Posts Tagged ‘dengki’

Dengki


serangan virus

Hosting client aku (termasuk hosting aku sendiri) pernah diserang virus…Penghujung tahun 2009 macam tu. Ya. Itulah apa yang aku nak luahkan. ‘Seseorang’ pernah inject virus ke dalam hosting aku dan tugas mencuci bersih virus tu dari terus berada dalam hosting aku, masih belum habis sampai ke hari ni…Aku terpaksa pening kepala meneliti segala file semata-mata nak pastikan benda jahanam tu dihapuskan sepenuhnya.

First day kena serang dulu, memang tak perasan. Bila masuk dan tengok website nampak okay je, tak de benda. Tapi yang buat ‘suspicious’ tu bila tengok carta pelawat masuk. Nombor tu berenti tak bergerak2 punya lama. Sedangkan mustahil nombor pelawat masuk tak bergerak2 punya lama camtu. Aku buat keputusan masuk balik ke website dan ‘scroll’ down ke bawah…habis hancur lerai bahagian bawah page tu! Code catitan pelawat musnah! Bahagian atas website masih kemas elok tapi bahagian bawah…ya Allah. Seumpama: badan kita tinggal sekerat je sampai kat pinggang. Masa tu jugak aku suspek ada orang ‘pe-dajai’ aku. Jenuh aku bertengkar dengan syarikat hosting tuduh diaorang lalai, cuai dan bertanggungjawab. Aku marah kata ada orang dalam buat hal suntik virus dalam bisnes aku. Ni kes serius geng! Habis kerja rezeki kena kacau. Sumpama kedai dibakar. Maunya aku tak melenting?!

Masing2 tuduh menuduh masa tu…At last, aku dah malas nak bertekak. Aku repair kerosakan tu siang malam tak tidur (kesian client aku…tak pernah pun buat salah dan penaya orang. Tiba2 kena khianat sampai mcm ni…). Disebabkan aku seorangh profesionalis bertanggungjawab, aku teruskan usaha membaikpulih tak kira apa. Kalau aku tak repair, kerjaya seseorang ibarat telur dihujung tanduk. Dengan mencekalkan hati serta bertawakal pada Allah, aku sempurnakan tugas sehingga segalanya beroperasi seperti biasa semula. (sekurang-kurangnya…)

Punya panas hati aku sampai ke hari ni tak habis sebab mengenangkan masih ada virus yang dok tinggal. Hari ni saja dah lebih kurang 20 ekor aku buang dan alhamdulillah; mana2 yang dah disapu, insyaallah tak tumbuh semula. Pikir punya pikir, akhirnya terdetik kat fikiran aku; cuma kemungkinan besar ada seorang sahaja yang akan buat mcm tu: Dia ni hah! (dirahsiakan). Haramjadah tu la suspek utama aku sampai susah nak padam hingga ke hari ni!

Cerita dia bermula mcm ni; aku pernah berurusan dengan dia lama, lama dulu…Aku beli ‘produk’ dia sebab dalam offer tu, ada sesuatu yang aku ndak. Iaitu; sistem AutoResponder. Software tu, adalah seperti Aweber, GetResponse, IContact di mana sesiapa yg guna kena bayar sekurang-kurangnya $10 dolar sebulan (bukan RM tau!). Itu paling cikai. Kalau serius berbisnes, kena bayar at least $30 dollar SEBULAN to keep in touch dengan customer tanpa ‘slek’ (masalah). Memang diaorang semua ni kena buli dengan syarikat Autoresponder yang muncul ketika ni yang rata2 semuanya bagaikan ketagih hisap darah orang. Syarikat ni semua buat duit dengan servis yang memerlukan pelanggan kekalkan pembayaran setiap bulan.

Yang aku plak; aku dapatkan sistem tu dari orang yang aku beli tuh…Dan aku diberi hak kebebesan penuh nak buat apa saja dengan sistem tu. Tak ada curang atau tipu sini. Aku beli secara sah. Tapi aku ni kan ke Developer?…Bila aku dah dapat benda tu, aku godam, godam, modified sana sini sampai jadi aku punya…Sistem tu sekarang ni elok cantik berfungsi dan aku pasang pada website client yang berurusan dengan aku. Client aku tak perlu guna khidmat cekik darah yang kena bayar $30 dollar sebulan (atau RM120 mcm tu) nak keep in touch dengan prospek. SAVE banyak tu! Bayangkan.

Tapi aku ingat mamat ni sudah dengki dengan aku la…Mungkin dia bengang aku modified autoresponder tu lebih dahsyat dari dia. Bengang punya pasal, langsung dia suntik virus dalam hosting aku. Bla lah…Autoresponder tu bukannya dia yang buat pun. Aku belek punya belek aku jumpa copyright mengatakan sistem ni asal dia milik seorang mat salleh dan dijual dengan harga $49 dollar satu! Feww!! Mahal tu. Maknanya; dia yang terlebih dahulu ambik orang punya lepas tu jual kata dia punya. Budak mentah boleh la nak cong…Dan yang buat dia ni jadi suspek aku adalah; dulu, ada sekali aku pernah mintak tolong dia tengok2kan autoresponder tu. Aku bagi la dia password hosting supaya dia boleh check. Dan bodohnya aku sebab; aku tak sangka langsung dia tergamak nak suntik virus dalam tu…selepas setahun macam tu! Makna; lepas setahun bila aku dah ingat2 lupa, baru dia taro…Aku terlupa nak tukar password sebab aku ingat orang macam dia jujur berbisnes. Lagipun, bidang dia dan bidang aku lain. Langsung takde kena mengena. Ibarat aku ni langsung tak de kena mengena dengan saingan yang kemungkinan terlibat dengan perniagaan dia. Tapi hantu…manusia ni kalau dah dengki khianat, tergamak sampai nak bubuh racun dalam periuk nasik orang.

Begitulah kisah aku…Aku jenis yang tak suka campur urusan orang lain dan tak suka nak menyibuk menjatuhkan orang. Semakin lama, bila difikir-fikirkan balik; pernyataan yang mengatakan melayu ni suka dengki mendengki antara satu sama lain ada kebenarannya. Contoh la; kalau kita terdengar atau baca pasal tu, kita selalu akan tersenyum dan anggap perkara tu main2. Seolah-olah seloroh khabar angin melayu ni susah nak maju sebab suka dengki dengan kaum sendiri. Tapi bila diri sendiri terkena; ketahuilah bahawasanya perkara ni bukan lawak. Tak lawak langsung. Sapa2 yang tergelak senyum dengar pernyataan tu; barangkali orang tu-LAH yang sebenarnya macam tu.

Orang yang dah pernah terkena macam aku dan client, menadah tangan bersyukur sebab berjaya diselamatkan. Aku tak nak le mendabik dada kata aku dasyat tapi; kalau client aku tu upah orang lain, belum tentu bisnes dia berjaya diselamatkan. Perniagaan komputer ni penting mempunyai seorang ‘konsultan’ yang mahir (Pro) sebagai back-up. Tanpa konsultan macam tu, memang ter-amat, amat susah-lah nak maintain. Tak percaya? Bukak le bisnes internet hari ni dan tengok apa jadi….Sebab hanya melalui kenyataan sahaja yang akan mengajar erti realiti sebenar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 21st, 2019



Cuaca hari ini
May 22, 2019, 2:56 am
 

Mostly cloudy
27°C
real feel: 34°C
current pressure: 1010 mb
humidity: 88%
wind speed: 0 km/h N
wind gusts: 0 km/h
sunrise: 7:02 am
sunset: 7:18 pm
Forecast May 23, 2019
day
 

Thunderstorms
32°C
 
salvation
s


☕ files | records
trademark


wrn
sponsored ads

adrs.Patriotic
kesetiaan

loyalty Dedicate to Farid.
Always in memory (arwah) T.U.D.M (Tentera Udara DiRaja Malaysia), Foreman (car & motorcycle, computer hardware), Sasterawan, & a Loving son.