Archive for the ‘Pro-History’ Category

Nemesis (part jelajah)

Part Jelajah adalah himpunan kisah2 pertengahan (pengembaraan mahirkan skill). Selepas episod Encounter! rasmi. → klik sini (untuk refer)

— Tentang Orang Kuat (Title, definisi makna)

‘Ad, dia tu Manager Bank Bumiputra (commerce). Sampai ke pagi dok dgn game itu je.. aku panggil dia abg Din je.’ – FaiJoi (Joi), salah seorang kawan rapat aku (‘orang kuat’); beritahu situasi di cyber cafe fair park yg kini aku berada dlm, termasuk memperkenalkan aku pada seorang customer yg gila dok habiskan masa main game starcraft. Joi part-time sini, dengan hampir seluruh masa ‘tidur’ bawah meja. Dibiarkan rakan2 termasuk abg Din tu jagakan kedai. (ada ka camtu??)

Selingan: ‘orang kuat’? Maksudnya; sesetengah member semulajadi, secara auto akan ada ‘trademark’ tu dan aku akan layan sebijik mcm dah lama kenal, seakan2 adik beradik. Malah, mungkin lebih rapat lagi (sebab free to diskus apa saja). Aku kenalpasti dgn penampilan fizikal dia. Contoh mcm Joi; bentuk badan, sebijik serupa macam aku; cuma dia rendah sikit. Rupa dan style pun serupa… cuma Joi jenis slow and steady, lembut berbicara. Tahap understanding pula; A+. Jenis toleransi tahap world class punya (listen, agree or not, dia calm. Steady… Takde marah2, kurang ajar atau merapu. Lagipun; anak pegaiwai tinggi MARA… lifestyle educated.) Ringkasan deskripsi: Highly Advance (Thinker)

Aku ada banyak member2 lain, tapi takkan mungkin tempat Joi dapat diganti, atau diambil. Macam mana bagus pun yg lain, tak boleh nak lebih atas dari Joi. Bukan aku tetapkan, tapi itulah; semulajadi. (‘Joi tu hensem…… aku mana boleh challenge dia.’ sambil tersenyum, dgn rela cakap sebab dia sendiri pun kenal Joi macam mana. – by JoeAndy)

Bak kata; Segalanya seakan sama dgn aku, style, rupa, cara faham, lifestyle, background family dsb. Cuma aku ‘Ketua’! Hah ha. (aedy pun pernah jealous dgn Joi. Joi tau tp saja buat2 tak tau… memang aedy tu walaupun nyata dewasa, tapi kalau dgn Joi – macam bebudak. Malas aku nak layan dan malas nak cerita pasal ni. aedy, pun ada title ‘orang kuat’ jugak… dan Joi perlu untuk keep it cool sebab aedy can be such a hostile character. Ganas. kalau tak kena gaya.)

One Man Show To Kolumpo.

… from the Novel: Business, in Love.

Flashback (kenangan) posing dengan Peugeot (model..? 2.0 selebihnya lupa) dlm mini series Mencari Cinta Dengan Volkswagen Polo ‘S. (Peugeot Showcase dekat main ground Menara Kurnia, PJ. … ~ awk kat atae’h.)

Tutorial: kenali (pelajari) seseorang itu di kategori mana.

Levelnya begini: Miskin, Biasa, Sederhana, Mewah, Kaya (pangkat atau lifestyle seseorang). Dengan pencapaian memiliki 2 kereta sebegini, di kala lingkungan umur 35 & 36 (+ pelbagai lagi equipment seperti iphone, motorsikal ex5, personal office dsb.) = individu tersebut dikategori sebagai Level Mewah. Bukan Kaya. Ingat.

Profesion (kategori): Profesional’s.

Contoh: kalau yg pakai vios pula, kategorinya Sederhana. Selalunya mereka yg berkerja sebagai pegawai bank / officer, Shift Leader, Manager dan juga yg seangkatan. Volkswagen Polo; Doctor (salah satu profesion yg biasa pakai).

Salah tu idak, tapi tak sesuai: diri kategori Sederhana, (nak) pakai kereta kategori Mewah. (kerja pegawai, pakai vw. ~ tak ‘matching’. Pulak tu; boleh terjebak dengan masalah hutang. Menyusahkan – semata2 nak bergaya, kerana minat. Toksah.)

Extra: harus juga faham kenapa pegawai orang panggil (be)‘kerja’ manakala doctor pula ‘profesion’ (walaupun makan gaji). Kena pandai beza dan kenalpasti ‘konsep pecahan kategori’. (Untuk pemikiran tahap Advance – baru boleh faham seseorang tu; betul. Ini orang pangkat raja dilayan macam hamba abdi… mana maunya; salah. Kes2 tak reti macam ni yg buat terlepas banyak peluang – kenaikan pangkat; salah satu.)

Note: seseorang kategori Miskin; tidak semestinya tak elok. Begitu jua yg Kaya; belum tentu orangnya elok. Material dunia bukan penentu peribadi seseorang sama ada dihormati (respected) atau tidak. So; jangan le dok susah hati sangat pasal kaya, mewah ke idak.

episode 3: Cinta Gadis Ayu.

‘… sandarkan pada nama tu. Dan Saya akan datang untuk Selamatkan Awak…’

Kisah lalu menerpa… Tidak kira betapa kuat daya mahukan ia berlalu, membayangkan ia dimasukkan (jadi) sebagai sebuah kisah kenangan – terkumpul bersama dengan kisah2 lepas (peribadi) yg ada, namun ia tetap menerpa… Ibarat antara banyak file dalam kabinet, buka tutup masuk baru susun semula; yg ITU tetap ‘terselit keluar’ bucunya ke atas… menampakkan diri.

Aku akui. Itu kes berat. Tak dapat dah aku nak pura-pura (berlakon) seolah-olah yg tu boleh diselit-letak antara banyak file lain yg ada tu. Kisah tu bagaikan hembusan angin bayu, bertiup sejuk, perlahan… mengikuti ke mana saja aku pergi. Dan YA: ia suatu kisah yg sangat tragis untuk dibawa ke tengah; menceritakan. Ia sebuah kisah yg membunuh.

………….’

Dalam diari kisah2 hidup aku, hanya ada Empat sahaja yg benar2 keramat. Utama. Dan salah satunya, yg itu… Kisah yg aku sangka akan berlalu (berharap: tertutup); apabila dah rasmi masuk ke episode 4… yg sekarang ni.

‘…………………………. Sumpah; Ratu TKk. ………..

From Taiping with Love – a classic series.

‘Mad, kalau lagu ni abg ubah utk dia ni, ok tak?’

Marmad hanya mendiamkan diri… dengan gitar masih di tangan (mencari-cari tune, duduk di sofa). Kemudian; dlm nada slow dia bersuara: ‘saya rasa elok abg toksah ubah2. Kalau lagu tu asalnya dah dituju kat orang tu, biar je. Kekalkan. Sebab kalau ubah, nanti jadi ‘berkeceramuk’ (tak tentu arah) pulak. Hilang istimewa lagu tu… jadi takde makna…’ dan Marmad kembali fokusnya terhadap gitar.

Itu antara jawapan paling bernas pernah aku dapat (dan ingat; kukuh). Hmmmm… (sambil duduk di bangku meja kerja, memegang pen, mengadap komputer). Ok lah kalau dah macam tu. Maka lagu ini mengingatkan aku kepada seseorang istimewa, lama dulu… (ketika di Taiping).

Mustazalina. Merupakan satu-satunya wanita yg aku (tergamak) nak sebut dengan panggilan ‘kak’. Maksud aku; yg ada hubungan. Akrab. Dan… sehingga ke hari ini (setelah bertahun-tahun berlalu), Kak Ina kekal sebagai satu-satunya kakak angkat yg aku ada. Diiktiraf. Tidak pernah sesiapapun dalam hidup aku, yg aku relakan mendapat gelaran tu; sebagaimana dia. The one and only – berhak.

*potrait kak ina, lukisan aku laaamaaa dulu, ketika masih dlm praktis.

Bukan saja kerana kecantikan, tetapi kerana keperibadiannya juga. Sebagai anak tunggal bercerai ibu bapa; kak ina tinggal dengan Tok (neneknya) bersama saudara-mara lain (perempuan) yg ada (di kampungnya, Kg. Changkat Ning). Berdikari dari kecik hingga ke dewasa. Serta bersikap ‘cool & steady’ sentiasa. Masa zaman aku, boleh dikatakan; tidak seorang pun yg berjaya menandingi kak ina dlm soal kecantikan (rupa + body = perfect).

‘Tok!!! Ad guna bomoh!!!’

Teriak Abg Lili (nazri, salah seorang abg sedara, seangkatan dgn abg cai) – sebaik saja sampai di rumah (sampai semua orang dengar). Ini berdasarkan insiden dia diperkenalkan kepada Mustazalina… oleh aku (dia paksa aku! Dekat stesen bas Taiping, masa tu… setelah 4-5 kali dia dok mundar mandir depan kitaorang – dan aku buat donno.)

From Taiping With Love. (a classic siries #3.)

“Perhatian: ambik tempat ikut abjad. Nama yg mula dgn ‘A’ – ke depan sini”

kata cikgu kelas 5P2 ketika sekolah (Anderson) memasuki penggal tahunan (aku di tingkatan 5… P2. 2nd class selepas P1, terus ke beberapa lagi menjunam sampai ke P6 aku rasa… tp … alhamdulillah; sebab jauh betul jarak dgn yg ‘6’ tuh.)

… dan aku pun straight ke bahagian paling belakang, dan dok situ… sampai ke penyudah. (tepi dinding, boleh nyandar pulak tuh.) Tak berapa lama kemudian, ‘pot’ belakang tu diduduki oleh beberapa lagi member ‘sealiran’… Bagaimana ini semua terjadi aku tak ingat; tapi yg sure-nya, situlah pot kami semember sekepala… yg bakal menyaksikan dinding sandar tu, bertukar menjadi ‘Artistic Wall’…

Feruz, salah seorang ahli group seramai 6 orang termasuk aku (ada lg bebudak melayu lain dlm kelas tu, tp yg 6 ni close buddy; duduk kat belakang tu se-group); duduk sebelah aku… dan hari demi hari aku dok dengar cerita frust dia dgn awek pujaan hati… Mas (namanya). Feruz bercerita dgn penuh perasaan (mcm marah / tak puas hati pun ada) tentang Mas yg dok selalu ada je jalan nak ngelak dari dia… Terasa diri betul2 bagaikan takde value. Terbaru; masa pulang dari sekolah, Mas mula terang2 pilih jalan lain (balik rumah, lepas turun dari bas) – semata2 nak mengelak dari Feruz… (diaorang setaman). Aku nengok je Feruz… bengang je rupa dia, meluahkan kata… (tp dlm hati; sayu tu… aku tau.) Nengok dgn lebih lama; aku ada pikir jugak; Mas tu gile(r) ke?… rupa (Feruz) sebegini hensem, MUSTAHIL akan ada pompuan mampu menolak(!) Maksud aku; Feruz ni memang REAL punya hensem. Korang kena tengok sendiri, baru tau betul2 macam mana… (dengan kulit putih kuning langsatnya, ada misai ‘pacak2’; jarang2 tp ketara, bulu kening tebal = pendekata: HENSEM GILA. ‘A’ class punya jenis.) Habis sekolah dia ni Pramugara MAS… (hmmm… elok le tu.)

“Eh!! Apa le hang ni! Ade ke tulis camtu!??” sound Feruz pada aku… yg dari tadi dok terlentuk kushuk membuat ukiran dekat dinding (wall) tu… … Awin Love Fuad… … dengan selamba buat tak reti teruskan ukiran, aku slow je jawab ‘…alaaa… bior ler. Dia bukan tau pun…’

“Hey! Hey! Hey! Kat belakang tu! Sila beri tumpuan bila saya tgh mengajar ye.” Sound Cikgu kelas kami pula… (Raja Kechik namanya.) Baik orangnya. Kami semua memang respek dekat dia. Cuma… tak mo dengar cakap.

*sila klik pic. utk lihat saiz besar
Penghargaan buat Feruz sebab tak keberatan buat ‘rekording’ lagu2 cintan klasik yg aku mintak (kaset; side A 10 lagu, side B pun 10). 3-4 kaset plak tu. (dgn ini; di manakah konsentrasi kita terhadap pelajaran?… Hang; mas, aku; maz… heh he.) & hang juga yg memperkenalkan lagu 4U2C dkt aku… berlanjutan sampai aku pulak bertanya pd mazuin: ‘eh; awin tak minat 4u2c ke?’ … gilo.)

From Taiping With Love. (a classic siries #2.)

Di stesen bas Taiping…

Ketika Fuad ke toilet sebentar (sambil menyuruh awin tunggu). Yg kemudiannya di dekati 2 saudara fuad (Shahrul dan Adi), kononnya sebagai ‘replacement’ (bodyguard… ceh.)

Awin: ‘Fuad hisap rokok tak?’
Shahrul: ‘Hisap!!’ (jawab dlm keadaan tergesa2 pantas, tercengang.)
Awin: (berkerut wajah, tenung shahrul serius sambil mengingati; fuad berulang2 kali bagitau tak hisap rokok.)
Shahrul: ‘ehh…! TAK!’. (jawab yg juga dlm keadaan tergesa pantas, tecengang.)
Awin: ‘Fuad ada awek lain?’ … (semakin serius awin men-interview shahrul.)
Shahrul: ‘ADA!’ (jawab dlm keadaan tergesa2 pantas, tercengang.)
Awin: (serius memerhatikan…)
Shahrul: ‘ehhh…! TAK DE!’

Tak lama kemudian fuad kembali… dan Shahrul dan Adi pula beredar; kembali buat hal masing2…

Sekadar artikel memorial (kenangan bersama) buat Shahrul (hensem boy) yg baru saja datang rumah (melawat, setelah lama tak nampak. Masih tak berubah rupa, sama je macam dulu). Dan Adi; yg adik bongsunya khalila melangsungkan perkahwinan baru2 ni di Ampang, KL.

From Taiping With Love. (#a classic siries.)

Fuad: ‘awin, lagu ape ye(k)?’
… setelah lama merenung senarai lagu dalam jukebox di stesen bas Taiping, routine mingguan (tanggungjawab) menemani Mazuin balik dari tuition di pekan, ke rumah di kampung… (kita bersama.)

Awin: ‘alaaah kamu ni. Tibai je lah.’ balas Mazuin dengan ekspressi spontan dan pantas (sambil duduk di kerusi mengadap + menunggu ketibaan bas kamunting… …bas kita bersama).

Fuad: ‘…’ (ok la, kalau camtu. Tibai je la. Ni je yg paling ok ader…)
… sambil memasukkan duit 2 kupang dan press.

in the summer of ’93.

Sejarah Cinta Pertama – episode #6

Cinta Pelajaran “Hanya AKU SAHAJA yg BOLEH”.

Kata jaminan itu datangnya dari seorang member: Mamudketin, sb ada 2 ma(h)mud dalam group kitaorang – satu memang betul-betul gemuk, kaw punya: besaq. budak sessi petang. Sorang lagi dia ni hah, budak pagi… memang betul-betul kurus-kering, tinggi lonjong, nipis. Ibarat macam kalau kena tiup angin, melayang. Tapi disebabkan terpengaruh dengan fenomena budak jahat, dia ni tiba-tiba jadi parti member… Dia ni pulak masa tingkatan 2, budak C2, sekelas dengan Lai Mei… (terjebak dengan kitaorang sebab sessi agama, tukar kelas punya pasal.)

Mengapakah kata-kata mamud ketin tu menjadi sumber ilham? 1: sebab dia sekelas dengan Lai Mei. 2: sebab dia tak sampai ke tahap anti-cintan macam budak2 / member2 kelas jahanam (cuma aku jer, cintan… lain2 tu buat donno je. Aku plak bukan sembang dengan sesape pun. heee…) 3: sebab dia terima offer nak bantu kes aku dengan Lai Mei(!) dan ke 4: paling penting… dia MENGAKU dia boleh, no hal… TERMASUK boleh dapatkan gambar Lai Mei untuk aku!.. sebagai bukti kerja beres. bukti. berasas. Bukan kata-kata kosong nak ambik hati tak bersebab. Bak kata, kata-kata dia ni ada value. Apatah lagi di ketika ini, dia pun ikut sama terjun ke kelas 3C6, sama macam Lai Mei! Jadi, dalam semua malaun yg ada, hanya dia ni sahaja yang kemungkinan besar ada chance nak bawak bicara dengan Lai Mei (ndak dengar, layan)… sebab masing-masing dari 2C2. Tambah lagi, rambut mamud ialah rambut lelaki tercantik … di dunia. Lurus, lembut, macam sentiasa baru lepas setting dari saloon. Kalah bebudak pompuan! Serius. (mungkin juga itu jadi salah satu advantage tarik perhatian Lai Mei…? sebab kagum, sekurang-kurangnya ada sorang dari group kitaorang: yg rambutnya lagi lawa dari dia…? Kalah rambut amoi beb… …Rasa aku ler.)

Wooo…

Sejak itu mamud ketin dianggap ahli keramat yang kena sentiasa diberi layanan 1st class. Dia akan terlepas dari unsur-unsur malu dibuli, atau jadi bahan target utk apa jua perkara menjatuhkan air muka. Hakikatnya, tiada siapa yg suka kena buli, kena panggil dengan ‘nama’, tetapi bebudak jahanam tu bukannya paham… diaorang main sedap je nak buat apa pun. Macam takde risiko… (maklum le, budak. … jahat.)

Diringkaskan cerita, setelah berhempas-pulas tak dilayan Lai Mei, akhirnya nampak macam mamud berjaya memainkan peranan. Mendapat reaksi balas dari Lai Mei… (sebab Lai Mei bukannya tak cerdik… tahu tu. kenapa Mamud tiba-tiba slow-slow mendekati, kononnya nak bincang pelajaran, sebagaimana masa di kelas C2 dulu. Sedangkan pelajaran… slow-slow bertukar ‘percintaan’. jangan tak tau kelas ni kelas apa…).

Namun, hari silih berganti, tak ada apa-apa perkembangan… Lai Mei pula nampak seakan semakin bertambah malas nak layan. Buat donno’ je. (huuuuhhhh. kecewa ooo. dalam punya cerita, hanya diri yg ngerti.)

Tapi segalanya berubah, apbila di suatu malam, mamud muncul di pintu rumah aku, terus tolak aku ke tepi, terus masuk. Mintak dilayan macam bos… suruh hidang makan minum, gaya protes, keletihan, tapi macam ada makna. Sambil buat macam rumah sendiri, (setelah aku jadi sebijik macam waiter ngikut kehendak, sementara dia plak duduk kaki terkangkang naik atas sofa), mamud mengeluarkan sekeping foto, … gambar Lai Mei! Nah! – dihulurkan pada aku! Kemudian mamud senyum sorang2 sambil sental makanan dan tengok tv… membiarkan aku terkagum-kagum membelek gambar yang baru je terpegang di tangan…

… (aku macam orang bisu. Diam memanjang, nengok… tenung. Macam tak percaya.)

Lai Mei berpakaian T-Shirt putih tangan panjang, agak bodyshape + skirt pendek takat peha… senang cakap: macam pom pom girls (ahli sorak). Style rambut biasa ler… sebaris ke depan tutup dahi, dan lurus panjang ke belakang… serupa je macam bebudak cina lain2 tu…

‘Hang le punya pasal!’ suara mamud tiba-tiba memecah ke-diam-an yang melanda. Sungguh tak tersangka, kata-kata mamud sebegini bererti. Sebab hampir saja aku gave-up. Begitu lama masa berlalu, apa yang aku nampak, mamud macam gagal. Dan apabila ditanya, dia asyik bagitau: nanti, nanti, sabar. Sampai aku jadi serba-salah nak terus bertanya. Namun, di ketika ini, malam ini, di kala tangan aku sendiri memegang foto tercantik Lai Mei, melihat sendiri dengan jelas kejelitaan yang 24jam teridam, segala tanggapan negativ dan putus asa berubah sama sekali… Dan pula, aku BUKAN tak tau sama ada gambar tu jenis dari diceduk, dikerat, diambik dari foto hasil aktiviti sekolah (mahupun seumpama itu, majalah sekolah), ataupun tidak. Apa yang aku saksikan sekarang, gambar ni bagaikan mustahil sesiapa pun dapat memilikinya… Ini foto colour dan berunsur serahan by hand!. Personal.

Mamud memang dasyat!

Dek kerana agak excited dicengkam perasaan (akibat foto tu), ‘kerjaya’ aku sebagai gitaris – dipuncak. Bagaikan ada suatu kuasa mendorong, menjadikan jari-jemari begitu expert menghasilkan irama. Begitu lama terasa putus semangat, dengan tiba-tiba berpeluang merasai detik ‘bahgia’. Walaupun aku tau gambar itu bukan bermakna segala-galanya okay, namun aku tetap rasai nikmat positivnya… Seorang member telah berjaya melakukan sesuatu yang member2 lain takkan mungkin dapat kotakannya! Mamud walk the talk!.

Mamud salah seorang kawan paling best dlm hidup aku! Dia bertanggungjawab: faham betapa pentingnya keinginan hati seorang kawan. Biarpun ketika itu masih dlm uniform, namun mamud memandang segalanya dari sudut positif. Kemanusiaan. Dewasa atau budak tolak tepi. Nyatanya: tiada siapa suka yg kehendak hati dipandang ringan / remeh. Biarpun usia masih muda, itu bukan suatu alasan memandangnya main2, lupakan, buat tak reti je, cinta ‘m’ (nyet). Pilihan mamud bersungguh dalam menolong, sehingga kini tidak pernah aku lupa. Betapa terharunya kerana mempunyai seorang kawan yg bersikap begitu. Dan kerana itulah, coretan ini aku tuliskan buatnya. Dalam diari hidup aku, mamud tersemat dlm hati. Di suatu sudut yg takkan mungkin dapat sesiapa pun ganti. Begitulah. Tidak semestinya ‘semua orang buat camtu’ – kita kena ikut sama. Apa yg mamud buat, membuktikan falsampah (dlm episod lepas, aku tulis) – memang tkde apa ke benda. Pada aku, orang seperti mamud lah: yg menjadikan sesebuah kehidupan itu: berharapan.

Tak lama kemudian (di hari-hari berikutnya), tak pasai-pasai, apa angin ntah (macam dapat hidu je ada revolusi sapa hebat sape idak melanda); Li (Buncit) mendatangkan suatu plan ‘daring’ – yang bukan calang-calang orang boleh buat. Li macam sedar, kedudukan dia sebagai ketua, tak boleh lagi ‘lenggang’ tanpa sebuah pembuktian yg ‘da(h)syat’… Takde saper gugat pon, tapi dia ni ndak sesuatu yg membolehkan member-member kenang: sebagai sejarah. Kalau suatu hari nanti terkenang nama Li Buncit, maka susulkan dengan ‘ranking’ hebat dekat belakang. (Ingat tu. cowboy.) Li kemudiannya memilih 3 orang ahli paling berkaliber, disusuli mengatur satu plan ‘drastik’ (merbahaya untuk taraf budak sekolah) – untuk dilaksana. Kata Li, walaupun setakat ni dah bermacam-macam perkara dibuat yg mendapat respek pelbagai pihak, kali ni dia mahu lebih lagi. Sesuatu yang mampu ‘menaikkan-satu-lagi-level’ dlm dunia penyangak. Tambahan pula, kita dikelilingi beberapa group lain lagi yg ada… Itu juga menjadi penybab kita harus bertindak – cari idea / planning supaya group kita terus kekal di kedudukan 1st. (bayangkan, budak umur 16, tingkatan 3: cakap macam tu. Kalau ngikut standard sekarang ni pun, aku rasa macam tahap dewasa je – apa yg Li suarakan tu. Style dia, cara dia ndak.)

Tegas Li, kehendak ini adalah kerana dia faham soal status, ranking, serta tahu bagaimana ia berfungsi. (Hierarki.) Bukan setakat jadi ketua yg tak tahu apa, tak faham tentang prinsip. Dia tak mau dilabel begitu. Oleh itu, kalau terpaksa melalui bahaya sekalipun, dia sanggup. Dia mahu nama dia diabadi sebagai seseorang yg berkaliber. Leadership quality. Dan yang mendengarnya pulak, terus setuju jer… macam kagum. (abih, dah memang penyangak je semue.) … ~ Tak sangka kite ni: diketuai oleh seseorang yg betul-betul ‘Born Criminal’ ye dak? … huh.

… planning tu muncul di kala aku baru je nak layan feel… menikmati sedikit rasa tenang… Merasai diri bermakna buat seketika, kerana hanya perasaan cinta yg benar sejati sahaja: mampu jadikan seseorang itu begitu. (indah hidup.) TAPI saper yang ndak bangkang cakap Li…? Saper yg tergamak nak potong line bagitau dia: ‘nanti laaa…’ ~ takde sorang! 3 ahli terpilih tu, immediately kena siap-sedia. Di hari pelancaran, sila lapor diri (ke pot) on time. KENA buat.. Pastinya, memang salah sorang; aku… hishhh! (yg lain rasa macam terhormat, sebab dipilih. tp aku ni… ntah. Nak kata setuju idak, protes pun tak… cuma… dia ni tk boleh tengok orang ‘cintan’ ker?? Takde masa lain ke nak buat? sengaja ni. Chaiisss..!)

next episode: Plan Li…

note II: sekadar coretan kenangan memperingati detik kawan-kawan. Dengan ucapan: semoga sukses, di mana jua.
note III: 2 lagi ahli terpilih tu, Jepp NorDan dan Shukri Asli.

Sejarah Cinta Pertama – episode #5

Cinta Pelajaran – falsampah vs Ye.

“Fuad budak jahat. Dia kata dia tak suka berkawan dengan budak jahat”

Ayat tu serta-merta menghancurkan hidup aku, yg sebelum ni dah pun huru-hara… Mesej tu disampaikan oleh salah seorang kawanan Lai Mei (Lai Sok San), kepada aku di salah satu hari, lepas habis waktu sekolah. Sama ada Sok San jealous sebab bukan dia yg dapat ‘spotlight’, kemudian reka ayat tu sendiri, atau saja spontan nak bagitau sebab bagi dia perkara ni bukan serius pun…di kala kita semua ni tengah beruniform… sekolah. Tak pun mungkin Lai Mei saja cakap macam tu sebab nak test…..?

Ahh!!…tidak! Aku tau itu semua bisikan2 nak pujuk hati sendiri sebab tak mau terima kenyataan yg aku memang takde chance nak dapat Lai Mei!… Sejurus lepas ayat2 tu tersemat di hati, hidup aku beralih ke arah porak-peranda… Aktiviti dan konsentrasi aku semakin banyak pergi kepada muzik, gitar dan melepak. Semakin rancak sikap memberontak terhadap situasi budak sekolah yg aku hadapi. Aku jadi jealous nengok budak2 bujang sebelah rumah Li Buncit yg memang nampak dah cukup dewasa nak terlibat dengan alam cintan.

Ye. Memang. Budak sekolah tak layak nak bercinta disebabkan ‘seseorang yg entah sape ntah’ yg memandai cipta falsampah: ‘cinta monyet’. Memang tak guna orang tu. Lepas tu, boleh pulak rakyat jelata jadikan rasmi dalam kamus. Hancus betul. Diaorang bukannya nak selidik fakta mengkaji:

1 – kemungkinan dia cipta falsampah tu sebab dia sendiri pernah melalui situasi cinta di zaman sekolah, dan gagal…Takde apa yg nak diceritakan… nothing. seorang yg gagal dalam percintaan.

2 – mungkin juga terkeluar disebabkan marah seorang bapa kepada anak yg malas belajar… dapat tau anaknya ada makwe…dan anggap tu le puncanya. lepas tu berusaha mematahkan semangat bercinta si anak dengan bermacam2 cara, termasuk memburukkan istilah cinta. – semata2 nak kembalikan si anak ke jalan pelajaran.

3 – tak de seekor pun monyet yg reti bercinta. Sebenarnya, memang tak terbilang ramainya yg gagal dalam percintaan. Jadi, sekurang-kurangnya, kegagalan diri sendiri dapat di cover-up dengan menyalahkan monyet.

Bagi aku, falsampah bodoh tu hanya menjatuhkan bangsa sendiri. Menunjukkan betapa jahilnya diri dalam menghargai nilai serta keberkatan kasih sayang. Setahu aku, mat salleh yg maju ke hadapan, tak pernah pun tak respect bebudak sekolah yg ada teman istimewa. Cuma kalau diaorang tak setuju, diaorang akan slow talk secara gentle, dalam kedaan menyampaikannya secara bermotivasi, bukan buat ‘bara’ bagi naikkan kemarahan orang. Dari situlah sepatutnya sikap ‘self-respect’ dipupuk sebab tengah dalam proses menimba pengalaman hidup. Ni tidak… dah lah. (cuba bagitau; ada tak bebudak sekolah tak marah kalau orang anggap dia & girlfren sekadar cinta monyet…? Memang falsampah sebab membawa kepada mengejek, marah, sakit hati dsb.)

Sory, terbawa2 plak. Walaupun aku tak ambik pusing dengan falsampah tu, tapi macam mana dengan Lai Mei?… yes. Bisikan aku akhirnya membawa aku ke falsampah tu, yg penyudahnya menambahkan lagi ketidak-konfiden’an aku utk terus berusaha menyatakan hasrat terhadap Lai Mei. (Lai Mei mesti pikir pasal monyet tu….aduhhhh… huk huk)

Satu lagi, aku memang tak pernah kena (label) dengan falsampah tu dalam kisah bersama Lai Mei. (syukur alhamdulillah). Sebab rata-rata, member2 seangkatan tak anggap perkara ni bodoh. Diaorang siap layan lagi… bagi semangat. Mengenangkan balik, rasa kagum pulak… rasa macam aku tidak sepenuhnya sendirian menghadapi. Aku tak ingat ada sorang pun yg kutuk kisah aku dan Lai Mei. (tak lupa; sebab aku kan ke ada ranking ‘gengster’?… saper berani yop..? heh heh.) Tapi dalam group, aku sebaik mungkin elak dari membuatkan ketara sangat perasaan aku pada Li…buncit. Dia tau, aku tau. Tapi masing2 bagaikan tak mau bangkit soal cintan bila Li ada…(sebab kami semua rasa macam bawahan bila dengan dia. Tambahan pula; dia mana ndak dengar kisah2 memendam perasaan macam aku nih… dia jenis terus ngayat, dapat. Tak dapat, dah. Cari je yg tak menyusahkan. Mudah. Easy. Simple. Bagi dia lee…)

Namun yg pastinya,…sebab Lai Mei cun…. (perkataan cina utk makna cantik…) Sampaikan pernah seorang cikgu lelaki (Ros Saidon -pelik namanya. tak tau bangsa apa. nampak mcm melayu…) – mengorat Lai Mei terang2 dalam kelas! Masa tu, sessi dia. Seperti biasa, dia suruh satu kelas buat kerja masing2, lepas tu dia duduk melengung dekat meja. Sekali-sekala menyembam muka (macam orang tidur tu…) Dan dia ingatkan kelas supaya jangan buat bising. Aku ingat sangat – dia bangkit perlahan2 dari sembaman, kemudian dengan gaya malas meriba muka, dia panggil Lai Mei ke depan. (di kala suasana bebudak kecoh buat hal masing2 – tak tumpu pada dia).

Lai Mei kena ngayat semasa tengah berdiri, dan sekali-sekala malu2 berpaling nengok ke arah lain, tersengih paksa, mencari2 jalan nak lepaskan diri dari situasi tu. Keadaan berterusan agak lama juga (sebab Ros Saidon jenis tak mengalah) – dan kesian kat Lai Mei sebab terpaksa jawab dalam keadaan berat mulut, di masa yg sama mencari idea bagi jawapan supaya cepat habis interview ngorat tu.

(berpandukan mimik muka dan tingkah laku, aku tau Lai Mei tahu cikgu Saidon tu mengayat. Aku dengar salah satu ayat Lai Mei cakap antara ndak tk ndak – “kenapa ni cikgu tanya semua ni…??..” – disertakan dengan berpaling ke arah lain (tertengok muka aku yg tgh konsentrasi melihat di sudut belakang kelas – muka terkejut). Walaupun dia tau perbuatan Saidon tu salah, namun Lai Mei meng-handle situasi dengan masih ada rasa hormat terhadap cikgu. Cara dia nak lepaskan diri pun memperlihatkan: dia sendiri tak sedap hati masa tu, tapi serba-salah nak pintas keluar sebab yg bersalah adalah seseorang yg bergelar ‘guru’…cikgu.)

Cis… tak guna betul Ros Saidon tu. Dan lebih malang lagi, aku tak berdaya nak buat apa2 pun nak menyelamatkan keadaan masa tu… (word no value dari seseorang yg ada title budak jahat macam aku ni… sampai cikgu pun rasa tak malu nak bersikap macam ‘dajai’ depan bebudak yg ada title tu…Kalau aku ada title kelas C1, mesti dia tak tergamak nak tonjol sikap buruk tu.) Dan suasana sensasi Lai Mei kena ngayat tu berlaku dalam kelas C6… tingkatan 3… – 3C6. C6 merupakan kelas ter-bawah tingkatan 3, diwujudkan setelah semakin ramai ‘failure’ muncul dari kelas2 atasan (C1, C2, C3, C4) semenjak ketibaan tahun nak masuk tingkatan 3.

Bila bercampur dengan kitaorang, dah jadi terlampau ramai. Penyelesaiannya, ahli2 tetap C5 (aku & the geng le tu), dirasmikan turun lagi ke bawah(an), menjunam ke title kelas – ‘tak dapat nak diselamatkan lagi’. Budak2 C5 tanpa kompromi, sudah terpateri nasib masing2 terima arahan: bila bukak je sekolah nanti, tak payah tanya, tak payah protes, diharap terus saja masuk ke C6. (kitaorang sengih geleng2 kepala dengan pengumuman ni.)

Kira sekarang, C5 dah tak seteruk C5 zaman aku. C5 sekarang, cikgu berpendapat: masih ada yg dapat diselamatkan, diberi semangat pembelajaran supaya berusaha naik semula. (C6…pegi jahanam.)

Wait… apa Lai Mei buat dalam kelas 3C6? Tak tergamak aku nak bagitau sebenarnya: 3C6 adalah himpunan segala macam pelajar yg cikgu betul2 dah label ‘teruk’. Sekolah dah berpakat, setuju: sebarang kenaikkan pangkat takde kena mengena dengan C6. Para cikgu tak usahlah runsing pikir: antara punca naik tak naik pangkat nanti adalah kerana disebabkan kelas tu. Para guru disarankan berusaha naikkan prestasi mengajar dan please! – sila ketepikan saja C6. Abaikan.

And then:… disamping pelajar2 C6 yg dah sedia ada, akan ada pelajar2 dari kelas lain juga…- yg setelah kajian, siasatan, selidikan dijalankan, memang mendapati tak ada sebarang alasan pun yg membuatkan dia ni tak layak dimasukkan ke C6. Semak punya semak, checking terperinci, mendapati budak ni terpaksa. Tak tergamak nak terus tahu kenapa, yg pastinya; dah sah terpaksa. Seumpama, cikgu pun berat hati nak sampaikan berita bagitau kat mak bapak pelajar terbabit, anak diaorang ni di tahun 3 mahu tak mahu, terpaksa dilempar ke C6. Kalau ada jumpa sikit positivity pun jadilah…. asalkan dapat dielakkan dari terjun ke situ. Walaupun di saat2 akhir, kita cuba. Cari mana2 rekod positif yg masih sempat dapat halang budak tu dari terjebak dengan C6. Cikgu pun kalau boleh nak selamatkan mana2 yg masih boleh… tapi apa kan daya….? (heh heh)

Dan itulah dia… segala penafian selama ini, telah membawa Choi Lai Mei ke kelas 3C6…! di mana semua mata terbeliak, mulut terlopong bila melihat fenomena ganjil ni… (‘haiiyaaa….apa itu amoi cun masuk ini kelas!…??’ – ungkapan dari salah seorang ahli tetap kelas, cina ‘tough papan’ dulu tu. Berkata2 dlm keadaan kaku, tapi rileks…fedup.) Kitaorang bukan seronok, sebaliknya susah hati…. Tak biasa dengan kehadiran sebegini di tempat huru-hara porak-peranda ni hah.

Kalau macam ni, kalau dulu time agama (tukar kelas) – Lai Mei blah ke kelas aku! (heh heh), sekarang jadi: Lai Mei tolong jaga kelas aku… …kita bersama. Disudahi dengan Mas Arjuna (budak boyan tu), gelak terbahak2 pada aku,… macam puaka…! (sebab dah mula perasan sikap aku yg selalu dok tegak mcam patung. Macam orang terkejut. Tak normal.)


the grayscale endever


********

Nota Tambahan:

#1 – Cina Tough Papan tu lagi tetap, sebab dia asal dari C5 semenjak tingkatan 1 lagi..! (dia tak pernah komplen selama ni, walaupun keadaan boleh sampai kepada insiden baling kerusi sana sini…apa saja insiden tak akan mungkin pernah menjejas dia. Tapi itulah dia; tiada yg lebih tahu bagaimana rasa selain tuan rumah tetap itu sendiri… Lai Mei tak pernah tau, yg kehadirannya telah menggugat mental dan fizikal cina tua tu… yg seterusnya menyaksikan dia ni dah tak ada lagi di zaman tingkatan 4…(lingkup SRP) di mana aku tak boleh nak salahkan Lai Mei pasal hal ni… sebab semua orang dah SAH sangat dia memang takkan ada.

Peluang cikgu nak buang dia ni hanyalah melalui SRP… sebab dia tak pernah ponteng, tak datang hanya kerana betul2 sakit atau demam sahaja…tapi tak pernah rajin, tak pernah pandai, tak pandai berbahasa melayu, setakat tahu apa2 yg patut saja – sebut pun keras, kasor… tak melawan cikgu, patuh, tapi cikgu tk pernah peduli kalau dia ni siap homework ke tak… setahu aku: tak pernah aku tengok dia ni dikaitkan dengan apa2 hal pelajaran. Seingat aku: aku masih nampak dia duduk keras bahagian paling belakang (sebaris aku), berdua dengan partner dia… – pun sama, segalanya ‘tak’, cuma dia ni nampak mcm pandai sikit sb rabun (trpaksa pakai cermin mata yg ada power tu… selalunya bebudak pandai, rajin baca je yg pakai.)

Sejarah Cinta Pertama – episode #4

Cinta Pelajaran – #selingan A-Major.

Inilah detiknya aku mula bergelar ‘Gitaris’. Layan jiwa feel yang teramat sangat telah membuat aku mendalami muzik (rock cintan); yang kebetulan hangat ketika itu: Kumpulan Wings dengan album bertajuk ‘Teori Domino’. Minat berkomputer (sebelum ini) terhenti sejenak sebab aku dok asyik dengan gitar kapok yg ada di rumah Li Buncit. Bersambung ke arah aku memiliki gitar kapok sendiri yg membuatkan aku berupaya menyerahkan ‘segala jiwa & raga’ ke bidang muzik. Oleh kerana masa2 lapang aku banyak dipenuhi ‘Lai Mei’, maka petikan gitar aku semakin menjadi-jadi…bermula dari situlah aku memetik gitar berpandukan ‘feel’ yg ada dalam hati. Bagi aku, petikan penuh feel lebih bermakna alunan iramanya berbanding saja2 nk belajar. Dan ya; ‘layan feel’ aku terbukti berfaedah sebab ‘kengkawan’ merasakan aku cukup layak membawa peranan sebagai pemain gitar utama (lead) bila masa kami (ahli terpilih) melangkah kaki ke studio ‘jamming’ yg terletak di kawasan perumahan Taman Maju Rapat. (studio ni jenis buat kat ‘garaj’ sebuah rumah – kami dapat akses main kat situ free disebabkan connection Joe Arjuna dengan member2 dia. Kira ni ‘kabel’ dia le. Kelengkapan tak ada la ‘sesempoi’ mana; tapi sebagai budak sekolah; ni sebuah peluang keemasan. Dan juga; di situlah buat pertama kalinya aku dapat peluang petik gitar ‘karan’ secara ‘live’ – bagi aku, ni sejarah sebab aku memang idam-idamkan sangat nak main gitar karen; nak beli memang dah sah tak mampu. – “Thank u God!”)

Ahli seterusnya diikuti oleh Li (selaku vokal + gitar), Shukri (bass), Joe (Mas) Arjuna (drum + gitar ke-2; backup), Jepp Nordan (strumming, gitar ke-2). Ada beberapa member yang nak join tapi semuanya jadi ‘back-up’ player (andaikata ada ahli tetap seperti yg dinamakan; tak dapat hadir). Bila tengah jamming, ada ketika member yang tak berkenaan akan datang lepak sama bagi menyaksikan. (isi masa.)

Personally bagi aku; kekuatan kumpulan kami ni terletak pada lead vokal iaitu tak lain tak bukan: Li Buncit. Suara dia yang bernada ‘tinggi’ telah membuatkan group kami popular. (kawan2 kutuk belakang kata perut dia banyak angin; tu pasal ada ruang nk simpan suara banyak2 lepas tu ‘sembur’. he he – nak kutuk depan2 tk berani.) Li berjaya membawa peranan sebagai vokal dengan ‘cukup mantap’ (bukan setakat bagus aje dah!…) Buktinya; lagu bertajuk ‘Harapan’ dari Wings, adalah salah satu lagu top masa tu yang memang cukup ‘seksa’ nak bawak. Li, dengan sedaya-upaya beserta seluruh tenaga yang ada, telah berjaya ‘men-sama-kan par’ suara dia dengan nada sepertimana didengar dalam kaset (tinggi tuh!!!) Nak harapkan aku?..tak payah. Aku awal2 dah bagitau aku memang langsung takde bakat jadi penyanyi. Dengan suara ‘garau’ macam orang besar walhal baru budak tingkatan 2, aku memang terima takdir bahawa aku kalau nak menyanyi, hanya sekadar puaskan hati sendiri saja (atau tengah layan ‘chord’ nak training bawak lagu). Kedua, kekuatan group kami (ekhem! ekhem!….): adalah pada petikan gitar 1st lead aku (cheyyy!) Bukan nak berbangga atau berlagak; tapi ini hakikat. Sebab seperti yg aku dah bagitau; aku bermain beserta ‘perasaan’; membuatkan irama petikan jadi bermakna. Ditambah lagi siapa yang aku jadikan sebagai idola (dulu, kini & selamanya): Hillary Ang – pemain gitar terbaik pernah Malaysia ada. Lantak le orang lain nak anggap ada yg lebih baik dari hillary, bagi aku; dia tetap terbaik. Contoh: cuba dengar petikan gitar solo lagu ‘Fantasi Bulan Madu’…dengar baik2 segala petikan jari-jemari yg dibuat dalam lagu tu; insyaallah korang akan setuju dengan aku. Dengar juga lagu ‘Setelah Hujan’, ‘Pasti’, ‘Kau Pergi’ dan semua lagu masa kumpulan Search mula2 keluar album dulu. Boleh dikatakan; semua irama ‘ada makna’. Bukan sekadar irama kerana nak memenuhi permintaan pasaran. (kalau korang bukan jenis terlibat dengan gitar + muzik, aku tak salahkan korang kalau tak beberapa nak faham cakap aku bab ni.)

Kesimpulannya; kekuatan group kami masa tu; terletak banyak pada Li dan aku. Li handal bawak lagu ikut irama sebaiknya, manakala aku pulak dah ‘jatuh sayang’ pada title aku sebagai Gitaris kumpulan kami. Oleh kerana 2 elemen ni dapat bekerjasama dengan baik, secara tak langsung ahli2 seterusnya bersemangat nak stay dengan group sama2 training dan training dan training (yesss!)

Pelajaran?….hancuss.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 20th, 2019



Cuaca hari ini
July 20, 2019, 9:08 am
 

Mostly cloudy
28°C
real feel: 32°C
current pressure: 1010 mb
humidity: 78%
wind speed: 11 km/h SE
wind gusts: 11 km/h
sunrise: 7:12 am
sunset: 7:28 pm
Forecast July 21, 2019
day
 

Showers
32°C
 
salvation
s


☕ files | records
trademark


wrn
sponsored ads

adrs.Patriotic
kesetiaan

loyalty Dedicate to Farid.
Always in memory (arwah) T.U.D.M (Tentera Udara DiRaja Malaysia), Foreman (car & motorcycle, computer hardware), Sasterawan, & a Loving son.