Posts Tagged ‘choi lai mei’

Sejarah Cinta Pertama - episode #2

Monday, September 19th, 2011

Choi Lai Mei - Legenda Cinta Pertama

Memang Ou Yen Yee seorang budak perempuan yang cantik. Memang dia menjadi ‘anganan’ jantan-jantanan cina memilikinya. Ou Yen Yee berjalan sana-sini dengan rasa bebas sebab di samping memiliki kecantikan, dia juga pandai bergaul membuatkan kehidupannya di sekolah tidak menghadapi masalah. Dia boleh study, dia boleh jalan sana-sini, dia boleh rileks, dia boleh bersembang - sebab dia ikut ‘Law’ sebaiknya dalam menjalani kehidupan alam persekolahan. Dengan sikap cantik + sopan - tiada siapa yang tergamak nak ganggu atau mengacau privasinya.

Tapi itu dia…Aku? Aku saban hari terpaksa bangun pagi, dan menghadapi hari terseksa memasuki alam persekolahan ‘penuh perkauman’ (racist). Budak-budak jantan cina rata-rata hampir semua berbadan besar, selekeh dan comot. Diaorang suka berseluar ‘beggy’ dan bubuh sikat dipoket belakang sampai terjuntai semata-mata nak tunjuk diaorang ’smart’, dan juga Taiko (itu yang tak lalu tu…) Ini disebabkan sekolah aku ‘bingai’! - terima budak-budak cina peralihan untuk digaulkan bersama dengan bebudak melayu yang sikap jauh lebih sopan dari cina-cina bukit tu. Budak peralihan tua setahun dari budak melayu sebab diaorang terpaksa habihkan masa setahun belajar berbahasa kebangsaan sebelum sah ditendang masuk ke sekolah kebangsaan! Ini le problemnya! Kalau diaorang tu dari ‘class’ pertengahan atau educated tak apa la jugak…Ini; hampir semua jenis ‘cina bukit; - jenis class bawahan yang suka buat kacau!

Sekolah aku dah jadi macam medan peperangan! Sampai banyak kali polis dan askar dok datang; terpaksa campur tangan; bagi ceramah supaya pelajar-pelajar di sekolah aku nih memupuk semangat ‘kebangsaan’. Aku tau ceramah tu wayang jer - ceramah tu walaupun didengar semua waktu perbarisan, tetapi hakikatnya aku tau diaorang tuju kat bebudak jantan cina yang sohai semua tu…Punya le teruk perangai-perangai cina bukit tu. Kaki buli, kurang ajar dan yang melawan cikgu pun, dah sah diaorang! Zaman aku; tak ada bebudak melayu tergamak nak melawan cikgu. Mereka masih ada rasa hormat, menahan diri dari jangan sampai kurang ajar terhadap golongan bernama ‘Guru’.

Perkauman ni aku tak rasai sangat sewaktu aku berada di kelas pandai 1C1 tu, tetapi automatik terasa bahangnya sebaik saja masuk tingkatan 2……….C5 - kelas sessi pagi paling bawah! Kenapa ya?…- dari kelas terpandai 1C1; dengan mendadak aku boleh ‘drop’ ke 2C5…Pada penghujung tingkatan 1 konsenstrasi aku terjejas…teruk. Segala apa yang berlaku di hadapan mata, bagaikan tiada kena mengena dengan cerita di dalaman hati. Di kala cikgu bertukus-lumus mengajar di papan hitam, fizikal aku tegak melihat seolah-olah memberi konsentrasi sepenuhnya walhal dalam hati dan fikiran bagaikan ‘drama’ yang keseluruhannya lain sama sekali! Kepala aku bagaikan dah ‘jammed’ dengan ingatan dan perkara-perkara yang tak sepatutnya status budak sekolah macam aku ni pikirkan. Fenomena penghujung tingkatan 1 ni amat hangat sekali. Semakin lama semakin ketara prestasi markah pelajaran aku. Dan faktor inilah yang akhirnya membuatkan aku terpaksa ditendang ke kelas paling bawah tu!

Setiap perkara berlaku, ada sebabnya. Dan sepertimana kebanyakan lelaki yang wujud di muka bumi ni, kelemahan paling utama mereka adalah: perempuan. Bagi sesetengah lelaki (seperti aku); ‘perempuan sahaja’ belum cukup untuk menumpaskan kestabilan. Selalunya kejatuhan Raja-raja perkasa adalah disebabkan elemen ‘cinta’ memasuki drama. Bermakna: perempuan + cinta = kemenangan mutlak bagi seorang perempuan. (Lelaki kebiasaanya akan cuba sorok perasaan ’sensasi’ ini terhadap wanita pujaannya sebab ini suatu kelemahan yang kalau wanita tu tahu, akan di eksploitasi-kannya. Tetapi kebiasaannya juga - gagal disorokkan - merayu meleleh minta simpati.) Bahkan, kalau seorang perempuan itu digabungkan bersama elemen ‘cinta’, dia bukan lagi seorang perempuan, malahan layak mendapat gelaran ‘Wanita’.

Sekali lagi; ini kerana walaupun Ou Yen Yee dianggap budak perempuan (amoi) paling top dan cantik ketika itu, tetapi sungguh aku cakap; ikhlas; aku tak dapat nak menahan hati dari terjatuh cinta kepada ‘wanita’ bernama Choi…..Lai……Mei….!

Adusss…..

Babak Seterusnya: sejarah cinta pertama at its best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sunday, May 20, 2012
Weather
May 20, 2012, 2:13 pm
Intermittent clouds
Intermittent clouds
32°C
real feel: 39°C
current pressure: 101 mb
humidity: 62%
wind speed: 3 m/s S
wind gusts: 3 m/s
sunrise: 7:02
sunset: 19:18
Forecast May 21, 2012
day
Partly sunny with thundershowers
Partly sunny with thundershowers
33°C
Ersante Echo
The Famous Quote
make money doing business

*--- Pembaca harap maklum bahawasanya aku (penulis) tiada tujuan nak berlagak atau menunjuk2. Tetapi hanya sekadar menulis demi mempersembahkan bahan bacaan untuk me-'rileks'-kan minda. Ia hanyalah kisah peribadi yang membuatkan kami rakan2 tersenyum, sengih sendirian bila terkenang. (Semua orang ada detik tu, bukan?) No offense, please. I really would like to thank you and appreciate as much as I could for you to spend time here. ---*

IT & 'Sporty' Interest
computer skill

Tambahkan Skill Komputer dan Internet dengan berpandukan website golongan 'Developer' terpilih -