Posts Tagged ‘novel bab 4’

Novel Perjuangan d’ Ersante bab 4

Tuesday, June 28th, 2011

Perjuangan d’ Ersante - bab 4

happy at work‘Mad, happy semacam je hari ni. Ada apa-apa ka?’
Bains, Encik Bains, selaku seorang Pengurus yang baru saja dilantik untuk mengendalikan sebuah Mini Market yang di miliki oleh Syarikat Bersama. Happy? Muka aku nampak happy hari ni? Kalau tak silap aku, muka aku hari ni kalau tak seiras dengan adik beradik Al-Capone, mungkin biras kepada penyangak yang baru lepas daripada kepungan polis tapi hasil rompakan tercicir entah di mana!

Bains: ‘Ala Mad, ceria la sikit. Kita kan ke nak buat kerja hari ni? Kerja berat pulak tu. Kalau tak happy, macam mana nak siap cepat?’
Hari tu, aku ditugaskan untuk bersama-sama dengan Bains membuat penyusunan terakhir dalam Mini Market ni sebelum pelancaran pembukaannya. Bermakna, aku kena habiskan dalam dua tiga hari jugak le untuk pastikan tempat ni betul-betul tersusun dan dihias dengan citarasa masa kini. Aku nak kena ‘Up-to-Datekan’ tempat ni sebaik mungkin bagi memuaskan hati semua pihak,
Bains: ‘Err…Mad, aku rasakan, elok kaunter tu kita letak dekat bahagian tepi tangga tu.’
Aku: ‘Takde, aku rasa elok kita biarkan dulu pasal kaunter tu, nanti baru kita tengok kat mana yang betul-betul sesuai.’
Dan tak lupa, terutama hati sendiri.
‘Allright!’ kelihatan dengan tiba-tiba Bains menguatkan sedikit volume radio setelah kaset di putarkan! Lagu rancak daripada beberapa kumpulan dan penyanyi solo legenda Rock Classic!
Aku: ‘Eh, eh, apahal ni?’
Bains: ‘Rileks Mad. Takkan nak buat kerja dalam keadaan sugul? Bertenang, kita mau ceria, cergas! Ok?’

Boleh tahan jugak mamat sorang ni. Secara tak sengaja aku yang dari tadi entah kenapa la rasa macam langsung takde mood, tiba-tiba perasaan aku sedikit-sebanyak berubah kepada sedikit keceriaan akibat daripada tindakan Bains yang kini pada perkiraan aku, pandai dalam urusan menaikkan semangat pekerjaan. Well, nampaknya, aku ikut sajalah rentak dia.
Kelihatan Bains tengah berpeluh menyusun rak-rak dan freezer (peti ais) seperti yang di tentukan dengan bantuan beberapa orang budak upahan yang turut sama membantu. Bukan itu saja, malahan mini kafe yang juga terdapat dalam plan Mini Market, turut sama di bereskan oleh Bains. Oh, lupa lak nak bagitau. Kafe kecik tu adalah sampingan yang terdapat dalam Mini Market ni. Dekat Kafe ni kitaorang jual donut, roti, sausage, bun dan sedikit minuman ringan seperti kopi, teh, milo dan sebagainya. Seperti biasa, lot bangunan ini adalah yang paling tepi sekali, dan cafe ni mengadap kepada pemandangan di luar Mini Market ni. Sudah menjadi trend bagi Syarikat Bersama menempah bahagian paling tepi bangunan apabila ingin mendirikanrenovation for business cawangan. Terdapat sebuah kaunter di sini menyediakan Servis Pelanggan. Dekat bahagian itu juga disediakan segala peralatan untuk urusan mengendalikan data keperibadian yang diperlukan. Nampaknya, banyak jugak le pekerja yang akan menyemakkan muka diaorang kat sini nanti. Dalam pada itu, aku tertanya-tanya jugak,
Aku: ‘Wei Bains, macam mana kau boleh terpilih untuk jawatan Pengurus di Mini Market ni?’
Masa soalan tu diajukan, kami berdua adalah orang pertama merasmikan Mini Kafe yang baru saja siap penyusunannya. Cuma makan dan minum dipesan oleh aku kepada beberapa budak penolong sebentar tadi untuk beli dekat restoran berhampiran di luar sana.
Bains: ‘Ni interview seterusnya untuk memastikan aku terus layak untuk berada di sini ke?’
Aku hanya menghembuskan nafas menyampah seketika.
Aku: ‘Aku nak tau jugak. Kau ada kenal orang dalam ke? Sapa-sapa yang boleh diharap untuk dapatkan jawatan ni sebab setahu aku, sekarang ni bukan senang nak main masuk macam tu aje ke dalam Syarikat Bersama ni tanpa ada recomendation (rekemen) daripada pihak atasan ataupun yang terbabit.’
Bains: ‘Oitt..Muka aku ni tak layak lulus temuduga ke?’ jawab Bains sambil tengah melahap daging ayam hasil dari nasi bungkus yang di pesan tadi.
Aku: ‘Bukan macam tu, aku heran jugak. Muka kau ni betul-betul baru dalam Syarikat Bersama. Betul kan?’
Bains: ‘Nasib aku baik gamaknya..’ (masih lagi mulut di penuhi dengan lauk ayam dan nasi.)
Aku hanya merenung kepada wajah Bains yang memang selamba tu.
Aku: ‘Story le sikit kat aku. Macam mana kau boleh dapat kerja ni. Sebab aku rasa, bukan senang nak lulus interview yang diaorang buat tu. Lagipun bukannya ada satu aje sessi interview yang diaorang buat. Seingat aku, ada tiga! Macam mana kau boleh lepas semua tu?’
Bains: ‘Sebelum aku jawab, aku nak tanya sikit.’
Ok.
Bains: ‘Soal jawab dengan kau ni boleh mengakibatkan aku kehilangan kerja atau mengganggu markah prestasi aku di kemudian hari ke?’
Aku: ‘Kenapa?’
Bains: ‘Kau orang kuat Syarikat Bersama, faham-faham sendiri la…’
Aku: ‘Weii, aku takde kaitan langsung dengan bahagian Personnel (Peribadi) di Ibu Pejabat tu. Aku tak campur kerja diaorang. Siapa saja yang terpilih, maka dah terpilihlah. Lepas tu bila dengan aku, aku hanya mulakan dari mana yang aku ditugaskan untuk bermula. Itu aje. Sebarang perkara yang berkaitan dengan prestasi, peningkatan kerjaya, atau kemajuan, itu kau sendiri yang tentukan.’
Bains: ‘Baiklah kalau macam tu.’
Bain membasuh tangannya sebentar serta mengelap mulut dengan tisu yang disediakan.
Bains: ‘Aku labun.’
Aku: ‘What???’
Bains: ‘Ye, aku labun masa temuduga yang aku ni dulu Pengurus Pertanian di sebuah ladang, sebagai advantage (kelebihan) untuk memenangi temuduga tu.’
Apa dia ni??? Perasaan aku terasa kurang senang dengan terus-terang ini.
Bains: ‘Lagipun, penipuan yang terancang lebih baik dari kejujuran yang kelam-kabut. Mad, aku terpaksa. Aku pun ada cita-cita. Aku buat apa saja asalkan aku dapat memenuhi cita-cita aku.’
Aku: ‘Macam mana kau boleh terfikir nak bagi idea Pengurus Pertanian sebagai helah? Kau ada pengalaman ke?’
Bains: ‘Kat kampung, keluarga aku ada ladang yang mengusahakan tanaman dan ternakan. Kami tanam jagung, tebu, nenas dan beberapa lagi tanaman yang lain. Ternakan tu ada juga. Ayam, itik sikit, ikan. Aku banyak tolong mereka dalam urusan seharian. Itu pasal aku tahu serba-sedikit tentang pertanian ni.’
Aku: ‘Abih tu, apasal kau tak teruskan dengan perusahaan keluarga kau tu?’
Bains: ‘ Mana boleh Mad. Kalau ladang tak sampai 2.2 ekar, mana boleh pergi cepat. Koman-koman nak kena tunggu lagi beberapa tahun tu.’
Aku: ‘Nampaknya kau ni macam jenis tak sabar aje.’
Aku seakan-akan macam nak marah.
Bains: ‘Tak boleh Mad. Ladang tu, seperti yang aku cakap, keluarga aku punya. Dan ladang tu tak perlukan aku untuk busybody sibuk tak tentu arah campur tangan. Semua dah cukup kat situ. Setakat pendapatan nak sara satu family, memang tak ada masalah. Yang masalahnya aku ni. Aku ada cita-cita nak buat jalan hidup sendiri. Sesiapa pun dari anggota keluarga tak melarang hasrat aku tu, malahan memberi sokongan. Diaorang cakap, elok kalau aku dah mula terfikir macam tu. Keputusan di tangan aku. Kalau aku nak terus berada di kampung pun diaorang tak larang. Kalau aku nak kejar cita-cita aku sendiri pun diaorang tak kisah. Jadi, berhijrahnya aku kesini memang tak ada apa-apa masalah. Malahan aku bangga sebab aku berjaya dapat kerja ni. Macam-macam tempat aku apply untuk pekerjaan. Bukan dua tiga, tapi puluh. Ada 2-3 syarikat yang terima aku kerja. Sebagai Supervisor, Shift Leader ataupun Assistant. Pening jugak kepala aku nak fikir yang mana satu aku nak terima masa tu sebab gaji yang diaorang offer semuanya dekat-dekat. Elaun pun lebih kurang sama dan akhir sekali, terkejut besar aku bila Syarikat Bersama kata aku lulus temuduga sebagai Pengurus untuk Mini Market yang diaorang baru nak buka. Aku diserahkan surat untuk mendapatkan latihan pengurusan dibawah Encik ArdMad!. Terus aku terima sajalah. Enjoy 7 hari 7 malam sebelum aku di beritahu untuk start tugas pada tarikh sekian, sekian.’
Bains berhenti seketika setelah habis santapan.
Bains: ‘Burpppp!!!…(kenyang). Di sebabkan aku memang dah lama kat ladang, aku bantai bagi penerangan pada mereka yang interview aku tu tentang pengurusan dan hal-ehwal pengendalian ladang. Apa susah, macam makan kacang aja.
Ada seorang penemuduga tu tanya aku tentang pertanian anggur. Macam-macamlah soalan dia tentang anggur. Dari soal penanaman sampai le ke urusan jualan. Dia tanya aku bertalu-talu, sampaikan aku tak sempat nak jawab satu-persatu soalan dia. Dia kata, nanti dulu, aku belum habis soal lagi. Dia nak aku jawab soalan dia yang semua tu dalam bentuk overall (satu jawapan merangkumi semua). Lepas tu bila dia dah habih, aku jawab le: “Kalau encik nak tau jawapan kepada semua soalan encik tadi, encik try le tanam anggur kat belakang rumah encik tu. Kalau pokok tu tumbuh elok, encik duduk kat tempat saya ni biar saya yang interview encik pula.”
Maka semua yang ada kat dalam bilik temuduga tu gelak sakan. Aku dah cakap dah kat diaorang aku buat ladang apa. Apa ka pi tanya soalan pasal anggur?’bains honest interview
Aku: ‘Itu soalan test aje tu. Nak tengok cara hang jawab soalan macam mana.’
Bains: ‘Aku tau.’
Aku: ‘Interview kedua, amacam?’
Bains: ‘Yang kedua keesokkan harinya. Diaorang bagi aku beberapa kertas kerja untuk di jawab dalam bentuk penulisan dan membuat sebuh essei menerangkan mengenai sifat/sikap yang aku ada ‘Mengapa Aku Rasa Aku Layak Pegang Jawatan Ini?’
Dan sebelah petang, aku kena buat sedikit percubaan dalam pengendalian komputer. Diaorang tak nak pada orang yang langsung tak tahu menggunakan komputer dalam mengendalikan urusan kerja. Takde la berat sangat, cuma asas pembelajaran dalam komputer saja, untuk pastikan yang aku ni ada kemajuan dalam perkembangan industri terkini. Semua tu, aku settle, dengan baik aku rasa. Alhamdulillah.’
Kusyuk aku mendengar penerangan Bains. Nampaknya dia ni macam betul-betul berusaha keras untuk mendapatkan jawatan ni. Bersungguh-sungguh. Aku berasa sedikit kagum.
Bains: ‘Yang last, pasal senaman kesihatan. Soal jawab tentang cara nak mengelakkan diri dari terkena penyakit, apa aku kena buat kalau aku dapat sakit macam ni, pasal sistem imunisasi…Mereka nak tahu sejauh mana tahap kesihatan aku dalam persediaan menghadapi segala tekanan yang mungkin timbul akibat dari pekerjaan ni nanti. Diaorang nak tahu aku boleh handle ke atau tidak. Pointnya dekat sini, semua interview tu diaorang tanda mengikut markah. Siapa yang mendapat markah tertinggi, akan berjaya. Masa interview last tu, dimana disertakan dengan sedikit aktiviti latihan senaman fizikal, hanya tinggal 6 orang sahaja. Aku yang berjaya di pilih sebagai Pengurus kat sini, manakala 2 lagi dipilih sebagai Assistant Manager dekat mana-mana cawangan yang Syarikat Bersama ada. Aku tak tahu diaorang dihantar ke mana tapi yang aku tahu, aku di hantar ke sini, tanpa seorang Assistant pun melainkan kau sebagai cikgu.’
Aku: ‘Syabas.’ Aku terus salam tangan Bains.
Aku: ‘Tentang pekerja kau jangan risau. Tempat ni hanya akan start beroperasi setelah kita selesaikan semua perkara. Aku harap jangan lama sangat kita buat persedian dan perancangan. Dari situ nanti, semua hal-ehwal cari pekerja, pasal supplier barangan, perkara yang kau patut buat, semua bawah tanggungan aku. Pastikan kau ambik nota tentang segala yang aku nak ajar kau nanti. Pastikan juga pembelajaran yang kau terima nanti di praktikkan selalu supaya tak kekok dan dapat hafal semua melalui penulisan dan praktikal. Aku nak kedua-duanya sekali. Buat semua yang aku suruh tanpa bantah. Aku nak settle semua cepat. Lepas tu baru kita boleh tahu sama ada kau ni layak ‘comnfirm’ atau pun tidak. Got it? (Faham?)’
Bains: ‘Yes Boss!’
Aku: ‘Kalau macam tu, mari sambung kerja. ‘
Bains: ‘Err, Mad. Sebenarnya, apa kedudukan/posisi kau dalam Syarikat ni? Cuba kau ceritakan serba sedikit tentang interview ke, penglibatan kau dengan orang dalam ke, sesiapa kau kenal dalam Syarikat ni sampai kau boleh sesat kat sini. Story la sikit. Aku teringin nak tahu. Aku nak tahu tentang penglibatan kau dalam syarikat ni, dari kau mula dulu sampai le ke sekarang. Kalau boleh la.’
Aku hanya tersenyum sikit dan kemudian menjawab:
‘You don’t want to know.’
Dan kami berdua terus menyambung kembali aktiviti sebentar tadi sehingga selesai.


dinner with June in her house at Kalistaes park

Malam tu, aku habihkan dinner, makan malam bersama June di kediaman dia, berdua saja selain daripada beberapa orang pembantu rumah yang bertindak sebagai orang gaji di rumah ni.
Kami mengadakan makan malam yang menarik dan romantik, dengan meja di hiasi beberapa batang lilin dan diiringi dengan muzik sentimental classic pop yang slow dan perlahan.
Minuman kami adalah jus anggur yang betul-betul nikmat. Memang betul-betul asli. Mahal ni. Rasa dia, fuh! Membazir kalau nak dijadikan minuman seharian ataupun setiap masa. Sekali-sekala boleh la. Ni mesti tempah pasal aku ni. Kesian la dia ni. Aku hasut dia supaya sama-sama berkongsi tentang kegemaran aku. Err, secara tak sengaja (heh..heh..heh..).
Oh, lupa pulak. Tentang pertemuan di sebuah Pentas Budaya dulu, June telefon aku, dan dari situ aku dijemput untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi hinggalah pada hari ini, aku sedang bersama dengannya di kediamannya, di Taman Kalistaes.
June: ‘So, apa yang menyebabkan you bertugas di sini pula?’
Aku: ‘Business June, campur tanggungjawab tugas.’
June: ‘Maksud you?’
Aku: ‘Syarikat I bukak Mini Market di Perjuangan. Kami sedang target pasaran yang luas dalam industri barangan keperluan. Syarikat I tak pernah ada Mini Market so, ini yang pertama dan kalau ini menjadi, ia adalah sejarah dalam perkembangan yang lebih jauh lagi dalam indiustri baragan keperluan milik syarikat I.’
June: ‘You are the starter?(pemulanya)’
Aku hanya senyum (macho) sedikit sambil mengangguk perlahan dan terus mencucuk steak yang di hidangkan dengan garfu yang disediakan bagi menjamu selera. (Fuhh, sedap betul…atau adakah aku sedang berada dalam keadaan yang sangat lapar?)
June: ‘You mengendalikan urusan yang begitu penting sekali seperti ini. Who are you ArdMad? Sejenis orang yang membuat sejarah? Atau ianya memang sudah menjadi hobi semulajadi you?’
Aku: ‘Sebenarnya, I dah tak larat dah. I tak ambik sebarang deal (urusan) pun dalam beberapa tahun ni melainkan urusan ringan aje. Dan Boss I pun takde nak bagi sebarang urusan pada I selagi I tak mahu.’
June: ‘So, apa yang membuatkan you ambik tugas ni? Jauh pula tu. Bagi I, Errsante dan Perjuangan memang jauh. Jadi kenapa susah-payahkan diri travel jauh-jauh ni? Berdasarkan kepada penerangan you sebentar tadi, you boleh menolak tugas ni kalau you nak.’
Aku: ‘Semata-mata untuk mendapatkan saat-saat macam ni, bersama-sama dengan orang seistimewa you.’
Sambil menuangkan untuk satu lagi pengisian jus anggur yang lazat ke dalam gelas!
June hanya tersenyum cantik. Memerhatikan mata aku yang sedang memandang bermain-main ke dalam anak matanya. She’ buying it (Dia beli tu!).
Awat la meja dia ni panjang sangat? Aku duduk berhadapan dengan June, tetapi di jarak yang masing-masing berada di hujung meja dalam keadaan memanjang. Kalau tak le kerana meja ni, aku tak pasti adakah kelazatan jus anggur sebentar tadi masih wujud atau tidak…
June: ‘Pembantu I baru saja call. Dia kata Segmen Lewat Malam kali ini menjemput Dr.Helmi sebagai hos utama untuk persembahan secara live (langsung) di Dewan 66.6 FM. Atau kita boleh ke sebuah pertunjukan muzik ballad di Stadium Muzikal di bandar? Mana satu pilihan you?’
Aku dah set dah dengan June, lepas habis dinner, kita nak keluar bersama-sama.
Aku: ‘I lebih suka muzik ballad tu.’
June: ‘Ok. Ke sanalah kita.’

Kami berdua bersama dalam sebuah kereta (aku) yang di pandu oleh aku untuk tempat yang di maksudkan. June kelihatan anggun malam ni. Tidak pernah sekalipun aku melihat dia dalam keadaan yang tidak anggun. (Aku teringin nak tengok la!)


bandar perjuangan di malam hari

Bandar Perjuangan sama sekali tidak sama macam Errsante. Bandar ni lebih besar dan lebih sibuk. Lebih ramai penduduk dan lebih banyak aktiviti. Lebih luas. Senang cakap, semuanya lebih lah, termasuk juga kadar jenayahnya.
June: ‘Bagaimana dengan Pengurus baru yang you kena latih tu?Adakah dia ok? Boleh serasi dengan cara you?’
Aku: ‘I rasa, dia seorang yang berkaliber. Dia banyak mempunyai sifat-sifat selamba dalam hidup. Dengan sikap selamba tu dia yakin dalam penentuan hala tuju hidup dia. Memang patut pun dia dapat jawatan tu. Eh, macam mana dengan bisnes Interior Design (Hiasan Dalaman) you tu? Ada apa-apa yang memerlukan bantuan?’
June: ‘Setakat ni, semuanya berjalan lancar. Cuma I yang nak kena luaskan lagi kontek dalam mendapatkan customer. Tapi macam mana pun, buat perlahan-lahanlah. Maksud I, I perlu teliti dan berhati-hati untuk menjadikan bisnes I tu termasuk dalam bisnes jangka panjang, bukan bisnes jangka pendek seperti yang you pernah ceritakan kepada I tidak lama dulu.’ senyum June.
Dia ni cepat belajarlah, aku suka tu.
Aku: ‘Eh June, dah sampai pun.’
Sambil mengadapkan kereta ke tempat parking, aku turun dari kereta dan tolong bukakan pintu untuk June.
June: ‘You ni romantiklah. How sweet.’
Aku terpaksa masuk balik dalam kereta setelah diberitahu oleh pengawal stadium yang tempat dah penuh. Adusss…boring la macam ni. Pemanduan ke sini bukannya dekat, takkan nak balik kot? Spoil la malam penuh gemilang ni kalau macam ni….
June: ‘Bagaimana kalau kita ke Persembahan Dr.Helmi? Tak jauh dari sini.’
Aku setuju dan destinasi terus menghala ke sana pula.

Dr Helmi talk showDr.Helmi: ‘Dalam percintaan memang banyak dugaan. Tapi mari kita ringkaskan saja persoalan ini. Hati seseorang itu, kalau sedang bercinta, memang menjadi lembut bagaikan air yang tenang. Kita sentuh sikit, bergoyanglah permukaannya. Itu belum sentuh banyak lagi. Kalau sentuh banyak-banyak, maka bersiap sedialah untuk tidur menonggeng di malam hari.’
Kelihatan para penonton tergelak dan persembahan telah hampir sejam berlalu, baru aku dan June sampai. Persembahan ni selalunya sejam setengah, so, ada la lebih kurang setengah jam aje lagi dapat aku bersama dengan June dalam dewan ni (bukan dengan Dr.Helmi!).
June: ‘Dr.Helmi tu kacak orangnya ya ArdMad? Dia betul-betul gentleman kan?’ Sengih June suka melihat persembahan tersebut.
Ye la, lantak engkaulah…Kacak mak cak belacak. Aku masa tu sedang slow aje cari cara nak merealisasikan niat romantik aku terhadap June. Memang sesuai dalam dewan ni sebab tempat duduk kami berdua adalah di antara yang paling belakang sekali. Suluhan lampu yang menerangi persembahan tidak berapa kena kat sini. Tu yang membuatkan lagi lantak engkaulah nak pot pet apa pun kat depan tu Dr.Helmi, asalkan jangan kacau tanggungjawab aku kat belakang ni sudah lah…
Dr.Helmi: ‘Alooo, oii, alooo…Yang kat belakang tu.’
Dr.Helmi melangkah laju kepada tempat duduk aku.
Dr.Helmi: ‘Apa pendapat saudara tentang Percintaan yang terjalin dalam urusan perniagaan? Adakah pada masa itu saudara betul-betul ingin melakukan urusan perniagaan ataupun saudara memang sudah sedia maklum bahawa urusan saudara itu adalah bermaksud kepada sebuah percintaan yang memang sudah terlebih dahulu dirancang? Tidak kira apa saja jawapan yang saudara beri, saudara tetap akan mendapat hadiah istimewa malam ini memandangkan saudara telah terpilih sebagai tetamu bertuah untuk mendapat hadiah tersebut.’ Sambil microphone di ajukan kepada aku.
Woi! Woi! Dia ni kacau la!
Aku: ‘Hang nak tahu tak? Aku cakap hang lebih baik tanya aje orang lain.’ dalam nada yang agak marah.
June: ‘ArdMad!’ goyang tangan June kepada lengan aku dengan wajah agak berkerut, menyuruh aku bekerjasama dalam menjawab soalan Dr.Helmi sebentar tadi. Para penonton semuanya sedang fokus ke arah aku.
Aku: ‘Oklah.’ keluh aku. Sebenarnya aku tak ikuti langsung topik dia tadi. Aku cuma dengar bla bla bla bebelan dia aje. Nampaknya jawapan aku kena tibai aje la.
Aku: ‘Selagi segalanya ikhlas dalam menjalinkan hubungan, semuanya takde masalah. Lagipun saat-saat bersama dengan orang tercintalah yang paling berharga. Sebab saat-saat tersebut tidak boleh di beli walaubagaimana tinggi sekalipun kadar harga yang kita buat dalam urusan perniagaan kita.’
June: ‘ArdMad!’ (suara menekan perlahan) sekali lagi June menggoyangkan lengan aku tapi kali ni dengan wajah ekspressi suka.
Dr.Helmi: (Terdiam sebentar). ‘Wow! Nampaknya saudara ni mengikuti rancangan ini dengan penuh perhatian semenjak dari mula lagi nih! Nah, ambil hadiah istimewa ini. Sebuah manuskrip yang di karang oleh seorang Penulis yang aaa, errr, (kelihatan agak keliru) sampai sekarang ni pun kita tidak tahu siapa SEBENARNYA penulis terbabit. Nampaknya, sesetengah orang lebih suka membiarkan persoalan misteri berlaku dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, terima kasih atas jawapan sebentar tadi.’
Selepas menyalam tangan aku, Dr. Helmi berlalu untuk kembali ke atas pentas bagi syarahan seterusnya dalam menghiburkan para hadirin.
Di tangan aku ada sebuah buku kini…yang bertajuk: Fantasi Romantik - Edisi Khas Perbuat Semula. Macam mana la buku macam ni pun boleh ada sambutan sampai terbit edisi khas?
June: ‘Show dah nak habis. I harap you sudi hantar I pulang sekarang.’
Awww…kita baru aje nak bermula June. Dah nak balik?
June: ‘Iya lah…takkan nak duduk berdua saja dalam dewan ni? Semua orang dah nak beransur tu ArdMad.’ kata June perlahan sambil terus bangun dari tempat duduknya.
Aku tak bangun. Muka aku masam aje duduk dengan lutut tersandar pada bahagian belakang kerusi di hadapan. June nak keluar tak boleh. Kaki aku menghalang.
June: ‘ArdMad!’ sekali lagi June terpaksa menekan suara dia (nada perlahan) untuk mengajak aku keluar jugak.
Hishh!!! Aku terus bangun dan mempersilakan June untuk bersama-sama untuk kembali masuk dalam kereta di parking lot.

Aku: ‘Terima kasih June. I betul-betul menghargai masa yang you sudi luangkan untuk bersama.’
Kata-kata tu aku ucapkan sebaik saja kami sampai semula ke perkarangan kediaman June.
Aku: ‘Take care. Kita jumpa lagi. Jangan tahan diri tu kalau terasa nak call. I sentiasa menunggu panggilan you, 24 hours!’
Sambil melihat aku melalui bahagian tingkap yang terbuka di kereta aku, June beri respon:
‘Bye. Jumpa lagi. Opsss…boleh pinjamkan I buku yang you dapat tadi?’
Aku: ‘Ambik la. Jangan risau fikir samaada nak pulangkannya balik atau tidak.’
June: ‘Ok, bye.’


******

Note: Looking for Bab #3? - Klik Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, February 23, 2012
Weather
February 23, 2012, 11:52 am
Intermittent clouds
Intermittent clouds
30°C
real feel: 42°C
current pressure: 101 mb
humidity: 69%
wind speed: 0 m/s SSE
wind gusts: 0 m/s
sunrise: 7:25
sunset: 19:28
Forecast February 24, 2012
day
Mostly cloudy with thundershowers
Mostly cloudy with thundershowers
33°C
Ersante Echo
The Famous Quote
make money doing business

*--- Pembaca harap maklum bahawasanya aku (penulis) tiada tujuan nak berlagak atau menunjuk2. Tetapi hanya sekadar menulis demi mempersembahkan bahan bacaan untuk me-'rileks'-kan minda. Ia hanyalah kisah peribadi yang membuatkan kami rakan2 tersenyum, sengih sendirian bila terkenang. (Semua orang ada detik tu, bukan?) No offense, please. I really would like to thank you and appreciate as much as I could for you to spend time here. ---*

IT & 'Sporty' Interest
computer skill

Tambahkan Skill Komputer dan Internet dengan berpandukan website golongan 'Developer' terpilih -