak berlagak atau menunjuk2. Tetapi hanya sekadar menulis demi mempersembahkan bahan bacaan untuk me-'rileks'-kan minda. Ia hanyalah kisah peribadi yang membuatkan kami rakan2 tersenyum, sengih sendirian bila terkenang. (Semua orang ada detik tu, bukan?) No offense, please. I really would like to thank you and appreciate as much as I could for you to spend time here. ---*

IT & 'Sporty' Interest
computer skill

Tambahkan Skill Komputer dan Internet dengan berpandukan website golongan 'Developer' terpilih -