Posts Tagged ‘senorita’

Novel Perjuangan d’ Ersante

Perjuangan d’ Ersante – Bab 9

‘Mad, sessi temuduga kita berlangsung dengan kepenatan mulut yang amat sangat. Walaubagaimanapun, aku harap kita dapat membuat pilihan paling tepat untuk tugasan kita.’

Hari tu, seperti yang dirancang, aku dan Bains mengadakan sessi temuduga untuk memilih bakal pekerja yang akan bertapak di Mini Market tersebut. Memang penat sebab yang hadir bukannya seorang dua tapi boleh di katakan semenjak aku dengan Bains mula bertapak dekat ofis pagi tadi, sampai ke senja baru nak habis. Tu pun, ada yang telefon tanya boleh tak aku adakan temuduga pada waktu malam pulak. Rancak jugak le aku dengan Bains uruskan suasana hari ni. Mini Market ni memerlukan 2 orang sebagai Storekeeper, 5 orang sebagai Pembantu Jualan, seorang Supervisor Pembantu Jualan, 2 orang untuk uruskan kafe kecik tu, 2 orang Pembersih, seorang Despatch dan 2 orang kerani di bahagian ofis. Di sebabkan aku dan Bains tak mahu pening-pening kepala di kemudian hari, kami mahu pastikan bakal pekerja yang kami pilih nanti mestilah betul-betul komited dan bersemangat.
Keistimewaan di Mini Market ni adalah para pekerja tidak perlu bekerja ‘long hours’ (masa yang panjang) memandangkan kami mengadakan beberapa aturan dalam waktu bekerja dan cuti. Gaji pulak, semuanya boleh di katakan puas hati bagi jawatan masing-masing dan di harap nanti takde sesiapa yang teringin nak banyak komplen atau buat hal. Pulak tu, peraturan syarikat tidak menggalakkan atau memaksa mana-mana staff untuk buat overtime. Overtime hanya dibenarkan sekira betul-betul perlu saja dan sebarang overtime mestilah di laporkan terlebih dahulu ke bahagian Pengurusan. Senang cakap, kami membuat aturan untuk keselesaan para pekerja dan kami menaruh harapan supaya setelah kami menghormati mereka sebagai seorang individu yang bukannya hidup semata-mata untuk bekerja saja sepanjang hari, akan menghormati kami pula dengan menggunakan segala keistimewaan dan kelonggaran yang di beri untuk terus setia dan berbakti pada syarikat. Sekiranya masih terbit sebarang masalah, tidak kira dari pekerja bawahan ataupun atasan, mereka masih boleh berjumpa dengan bahagian Pengurusan untuk perbincangan selanjutnya dan sekiranya masih tidak dapat di selesaikan dengan pihak Pengurusan di sini, Syarikat Bersama di Ibu Pejabat mempunyai beberapa orang Espionage (‘Pekerja Rahsia’) yang akan bertindak sebagai penyiasat sulit tanpa di kenali bagi menyelesaikan beberapa masalah yang berat dan besar yang kemungkinan melibatkan bahagian Pengurusan. Di sebabkan itulah, tiada siapa yang bebas untuk menjadi keras kepala sesuka hati tanpa batasan di dalam Syarikat Bersama. Sekiranya anda sayang kerja anda, bekerjalah dengan cara orang bekerja, atau anda takkan ada kerja untuk di sayangi pun.

Bains: ‘Mad, aku seronoklah. Hari demi hari berganti dan berlangsung di sini, aku terasa semakin hidup. Aku rasa aku semakin kecil. Seolah-olah macam aku tak layak terima semua ni sebenarnya. Ia seperti memberi semangat baru dalam hidup aku. Semangat yang betul-betul aku tak sangka Mad. Apa yang aku ada untuk menerima semua ni? Atau takdir memang dah tetapkan yang orang sedaif aku mampu untuk mendapat tempat di segala apa yang berlaku pada hari ini? Kau boleh tolong jawab tak Mad? Aku ikhlas cakap ni, aku rasa betul-betul terharu dengan jawatan Pengurus di Mini Market tu. Bukan aku rasa tak yakin dan tak mampu menjawat jawatan tu tapi aku rasa betul-betul terharu. Betul ke aku sesuai untuk semua ni Mad? ‘
Masa tu, waktu petang, aku sedang berjalan-jalan di persisiran pantai berhampiran bersama Bains sambil menyembang.
Aku: ‘Kalau kau tak sesuai, dah lama projek ni terbengkalai. Walauapapun, tahniah aku ucapkan. Jadikan semua ni sebagai pembina masa depan yang lebih bererti buat diri kau dan juga kepada semua orang yang berharap pada kau untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin.’
Bains terdiam, dan aku pula sedang sedap mengunyah aiskrim roti yang aku beli sebagai santapan sambilan di keheningan petang. Aku rasa tenang di sini, dengan angin bertiup kenyamanan dan beberapa pengunjung lain yang menghiasi pantai dengan aktiviti masing-masing.
Mini Market tu akan bermula operasi pada penghujung bulan ini. Bermakna di sini Bains mempunyai peluang untuk pulang ke kampung halaman sebelum segala operasi di mulakan dengan begitu tekun sekali. Biarlah, selama dia berada di sini, segala aktivitinya hanya tertumpu kepada perlaksanaan kerja aje memanjang.
Aku: ‘Ambik penerbangan dan blah dari sini!’
Bains: ‘Itu suatu pelepasan atau arahan?’
Aku menolak-nolak bahu Bains sambil tersengih-sengih di sebalik spek mata hitam aku. Balik ke kondominium, Bains mengemas kain bajunya dan segera aku menghantarnya ke Lapangan Terbang Airwarna.
Bains: ‘Mad, macam nak halau aje?’
Aku: ‘Takdelah. Aku dah biasa buat kerja cepat siap.’




‘Eh, nanti dulu! Muka macam kau ni ada kad jemputan ke?’
Aku di halang untuk masuk malam tu oleh seorang Pengawal yang bertugas menjaga pintu masuk auditorium yang di beri nama Damai Antara.
Aku tak faham betul lah apa masalah sesetengah orang ni.
Aku: ‘Woi, kauorang ni kalau tak cipta masalah tak lengkap ke hidup?’
Pengawal: ‘Apa-apa pun brader, sila tunjukkan kad jemputan. Jangan nak main masuk macam tu saja. Kau tengok semua jemputan lain, sebelum masuk semua keluarkan kad. Kami hanya menjalankan tugas. Harap faham!’
Yer la. Aku salah lagi. Aku membuka beg galas aku untuk keluarkan kad jemputan yang di maksudkan dan………………….takde.
Aku: ‘Apa kata kalau aku perkenalkan salah seorang jemputan penting yang menjemput aku malam ni. Dia mungkin ada dekat dalam sekarang ni. Amacam?’
Pengawal tersebut hanya diam membatu tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan, sebaliknya sibuk melayan para hadirin yang terus mendatang untuk melangkah masuk ke auditorium ni.
Aku merapatkan wajah aku ke muka pengawal tersebut dan melihat dia tepat ke dalam mata:
Aku: ‘Hey, aku bercakap dengan hang tau tak?’
Pengawal: ‘Kau nak respon seterusnya dari mulut atau dari tangan?’
Bergegas dua orang lagi Pengawal tambahan datang untuk mencampuri urusan.
Aku: ‘Aku cuma mintak sedikit timbang rasa. Aku perlu masuk ke dalam sana dan aku tidak mempunyai kad. Jadi, aku nak mintak jasa baik kau untuk beri aku laluan memperkenalkan orang penting yang boleh bagi aku masuk. Takkan itu pun tak boleh?’
Muka ketiga-tiga Pengawal tersebut nampak masam aje. Mereka memang tak mahu layan aku langsung. Aku kalau boleh tak nak cari pasal sebab semua pengawal dekat sini nampak macam Bouncer (Bonzer) aje. Sebarang tindakan yang tidak sepatutnya boleh mengakibatkan aku terlentang berbalut atas katil.
‘Eh, ArdMad. Tak sangka awal betul you datang.’ Kelam-kabut June menegur aku dari belakang.
June: ‘Ini kad jemputan saya, dan ini untuk Encik ArdMad ini.’
June mengeluarkan kad jemputan dari beg tangannya untuk di berikan kepada pengawal tersebut.
June: ‘Sorry ArdMad. I ingat I nak tunggu you di sini dan kemudian kita boleh sama-sama masuk. Tapi tak sangka you datang lebih awal daripada I.’
Yer la tu. Awat tak cakap kena ada kad jemputan baru boleh masuk?
Dan kami berdua terus melangkah masuk kedalam. Di pintu masuk tu sempat lagi aku menjelir lidah sedikit kepada kesemua pengawal yang berlagak tadi, tanpa di sedari oleh June.

Hari ni, ada taklimat tentang penyerahan beberapa projek kepada yang layak. Ada beberapa kategori dalam taklimat perniagaan hari ini iaitu projek ubahsuai struktur pembinaan dalaman, projek pembersihan, projek wirering serta projek penghiasan. Semuanya untuk sebuah bangunan yang akan dirasmikan oleh salah satu kumpulan perniagaan yang bakal membuka operasinya di bangunan baru tersebut. June ingin terlibat kerana Hiasan Dalaman dan kerana itulah dia berada di sini. Aku sekadar menemani dia saja.
Auditorium sekarang sudahpun di penuhi dengan manusia-manusia sekalian yang ingin merebut peluang dalam mendapatkan projek.
Aku tanya pada June, ada peluang ke dia boleh dapat projek tu memandangkan banyak lagi muka-muka profesional yang lain turut sama muncul malam ni?
June: ‘Tak tahu lagi le ArdMad….kita tengok sajalah….Tapi kalau berjaya, inilah jambatan bagi I untuk mengembangkan lagi perniagaan I kepada suatu tahap yang lebih tinggi lagi.’
Aku rasa macam ‘kecik’ betul bila berada dalam dewan ni. Orang lain semuanya pakai smart-smart, bergaya dan kasut semuanya berkilat aje. Sekali pandang macam majlis penyampaian anugerah. June pun kelihatan sangat anggun, dengan baju tangan panjang sutera merah dan kain hitam labuh di kenakan dengan sepatu tinggi warna merah. Rambut June malam ni keseluruhannya perang! Begitu juga para hadirin wanita yang lain, semuanya klas-klas belaka…bergaya.
Aku?…Aku dengan sweater warna biru gelap dipadankan dengan seluar biru gelap juga. Kasut but koboi warna hitam. Kira simplelah tu.
Dalam keadaan sekarang ni, aku dengan June sedang duduk di salah satu meja tempahan. Makanan di hidangkan dengan segera untuk para tetamu sekalian. Tanpa membuang masa, aku capai aje apa yang ada kat atas meja tu dan terus memulakan operasi mengenyangkan perut.
Orang lain pula kusyuk mendengar taklimat, tentang bagaimana kelayakan untuk dapatkan tender, siapa yang harus merebutnya, langkah-langkah untuk memulakannya, bayaran yang akan di terima apabila mengendalikan projek ni, bla..bla…bla….
Aku tengok June kusyuk aje dengar taklimat tanpa mempedulikan aku. Takpelah…biarkan saja. Sebagai seorang lelaki yang memahami, aku tahu kegemarannya itu tidak dapat di sekat-sekat lagi dah. Kalau dah dari kecik asyik minat hiasan aje, dah besar pun sama jugak.
Taklimat berlangsung dengan penuh rancak dan mendapat sambutan daripada para tetamu yang berminat sekalian. Bagi aku pula, tak banyak yang aku boleh buat selain duduk dan dengar ajelah semuanya. June pula sekali-sekala menjamu selera dan kemudiannya terus kembali kusyuk mendengar taklimat. Lepas tu sekali-sekala mencapai gelas dan minum seteguk dua dan sekali lagi kembali mengikuti penerangan yang diberi. Aku hanya turut sama mendengar kerana tugas aku tidak lebih dari sekadar menemani. Untuk terlibat dalam projek-projek seumpama ini, aku rasa aku dah tak larat dah. Aku sendiri pun tengah pening menguruskan projek aku, apatah lagi nak tumpukan perhatian kepada projek lain. Walaupun begitu, June faham dan aku respek dia di atas komited yang bersungguh-sungguh dalam merebut peluang. Aku kagum dengan sikap dia yang serius dalam menangani hal-ehwal kerja, dalam masa yang sama juga tidak mengabaikan perhubungan kasih sayang dengan insan di sekelilingnya.

June: ‘ArdMad, tawaran yang mereka bagi sungguh menarik! Katakanlah I berjaya mendapat peluang untuk menjadi salah seorang penghias dalam bangunan tu, dah pasti bisnes I jadi terkenal!’
Begitu ghairah June menceritakan pada aku setelah aku kini membawa June untuk ke halaman luar auditorium ni sambil melepak kejap dekat gerai minum teh tarik. Aku terpaksa lepak kat sini sebab kat dalam tadi tu tak boleh hisap rokok…kat sini boleh.
June: ‘Bangunan itu adalah sebuah Pusat Perniagaan untuk banyak syarikat. Katakanlah I dapat masukkan hiasan I dalam lebih kurang 30% saja daripada keseluruhan bangunan. Dah tentu bakal-bakal penyewa akan menikmati waktu bekerja dalam suasana yang I design. Lepas tu, pelanggan yang yang datang juga dah tentu sedikit-sebanyak akan memerhatikan design yang I buat…EEee….banyak sekali opportunities (peluang) untuk mempromosi dengan cara tu! Kemudian, bisnes I boleh masuk ke tahap global pula. Bestnya ArdMad!’
Yer laa….Seronok sungguh aku tengok June selepas taklimat tu.
Aku: ‘Tapi masalahnya sekarang, apa persediaan you untuk lulus bagi mendapatkan projek tu?’
June: ‘Mereka nak I kemukakan semua dokumen berkenaan syarikat I dan sekurang-kurangnya 3 jenis design terbaik syarikat I mampu hasilkan. Ini lebih kurang macam interview lah ArdMad…So, I nak YOU menghabiskan sedikit masa bersama I di garaj belakang rumah untuk siapkan design-design yang best. You kena bagi pendapat jujur, tak mau temberang…’
June berenti seketika, menjeling tajam ke dalam mata aku.
June: ‘…kepada setiap design yang I akan cuba hasilkan. Sambil-sambil tu you tolong le bagi idea supaya design tu nanti jadi bertambah canggih.’
Eh? Dia tak tanya samaada aku boleh atau pun tidak? Ini paksaan ke atau nak mintak tolong?
June: ‘Anggap saja itu sebagai salah satu cara untuk kita habiskan masa bersama…’
Kejap, you tak takut ke kalau tiba-tiba dalam garaj tu nanti perangai I ni jadi buas tanpa dapat di kawal-kawal lagi?
June: ‘ArdMad….’ June nampak macam meluat.
Dalam garaj tu kita berdua aje kan? You pernah dengar cerita tak tentang lelaki baik beransur-ansur bertukar jadi lelaki tak berapa baik kalau berada dalam tempat macam tu?
June: ‘ArdMad….’
Yelah….Sebenarnya aku ni pemalas…..Tengah Bains takde ni, lepak dalam kondominium tu layan tidur syok jugak nih. Nanti dia balik leceh sikit. Bising. Tapi takpe… Aku setuju ajelah sebab aku tak berani nak bagi jawapan tak setuju.
June: ‘Garaj tu open, dekat belakang rumah I. Father I selalu habiskan masa melukis dekat situ kalau ada masa lapang. Adik-adik I pun selalu main dekat situ. Cuma nanti masa nak hasilkan design ni I tak nak sesiapa pun ganggu suasana dekat situ.’
Aku: ‘Baiklah June….bila you nak mulakan semua ni?’
June: ‘Besok pukul 8 pagi, you ambik I kita pergi breakfast. Lepas tu kita terus mulakan tugas.’
Aku: ‘Tak nak lah….I ada hal esok…I kena jumpa pelanggan pasal..’
Muka June nampak masam mencuka. Nampak macam tak nak marah pun…tak jugak nampak macam nak memprotes…Hmmm…nak merajuk le tu…
Aku: ‘I acah aje. Besok bukak aje pintu terus you nampak muka I.’
Kemudiannya June kembali suka, membebel pasal taklimat tadi dan pasal perniagaan dia. Adoiii…mengantuknya….Aku nak baliklah….


*****

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 21st, 2019



Cuaca hari ini
May 22, 2019, 3:35 am
 

Mostly cloudy
27°C
real feel: 34°C
current pressure: 1010 mb
humidity: 88%
wind speed: 0 km/h N
wind gusts: 0 km/h
sunrise: 7:02 am
sunset: 7:18 pm
Forecast May 23, 2019
day
 

Thunderstorms
32°C
 
salvation
s


☕ files | records
trademark


wrn
sponsored ads

adrs.Patriotic
kesetiaan

loyalty Dedicate to Farid.
Always in memory (arwah) T.U.D.M (Tentera Udara DiRaja Malaysia), Foreman (car & motorcycle, computer hardware), Sasterawan, & a Loving son.