The Aku










Selamat datang ke dunia Internet Aku! Sebelum apa2, aku nak bagitau korang; kalau terasa macam aku ni kasar bahasa, minta maaf la awal2 bro, sis. Aku bukan kasar, cuma style aku macam ni. (Tapi mak aku selalu cakap aku ni ‘kasar!’ orangnya. Keturunan arab punya pasal kot?) Aku jenis suka cakap secara direct. Bukan dalam semua keadaan aku cakap macam ni. Kalau korang jumpa aku depan2, aku jenis peramah dan jaga tata-tertib. Cuma ada ketika, takkan le kita ni 24 jam nak ‘control’ sangat? Ada ketika kita akan terasa nak rileks dan luahkan apa saja yang tersimpan di hati dengan gaya kita tersendiri. Right? So, dengan pengenalan ni, aku harap takde le sapa2 sakit hati bila baca posting aku. (Dan aku pun tak bertujuan nak sakitkan hati sapa2 pun.)
Nota: Pembaca malay, sila selalu semak dalam kategori Malay Pro Nounce (di sidebar kanan) kalau nak baca entry / post / artikel dalam bahasa Melayu. Segala pembaharuan akan aku letakkan kat situ.
Kenapa Bahasa Melayu dan Inggeris?
Sebab aku ada dunia (feel) tersendiri dalam 2 bahasa tu. Ada ketika feel aku ke arah malay, dan ada ketika ke arah English.
“Tapi ramai yang tak berjaya kekalkan posting dalam bahasa malay dan english sekaligus. Macam mana tu brader? Macam mana??!!”
Ey lantak la. Itu diaorang. Ini aku. Aku!

