Archive for the ‘My Pro Ject’ Category

Novel Perjuangan d’ Ersante bab 5

Monday, October 1st, 2012

Perjuangan d’ Ersante – bab 5

kerjasama dgn bains Nampaknya, kerjasama antara aku dan Bains berjalan agak lancar. Aku dah survey semua supplier yang akan membekalkan keperluan barangan ke Mini Market tu, di samping membuat semakan akaun dan segala kertas kerja yang perlu bagi menjayakan projek terbaru ini. Aku mesti melakukannya dengan praktikal yang pasti. Dan setiap apa yang aku buat, di situlah Bains mengekori aku untuk belajar dengan semasak-masaknya supaya dia tahu kesemua selok-belok dalam urusan mengendalikan Mini Market itu nanti…tanpa aku.

Segala keluar masuk modal dicatat dengan berhati-hati dan teliti, kerana semua laporan itu nanti akan dihantar ke bahagian auditor di Ibu Pejabat. Part ni memang bahaya sikit sebab kalau tersilap atau terlebih budget, boleh mengakibatkan markah tugasan dalam rekod prestasi menjadi buruk. Biasalah tu, mana ada kerja sebagai Pengurus senang. Aku mahu Bains tahu semua selok-belok Mini Market ni agar nanti dia memang mahir habis dan menjadi seorang Pengurus yang berkualiti. Bagi aku pula, aku tak mintak apa-apa pun, melainkan seronok menjalankan tugas sebagaimana yang di amanahkan. Aku seronok tengok Bains bekerja dengan penuh semangat, tekun dan berdedikasi dan di harap, dia akan dapat menganggap Mini Market ni seperti tempatnya sendiri, kehidupan dia dan suatu hari nanti bangga dengan hasil pekerjaannya di kemudian hari.

Setiap hari berlalu dengan begitu pantas dan masa-masa yang aku lalui, banyak dihabiskan untuk urusan kerja. Di Bandar Perjuangan ni, aku tinggal di sebuah kondominium yang ditaja oleh syarikat aku. Sesiapa yang outstation, akan tinggal di sini sebagai tempat tinggal sementara. Dalam tempoh latihan ni, Bains tinggal bersama dengan aku. Sebenarnya, dia boleh cari tempat tinggal sendiri dah, boleh sewa rumah baik punya, memandangkan gaji dia bukan gaji koman tapi dia kata dia nak banyakkan masa bersama dengan aku sementara aku masih berada di sini. Aku tak kisah. Terpulanglah pada hang.

Bains: ‘Mad, cuba cerita, macam mana kau boleh kenal June tu? Aku tengok, dia macam anak ‘lord’ aje. Style dia la.’
Aku yang masa tu sedang berada di meja peribadi untuk membuat sedikit kertas kerja dengan lampu meja terpasang, terpaksa berhenti seketika untuk memberi respon kepada topik best ni…best bagi aku la…
Aku: ‘Lama dulu, masa tu aku dengan member aku, bercuti di Bandar Arena. Aku tak tahu pulak perkenalan singkat tu boleh sampai kesini. Waktu tu, dia masih student lagi.’
Bains: ‘Dia student dalam bidang apa?’
Aku: ‘Interior Design. Nampaknya dia dah complete (habis) study dia.’
Bains: ‘Hmmm…menarik.’ sambil menenyeh putung rokok ke dalam astray.
Aku: ‘Kau bila lagi nak ada makwe? Ingat, kita ni bukannya muda sangat lagi dah. Kena start pikir pasal family plak.’
Bains: ‘Entahlah Mad. Aku banyak jugak kenal dengan beberapa orang perempuan tapi…setakat ni satu pun tak jadi lagi. Agaknya aku belum jumpa yang betul-betul kena dengan citarasa aku.’
Aku: ‘Kau nak yang macam mana? Cuba terangkan sikit ciri-ciri wanita idaman yang kau tertunggu-tunggu tu.’
Bains kelihatan menarik sedas bara rokok yang agak panjang sambil menggaru-garu sedikit hidung dia.
Bains: ‘Yang macam June, heh..heh..heh..Eh, kau kenalkan la aku dekat dia. Mana tahu dia berkenan kat aku pulak. Amacam?’
Aku: ‘Yang ni boleh buat aku mark markah buruk dalam rekod prestasi kerja kau.’
Bains: ‘Kih…kih…kih…Err, Mad. Aku nak tegur sikit pasal kau boleh tak?’
Aku: ‘Apa dianya?’
Bains: ‘Kereta kau tu. Tukar le pada yang lebih elok sikit. Kau memang betul-betul buat leceh la. Proton Saga lama kau tu, kau bawak anak ‘lord’ tu (June) ronda-ronda satu town. Tak masuk langsung.’
Aku: ‘Tak payah. Lepas habis training kau ni, aku dapat Company’s Car (kereta syarikat). Syarikat nak bagi aku. Baru punya.’
Bains: ‘Ehh, aku tak dapat ke?’
Aku: ‘Kau pun dapat jugak…tapi lepas confirmation (setahun), itu pun kalau kau berjaya comnfirm la…dan lepas tu dapat capai rekod prestasi yang cemerlang (tu makan tahun jugak tu.), sepertimana yang dikehendaki syarikat. Baik le kau bila ada duit sikit nanti, pergi beli kereta macam aku tu haa…senang nak buat transport.’
Bains: ‘Woi, syarikat tak nak jaga imej ke? Aku ni Pengurus datang kerja naik motor kubchai. Diaorang tak fikir ke?’
Aku: ‘Jangan nak banyak komplen. Syarikat ni ada sistemnya yang tersendiri. Dia nak latih setiap pekerjanya, tak kira le atasan atau bawahan, supaya lebih berdikari dan tabah. Kalau Syarikat nak buat sebarang pemberian, adalah kerana orang tu benar-benar layak dan patut menerimanya. Kau nak manja, kau cari aje tempat kerja lain.’ – Aku termenyalakan sebatang rokok jua…
Aku: ‘Bukan saja Company’s Car, ada lagi anugerah lain dari syarikat kalau kau betul-betul buktikan yang kau layak.’
Bains: ‘Seperti?’
Aku: ‘Bayaran separuh untuk perumahan yang kau nak, kad keahlian percuma untuk makan free di kelab-kelab yang ada senaraikan syarikat sebagai keahlian, percutian free untuk beberapa hari yang ditentukan. Elaun outstation yang best, macam-macamlah.’
Bains: ‘Habis tu, kau ada dapat semua tu?’
Aku: ‘Aku dah dapat dah….satu persatu le aku kutip.’
Bains: ‘Kalau begitu kenapa kau tak tukar kereta lama kau tu? Ye la…company’s car, company’s car jugak…tapi kereta sendiri tu, orang dah tak pakai kereta tu sekarang. Takkan le susah sangat nak tukar kepada yang lebih baru sikit?’
Aku: ‘Mana boleh. Kereta tu ada sentimental value. Kau tak faham. Itu kereta kenangan tu.’
Bains: ‘Hmmm…faham le tu. Kalau macam tu aku faham la.’
Aku: ‘Satu lagi, kalau aku rekemen kau dekat June, takkan kau nak bawak dia naik motor kubchai kau tu ronda-ronda satu town? Kau bukan buat leceh dah, tapi kau memang betul-betul buat taik!’

Kemudian aku kembali menyambung tugas aku manakala Bains tersenyum sikit, kembali mengikuti siaran televisyen dengan kusyuk. Dan apabila masuk pukul 1.30 malam macam tu, kami terlentang dibuai mimpi dekat ruang tamu kondo ni.

note: bains tersenyum sikit – nak ‘cover macho’ sedangkan sebenarnya nak gelak terbahak-bahak

bersama june di bandar perjuangan Di hari seterusnya, aku melawat June di premis perniagaannya yang terletak di tingkat dua dalam sebuah Kompleks yang diberi nama Artika, iaitu salah sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka di Perjuangan.
Sebelum masuk ke dalam kedainya, terlebih dahulu aku menyandar di sebatang palang berdepan dengan kedainya, sambil mengunyap aiskrim. Aku saja nak ambik sudut perhatikan June buat kerja. Aku nak tengok macam mana Businesswoman seorang ni mengendalikan urusan perniagaan dia. Bagaimana karakter dia sebagai seorang pengurus di tempatnya sendiri. Adakah dia seorang wanita yang tabah? Tegas? Berdisplin? Atau mungkin juga seorang yang lembut, bertolak ansur dalam perundingan serta bijak mengawal suasana supaya sentiasa tenang dan percaya dengan apa yang berlaku?

Well, memang June banyak memenuhi kriteria yang aku sebutkan sebentar tadi. Dari sini aku melihat June sedang bersembang dengan sebuah pasangan yang kemungkinan sedang berhajat sesuatu dalam keperluan Hiasan Dalaman.
Setelah urusan diaorang selesai, aku terus masuk ke dalam kedai dan menegur June.
June: ‘ArdMad, buat apa di sini?’
Aku: ‘I saja nak round-round bandar. Memandangkan I tiba-tiba terdestinasikan hala tuju I ke sini, I ingat I melawat le you kejap, saja nak tengok perkembangan.’
June: ‘Pasangan tadi tu, baru beli sebuah rumah. Mereka nak dapatkan khidmat pakar dalam menghiasi rumah mereka sebaik mungkin. I runding punya runding, mereka setuju. Minggu depan I nak kena hantar staff ke rumah mereka, ambik semua sketch (pelan) rumah tu, kemudian hantar pada I. I nak hasilkan design terbaik untuk mereka.
Aku: ‘Diaorang ada pilihan?.’
June: ‘Sudah tentu. I akan design sekurang-kurangnya tiga jenis plan hiasan yang terbaik dan mereka boleh pilih mana satu yang berkenan di antara tiga yang terbaik itu.’
Aku: ‘Nampaknya satu pilihan yang sukar.’ keluh aku.
June: ‘Terlalu banyak pilihan di sini, ArdMad. I designkan untuk hiasan eksklusif, di mana suasana dalaman menggambarkan struktur lebih kurang kepada hiasan perhotelan. I juga designkan untuk suasana rimba, dimana hiasan tu nanti perlu menggabungkan unsur-unsur tumbuhan hijau. Terlalu banyak pilihan yang ditawarkan. I cuma terlalu ‘cinta’ pada setiap design yang ada. Lihatlah pamplet ni, ia di antara design yang dipamerkan sebagai promosi.’
Aku membelek-belek pamplet tersebut. Kelihatan pelbagai-bagai hiasan yang sangat menarik membuatkan aku teringin sangat nak bazirkan duit untuk buat dua tiga pilihan.
Aku: ‘Nampaknya, susah..seperti yang di jangka. Terlalu banyak pilihan yang indah-indah untuk dilepaskan begitu saja. Tapi dalam banyak-banyak individu di muka bumi, hanya I seorang saja yang bakal membolot semua hiasan yang terdapat di sini tanpa perlu membayar sesen pun untuk segala tempahan.’
June: ‘Maksud you?’ (June sedang duduk berhadapan dengan aku di meja ofisnya, sambil megendong pen di kedua-dua jari tangannya)
Aku: ‘I dapat Designernya. Jom kita makan tengah hari bersama?’ sambil tersengih rileks aku menjemput June. (di persilakan.)
June: ‘Baiklah Encik ArdMad. Saya terima jemputan awak!’
Mengambil beg tangannya setelah menyusun segala dokumen yang ada atas meja untuk disimpan ke dalam laci, aku dan June menuju ke Restoran yang berhampiran untuk menjamu selera.

menjamu selera bersama june kalistaesAku: ‘June, macam mana you handle semua tu? Bisnes you tu memang hebat. You tak rasa pressure ke?’
Kami menjamu selera di sebuah restoran makanan Arena (milik rakyat Bandar Arena), yang terkenal dengan siput sedut dan masakan udang galah merahnya. Memang orang-orang Arena terkenal dengan pelbagai menu makanan hasil ciptaan baru yang sedap dan lazat. Aku dan June begitu berselera menjamu hidangan.
June: ‘Pressure tu, takde sangat. I ada segala ‘backup’ yang di perlukan. Tenaga-tenaga pekerja yang sememangnya dah secure (selamat) dengan segala kebajikan pendapatan. Tenaga-tenaga pakar yang semuanya memang sejak dari dulu lagi sudah setia bersama-sama I dan you tau? Lagipun I dah lama dalam minat ni. I dari kecil lagi. Memang sudah biasa dan bersedia untuk membuat semua perkara ini. Seluruh hidup I, I rasa, boleh di katakan hampir keseluruhannya I serahkan pada bidang ni. Itu sebabnya I handle perkara semuanya baik. Segala skill, teori, praktikal, urusan bisnes, semuanya sudah ada. Rasanya mungkin tak banyak masalah yang perlu di fikirkan sangat pasal bisnes tu.’
Yeah…wanita di hadapan aku ni memang tabah. Seorang lelaki yang tabah jugalah yang akan berjaya memikat hatinya.
June: ‘…cuma kekadang tu, I terkenangkan arwah mother I…dan selepas tu, I mula akan banyak pula terfikirkan tentang father.’
Aku: ‘Hmmm..?’ (menarik nafas panjang). ‘Bagaimana dengan Mak Tiri you? Adik-beradik tiri you? Diaorang okay dengan you?’
June: ‘Mereka memang okay. Best. I takde masalah dengan setiap seorang pun dari mereka. Makcik I tu betul-betul caring, penyayang dalam banyak hal. Tapi entahlah…walaupun begitu, sejak mother I tiada, bapa I masih kelihatan seperti ada masalah yang di simpannya.’
Aku: ‘Macam mana you boleh tahu dia ada masalah?’
June: ‘I dapat rasakan ArdMad. I bukan tak kenal dia. Perasaan I kuat mengatakan bahawasanya dia sedang memikirkan sesuatu yang mengganggu fikiran dia, tapi dia ‘cover’, sorok. I ada juga kadang-kadang tu suarakan pada dia supaya ceritakan secara berterus-terang dengan I tentang apa yang di fikirkan tapi dalam masa yang sama juga, dia sentiasa akan cuba mengelak dengan berlagak tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tapi I dapat cam air muka dia berubah, tergambar kesedihan diwajah dia setiap kali persoalan ini di bangkitkan. Dia tak nak cakap apa-apa pun melainkan dia akan beritahu pada I, dia sayangkan I. Perkara itu adalah yang paling utama dalam hidup dia. Itu saja.’
Semasa memberi penerangan tersebut, June seakan-akan termenung, susah hati.
June: ‘Oh ArdMad. Apa I nak buat? I tak puashati dengan jawapan dia. I risau tengok keadaan dia macam tu. Dia macam ada memikirkan sesuatu…cuma dia tak mahu berterus-terang dengan I tentang kesusahan hati dia tu secara detail. I tahu dia tengah susah hati tentang sesuatu, tapi apa?’
Aku: ‘Tak mengapa June, mari kita bincang pasal perkara ni nanti. Sekarang tak punya banyak masa. You tengah dalam urusan seharian. Mood you nak kena jaga. I pula, nak balik ke Mini Market tu. I janji kita akan sambung pasal perkara kemudian.’

Setelah melangsaikan bil, aku berangkat semula ke Mini Market sebaik saja selesai mengiringi June kembali ke premisnya.


******

Note: Looking for Bab #4? – Klik Sini

Novel Perjuangan d’ Ersante bab 4

Tuesday, June 28th, 2011

Perjuangan d’ Ersante – bab 4

happy at work‘Mad, happy semacam je hari ni. Ada apa-apa ka?’
Bains, Encik Bains, selaku seorang Pengurus yang baru saja dilantik untuk mengendalikan sebuah Mini Market yang di miliki oleh Syarikat Bersama. Happy? Muka aku nampak happy hari ni? Kalau tak silap aku, muka aku hari ni kalau tak seiras dengan adik beradik Al-Capone, mungkin biras kepada penyangak yang baru lepas daripada kepungan polis tapi hasil rompakan tercicir entah di mana!

Bains: ‘Ala Mad, ceria la sikit. Kita kan ke nak buat kerja hari ni? Kerja berat pulak tu. Kalau tak happy, macam mana nak siap cepat?’
Hari tu, aku ditugaskan untuk bersama-sama dengan Bains membuat penyusunan terakhir dalam Mini Market ni sebelum pelancaran pembukaannya. Bermakna, aku kena habiskan dalam dua tiga hari jugak le untuk pastikan tempat ni betul-betul tersusun dan dihias dengan citarasa masa kini. Aku nak kena ‘Up-to-Datekan’ tempat ni sebaik mungkin bagi memuaskan hati semua pihak,
Bains: ‘Err…Mad, aku rasakan, elok kaunter tu kita letak dekat bahagian tepi tangga tu.’
Aku: ‘Takde, aku rasa elok kita biarkan dulu pasal kaunter tu, nanti baru kita tengok kat mana yang betul-betul sesuai.’
Dan tak lupa, terutama hati sendiri.
‘Allright!’ kelihatan dengan tiba-tiba Bains menguatkan sedikit volume radio setelah kaset di putarkan! Lagu rancak daripada beberapa kumpulan dan penyanyi solo legenda Rock Classic!
Aku: ‘Eh, eh, apahal ni?’
Bains: ‘Rileks Mad. Takkan nak buat kerja dalam keadaan sugul? Bertenang, kita mau ceria, cergas! Ok?’

Boleh tahan jugak mamat sorang ni. Secara tak sengaja aku yang dari tadi entah kenapa la rasa macam langsung takde mood, tiba-tiba perasaan aku sedikit-sebanyak berubah kepada sedikit keceriaan akibat daripada tindakan Bains yang kini pada perkiraan aku, pandai dalam urusan menaikkan semangat pekerjaan. Well, nampaknya, aku ikut sajalah rentak dia.
Kelihatan Bains tengah berpeluh menyusun rak-rak dan freezer (peti ais) seperti yang di tentukan dengan bantuan beberapa orang budak upahan yang turut sama membantu. Bukan itu saja, malahan mini kafe yang juga terdapat dalam plan Mini Market, turut sama di bereskan oleh Bains. Oh, lupa lak nak bagitau. Kafe kecik tu adalah sampingan yang terdapat dalam Mini Market ni. Dekat Kafe ni kitaorang jual donut, roti, sausage, bun dan sedikit minuman ringan seperti kopi, teh, milo dan sebagainya. Seperti biasa, lot bangunan ini adalah yang paling tepi sekali, dan cafe ni mengadap kepada pemandangan di luar Mini Market ni. Sudah menjadi trend bagi Syarikat Bersama menempah bahagian paling tepi bangunan apabila ingin mendirikanrenovation for business cawangan. Terdapat sebuah kaunter di sini menyediakan Servis Pelanggan. Dekat bahagian itu juga disediakan segala peralatan untuk urusan mengendalikan data keperibadian yang diperlukan. Nampaknya, banyak jugak le pekerja yang akan menyemakkan muka diaorang kat sini nanti. Dalam pada itu, aku tertanya-tanya jugak,
Aku: ‘Wei Bains, macam mana kau boleh terpilih untuk jawatan Pengurus di Mini Market ni?’
Masa soalan tu diajukan, kami berdua adalah orang pertama merasmikan Mini Kafe yang baru saja siap penyusunannya. Cuma makan dan minum dipesan oleh aku kepada beberapa budak penolong sebentar tadi untuk beli dekat restoran berhampiran di luar sana.
Bains: ‘Ni interview seterusnya untuk memastikan aku terus layak untuk berada di sini ke?’
Aku hanya menghembuskan nafas menyampah seketika.
Aku: ‘Aku nak tau jugak. Kau ada kenal orang dalam ke? Sapa-sapa yang boleh diharap untuk dapatkan jawatan ni sebab setahu aku, sekarang ni bukan senang nak main masuk macam tu aje ke dalam Syarikat Bersama ni tanpa ada recomendation (rekemen) daripada pihak atasan ataupun yang terbabit.’
Bains: ‘Oitt..Muka aku ni tak layak lulus temuduga ke?’ jawab Bains sambil tengah melahap daging ayam hasil dari nasi bungkus yang di pesan tadi.
Aku: ‘Bukan macam tu, aku heran jugak. Muka kau ni betul-betul baru dalam Syarikat Bersama. Betul kan?’
Bains: ‘Nasib aku baik gamaknya..’ (masih lagi mulut di penuhi dengan lauk ayam dan nasi.)
Aku hanya merenung kepada wajah Bains yang memang selamba tu.
Aku: ‘Story le sikit kat aku. Macam mana kau boleh dapat kerja ni. Sebab aku rasa, bukan senang nak lulus interview yang diaorang buat tu. Lagipun bukannya ada satu aje sessi interview yang diaorang buat. Seingat aku, ada tiga! Macam mana kau boleh lepas semua tu?’
Bains: ‘Sebelum aku jawab, aku nak tanya sikit.’
Ok.
Bains: ‘Soal jawab dengan kau ni boleh mengakibatkan aku kehilangan kerja atau mengganggu markah prestasi aku di kemudian hari ke?’
Aku: ‘Kenapa?’
Bains: ‘Kau orang kuat Syarikat Bersama, faham-faham sendiri la…’
Aku: ‘Weii, aku takde kaitan langsung dengan bahagian Personnel (Peribadi) di Ibu Pejabat tu. Aku tak campur kerja diaorang. Siapa saja yang terpilih, maka dah terpilihlah. Lepas tu bila dengan aku, aku hanya mulakan dari mana yang aku ditugaskan untuk bermula. Itu aje. Sebarang perkara yang berkaitan dengan prestasi, peningkatan kerjaya, atau kemajuan, itu kau sendiri yang tentukan.’
Bains: ‘Baiklah kalau macam tu.’
Bain membasuh tangannya sebentar serta mengelap mulut dengan tisu yang disediakan.
Bains: ‘Aku labun.’
Aku: ‘What???’
Bains: ‘Ye, aku labun masa temuduga yang aku ni dulu Pengurus Pertanian di sebuah ladang, sebagai advantage (kelebihan) untuk memenangi temuduga tu.’
Apa dia ni??? Perasaan aku terasa kurang senang dengan terus-terang ini.
Bains: ‘Lagipun, penipuan yang terancang lebih baik dari kejujuran yang kelam-kabut. Mad, aku terpaksa. Aku pun ada cita-cita. Aku buat apa saja asalkan aku dapat memenuhi cita-cita aku.’
Aku: ‘Macam mana kau boleh terfikir nak bagi idea Pengurus Pertanian sebagai helah? Kau ada pengalaman ke?’
Bains: ‘Kat kampung, keluarga aku ada ladang yang mengusahakan tanaman dan ternakan. Kami tanam jagung, tebu, nenas dan beberapa lagi tanaman yang lain. Ternakan tu ada juga. Ayam, itik sikit, ikan. Aku banyak tolong mereka dalam urusan seharian. Itu pasal aku tahu serba-sedikit tentang pertanian ni.’
Aku: ‘Abih tu, apasal kau tak teruskan dengan perusahaan keluarga kau tu?’
Bains: ‘ Mana boleh Mad. Kalau ladang tak sampai 2.2 ekar, mana boleh pergi cepat. Koman-koman nak kena tunggu lagi beberapa tahun tu.’
Aku: ‘Nampaknya kau ni macam jenis tak sabar aje.’
Aku seakan-akan macam nak marah.
Bains: ‘Tak boleh Mad. Ladang tu, seperti yang aku cakap, keluarga aku punya. Dan ladang tu tak perlukan aku untuk busybody sibuk tak tentu arah campur tangan. Semua dah cukup kat situ. Setakat pendapatan nak sara satu family, memang tak ada masalah. Yang masalahnya aku ni. Aku ada cita-cita nak buat jalan hidup sendiri. Sesiapa pun dari anggota keluarga tak melarang hasrat aku tu, malahan memberi sokongan. Diaorang cakap, elok kalau aku dah mula terfikir macam tu. Keputusan di tangan aku. Kalau aku nak terus berada di kampung pun diaorang tak larang. Kalau aku nak kejar cita-cita aku sendiri pun diaorang tak kisah. Jadi, berhijrahnya aku kesini memang tak ada apa-apa masalah. Malahan aku bangga sebab aku berjaya dapat kerja ni. Macam-macam tempat aku apply untuk pekerjaan. Bukan dua tiga, tapi puluh. Ada 2-3 syarikat yang terima aku kerja. Sebagai Supervisor, Shift Leader ataupun Assistant. Pening jugak kepala aku nak fikir yang mana satu aku nak terima masa tu sebab gaji yang diaorang offer semuanya dekat-dekat. Elaun pun lebih kurang sama dan akhir sekali, terkejut besar aku bila Syarikat Bersama kata aku lulus temuduga sebagai Pengurus untuk Mini Market yang diaorang baru nak buka. Aku diserahkan surat untuk mendapatkan latihan pengurusan dibawah Encik ArdMad!. Terus aku terima sajalah. Enjoy 7 hari 7 malam sebelum aku di beritahu untuk start tugas pada tarikh sekian, sekian.’
Bains berhenti seketika setelah habis santapan.
Bains: ‘Burpppp!!!…(kenyang). Di sebabkan aku memang dah lama kat ladang, aku bantai bagi penerangan pada mereka yang interview aku tu tentang pengurusan dan hal-ehwal pengendalian ladang. Apa susah, macam makan kacang aja.
Ada seorang penemuduga tu tanya aku tentang pertanian anggur. Macam-macamlah soalan dia tentang anggur. Dari soal penanaman sampai le ke urusan jualan. Dia tanya aku bertalu-talu, sampaikan aku tak sempat nak jawab satu-persatu soalan dia. Dia kata, nanti dulu, aku belum habis soal lagi. Dia nak aku jawab soalan dia yang semua tu dalam bentuk overall (satu jawapan merangkumi semua). Lepas tu bila dia dah habih, aku jawab le: “Kalau encik nak tau jawapan kepada semua soalan encik tadi, encik try le tanam anggur kat belakang rumah encik tu. Kalau pokok tu tumbuh elok, encik duduk kat tempat saya ni biar saya yang interview encik pula.”
Maka semua yang ada kat dalam bilik temuduga tu gelak sakan. Aku dah cakap dah kat diaorang aku buat ladang apa. Apa ka pi tanya soalan pasal anggur?’bains honest interview
Aku: ‘Itu soalan test aje tu. Nak tengok cara hang jawab soalan macam mana.’
Bains: ‘Aku tau.’
Aku: ‘Interview kedua, amacam?’
Bains: ‘Yang kedua keesokkan harinya. Diaorang bagi aku beberapa kertas kerja untuk di jawab dalam bentuk penulisan dan membuat sebuh essei menerangkan mengenai sifat/sikap yang aku ada ‘Mengapa Aku Rasa Aku Layak Pegang Jawatan Ini?’
Dan sebelah petang, aku kena buat sedikit percubaan dalam pengendalian komputer. Diaorang tak nak pada orang yang langsung tak tahu menggunakan komputer dalam mengendalikan urusan kerja. Takde la berat sangat, cuma asas pembelajaran dalam komputer saja, untuk pastikan yang aku ni ada kemajuan dalam perkembangan industri terkini. Semua tu, aku settle, dengan baik aku rasa. Alhamdulillah.’
Kusyuk aku mendengar penerangan Bains. Nampaknya dia ni macam betul-betul berusaha keras untuk mendapatkan jawatan ni. Bersungguh-sungguh. Aku berasa sedikit kagum.
Bains: ‘Yang last, pasal senaman kesihatan. Soal jawab tentang cara nak mengelakkan diri dari terkena penyakit, apa aku kena buat kalau aku dapat sakit macam ni, pasal sistem imunisasi…Mereka nak tahu sejauh mana tahap kesihatan aku dalam persediaan menghadapi segala tekanan yang mungkin timbul akibat dari pekerjaan ni nanti. Diaorang nak tahu aku boleh handle ke atau tidak. Pointnya dekat sini, semua interview tu diaorang tanda mengikut markah. Siapa yang mendapat markah tertinggi, akan berjaya. Masa interview last tu, dimana disertakan dengan sedikit aktiviti latihan senaman fizikal, hanya tinggal 6 orang sahaja. Aku yang berjaya di pilih sebagai Pengurus kat sini, manakala 2 lagi dipilih sebagai Assistant Manager dekat mana-mana cawangan yang Syarikat Bersama ada. Aku tak tahu diaorang dihantar ke mana tapi yang aku tahu, aku di hantar ke sini, tanpa seorang Assistant pun melainkan kau sebagai cikgu.’
Aku: ‘Syabas.’ Aku terus salam tangan Bains.
Aku: ‘Tentang pekerja kau jangan risau. Tempat ni hanya akan start beroperasi setelah kita selesaikan semua perkara. Aku harap jangan lama sangat kita buat persedian dan perancangan. Dari situ nanti, semua hal-ehwal cari pekerja, pasal supplier barangan, perkara yang kau patut buat, semua bawah tanggungan aku. Pastikan kau ambik nota tentang segala yang aku nak ajar kau nanti. Pastikan juga pembelajaran yang kau terima nanti di praktikkan selalu supaya tak kekok dan dapat hafal semua melalui penulisan dan praktikal. Aku nak kedua-duanya sekali. Buat semua yang aku suruh tanpa bantah. Aku nak settle semua cepat. Lepas tu baru kita boleh tahu sama ada kau ni layak ‘comnfirm’ atau pun tidak. Got it? (Faham?)’
Bains: ‘Yes Boss!’
Aku: ‘Kalau macam tu, mari sambung kerja. ‘
Bains: ‘Err, Mad. Sebenarnya, apa kedudukan/posisi kau dalam Syarikat ni? Cuba kau ceritakan serba sedikit tentang interview ke, penglibatan kau dengan orang dalam ke, sesiapa kau kenal dalam Syarikat ni sampai kau boleh sesat kat sini. Story la sikit. Aku teringin nak tahu. Aku nak tahu tentang penglibatan kau dalam syarikat ni, dari kau mula dulu sampai le ke sekarang. Kalau boleh la.’
Aku hanya tersenyum sikit dan kemudian menjawab:
‘You don’t want to know.’
Dan kami berdua terus menyambung kembali aktiviti sebentar tadi sehingga selesai.


dinner with June in her house at Kalistaes park

Malam tu, aku habihkan dinner, makan malam bersama June di kediaman dia, berdua saja selain daripada beberapa orang pembantu rumah yang bertindak sebagai orang gaji di rumah ni.
Kami mengadakan makan malam yang menarik dan romantik, dengan meja di hiasi beberapa batang lilin dan diiringi dengan muzik sentimental classic pop yang slow dan perlahan.
Minuman kami adalah jus anggur yang betul-betul nikmat. Memang betul-betul asli. Mahal ni. Rasa dia, fuh! Membazir kalau nak dijadikan minuman seharian ataupun setiap masa. Sekali-sekala boleh la. Ni mesti tempah pasal aku ni. Kesian la dia ni. Aku hasut dia supaya sama-sama berkongsi tentang kegemaran aku. Err, secara tak sengaja (heh..heh..heh..).
Oh, lupa pulak. Tentang pertemuan di sebuah Pentas Budaya dulu, June telefon aku, dan dari situ aku dijemput untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi hinggalah pada hari ini, aku sedang bersama dengannya di kediamannya, di Taman Kalistaes.
June: ‘So, apa yang menyebabkan you bertugas di sini pula?’
Aku: ‘Business June, campur tanggungjawab tugas.’
June: ‘Maksud you?’
Aku: ‘Syarikat I bukak Mini Market di Perjuangan. Kami sedang target pasaran yang luas dalam industri barangan keperluan. Syarikat I tak pernah ada Mini Market so, ini yang pertama dan kalau ini menjadi, ia adalah sejarah dalam perkembangan yang lebih jauh lagi dalam indiustri baragan keperluan milik syarikat I.’
June: ‘You are the starter?(pemulanya)’
Aku hanya senyum (macho) sedikit sambil mengangguk perlahan dan terus mencucuk steak yang di hidangkan dengan garfu yang disediakan bagi menjamu selera. (Fuhh, sedap betul…atau adakah aku sedang berada dalam keadaan yang sangat lapar?)
June: ‘You mengendalikan urusan yang begitu penting sekali seperti ini. Who are you ArdMad? Sejenis orang yang membuat sejarah? Atau ianya memang sudah menjadi hobi semulajadi you?’
Aku: ‘Sebenarnya, I dah tak larat dah. I tak ambik sebarang deal (urusan) pun dalam beberapa tahun ni melainkan urusan ringan aje. Dan Boss I pun takde nak bagi sebarang urusan pada I selagi I tak mahu.’
June: ‘So, apa yang membuatkan you ambik tugas ni? Jauh pula tu. Bagi I, Errsante dan Perjuangan memang jauh. Jadi kenapa susah-payahkan diri travel jauh-jauh ni? Berdasarkan kepada penerangan you sebentar tadi, you boleh menolak tugas ni kalau you nak.’
Aku: ‘Semata-mata untuk mendapatkan saat-saat macam ni, bersama-sama dengan orang seistimewa you.’
Sambil menuangkan untuk satu lagi pengisian jus anggur yang lazat ke dalam gelas!
June hanya tersenyum cantik. Memerhatikan mata aku yang sedang memandang bermain-main ke dalam anak matanya. She’ buying it (Dia beli tu!).
Awat la meja dia ni panjang sangat? Aku duduk berhadapan dengan June, tetapi di jarak yang masing-masing berada di hujung meja dalam keadaan memanjang. Kalau tak le kerana meja ni, aku tak pasti adakah kelazatan jus anggur sebentar tadi masih wujud atau tidak…
June: ‘Pembantu I baru saja call. Dia kata Segmen Lewat Malam kali ini menjemput Dr.Helmi sebagai hos utama untuk persembahan secara live (langsung) di Dewan 66.6 FM. Atau kita boleh ke sebuah pertunjukan muzik ballad di Stadium Muzikal di bandar? Mana satu pilihan you?’
Aku dah set dah dengan June, lepas habis dinner, kita nak keluar bersama-sama.
Aku: ‘I lebih suka muzik ballad tu.’
June: ‘Ok. Ke sanalah kita.’

Kami berdua bersama dalam sebuah kereta (aku) yang di pandu oleh aku untuk tempat yang di maksudkan. June kelihatan anggun malam ni. Tidak pernah sekalipun aku melihat dia dalam keadaan yang tidak anggun. (Aku teringin nak tengok la!)


bandar perjuangan di malam hari

Bandar Perjuangan sama sekali tidak sama macam Errsante. Bandar ni lebih besar dan lebih sibuk. Lebih ramai penduduk dan lebih banyak aktiviti. Lebih luas. Senang cakap, semuanya lebih lah, termasuk juga kadar jenayahnya.
June: ‘Bagaimana dengan Pengurus baru yang you kena latih tu?Adakah dia ok? Boleh serasi dengan cara you?’
Aku: ‘I rasa, dia seorang yang berkaliber. Dia banyak mempunyai sifat-sifat selamba dalam hidup. Dengan sikap selamba tu dia yakin dalam penentuan hala tuju hidup dia. Memang patut pun dia dapat jawatan tu. Eh, macam mana dengan bisnes Interior Design (Hiasan Dalaman) you tu? Ada apa-apa yang memerlukan bantuan?’
June: ‘Setakat ni, semuanya berjalan lancar. Cuma I yang nak kena luaskan lagi kontek dalam mendapatkan customer. Tapi macam mana pun, buat perlahan-lahanlah. Maksud I, I perlu teliti dan berhati-hati untuk menjadikan bisnes I tu termasuk dalam bisnes jangka panjang, bukan bisnes jangka pendek seperti yang you pernah ceritakan kepada I tidak lama dulu.’ senyum June.
Dia ni cepat belajarlah, aku suka tu.
Aku: ‘Eh June, dah sampai pun.’
Sambil mengadapkan kereta ke tempat parking, aku turun dari kereta dan tolong bukakan pintu untuk June.
June: ‘You ni romantiklah. How sweet.’
Aku terpaksa masuk balik dalam kereta setelah diberitahu oleh pengawal stadium yang tempat dah penuh. Adusss…boring la macam ni. Pemanduan ke sini bukannya dekat, takkan nak balik kot? Spoil la malam penuh gemilang ni kalau macam ni….
June: ‘Bagaimana kalau kita ke Persembahan Dr.Helmi? Tak jauh dari sini.’
Aku setuju dan destinasi terus menghala ke sana pula.

Dr Helmi talk showDr.Helmi: ‘Dalam percintaan memang banyak dugaan. Tapi mari kita ringkaskan saja persoalan ini. Hati seseorang itu, kalau sedang bercinta, memang menjadi lembut bagaikan air yang tenang. Kita sentuh sikit, bergoyanglah permukaannya. Itu belum sentuh banyak lagi. Kalau sentuh banyak-banyak, maka bersiap sedialah untuk tidur menonggeng di malam hari.’
Kelihatan para penonton tergelak dan persembahan telah hampir sejam berlalu, baru aku dan June sampai. Persembahan ni selalunya sejam setengah, so, ada la lebih kurang setengah jam aje lagi dapat aku bersama dengan June dalam dewan ni (bukan dengan Dr.Helmi!).
June: ‘Dr.Helmi tu kacak orangnya ya ArdMad? Dia betul-betul gentleman kan?’ Sengih June suka melihat persembahan tersebut.
Ye la, lantak engkaulah…Kacak mak cak belacak. Aku masa tu sedang slow aje cari cara nak merealisasikan niat romantik aku terhadap June. Memang sesuai dalam dewan ni sebab tempat duduk kami berdua adalah di antara yang paling belakang sekali. Suluhan lampu yang menerangi persembahan tidak berapa kena kat sini. Tu yang membuatkan lagi lantak engkaulah nak pot pet apa pun kat depan tu Dr.Helmi, asalkan jangan kacau tanggungjawab aku kat belakang ni sudah lah…
Dr.Helmi: ‘Alooo, oii, alooo…Yang kat belakang tu.’
Dr.Helmi melangkah laju kepada tempat duduk aku.
Dr.Helmi: ‘Apa pendapat saudara tentang Percintaan yang terjalin dalam urusan perniagaan? Adakah pada masa itu saudara betul-betul ingin melakukan urusan perniagaan ataupun saudara memang sudah sedia maklum bahawa urusan saudara itu adalah bermaksud kepada sebuah percintaan yang memang sudah terlebih dahulu dirancang? Tidak kira apa saja jawapan yang saudara beri, saudara tetap akan mendapat hadiah istimewa malam ini memandangkan saudara telah terpilih sebagai tetamu bertuah untuk mendapat hadiah tersebut.’ Sambil microphone di ajukan kepada aku.
Woi! Woi! Dia ni kacau la!
Aku: ‘Hang nak tahu tak? Aku cakap hang lebih baik tanya aje orang lain.’ dalam nada yang agak marah.
June: ‘ArdMad!’ goyang tangan June kepada lengan aku dengan wajah agak berkerut, menyuruh aku bekerjasama dalam menjawab soalan Dr.Helmi sebentar tadi. Para penonton semuanya sedang fokus ke arah aku.
Aku: ‘Oklah.’ keluh aku. Sebenarnya aku tak ikuti langsung topik dia tadi. Aku cuma dengar bla bla bla bebelan dia aje. Nampaknya jawapan aku kena tibai aje la.
Aku: ‘Selagi segalanya ikhlas dalam menjalinkan hubungan, semuanya takde masalah. Lagipun saat-saat bersama dengan orang tercintalah yang paling berharga. Sebab saat-saat tersebut tidak boleh di beli walaubagaimana tinggi sekalipun kadar harga yang kita buat dalam urusan perniagaan kita.’
June: ‘ArdMad!’ (suara menekan perlahan) sekali lagi June menggoyangkan lengan aku tapi kali ni dengan wajah ekspressi suka.
Dr.Helmi: (Terdiam sebentar). ‘Wow! Nampaknya saudara ni mengikuti rancangan ini dengan penuh perhatian semenjak dari mula lagi nih! Nah, ambil hadiah istimewa ini. Sebuah manuskrip yang di karang oleh seorang Penulis yang aaa, errr, (kelihatan agak keliru) sampai sekarang ni pun kita tidak tahu siapa SEBENARNYA penulis terbabit. Nampaknya, sesetengah orang lebih suka membiarkan persoalan misteri berlaku dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, terima kasih atas jawapan sebentar tadi.’
Selepas menyalam tangan aku, Dr. Helmi berlalu untuk kembali ke atas pentas bagi syarahan seterusnya dalam menghiburkan para hadirin.
Di tangan aku ada sebuah buku kini…yang bertajuk: Fantasi Romantik – Edisi Khas Perbuat Semula. Macam mana la buku macam ni pun boleh ada sambutan sampai terbit edisi khas?
June: ‘Show dah nak habis. I harap you sudi hantar I pulang sekarang.’
Awww…kita baru aje nak bermula June. Dah nak balik?
June: ‘Iya lah…takkan nak duduk berdua saja dalam dewan ni? Semua orang dah nak beransur tu ArdMad.’ kata June perlahan sambil terus bangun dari tempat duduknya.
Aku tak bangun. Muka aku masam aje duduk dengan lutut tersandar pada bahagian belakang kerusi di hadapan. June nak keluar tak boleh. Kaki aku menghalang.
June: ‘ArdMad!’ sekali lagi June terpaksa menekan suara dia (nada perlahan) untuk mengajak aku keluar jugak.
Hishh!!! Aku terus bangun dan mempersilakan June untuk bersama-sama untuk kembali masuk dalam kereta di parking lot.

Aku: ‘Terima kasih June. I betul-betul menghargai masa yang you sudi luangkan untuk bersama.’
Kata-kata tu aku ucapkan sebaik saja kami sampai semula ke perkarangan kediaman June.
Aku: ‘Take care. Kita jumpa lagi. Jangan tahan diri tu kalau terasa nak call. I sentiasa menunggu panggilan you, 24 hours!’
Sambil melihat aku melalui bahagian tingkap yang terbuka di kereta aku, June beri respon:
‘Bye. Jumpa lagi. Opsss…boleh pinjamkan I buku yang you dapat tadi?’
Aku: ‘Ambik la. Jangan risau fikir samaada nak pulangkannya balik atau tidak.’
June: ‘Ok, bye.’


******

Note: Looking for Bab #3? – Klik Sini

Novel Perjuangan d’ Ersante – Bab 3

Thursday, April 21st, 2011

Perjuangan d’ Ersante – Bab 3

Bab 2? – Klik Sini


tapak komputer bersama

Selepas tamat meninjau struktur pembinaan di bangunan Komputer Bersama, dan juga selepas habis membuat sedikit kertas kerja berkenaan dengan projek tersebut, malam tu aku lepak di Gerai Drebar Lori bersama dengan Rizz1 – Rizz1 yang sudah lama tidak memunculkan diri sejak empat tahun lepas akibat dari sibuk dengan kehidupan peribadi di Bandar Perjuangan. Entah apa mood dia, kali ni balik dia kontek aku. Dia kata dia nak jumpa aku di Gerai Drebar Lori ni jadi; disinilah aku seperti yang dijanjikan.

Rizz1: ‘Aku dah berhenti kerja.’
Aku dah agak dah. Kalau raut wajah yang seumpama tu, memang sah berkaitan dengan kerja dan kewangan kerana sesungguhnya kekerutan sebentar tadi sedikit pun tidak melambangkan bahwasanya yang dia ni sedang mengadapi masalah pompuan.
Rizz1: ‘Tapi Mad,aku dah buat segala perancangan sebelum kaki aku melangkah kembali ke Tanah Air kita ni….’ Katanya pantas.
Aku: ‘Seperti?’
Rizz1: ‘Plan nak mulakan karier dekat sini.’
Aku: ‘Ohh, c’mon! Karier apa hang nak buat?’ kataku seakan-akan kurang bersetuju dengan keputusan dia ni.
Rizz1: ‘Karier di bidang Publishing. Maknanya, aku nak terlibat dalam industri Penerbitan.’
Aku: ‘What???’
Rizz1: ‘Ya!. Aku dah fikirkannya masak-masak dan aku memang nak ceburi bidang tu.’
Aku: ‘Apa yang merasuk hang nak buat kerjaya tu? Berterus-terang aje dengan aku.’
Rizz1: ‘Selama di Perjuangan, aku kerja dekat Kedai Buku, untuk pengetahuan hang! Aku bermula sebagai seorang Penolong Jualan dan selama setahun aku bersabar, pengurus kedai tu kata aku ada potensi nak terus maju. Dan dari situ aku kerja bagai nak rak bila aku berjaya dinaikkan pangkat kepada Supervisor. Setahun lebih aku pegang jawatan tu dengan penuh dedikasi. Dalam pada tu, aku kaji, pasaran untuk penjualan dan penghasilan buku sebenarnya adalah luas dan tak mati…maksud aku ini adalah salah satu di antara perniagaan yang sentiasa bergerak, selagi kita tahu cara nak mengendalikannya serta menghangatkannya.’
Aku: ‘Ok.Ok. Takkan hang nak bukak kedai buku kot?’
Rizz1: ‘Bukan.’
Aku: ‘Habih tu?’
Rizz1: ‘Aku nak bermula sebagai seorang Penulis.’
Rizz1 terdiam sebentar, menghirup kopi yang di pesan tadi sebentar manakala aku masih menjadi seorang pendengar yang prihatin.
Rizz1: ‘Sejak berada kat Bandar Perjuangan tu serta pengalaman di kedai buku yang aku kerja sampaikan korang langsung tak dengar khabar tentang aku, aku dapat macam-macam idea dan kreativiti. Aku kutip semua pengalaman yang perlu. Tentang masalah kehidupan, peribadi, aktiviti sosial, tatacara perniagaan, semua. Aku kumpulkan semua pengalaman dalam membina sebuah keyakinan untuk akhirnya merealisasikan cita-cita aku sebagai seseorang yang berkerjaya sendiri! Aku tak kira berapa lama masa yang akan di ambil tetapi, aku tetap nak realisasikan cita-cita aku jugak.’
Aku banyak terdiam mendengar apa yang diperkatakan Rizz1 sambil sekali-sekala menarik nafas panjang.
Aku: ‘Kalau tak berjaya macam mana? Mintak maaf sebab ini adalah sebuah soalan realiti yang ada kemungkinannya. Hang boleh jawap soalan aku tu?’
Rizz1: ‘Alaa…Apa susah? Mintak aje kerja dengan hang, Ayie ke? Heh..heh..heh…lepas tu kahwin dan lupakan aje semua cita-cita sebaik aje ada kerja tetap.’
Aku dan Rizz1 berpandangan antara satu sama lain seketika sambil kali ni aku pulak yang menghirup kopi manakala dia tengah duduk rileks dengan menghisap rokok. Di wajahnya terukir sengihan yang agak kurang selesa dengan pemberian jawapan sebentar tadi.
Aku: ‘Hang tak nak macam tu.’
Rizz1: ‘Ye, hang betul.’ jawabnya pantas.
Aku: ‘Aku bukannya nak melemahkan semangat hang tapi, ini adalah kehidupan hang. Sekalipun aku atau Ayie berupaya sebagai backup sekiranya sebarang kemungkinan yang aku cakap sebentar tadi berlaku, tentu sekali ianya tak bermakna sama sekali buat hang, sebab masa tu hang dah kehilangan sebuah business yang menjadi tunggak utama dalam kehidupan hang. Hang sanggup nak hadapi semua tu?’

Gerai Drebar LoriRizz1 diam sebentar. Berfikir tentang soalan maut aku tu. Memang benar, melalui sejarah pengalaman silam aku, andaikata seseorang yang bukak bisnes dan akhirnya tak berjaya, ada kemungkinan semangat dia patah terus dan juga kemungkinan semangat tu dah tak hidup dah. Dan bila semangat tu dah tak hidup, orang tersebut mula akan mencari sebuah pekerjaan tetap atau kecil-kecilan sebagai perkara untuk menjalani kehidupan seterusnya. Bermaknanya di situ, individu terbabit dah mula menjalani proses perubahan, perubahan setelah menjalani sebuah kehilangan besar dalam hidup. Ingat apa yang aku catit dalam nota peribadi aku? Alamak! Aku tak nak sahabat aku sorang ni jadi macam tu!
Aku: ‘Rizz1, hang kerja dengan aku ajelah. Lagipun aku tengah buat projek baru ni…’
Rizz1: ‘Ho..ho..ho…kejap, kejap. Ini bukan pasal risau takde kerja. Ini pasal minat yang mendalam Mad. Kalau aku balik sini semata-mata nak kerja, baik tak payah. Kerja aku dekat kedai buku tu pun dah cukup terjamin. Ini pasal cita-cita, pasal impian, harapan. Harapan untuk menjadi seseorang yang memang benar-benar aku ingin ‘jadi’ selama ni. Hang faham tak? Semua ni bukan kerana wang atau bimbang tentang kejaminan masa depan, tapi ianya adalah kerana sebuah kehidupan yang dalam setiap diri manusia, tentu sekali mempunyai perasaan sebegini. Perasaan untuk merealisasikan sebuah cita-cita, impian dan harapan untuk diri sendiri.’

Aku sekali lagi menarik nafas panjang mendengar penjelasan yang dihuraikan secara sah oleh Rizzi sebentar tadi. Aku terpaksa menyalakan sebatang rokok jua akhirnya….
Rizz1: ‘Mad, kenapa dengan hang ni? Hang sedar tak, sebaik saja kaki aku melangkah ke Errsante ni, orang pertama yang aku jumpa adalah hang. Aku belum balik rumah lagi ni. Selalunya hang le pemberi semangat dalam mengejar segala-galanya…Semangat dalam mengejar impian, harapan dan kejayaan. Apa yang tak kena ni Mad? Hang dah lupa ke?’
Aku terdiam seketika.
Aku: ‘Takde apa.’
Rizz1: ‘Kalau hang ada masalah, hang boleh story pada aku. It’s ok. Lagipun kita ni sahabat karib.’
Aku: ‘Aku cuma letih. Sejak akhir-akhir ni, aku banyak pikir pasal kerja. Lepas tu, secara tak sengaja aku terbimbang pasal hang. Aku bimbang tentang keselamatan diri hang.’
Rizz1: ‘Rileks Mad. Aku tahu apa aku buat. Aku yakin dengan perjalanan hidup aku. Lagipun, aku nak mula secara kecil-kecilan dan perlahan-lahan. Tak perlu tergesa-gesa dalam memastikan kejayaan.’
Selepas mendengar rangkap terakhir tu, hati aku jadi lega kejap.
Aku: ‘Bila hang nak start kerjaya hang ni?’
Rizz1: ‘Aku nak berehat dua tiga hari dengan family aku, lepas tu baru aku start. Aku dah kumpulkan segala modal untuk memulakan perniagaan aku. Dan Mad, ada satu pertolongan daripada hang aku nak mintak.’
Aku: ‘Apa?’
Rizz1: ‘Aku nak sedikit bahagian dalam ofis hang. Aku perlukan sebuah suasana kepejabatan untuk memulakan segalanya dengan baik. Aku kalau boleh tak nak libatkan urusan kerja dekat rumah lagipun hang tahu le…kalau semuanya asyik kat rumah, boleh beku otak di buatnya. Jangan risau, aku hanya tumpang sebentar aje. Lepas aku dah stabil sikit, aku cari le tempat lain. Boleh kan?’
Hmmm…Apa lagi aku nak jawab selain boleh?
Rizz1: ‘Terima kasih Mad. Semangat habih ni!’
Mungkin aku banyak fikir yang bukan-bukan. Sepatutnya aku memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada individu yang macam dia.
Rizz1: ‘Mad, Brother kita tu apa khabar sekarang? Apa cerita dia?’
Aku: ‘Ray? Dia biasa la, bekerja keras. Tekun dan dasyat sampai sekarang ni, jawatan dia Station Manager di Syarikat Penerbangan Airwarna cawangan Errsante ni.’
Rizz1: ‘Foooh, hebat tu. Betul la cakap hang, biasa la Brother kita tu.’
Aku: ‘Hah. Dia ada ajak aku cari hang kat Perjuangan. Dah sah dia terkejut habis nanti bila tengok hang tiba-tiba dah bermastautin semula kat sini.’
Lepas tu, kami mula bersembang pasal perkara-perkara seharian, sehinggalah
Rizz1: ‘Mad, hantar aku balik boleh?…’


hantar Rizz1 balik

Sekembalinya ke rumah, aku memikirkan kembali perbualan aku dengan Rizz1 sebentar tadi. Tentang topik ‘semangat’ yang muncul secara tiba-tiba. Terus aje aku switch ‘on’ komputer peribadi dalam bilik dan…

Pembicaraan Tentang Kehidupan

“Sebagai seorang insan mahupun individu – mempunyai semangat dalam diri masing-masing. Semangat tersebut muncul secara semulajadi sejak dilahirkan lagi. Dan apabila insan itu membesar dan terus membesar, maka akan semakin jelas-lah ke manakah semangat itu membawanya. Mana yang lebih? Semangat ke-arah kekeluargaan, pekerjaan, cita-cita, perniagaan atau percintaan? Tidak semua yang berjaya menguasai semua perkara dengan semangat yang ada. Semangat mudah hilang, apabila secara tak langsung, insan itu diserangi oleh pelbagai dugaan dalam perjalanan hidup.”

Lama juga aku merenung skrin komputer tersebut yang juga bertindak sebagai lampu yang menerangi kegelapan bilik aku malam ini. Sejenak dari itu, aku di bawa kepada sebuah kisah…Sebuah kisah yang berlaku tidak beberapa lama dahulu, masa aku ditugaskan ke Bandar Perjuangan bagi mengendalikan sebuah urusan….


*** ——— ***

Novel Perjuangan d’ Ersante Bab 2

Thursday, April 14th, 2011

Perjuangan d’ Ersante – Bab 2

Bab 1? – Klik Sini


morning

‘Pembicaraan Tentang Kehidupan’. Pagi tu, sedang berada di dalam bilik ofis, aku memasukkan topik tersebut ke dalam komputer peribadi aku.

“Suatu kehilangan di dalam sesebuah kehidupan, akan membuatkan peribadi seseorang itu secara automatik berubah – perlahan-lahan. Kehilangan yang dimaksudkan: kehilangan orang yang di kasihi…Tidak kiralah orang tersebut ada pertalian darah atau sekadar kekasih mahupun kawan, akan tetap dirasai…Perasaan yang mengalami ‘rasa’ tersebut telah mendorong seseorang itu berubah – contoh: andaikata selama ini dia seorang yang ceria, dalam sedar tak sedar; kini dia seorang pendiam pula. Bagi insan yang tidak mengalami ‘rasa’ mendalam, mungkin tiada masalah. Tetapi; bagi insan yang mempunyai perasaan dan hati yang mendalam, yang penuh dengan istilah kasih dan sayang, mahu atau tidak, akan terpaksa akur jua pada ketentuan takdir tersebut. Terpaksa tabah dan berlatih merelakan hati. Tidak mudah menggantikan sesseorang yang kita cintai dan sayangi, dengan orang lain begitu saja. Sesungguhnya kehilangan jiwa itu ada kaitan di antara manusia dengan manusia. Setiap manusia mempunyai hati dan perasaan dan tidak mudah perasaan itu terhapus begitu saja….andaikata perasaan itu wujud secara ikhlas dan rela…”

‘Encik ArdMad. Boss nak jumpa, di Capuccino Coffee House pukul 9 malam ni.’ Sapaan itu datangnya daripada pembantu aku, juga merangkap seorang sekretari di pejabat aku, Azzurine.
Azzurine: ‘Apa yang awak tulis tu? Sejak dari tadi saya tengok tumpuan awak begitu serius.’
Aku: ‘Tak ada apa-apa. Cuma beberapa catitan peribadi. Berguna untuk renungan semasa.’
Azzurine: ‘Boleh saya baca?’
Aku: ‘Boleh.’
Aku membenarkan Azzurine mengambil tempat di kerusi aku untuk membaca.
Aku: ‘Azzurine, saya nak keluar sekarang. Ada apa-apa lagi sebelum saya pergi?’
Azzurine menggeleng kepala dan aku melangkah keluar meninggalkan pejabat.

Boss: ‘Mad, dah lama benor dah aku tak tengok muka hang tu ada terukir wajah happy. C’mon la, apasal ni?’
Aku: ‘Takde apa Boss. Cuma sedikit keletihan setelah banyak mengendalikan urusan kerja.’
Boss: ‘Tu, muka hang tu, berjambang tak pasai-pasai. Jangan nak beritahu aku ni imej terbaru hang. Kita bukan baru kenal.’
Ye lah Boss. Cakap bohong pun tak guna.
Aku: ‘Boss, kita ada masalah besar…’
Boss: ‘Besar mana?’
Aku: ‘Besar jugak. Cukup untuk buatkan kita berdua dapat sakit kepala yang amat sangat.’
Boss: ‘Opss…Kalau macam tu, kita bincang lepas aku balik nanti.’
Aku: ‘Boss, penting ni…’
Boss: ‘Tu pasal lah bila aku balik nanti baru kita sembang. Masa tu baru aku boleh tumpukan konsentrasi sepenuhnya. Okay? Lagipun, hang ArdMadlah! Masalah boleh settle punya. Tolong ye Mad? Kalau aku bawak masalah kerja berjalan, habih lah…nanti spoil pulak mood dengan anak isteri.’
Hmmm…Ikut suka Bosslah. Tadi dia jugak yang beriya-iya nak tahu.
Aku: ‘Boss, Encik Elmand selaku pengurus utama projek ‘Komputer Bersama’ dah inform (beritahu) kepada saya yang segala pembinaan dan hiasan kedai kita tu dah hampir siap. Saya take over (ambik alih) sekaranglah.’
Boss: ‘Suka hati hanglah, tapi…’
Boss berhenti seketika untuk menghirup kopi yang di pesannya.
Boss: ‘Apasal hang tiba-tiba terfikir nak ambil projek tu? Selalunya hang le orang paling pemalas yang pernah aku kenali dekat atas muka bumi ni.’
Boss tersenyum selepas mengeluarkan pernyataan itu.
Aku: ‘Anggap saja ombak ada pasang surutnya. Sekarang ni semangat bekerja saya tengah naik. Boss jangan cuba nak padamkan pulak.’
Boss: ‘Kalau begitu, terpulang pada hanglah. Tapi tujuan utama aku jemput hang ke sini adalah sebab aku perlukan bantuan hang.’
Aku: ‘Namakan bantuan tersebut.’
Boss: ‘Mr. Kenny nak aku beri penerangan tentang projek pengendalian ‘Stesen Minyak Rangkaian Berkembar 4’ yang aku cadangkan tu. Memandangkan dia tiba ke Errsante ni tak tepat pada waktunya, iaitu waktu aku nak habihkan masa istimewa bersama er…’
Hah. Apahal lak ni? Kelihatan Boss menghirup kopi sambil tersengih mengada sedikit.
Boss: ‘Bersama orang tersayang la….kacau betul dia tu. Aku ada suruh dia buat temujanji dengan aku hari lain tapi kau paham la Businessman ni. Kalau tak buat ikut jadual, entah bila le pulak nak buatnya…Sekarang, jadual dia lain, jadual aku lain. Tu yang buat waktu jadi bertentangan.’
Aku: ‘Jadi, kenapa nak bersusah payah kerana Mr.Kenny ni?’
Boss: ‘Eh, kau jangan Mad. Mr.Kenny tu salah seorang daripada orang penting yang nak melabur dalam projek tu. Kerjasama daripada orang macam dia penting untuk promosi sebelum projek di lancarkan nanti.’
Aku: ‘So, this is a business matter la? Tak lebih daripada tu?’
Boss: ‘Ya! Tapi kau tau la Mad, isteri aku tu…Aku dah janji nak habihkan masa bersama-sama, termasuk le anak aku yang masih kecik tu. Lagipun, aku dah lama sibuk. Sebarang pembatalan di saat-saat akhir akan mengakibatkan:

no to smoking‘AWAS! Merokok Membahayakan Kesihatan! Pesanan ini dibawakan khas oleh Senorita!’

Kami sama-sama menyebut ayat tersebut kuat-kuat sambil tersenyum suka di bibir masing-masing. Kelihatan pelanggan lain berpaling melihat ke arah kami kerana memecah kesunyian. Opss…sorry.
Aku: ‘Yer la Boss, banyak masalah, banyak le merokok. Susah betul nak buang tabiat tu. Apasal ha?’
Boss: ‘Aku dah beransur-ansur berjaya kurangkan merokok. Aku harap tabiat ni akan berterusan sampai ke tahap maksimum.’
Aku: ‘Baiklah, pusing ikut mana pun kita tak mahu sebarang masalah. Boss jangan cakap banyak dah. Letakkan aje alamat si Kenny tu atas meja dan anggap aje semua dah settle.’
Boss: ‘Terpaksa berangkat sekarang. Kena berhenti kat Erssante Parade kejap, nak beli CD Senaman Kesihatan Bersama Dr.Helmi.
Dan kami berdua beredar meninggalkan perkarangan tersebut.


banglo en kenny

‘Tolong tunggu sebentar, Encik Kenny akan bersedia dalam beberapa minit lagi,’ kata seorang pelayan yang bekerja di banglo mewah ini. Pada pagi yang di janjikan, aku tiba di kediaman sementara Encik Kenny yang terletak di Bandar Errsante ini. Encik Kenny sedang mandi sekarang, jadi sementara menunggu tu, aku habiskan masa dengan meminum minuman yang di sediakan sambil membaca sebuah ‘magazine’ yang terdapat di meja ruang tamu di sini.

Encik Khalili: ‘Oh, awaklah cikgu muzik yang anak saya sebut-sebutkan tu?’
Masa tu, Encik Khalili sedang menuruni tangga sementara aku sedang duduk membaca magazine di sofa ruang tamu utama.
Aku: ‘Err, ye saya. Saya datang ke sini atas jemputan anak Pakcik.’
Encik Khalili kemudian menyuruh pelayan yang bekerja di sini menyiapkan sedikit biskut dan kopi yang tak begitu manis, tak begitu tawar.
Encik Khalili: ‘Tapi, setahu saya lah, susah nak cari orang yang betul-betul boleh sepadan dengan kehendak naluri muzik hati anak saya. Dia punya minat ada sedikit err…’
Aku: ‘Lain macam?’
Encik Khalili: ‘Begitulah lebih kurang. Kalau dia minat pada sesebuah lagu, dia akan tangkap maksud lagu tu sampaikan lagu tu akan menjadi salah satu bahagian dalam hidup dia. Pelik sikit tau.’
Hmmm…bermakna konsentrasi dia tinggi menghayati sesuatu perkara.
Aku: ‘Maka dengan sebab itulah saya le orang pertama dan terakhir yang pakcik akan dapati, menjejaki rumah pakcik ni sebagai cikgu muzik kepada anak Pakcik.’
Dan suasana di ruang tamu tu di hiasi dengan gelak ketawa sebentar, dan gelak ketawa itu di hentikan dengan:

‘Father, boleh saya keluar dengan ArdMad sebentar? Saya nak buat liputan tentang beberapa perkara.’

Kelihatan anak encik Khalili, sudah bersiap dengan berpakaian kemas iaitu baju kurung ketat, berwarna merah gelap berkilat di sepadankan dengan sepatu dan beg tangan berwarna hitam. Cermin mata aku (bukan spek mata hitam, tetapi cermin mata ada power untuk orang yang tak beberapa jelas penglihatan jarak jauh dia) seakan-akan nak terjatuh melihatkan Junenydah selaku anak Encik Khalili itu dengan rambut basah selepas mandinya dan imej kemas yang pasti membuatkan aku rasa bangga bila berjalan keluar town dengan orang macam ni.
Encik Khalili: ‘Oh silakan. Have a nice time dan pastikan ArdMad cikgu muzik kita ni di beri layanan istimewa….’
Sambil tersengih mengada-ngada Encik Khalili berkata begitu dan mempersilakan aku untuk keluar bersama dengan June, terus ke dalam kereta yang aku parking di luar pintu pagar rumah ni.

‘Sorry la Encik ArdMad. Buat you ni tertunggu-tunggu pula.’
Kedengaran suatu suara menyapa aku dengan tiba-tiba, dimana masa tu Encik Kenny sedang berada di atas anak tangga menurun ke bawah.
Aku: ‘Oh, it’s okay.’ tersentak aku dari lamunan.
Encik Kenny dan aku kemudiannya terus kepada maksud tujuan utama pertemuan, iaitu tentang projek Boss yang dinamakan dengan ‘Rangkaian Stesen Minyak Berkembar 4’.

Aku beritahu kepada Encik Kenny, yang bahawasanya Stesen Minyak Bersama memang salah sebuah stesen minyak yang sedang menempuh nama sekarang ni. Aku beritahu dia pelbagai-bagai kemudahan dan pembaharuan sedang di usahakan di Stesen Minyak Rangkaian ‘Bersama’ jadi tidak perlulah dia ragu-ragu untuk membuat pelaburan di dalam projek besar yang diusulkan ni. Projek ini akan di tempatkan di Lebuhraya Kilometer 3. Lokasi tersebut telah dipilih untuk menjadi salah sebuah tempat perhentian. Masih dalam status pembinaan dan stesen minyak ini termasuk dalam salah satu struktur pembinaan yang akan di tempatkan di situ. Dua stesen minyak di sebelah Timur dan dua lagi di sebelah Barat lebuhraya. Kiranya, kerajaan telah memilih perhentian ini untuk di jadikan perhentian paling maju dan sibuk dalam kawasan lebuhraya dalam rangkaian Errsante. Aku beritahu dia bahawa di setiap cawangan Stesen Minyak Bersama, akan di sediakan sebuah restoran francais yang akan bersambung dengan stesen. Bermakna, ada empat restoran francais berlainan jenama. Aku juga menunjukkan reka bentuk yang di cipta khas bagi memenuhi keinginan kecantikan kawasan dan rekabentuk struktur Stesen Minyak tersebut.

Kelihatan Encik Kenny agak impress (kagum) dengan usul yang di bentangkan dan aku menguatkan lagi usul tersebut dengan mencadangkan supaya ada seorang Guidance (Penunjuk) yang akan membawa Encik Kenny ke tempat-tempat yang berkenaan bagi mengukuhkan lagi keyakinan dia untuk melabur di dalam projek tersebut.

Aku: ‘Sekiranya semua berjalan lancar, keahlian Encik Kenny di setiap kelab-kelab akan menjadi bertambah kukuh dan para pelanggan utama Encik Kenny akan lebih bertambah bangga denga pencapaian Encik Kenny kerana terlibat dengan projek penting dan terkenal ni.’
Kira panjang lebar jugak le aku memberi penerangan. Fuhh…letih.
Encik Kenny: ‘Bernas sekali. I know your Boss. Dia memang salah seorang yang terkenal di Errsante ini. Lagipun, kalau tak kerana jemputan daripada dia, saya tak mungkin dapat bahagian untuk bersama-sama dalam projek ni.’
Aku: ‘Maksud Encik Kenny, Boss yang jemput Encik Kenny?’ kataku kehairanan sedikit.
Encik Kenny: ‘Ya. Terlalu banyak pelabur lain mahu ambil bahagian tapi saya bernasib baik kerana terpilih. Lagipun saya dengan dia kawan di Universiti semasa belajar dulu.’
Sekejap, kalau dah begitu, rupa-rupanya penerangan panjang lebar aku tadi membuang air liur aje le ye tak?
Encik Kenny: ‘Sorry. Saya terlalu seronok dengan projek ni sehingga saya tak kisah berapa banyak kali sekalipun mendengar mengenainya.’

Lantaklah. Lagipun yang salahnya aku. Terlalu bersungguh-sungguh sangat bagi segala macam penerangan sampai letih rasanya. Kiranya kehadiran aku kesini sebenarnya semata-mata untuk memberi penerangan ringkas tentang projek tu aje, iaitu memberitahu tentang perkembangan terkini mengenai kegiatan yang dijalankan. Dia terpaksa tahu mengenainya dari masa ke semasa. Tak payah nak iklan-iklankan lagi dah! Ciss! Malu aku rasanya.
Aku: ‘Anyhow, selamat berjaya dalam urusan seharian. Saya mintak diri dulu.’
Aku kembali memperlihatkan sikap jual mahal seperti biasa dan terus melangkah ke dalam kereta dan beredar dari banglo mewah tersebut.

lokasi projek Komputer BersamaDari situ, aku terus ke lokasi projek Komputer Bersama yang aku sudah mula ambil alih hari ini. Kawasan bangunannya strategik, sebaik saja aku memberhentikan kereta dan melihat kawasan persekitaran di mana lot kedai Komputer Bersama di tempatkan. Lot kedai ini ditempatkan di bahagian paling tepi sekali bangunan (dimana kedainya takde le besar manapun, cuma ianya sudah diubahsuai bagi memenuhi citarasa syarikat dan pelanggan) dan sekitaran adalah kawasan pantai tempat orang-ramai bersantai. Pada penelitian aku, kawasan ni memang penuh dengan segala macam manusia pada waktu siangnya. Di antara waktu paling sibuk adalah tengah hari, semasa para-pekerja di sekitaran mengambil waktu untuk berehat.
Boss memang pandai pilih tempat, memang best. Best la sebab orang banyak duit. Dah le banyak duit, banyak ‘line’ pulak tu. Tiada apa le yang nak di hairankan kalau dapat tempat sebegini best walaupun ia hanyalah sebuah lot kedai biasa. Yang mahalnya bagaimana nak dapatkan lot kedai di kedudukan sebegini!

Melangkah masuk kedalam kedai ni, semuanya sudah lengkap dengan segala peralatan kepejabatan basicnya(permulaan). Pejabat peribadi aku dekat tingkat dua, memandangkan bangunan ni mempunyai dua tingkat. Aku terus ke bilik ofis aku dan duduk di atas kerusi pengurus yang terdapat di sini. Melihat kepada pandangan luarnya, aku dapat lihat keindahan laut dan pantainya.

Sebenarnya, aku nak terlibat dalam projek ni, adalah kerana aku nak sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Aku saja, sebab sejak akhir-akhir ini aku dibuai suatu perasaan yang amat mencengkam jiwa. Aku nak cuba halang perasaan tersebut dengan mengalihkan penghayatan aku kepada perkara lain, sedaya termampu walaupun aku tahu perasaan itu sentiasa mencari masa untuk menyerang aku di setiap ketika. Aku tersandar di kerusi dan kemudiannya lamunan membawa aku kepada sebuah kisah…


imbasan pertemuan dgn June

Masa tu, aku sedang menghadiri sebuah pementasan teater di Bandar Perjuangan yang dijayakan oleh beberapa tokoh artis tempatan. Aku diajak oleh seorang kawan yang bekerja sebagai jurukamera belakang tadbir yang berjaya mendapat bahagian dalam urusan krew pementasan tersebut.
Semasa duduk di kerusi panggung itu, aku terpegun melihat sebuah wajah…wajah yang naik ke pentas setelah tamat pementasan untuk menyampaikan cenderahati kepada para peserta pementasan. Dalam banyak-banyak manusia pada waktu tu, aku dapati dia adalah yang tercantik sekali, mengalahkan semua para hadirin yang lain termasuk juga para pelakon yang terlibat. Dia sungguh jelita, begitu anggun sekali menaiki pentas bersama para pembantu di sekeliling bagi menyampaikan hadiah. Dia adalah Junenydah.

Nampaknya, dia orang penting di sini. Aku terpaku di sebalik cermin mata melihat keanggunannya. Tangan aku diletakkan di bawah dagu menandakan betapa asyiknya aku memerhatikan keindahan miliknya. Tak sangka pulak aku akan berjumpa dengan dia di sini. Setelah begitu lama senyap sunyi tanpa khabar berita, takdir telah mempertemukan aku semula dengannya di majlis indah ini.

Aku: ‘Apa khabar?’ perjumpaan semula dgn June
Sapa aku padanya setelah pementasan berakhir. Semua hadirin masa itu sedang berada di luar dewan menjamu selera makan minum yang dihidangkan.
June: ‘Khabar baik.’
Kelihatan June memperhatikan aku seketika, cuba-cuba meneka adakah dia kenal dengan orang yang menyapanya ini.
Aku: ‘Kita pernah berjumpa tidak lama dulu, di Bandar Arena. Masa tu awak sedang cuti semester bersama dengan bapa awak…Ingat?’
June masih membuat reaksi wajah macam nak tangkap balik memori. Yer la…orang sibuk le katakan. Mana le nak ingat sangat orang macam aku ni.
June: ‘Ohhh, ye…ye…Siapa nama?’
Aku: ‘ArdMad. Saya masih ingat awak lagi.’
June: ‘So, lama tak jumpa dan…LAMA TAK KONTEK?’
Macam geram aje? Adakah ini bermakna dia begitu ingat kepada aku? Adakah ini juga tanda bahawa dia sentiasa ternanti-nantikan panggilan dari aku tanpa jangkaan aku?
Sambil menggaru-garukan kepala di bahagian belakang aku balas,
Aku: ‘Err…ada kontek tapi asyik line busy aje memanjang, camna?’ (heh…heh…heh…)
June: ‘YE KE? Apa nombor yang awak dail tu?’
Dah sah, dia ingat betul la tu.
Aku: ‘June, saya tahu awak busy, tapi adakah awak sudi kalau saya teringin untuk menjemput awak untuk makan malam bersama, memandangkan saya dah ada disini?’
No. telefon dia aku dah hilang!
June: ‘Mmmm…’ Seolah-olah berfikir sejenak.
June: ‘You call me first lah. Macammana?’
Aduss! Dia memang bijak! Aku sepatutnya dah tahu!
Aku: ‘Please June. Saya betul-betul mintak maaf sebab kad yang awak beri saya dulu, saya tertinggal di hometown (kampung halaman). Saya tak sangka perjalanan ke sini untuk memenuhi undangan ini, akan membawa kepada pertemuan kita semula.’
June: ‘Jadi, awak tidak pernah terfikir akan bertemu saya semula? Begitu?’
Aku: ‘Bukan saya tak fikir, tapi apa yang saya fikir adalah, orang cantik seperti awak, kemungkinan menjadikan orang seperti saya ni macam semut…’
June: ‘Okay, okay. Cukup tu.’
Alamak. Dia marah le.
June: ‘Macam nilah, awak beri no. handphone awak pada saya. SAYA yang akan kontek awak.’
Aku: ‘Tapi, betul ke June nak kontek ni? June tak kontek teruk le saya.’
June: ‘Terpulang.’
Memberikan no.handphone aku pada June, dia menyimpannya ke dalam handsetnya.
June: ‘Ok.’ sambil jarinya menekan-nekan handset yang dimilikinya.
June: ‘I got your number. Nampaknya, kena pergi sekarang. Kawan-kawan I dah tunggu dalam kereta tu.’
Aku: ‘June. Please kontek June. Please?!’ kataku kegelisahan sambil June tersenyum jelita melangkah masuk ke dalam kereta kawannya dan terus beredar dari kawasan tersebut.


*** ——— ***

Nota: Di dalam novel ni ada 3 bandar terlibat iaitu: Bandar Ersante, Bandar Perjuangan (bandar utama – terbesar) dan Bandar Arena. Walaupun ada bandar2 lain lagi, tapi hanya 3 ni sahaja yang penting.

Novel Untuk Pembaca – Tanda Penghargaan

Monday, April 11th, 2011

Perjuangan d’ Ersante – Bab 1



Junenydah: ‘Eh, tak sangka you ni gatal sungguh ye?’ Kelihatan Junenydah terkejut, akibat tak sangka yang ArdMad dari tadi sampai sekarang asyik dengan ayat power, tiba-tiba pantas membuat langkah drastik menggeletek-geletek pinggang June.
ArdMad: ‘Gatal TETAP ada banyak tempat! Khih..khih…khih..khih.’

Dan adegan geletek-menggeletek yang tak terhingga itu menyebabkan kedua-duanya tergelincir dari batu yang dijadikan tempat bersantai, jatuh ke dalam kesejukan air terjun di bawah.
Di situ tidak ramai orang, tetapi hanya ada beberapa pasangan saja memandangkan tempat yang dipilih amat romantik sekali. Susunan batu-batu besar yang sistematik dan sudut ketenangan serta keteduhan yang dihiasi oleh banyak pokok memberikan kenyamanan udara yang segar. Beberapa pasangan lain yang secara tak sengaja perhatikan kebahagiaan tadi, turut sama ingin meniru langkah yang digunakan oleh hero terhadap heroine sebentar tadi. Lalu selepas beberapa minit, kedengaran satu lagi perkara terjatuh ke dalam air, tergelincir sepertimana tadi.

BUSHHHHHHH!!!!!

‘Woi!! Awak ni! Apa tolak-tolak orang masuk dalam air ni??!!! Tak beradab ke? Habih basah lenjun saya ni awak tau tak??!!!’
Kelihatan muka mamat berkulit gelap tersengih-sengih malu setelah di maki oleh barangkali aweknya yang ditolak jatuh kedalam air.

JuneNyDah: ‘ArdMad, apasal awek dia marah dia buat macam tu?’
ArdMad: ‘Maunya tak marah. Orang kalau nak buat macam tu, ayat le dulu, slow-slow lepas tu baru le beraksi. Ini tak. Main tolak aje! Lepas tu biar awek dia jatuh sorang pulak tu. Ada ke patut tak kena maki?’
JuneNyDah: ‘Oh, jadi you ni sengaja lah ye?’ Muka June seakan-akan macam tak berapa puas hati.
ArdMad: ‘Habih tu?Oklah, I tak sengaja!’

ArdMad terus mengusik June dengan menyambung kembali penggeletekkan pinggang June. Dan wajah June yang masam mencuka sebentar tadi terus dengan serta-merta bertukar menjadi berseri-seri dengan sengihan, senyuman dan ketawa riang bersama-sama.

Ray: ‘Mad, sudahlah tu.’
Sapaan daripada Brother Ray membuatkan aku tersedar dari lamunan. Sebenarnya aku sedang berada dalam bilik ofis aku, termenung di atas kerusi pengurus di balik meja. Kelihatan hujan turun membasahi bumi menerusi luar cermin bilik. Suasana tika ni, adalah pada waktu malam. Aku hanya membiarkan lampu meja dan skrin monitor komputer saja yang terpasang menerangi suasana.
Ray: ‘Benda yang sudah tu, sudahlah. Bukannya hang tak berusaha menyelamatkan keadaan.’ Ray menyalakan sebatang rokok.
Ray: ‘Kekadang tu, kita kena terima hakikat tentang apa yang di namakan takdir.’
Aku masih terdiam menarik nafas perlahan sambil memerhatikan skrin komputer yang terpasang. Didalam skrin tu, terpampang hasil kerja aku yang aku mulakan sebentar tadi, tapi terhenti seketika akibat dari berangan. Brother Ray kemudian menyambung baris ayat seterusnya.
Ray: ‘…walaupun kita masih tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, kerana sangka kita, kita boleh merubah dan memperbaiki segalanya, dengan tidak menyerahkan semuanya kepada urusan takdir semata-mata tanpa berusaha.’
Kemudian, melangkah ke meja Snooker yang terdapat disini, Brother Ray menyusun bola dan terus memulakan langkah ‘tuju’ pertama membuatkan bola-bola yang disusun rapi sebentar tadi berkecai-berai diserata meja.
Ray: ‘Apa lagi? Jalan le. Siapa kalah belanja makan dekat Restoran Brader.’
Kelihatan hujan di luar semakin lebat dengan kilat sabung-menyabung tapi kat dalam bilik ni, segalanya senyap sunyi melainkan bunyi bola snooker kena tuju dan bunyi pot pet pot pet pot pet mulut Brother Ray dan aku menyembang. Sejuk sungguh malam ni. Real punya sejuk woo! Menggeletar je aku rasa.
Dan…aku kalah…teruk.
Aku: ‘Mungkin sebab sejuk ni Ray. Tambahan pulak, hujan. Selalunya cuaca macam ni aku lemah sikit, tu yang buat selalu terlupa skill tu.’
Ray: ‘Kalau macam tu, apasal hang tak tutup aje aircond tu?’
Balas Brother Ray dengan muka toya, sambil kiu (kayu snooker) terpegang di tangan.
Aku: ‘Jomlah, hujan kat luar pun dah reda. Aku belanja hang makan.’




Woii!!! Apasal dia ni melantak kuat sangat ha?
Ray: ‘Hbangh Thaou Thak?’
Kut ye pun Ray, jangan biasakan diri cuba jugak ndak bercakap semasa mulut tu tengah penuh dengan makanan.
Ray: ‘Apa khabar Brader kita Rizz1 tu sekarang ni ha? Hang ada jumpa dia tak? Aku memang dah lama giler punya tak jumpa dia.’ (*Rizz1 disebut – Rizz-One)
Aku pun dah lama jugak tertanya-tanya khabar tentang dia sejak dia berhijrah ke Bandar Perjuangan kira-kira 4 tahun lepas. Kalau dia balik ke sini pun (Bandar Erssante), tentu dia balik kejap, sekali imbas, tu pun nak melawat family dia dan sudah semestinya aku tak tahu dia balik dan kalau aku tahu sekalipun, aku tak sempat nak jumpa dia.
Aku: ‘Aku dah tak jumpa dia langsung dah sejak dia berangkat mencari masa depan diri dia.’
Ray: ‘Weii, aku rindu giler kat dia la Mad.’
Biasalah tu Ray. Hidup, tak terpisah, tak sah. Semua orang ada hala tuju dan tanggungjawab masing-masing.
Ray: ‘Mad, apa kata kita pegi cari dia, melawat dia, amacam?’
Aku terdiam sekejap.
Aku: ‘Aku tak tahu lah. Dengan keadaan aku yang macam ni, kekadang tu, seakan-akan rasa macam takde mood nak buat apa pun.’
Ray: ‘Alaa, c’mon la Mad. Jangan le asyik pikirkan sangat perkara lampau tu. Kalau asyik dipikirkan sangat pun, tak baik untuk kesihatan hang.’
Ntahlah Ray, aku…
Ray: ‘Macam nilah, apa kata hang balik rumah dulu, rileks. Hang pikirkan tentang cadangan aku ni. Lagipun, sekali-sekala dapat hidu udara di tempat baru, sedikit-sebanyak dapat melepaskan tension, okay?’
Well, Mmmm. Oklah. Aku akan fikirkannya.
Aku: ‘Nah Ayie!(pemilik utama Restoran Brader) Simpan aja bakinya!’.


Malam tu, seperti biasa, setelah sampai di rumah, aku merebahkan badan aku keletihan ke atas katil. Suasana senyap sunyi dengan kegelapan bilik aku yang hanya di terangi oleh lampu meja.

JuneNyDah: ‘ArdMad, cuba you tengok pakaian I hari ini, apa pandangan you?’
ArdMad: ‘You sentiasa kelihatan cantik dalam apa jua perkara.’
JuneNyDah: ‘I design sendiri tahu?’

Kenangan lama menerpa… Aku yang tadinya sedang terbaring rileks sambil menghisap rokok, terpaksa bangun kembali, termenung dan perlahan-lahan memadamkan bara rokok yang tinggal.
Juga dengan langkah yang tak berapa bermaya, aku perlahan-lahan membuka radio dan siaran memainkan putarannya.


‘Didalam Segmen Lewat Malam kali ini, anda semua bersama dengan saya, Encik Helmi…err…ataupun saya rasa lebih selesa menggelarkan diri saya sebagai Dr.Helmi, itupun kalau para pendengar sekalian tidak keberatan, memandangkan saya menyandang jawatan sebagai Dr. Pakar Psikologi, dalam beberapa bidang yang berkaitan.Jadi, biarlah saya terus kepada maksudnya bahawa dalam Segmen Lewat Malam kali ni, saya akan menemani anda di sepanjang siaran bagi menyelesaikan beberapa masalah yang anda semua mungkin hadapi mengenai persoalan ‘Cinta’.

Tentu sekali kebanyakan dari anda semua di luar sana pernah berdepan dengan masalah yang melibatkan persoalan ini. Oleh itu, sebagai pembuka kata kepada ruangan ini, saya meminta semua anda yang mengikuti siaran ini, bersama-sama dengan saya dalam berkongsi pengalaman dan permasalahan yang ada, sekiranya tidak keberatan. Untuk makluman, segmen ini adalah bertujuan mengadakan sessi bagi menyelesaikan masalah yang kemungkinan dihadapi. Untuk memudahkan tugas dan menjimatkan masa, saya harap anda yang berjaya membuat panggilan menyatakan seberapa ringkas mengenai masalah yang melanda. Jangan segan-silu untuk berterus-terang kerana sekiranya anda berkelakuan begitu, sukar bagi saya untuk cuba memberikan jawapan terbaik.’

Kedengaran Dr.Helmi memainkan lagu sentimental yang mencengkam kalbu…boleh jadi lagu tema sepanjang siaran ini ke udara….

Dr.Helmi: ‘Ya! Ya! Hello. Siapa di sana?’ Dr.Helmi seakan-akan terbatuk akibat tersedak kopi agaknya, kerana menjawab panggilan dalam keadaan yang agak kelam-kabut.
Pemanggil: ‘Aida di sini.’
Dr.Helmi: ‘Boleh saudari Aida beritahu nama penuh saudari?…’ (dengan penuh sopan dan romantis sekali)
Pemanggil: ‘Aida Asmida AeyRius.’
Dr.Helmi: ‘Ohh! (terdiam terkejut sebentar…)
Aida: ‘Hello?’
Dr.Helmi: ‘Ekhemm! Nampaknya, apa yang menjadi persoalan daripada cik AiDa untuk membuat panggilan ke siaran kita ini? Err, adakah sepatutnya saya memanggil Aida, Asmida atau AeyRius?’
Aida: ‘Takpe, panggil saya Aida cukup.’
Dr.Helmi: ‘Ok.’
Aida: ‘Sebenarnya, saya cuma berminat dengan ruangan ni. Nak kata ada masalah berat ke, ringan ke, dalam persoalan yang Dr.Helmi kemukakan, tak jugak. Cuma saya ada beberapa soalan untuk di ajukan kepada Dr.’
Dr.Helmi: ‘Ye, silakan.’
Aida: ‘So, sebagai langkah kepada soalan pengenalan, saya mahu Dr.Helmi jelaskan serba-sedikit tentang definisi ‘Cinta’. Apakah yang di maksudkan dengan cinta dalam erti kata sebenar dalam kehidupan? Saya mahu kalau boleh, Dr.Helmi beri serba-sikit penerangan ‘jelas’ supaya saya dapat memahami dengan lebih lanjut lagi tentang perkara ini dan juga untuk para pendengar lain yang mengikuti siaran ni. Boleh ya?’
Dr.Helmi: ‘Cinta bermakna wujudnya suatu perasaan semulajadi yang sangat hangat di antara dua individu berlainan jenis. Ia adalah sebuah perasaan unik yang tak dapat nak digambarkan secara realiti dalam erti kata sebenar. Secara terperinci, cinta banyak melibatkan soal-soal fantasi dan khayalan. Biarlah saya jelaskan dalam gaya mudah.

Ok, saya seorang lelaki, telah pergi minum di sebuah restoran yang bernama ‘Restoran Brader’ pada suatu malam. Di situ, sedang saya keseorangan menikmati kopi ‘O’, tiba-tiba saya terlihat kepada seorang wanita/perempuan, yang juga sedang kebetulan sedang minum di situ (sudah semestinya bukan Kopi ‘O’ sebab perempuan selalunya tak minum kopi, diaorang minum Nescafe). Untuk menambahkan lagi cerita yang sedia ada, kebetulan pula waktu itu hujan rintik-rintik kesejukan. Daripada pemerhatian saya, wanita ini sangat menarik dan jantung saya berdebar-debar apabila memerhatikannya. Sudah tentu di restoran itu terdapat banyak lagi wanita lain tapi pandangan dan perhatian saya secara ’automatik’ asyik terfokus kepada wanita itu saja, sekaligus membuatkan saya tidak berminat terhadap mana-mana wanita lain lagi.Dalam fikiran saya waktu tu, akan melandalah persoalan seperti:

1)Saya akan membayangkan kemesraan-kemesaraan antara saya dan dia andaikata dia adalah teman wanita saya.

2)Sistem ayat power saya berkemungkinan akan berfungsi secara ‘auto’. Tidak perlu sebarang penyusunan ayat. Kata-kata boleh keluar dengan secara semulajadi.

3)Terasa andaikata dia ni isteri saya, banyak sekali perkara yang boleh di lakukan bersama dalam mengendalikan urusan rumahtangga.

4)Semangat saya andaikata dapat bawak dia keluar bersiar-siar, akan terasa begitu hidup dan bersemangat. Perasaan seolah-olah merelakan segalanya dalam melakukan apa jua perkara.

Pokoknya, segalanya begitu serasi apabila bersama dengan si dia. Ia hanya memerlukan pandangan di kali pertama saja. Untuk mereka yang memahami antara satu sama lain, boleh tinggalkan saja detik pengenalan dan terus lompat ke babak istimewa. Aneh tapi inilah kebenarannya. Inilah yang di namakan cinta pandang pertama. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, pasti bersetuju dengan apa yang saya huraikan.’

Aida: ‘Terima kasih Dr. Ternyata boleh tahan juga penerangan yang di beri. Dr mempunyai pengalaman?’
Dr.Helmi: ‘Sikit-sikit tu ada juga. Sebagai seorang yang melibatkan diri dalam bidang psikologi, kita kena berani terokai bidang ini dari aspek yang kepelbagaian.’
Aida: ‘Bukankah ianya agak merbahaya? Maksud saya, membiarkan diri dilamun perasaan sebegitu rupa?’
Dr.Helmi: ‘Kadang-kala, tugas memerlukan kita melakukan apa saja. Bukan sekadar teori yang dapat menjelaskan segalanya, tetapi pengalaman.’
Aida: ‘Hmph…Dari kata-kata dan penerangan yang di beri, tentu sekali Dr. ni seseorang yang boleh di kategorikan handal dalam mempermainkan perasaan wanita, kalau Dr tak kisah saya bertanya?’
Dr.Helmi: ‘Cik Aida, janganlah sampai begitu sekali. Setiap tugasan ada pengorbanan dan tekanan yang perlu di hadapi. Ia bertujuan untuk melengkapkan pengetahuan dalam bidang yang kita sendiri pilih.’
Aida: ‘Sudah berapa ramai hati wanita terguris agaknya?.’

Dr. Helmi tidak menjawab soalan tersebut sebaliknya memutarkan lagu bagi tujuan menghentikan perbualan.

Hmmm…hati-hati le sikit Dr.Helmi. Jangan le terserlah sangat sikap playboy tu. Dan pada masa itu juga, aku membuat keputusan untuk mematikan radio dan memasuki alam tidur supaya dengan segera di buai mimpi.


*** ——————***

Itu saja buat masa ni (bab 1). Insyaallah kita akan sambung lagi babak seterusnya. Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua watak yang terlibat dan juga para pembaca – sebab tanpa mereka, novel ni tak mungkin akan wujud. Mereka ni telah menjadi sumber inspirasi untuk saya menerbitkan novel yang pada saya; di antara penulisan terbaik pernah saya hasilkan seumur hidup (this novel is old – dah dihasilkan lama dulu dah…). Anyway, tujuan novel ni adalah untuk menghiburkan. Dan saya berharap para pembaca rasa terhibur (kalau tak…sorry….).

Bab 2? Klik Sini

Aku KemBalik!

Wednesday, December 22nd, 2010

Fuh…blog ni dah lama ‘tertutup’ sebab; aku terlalu sibuk dengan hal lain yang mengakibatkan aku rasa memang ter-amat-amat berat sangat nak operasikan satu2nya blog yang aku ada ni…blog yang melambangkan identiti aku…sedaya-upaya aku modified supaya penampilannya lain dari yang lain. Imej tersendiri.

Beroperasi-nya blog ni kembali adalah kerana; suatu hari tu aku bertandang ke rumah abang aku, Seri Kembangan (pertengahan di antara PutraJaya dan Cyberjaya – tenang aman damai bandar dia). Sambil duduk dekat kerusi ‘boss’ dia (di bilik peribadi yg dia jadikan seperti ofis), aku terbaca sebuah buku bertajuk: ‘Wicked WordPress Theme’. Aku belek membelek dan kemudian; aku jadi berkenan dengan buku tu. Cantik…Penerangannya bersahaja (menceritakan sejarah bermulanya penciptaan wordpress) dan ilustrasi dalamannya colorful. Buku tu bertujuan mengajar bagaimana nak jadi pro mendalami ‘theme wordpress’. Terfikir sejenak; aku sebenarnya dah terlebih dahulu ‘men-godam’ blog aku yang berdasarkan wordpress, lama sebelum membaca buku ni…Makna; aku dalam sedar tak sedar dah boleh menghasilkan sebuah blog yang agak powerful menggunakan skill tersendiri sebelum mengambil apa2 pelajaran yang ada dalam buku Wicked WordPress Theme ni. Memegang dan membaca buku ni, menerbitkan rasa ingin kembali menghayati blog ‘mahal’ yang dah lama aku abaikan tu…‘I miss u, ersante.com!’ Dan bila balik rumah, aku pesan sebijik (buku tu) melalui amazon.com.

Sebab kedua; sana sini di internet orang bersembang mengenai blog yang berteraskan WordPress. Makna; komuniti wordpress ni kuat. Sesiapa yang mempunyai blog berdasarkan wordpress, boleh dikira dia dah lengkap dalam dunia berblogging. (Blogger? Aku mula2 berbisnes dulu aku ‘godam’ blogspot habis2san sampai Google terkejut!.. kemudian hantar notis kepastian – suruh aku ‘unlock’ blogspot tu semula setelah mengikuti beberapa syarat. – seumpama; percubaan memperkosa Google! he he he.)

Dan juga; ada la beberapa ‘expert’ yang kalau offer pasal wordpress kat customer, harga mesti mahal punya. Makna; wordpress ni laku sampai ke tahap harga yang boleh membuatkan kita rasa NDAK sesangat!… tapi tak mampu. :-(

So, memikirkan fakta2 ni, membuatkan aku rasa macam tak complete kalau tak mempunyai blog. Dan, rugi rasanyer membiarkan aje blog aku yang bertukus-lumus suatu ketika dahulu aku usahakan bagai nak rak. Tu, plugin cuaca yang aku pasang tuh, punya pening nak dapatkan yg betul2 ngam tersergam indah tanpa masalah. (berdozen tak jadi!) At last; inilah dia; ersante.com

Selamat membaca!

My Pro-Posal

Sunday, January 17th, 2010

Although this blog seems so ‘cool’, (like a field with few people walking around) it certainly does have it ‘quite’ visitor. Maybe the one who visit this blog are the type that doesn’t like crowded place. The one with sentimental value and like the feel of calmness. If so then, this is the correct place to be at :-)

It is not that I don’t want to frequently update the entry. It is also not that I didn’t care about the (quietly) people that visited but…at this moment, I have a big project going on. It all began with a proposal and I was picked and paid to do it. And if I manage to ‘craft’ a beautiful written propose and passed, then there will be a LOT more in for me. (Enough for me to buy a brand new car, I suppose?)

You see, I don’t spend all my time on the computer. Sometimes there are things offline awaits me. Truthfully, I’m not that bad chasing money anymore (like in the younger days). Even though I’m not rich, I do have enough money to spend (well, at least on my own) and didn’t have any debt to worry about. At my age, I was able to manage my financial (quite) well. With that, suddenly I felt; what the hell if I have a lot of money but the feeling of emptiness is in me? Almost all the time… Looking back, all those happiness had gone while I’m busy searching for money.

Maybe this is a fate of life. Or maybe it was my mistake? But then, who give a damn anyway? I have to live and walk on as if nothing happens. Deep down in my heart, sometimes I hate life. As if nothing means anything anymore. Beautiful but deadly. Poor but deceiver. Rich but empty.

Well, got to go. Someone knocking on my door. Whoever you are who read this, thanks for visiting. If no new entry posted, then you know I’m still struggling to finish the proposal. I’ll be back with a happy story, or…a bad one. We’ll just wait. (Usually good things are too good to be true in my life.) Hopefully, success! (yeah, right. Whatever…)

Project

Wednesday, November 11th, 2009

tools to get the job done Everything seems so late to be finished. That’s the price you’ll pay for being a pro.

Everything is carefully crafted. Almost all sort and point of view been inspected closely, nicely for viewer satisfactory (including mine, of course!). This is because I seldom put myself in the visitor position. Am I satisfied when I surf that website? Is that website treat me like a real person (that is ought to be respected) or like some who knows (and who cares) guy that happens to be accidentally arrive?

Even if you do arrive accidentally at my website, at least it is a chance for me to grab your attention and hopefully, you’ll stay a while and make yourself comfortable. I may not know who you are but to me, every person deserve a little respect, if not much. Personally from a background experience, I have encounter lots of disrespect situation towards me. I don’t really know why I was disrespected but I do know that nobody liked it to be treated that way.

constructing material So, for you who are here, I would like to take the opportunity to welcome you over and over again. Probably at the time you read this, I am busy constructing something that will make you; the visitor surfing experience have its own meaning of value. Thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    

Saturday, July 20th, 2019



Cuaca hari ini
July 20, 2019, 9:38 am
 

Mostly cloudy
28°C
real feel: 32°C
current pressure: 1010 mb
humidity: 78%
wind speed: 11 km/h SE
wind gusts: 11 km/h
sunrise: 7:12 am
sunset: 7:28 pm
Forecast July 21, 2019
day
 

Showers
32°C
 
salvation
s


☕ files | records
trademark


wrn
sponsored ads

adrs.Patriotic
kesetiaan

loyalty Dedicate to Farid.
Always in memory (arwah) T.U.D.M (Tentera Udara DiRaja Malaysia), Foreman (car & motorcycle, computer hardware), Sasterawan, & a Loving son.